Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Setiap manusia akan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan


perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, dan kognitif semenjak lahir sehinggalah
memasuki alam kanak- kanak remaja, dewasa dan usia tua (Santrock, 2014). Sebagai
seorang bakal pendidik anak bangsa, kita harus peka dan memberi perhatian yang
secukupnya terhadap perubahan murid-murid. Perkembangan melibatkan perubahan
kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar
ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain seperti penguasaan kemahiran kritis dan
kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak (Wong, 2006). Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap individu mempunyai ciri fizikal, sosial, emosi, rohani dan
cara permikiran yang berbeza. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak juga akan berlaku
secara beransur-ansur dan perubahan berlaku secara berterusan sehingga ke akhir hayat.
Namun perkembangan juga merupakan satu medium untuk peningkatan dan potensi kanak-
kanak secara berperingkat-peringkat dan berterusan (Ahmad, 2011).

Jadi perkembangan merupakan satu proses untuk menghasilkan peningkatan potensi ,


penampilan dan kebolehan dari segi menaakul , mengira, membaca dan menulis. Dalam
masa yang sama, perubahan yang berlaku bukan hanya dikhususkan kepada ciri fizikal
sahaja malah ia juga boleh berubah dari segi kognitif, emosi, sosial dan sebagainya. Pada
zaman era modenisasi kini, zaman yang penuh menuju kearah kemajuan dan kecanggihan.
Jangan kita hairanlah pada zaman kita yang mana ingin memiliki telefon bimbit, akan
berjaya memiliki pada usia 16-19 tahun. Berbanding dengan zaman sekarang, dalam
lingkungan 4-7 tahun sudah memiliki gajet-gajet seperti telefon pintar, tablet dan
seumpamanya. Perbezaan cara kehidupan akan menampakkan cara peningkatan
perkembangan juga berbeza. Oleh itu, benarlah bahawa setiap kebolehan atau potensi
kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan berlaku perubahan sepanjang hayat.

Bagi subjek ini kami dikehendaki menjalankan satu tugasan berkaitan perkembangan
kanak-kanak dari segi kognitif, bahasa dan sosioemosi kanak-kanak dan memilih hanya
satu aspek sahaja. Saya telah memilih aspek kognitif untuk menguji kanak-kanak tersebut.
2.0 KONSEP TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF ( JEAN PIAGET).

Perkembangan kognitif merupakan suatu proses yang berpusatkan kepada perubahan


pemikiran yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan dan seterusnya bergerak ke
peringkat perkembangan yang seterusnya. Kemahiran kognitif merupakan juga kebolehan
individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang
berlaku di persekitaran masing-masing (Ilham, 2003). Ia melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan, mengkategori, merancang ,menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Perkembangan kognitif ini berasaskan kepada struktur mental
kanak-kanak dan menfokuskan kepada cara mereka belajar dan mentafsir maklumat yang
diperolehi (Yahaya, 2005). Dalam perkembangan kognitif, terdapat dua teori yang sangat
popular iaitu teori Piaget dan teori Vygotski. Teori- teori ini menjadi garis panduan kepada
kanak-kanak .Namun saya akan menekankan teori Piaget bagi mengetahui tahap
perkembangan seseoranng kanak-kanak.

Jean piaget merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Ianya berasal dari Switzerland dan
memulakan profesionnya dalam bidang biologi. Beliau banyak membuat penulisan
mengenai psikologi disebabkan ianya banyak menggunakan idea berdasarkan biologi.
Piaget amat berminat dengan perubahan pengetahuan kanak-kanak dalam permikiran
kanak-kanak. Beliau telah menyediakan 4 konsep utama untuk kita berjaya memahami
dunia kanak iaitu Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Ekuilibrasi (keseimbangan). Ini
menunjukkan kepada teori Piaget yang seterusnya yang menceritakan tentang
perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat umur .

Menurut Piaget, beliau percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut


satu siri peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

- Peringkat sensori motor ( 0 - 2 TAHUN )


- Peringkat praoperasi ( 2 - 7 TAHUN )
- Peringkat operasi konkrit ( 7 - 11 TAHUN)
- Peringkat operasi formal ( 11 - 15 TAHUN)
Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi membuktikan kesahihan teori ini, Piaget telah
mengemukakan beberapa eksperimen iaitu kekalan isipadu, kekalan nombor, kekalan
ruang dan kekalan pepejal.

3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA PEMERHATIAN.

3.1 LATAR BELAKANG SAMPEL

NAMA: ZIQRY EUSOFF BIN AB RAZAK


UMUR: 8 TAHUN

Rajah di atas menunjukan gambar seorang kanak-kanak yang telah terpilih untuk
menjalani ujian Teori Piaget. Nama sampel ialah Ziqry Eusoff Bin Ab Razak. Kanak – kanak
yang berumur 8 tahun, bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rambai Melaka
kampung. Dia mempunyai 4 orang adik beradik dan dia merupakan yang anak yang terakhir
daripada adik-beradiknya. Dia menetap di kawasan bandar. Personaliti kanak-kanak ini ialah
seorang yang pemalu tetapi ingin bercakap walaupun muka kemerah-merahan. Di sekolah,
guru kelasnya berkata “ Ziqry ni seorang yang diam-diam ubi berisi”. Jadinya sampel saya ini
tidak agresif di dalam kelas tetapi dalam diam, ia sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang
diberi walaupun banyak kesalahan yang perlu dibuat pembetulan. Terdapat beberapa
eksperimen yang telah dijalankan bagi melihat tahap kognitif dan memberi kepastian kepada
teori Piaget.

3.2 AKTIVITI PENGEKALAN RUANG (PANJANG)

- Sampel dibekalkan 2 pembaris yang sama panjang


- Soalan yang diajukan kepada sampel ialah “adakah pembaris ini sama panjang”, “sekiranya
cikgu kedepankan satu pembaris mana lagi panjang”, “ kalau cikgu kebelakang pembaris balik
semula, adakah pembaris sama panjang

SOALAN YANG DIAJUKAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI


Adakah pembaris ini sama panjang Sama panjang
Kalau cikgu ke depankan pembaris ini, mana Sampel menunjukan pembaris yang tidak
pembaris yang lebih panjang. bergerak yang lebih panjang
Kalau cikgu kebelakangkan balik semula Sampel mengatakan ia sama panjang
pembaris ni, mana yang lebih panjang

Dalam kajian diatas, saya dapat mengetahui teori Piaget bagi aktiviti pengekalan ruang
dengan menguji menggunakan pembaris sama dengan tahap peringkat praoperasi. Hal ini
kerana Piaget telah mengatakan bahawa peringkat pra operasi tidak boleh menguasai kekalan
sesuatu objek. Tetapi sampel ini tidak dapat menunjukkan penguasaan. Ini mungkin sampel
merupakan pelajar yang lemah dalam kognitif kerana “bertindak sebelum berfikir” dan
kemungkinan malu.

3.3 AKTIVITI PENGEKALAN NOMBOR

A)- Sampel dibekalkan dengan 1 biskut (Chipsmore)


- cikgu dibekalkan dengan 2 biskut ( Chipsmore )
-satu ketika guru akan mematahkan biskut sampel demi menguji tahap pengekalan nombor.

SOALAN YANG DIAJUKAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI


“Sama banyak tak biskut cikgu dengan biskut “Tak sama banyak” dan sampel menjawab
Ziqry ?” cikgu ada 2 biskut saya ada 1 biskut
“adil tak?” “tidak adil”
“kalau cikgu patahkan biskut Ziqry, sama Ya, sama banyak
banyak tak dengan biskut cikgu sekarang ini?”
Kenapa sama banyak? Cikgu ada 2 , saya pun ada 2 biskut

Bagi kajian diatas pula saya menguji sampel dengan bilangan biskut bagi menguji
pengekalan nombor. Hal ini sekali lagi peringkat praoperasi sama dengan pendapat teori piaget
kerana tidak dapat membezakan sama ada kuantiti biskut yang dimiliki tu sama banyak ke tidak
dengan cikgu. Ini selaras dengan teori Piaget kerana beliau ada mengatakan bahawa pada
peringkat praoperasi ini kanak-kanak tidak mampu membuat penaakulan logik tetapi masih
terikat dengan objek.
B)-Sampel dibekalkan dengan 10 keping duit syiling dengan disusun 5 keping bagi setiap baris.
-peringkat seterusnya guru memilih duit syiling dibaris pertama untuk dijarak-jarakkan.

SOALAN YANG DIAJUKAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI


“Duit syiling di barisan pertama sama banyak Sampel mengira dari 1 hingga 10 dan
tak dengan barisan kedua ?” mengatakan sama banyak
“Okay, kalau cikgu jarakkan sikit duit barisan Sampel menunding jari di barisan pertama
ini?” mana yang lagi banyak?” “ni banyak”
“Kenapa banyak ?” “Kerana ia panjang”

Dalam aktivti ini, sampel diuji aktiviti pengekalan nombor dengan menggunakan 10
keping duit syiling. Hal ini tahap peringkat praoperasi sama dengan pendapat teori Piaget
kerana sampel tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Perkembangan ini selaras dengan
teori Piaget bagi sesetengah golongan kanak-kanak yang agak perlahan dari segi kognitif dan
sebagainya.

3.4 AKTIVITI KEBOLEHAN KLASIFIKASI

- Dibekalkan dengan 2 bentuk yang berbeza iaitu segi empat tepat dan segi empat sama sisi
yang berlainan warna.
- menyuruh sampel mengasingkan kedua - dua bentuk tersebut di satu tempat sambil mengira.
SOALAN YANG DIAJUKAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI
“Warna apa ini dan bentuk ini ?” “Warna hijau dan biru “
“Sekarang ini, asingkan bentuk ini sebelah kiri, Sambil mengira dan sampel berjaya
bentuk ini disebelah kanan sambil mengira. mengasingkan bentuk-bentuk itu.
Boleh ?” “sudah siap”
“Kira bentuk warna hijau dan kira bentuk “Warna hijau ada 13 dan warna biru 8 “
warna biru?” “adakah bentuk sama?” “Tidak sama”

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak ini telah berjaya membezakan
subkategori dan kategori. Ini menunjukkan kanak-kanak ini telah berjaya menunjukkan satu lagi
ciri dalam peringkat praoperasi yang sama pendapat dengan teori Piaget ini selaras dengan
teori perkembangan Piaget yang menyatakan kanak-kanak sudah mampu mengklasifikasikan
objek. Piaget ada mengatakan bahawa pada peringkat praoperasi ini, kanak-kanak mampu
membuat penaakulan logik tetapi masih terikat dengan objek.

3.5 AKTIVITI PENGEKALAN ISIPADU

-Dibekalkan dengan 2 cawan yang berisi air dengan isipadu yang sama banyak.
-disediakan satu bentuk cawan yang berbeza (akomodasi) dan dituang ke dalamnya .
SOALAN YANG DIAJUKAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI
“ Sama banyak tak air dalam cawan?” “sama banyak”
“Kalau cikgu tukar kedudukan air ni ke cawan “Sampel menunjukkan air yang tidak tukarkan
yang lain. Sama banyak tak?” ke cawan yang lebih banyak”
“kenapa ia lebih banyak? “Sebab ia panjang”

Dalam aktivti ini, sampel diuji dengan aktiviti pengekalan isipadu dengan menggunakan
2 cawan yang sama dan 2 cawan yang lebih besar sedikit. Hal ini penting kerana pada
peringkat praoperasi ini sama dengan pandangan teori Piaget kerana sampel tidak dapat
memberikan jawapan yang tepat dan holistik. Perkembangan ini selaras denagn teori Piaget
kerana bagi sesetengah golongan kanak-kanak yang agak perlahan dari segi kognitif dan
sebagainya. Proses-proses yang digunakan untuk meningkatkan pengetahuan atau kognitif
Antaranya ialah menggunakan konkrit seperti tanah liat, doh dan sebagainya supaya kanak-
kanak dapat memahami apa yang mereka lihat.

4.0 PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK TINGKATKAN KOGNITIF KANAK-


KANAK

Bagi mendapatkan perkembangan kognitif yang baik dalam kalangan kanak-kanak,


guru harus memainkan peranan yang penting dalam menilai kognitif kanak-kanak. Kerana tugas
guru ini ialah golongan yang bertanggungjawab untuk memanusiakan manusia, tidak kira dari
segi fizikal, sosial, emosi dan rohani. Antara pembaharuan yang boleh mengatasi masalah
kognitif kanak-kanak ini ialah guru harus menggunakan dan memberikan arahan - arahan
dengan ayat yang pendek tetapi mudah difahami. Sebagai contoh, memberi arahan yang jelas
dan mudah difahami ketika menjalankan sesuatu aktiviti. Dalam masa yang sama, guru jugak
boleh sertai bersama dengan murid - murid. Menunjukkan cara atau teknik yang betul.
Penggunaan bahasa yang pendek dalam setiap arahan memudahkan kanak-kanak menuruti
dan mengikuti kehendak guru. Kerana kita bimbang guru yang menggunakan laras bahasa
yang tinggi menyebabkan murid-murid tidak memahami apa yang diajar dan ianya terlalu
kompleks. Lantaran itu, guru yang cemerlang, harus mempunyai strategi dan kemahiran (skill)
tersendiri seperti penyampaian yang pendek tetapi bermakna, menggunakan unsur-unsur
jenaka sedikit ketika sesi pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mengelakkan kanak-
kanak daripada bosan. Oleh itu, benarlah bahawa penggunaan bahasa yang mudah dalam
interaksi antara guru boleh mengembangkan tahap kognitif kanak-kanak.

Selain itu , dalam meningkatkan perkembangan kogntif kanak-kanak , guru juga


haruslah mengelakkan daripada berperanan sebagai penyampai maklumat. Hal ini kerana pada
peringkat Pra Operasi iaitu dalam lingkungan 2-6 tahun, kanak-kanak yang belum mempunyai
kemahiran dalam memahami sesuatu maklumat yang disampaikan. Sebagai seorang guru.
Guru semestinya memberi peluang kepada kanak-kanak dalam mencari ilmu, menerokai
(explore) di laman sosial dan sebagainya. Sebagai contoh, memberi peluang untuk mereka
bersama bergerak ke makmal komputer untuk mencari maklumat sendiri dan tidak menuding
jari kepada cikgu 100%. Dalam masa yang sama, guru haruslah membuat pantauan setiap
gerak-geri murid mahupun di alam nyata atau di alam maya. Supaya tiada isu yang timbul
seperti melayari video lucah di dalam makmal sekolah dan sebagainya. Namun, guru juga
perlulah memberi bimbingan , motivasi , sokongan dan dorongan yang secukupnya kepada
murid-murid supaya mereka rasa dihargai dan disayangi.

Akhir sekali ialah guru perlulah merancang aktiviti yang melibatkan kekalan isipadu,
nombor, keluasan dan sebagainya. Sifat pengekalan ialah bilangan atau jumlah elemen
walaupun susunan dan penglihatan telah ditukar tetapi dengan syarat, objek atau elemen tidak
ditambah atau dikurangkan. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada tahap pra operasi yang
berumur 2 hingga 6 tahun belum menguasai sifat pengekalan. Jadi aktiviti yang melibatkan
kekalan ini tidak sesuai pada mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka kurang memberi
tindak balas sekiranya diajukan soalan kepada mereka .Kanak-kanak pra operasi ini lebih baik
diubah cara permikirannya terlebih dahulu. Aktiviti yang melibatkan kekalan ini sesuai dengan
kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit yang berumur 7 hingga 11 tahun. Dalam aktiviti ini,
guru-guru boleh melakukan aktiviti yang mudah terlebih dahulu dan langkah yang seterusnya.
Ansur maju perlulah ada dalam setiap aktiviti yang dikelolakan.
5.0 KESIMPULAN

Pelbagai kaedah pendekatan yang sesuai untuk mengoptimumkan perkembangan kognitif


murid-murid. Namun,ia haruslah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid. Sebagai
bakal guru, kita haruslah melengkapkan diri dengan persiapan yang mantap agar matlamat
melahirkan modal insan yang bersepadu. Selain daripada itu, guru juga perlu memainkan
peranan penting supaya murid-murid dapat mencapai perkembangan kognitif yang optimum.
Seperti yang kita ketahui, perkembangan kognitif juga berpaksikan faktor persekitaran. Guru
merupakan faktor persekitaran yang jelas dan tidak dinafikan memberi impak yang besar. Guru
juga mestilah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk murid-murid dengan efektif supaya
proses pembelajaran dan pengajaran membuahkan hasil. Oleh itu penguasaan terhadap ilmu
perlulah mempunyai strategi merancang ,memberi dorongan dan motivasi amat penting dalam
membantu kita melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
6.0 RUJUKAN

Ahmad. (2011). 101 Senarai Penting Menguruskan Tingkah Laku dalam Perkembangan Awal Kanak-
kanak. Selangor : ITBM.

Ilham. (2003). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Pra Sekolah. Kedah : PTS Professional.

Santrock, J. (2014). Child Development . New York: McGram Hill.

Wong. (2006). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Yahaya, A. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Melaka: PTS Professional.

You might also like