pak21 keceriaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK AGAMA KERIAN

TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

KERTAS KERJA
KECERIAAN BILIK PAK21

1
Penyelaras Bilik PAK21
SMK Agama Kerian (TMUA)
Jalan Kg Selamat,34400,Semanggol Perak.
Kod Sekolah : ARA 3001
______________________________________________________________________

Tarikh : 10.01.2023
Kepada
Pengerusi PIBG,
SMK Agama Kerian,
Jalan Kg.Selamat,
34400 Semanggol,Perak

Melalui
Pengetua
SMK Agama Kerian,
Jalan Kg.Selamat,
34400 Sermanggol

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KECERIAAN BILIK PAK21

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, saya selaku penyelaras Bilik PAK21, SMKA Kerian TMUA
ingin menceriakan Bilik PAK21.

3. Sehubungan dengan itu, saya selaku penyelaras dengan rasa rendah diri ingin
memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan. Adalah diharapkan dengan sumbangan
ini dapat menampung kos untuk menceriakan Bilik PAK21 yang telah dirancang sepanjang
tahun ini demi kepentingan anak didik dan guru-guru.

4. Atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak kami terlebih
dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih

Yang menjalankan amanah

______________________________
(PN. HALIMAH BINTI MOHD KAMARULDIN)
PENYELARAS BILIK PAK21
SMK AGAMA KERIAN (TMUA)

2
KERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK PAK21 SMK AGAMA KERIAN (TMUA)

1.0 PENGENALAN

Bilik PAK21 di SMK Agama Kerian TMUA telah diwujudkan bagi memudahkan murid menjalani
aktiviti PDPC dan kelas tambahan bagi calon-calon SPM dan PT3 khasnya. Selain itu, bilik
PAK21 juga dijadikan tempat untuk taklimat atau perjumpaan bagi ujian lisan peringkat sekolah.
Walau bagaimanapun masalah mula timbul apabila kemudahan dan keperluan makmal bahasa
seperti peralatan asas mula rosak dan keceriaan suram. Selain itu keadaan lantai yang
berlubang amat bahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan baik murid mahupun guru jika
terpijak lubang pada lantai simen tersebut. Bagi mengelakkan masalah timbul, SMK Agama
Kerian TMUA amat berbesar hati sekiranya permohonan untuk mendapatkan peruntukan
membaikpulih prasarana bilik PAK21 ini diluluskan oleh pihak PIBG demi kebaikan anak didik
dan guru di sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pembelian Peralatan.

2.2 Menceriakan soft board.

3.0 MATLAMAT

3.1 Menyediakan suasana bilik PAK21 yang kondusif.

3.2 Menarik minat murid-muris SMKA Kerian (TMUA) untuk mendapatkan perkhidmatan
terbaik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjamin keselesaan murid untuk belajar dalam suasana yang harmoni dan menarik di
samping mempunyai peralatan yang lengkap bagi memudahkan PDPc berlangsung
dalam suasana PAK21.
4.2 Menghasilkan suasana yang kondusif selaras dengan visi dan misi sekolah.
4.3 Mengubah emosi seseorang murid supaya lebih tenang dan proses pembelajaran serta
perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI MENCERIAKAN BILIK PAK21

3
HARGA SEUNIT JUMLAH
BIL SENARAI JENIS BARANG KUANTITI
(RM) (RM)

ALMARI (MENYIMPAN
1. 1
PERALATAN)
2. MEJA GURU DAN KERUSI 1
3. PARTITION 1
4. KECERIAAN SOFT BOARD 200
JUMLAH BESAR

6.0 RUMUSAN

Semoga projek keceriaan Bilik PAK21 ini dapat dimanfaatkan dan dikekalkan oleh semua
warga sekolah di samping dapat menyediakan makmal yang kondusif.

Yang menjalankan amanah

______________________________
(PN. HALIMAH BINTI MOHD KAMARULDIN)
KETUA BILIK PAK21

You might also like