Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SOALAN: TOKOH

TAJUK: DATO’ SRI SITI NURHALIZA BINTI TARUDIN : PENGLIBATAN DAN


PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI MUZIK DI MALAYSIA (2001 – 2015)

Pengenalan

Industri muzik merupakan salah satu industri yang mampu meningkatkan ekonomi negara.

Muzik merupakan sesuatu yang boleh didefinisikan sebagai seni suara yang dihasilkan oleh

alat muzik, suara manusia, atau bunyi-bunyi alam. Selain itu, penyanyi merupakan seseorang

yang mampu melantunkan lagu. Penyanyi merupakan individu yang memiliki kemahiran

vokal untuk menyampaikan melodi dan lirik lagu dengan penuh perasaan dan emosi.

Malaysia telah berjaya melahirkan ramai penyanyi berbakat dan terkenal bertaraf dunia

seperti Shila Amzah, Joe Flizzow, Fish Leong, Micheal & Victor, Mugen Rao dan Dato Sri

Siti Nurhaliza iaitu para penyanyi dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, dan India yang

telah berjaya menembusi pasaran di rantau Asia termasuk Indonesia, China, dan India. Dato

Sri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi kelahiran Pahang yang telah menjadi

penyanyi mahir paling berjaya di Malaysia. Dato Sri Siti Nurhaliza adalah seorang penyanyi

dan usahawan wanita Malaysia yang terkenal, beliau sering digelar sebagai "Suara Asia"

kerana populariti dan pengaruhnya di rantau ini. Beliau memulakan kerjaya nyanyiannya

pada tahun 1990-an dan sejak itu menjadi salah satu artis hiburan yang paling berjaya dan

ikonik di Malaysia. Siti Nurhaliza telah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan

sepanjang kerjayanya atas kebolehan vokalnya dan telah memberi sumbangan kepada industri

muzik. Beliau juga dikenali atas kerja amalnya dan usaha perniagaannya, termasuk sebuah

jenama kecantikan dan pelbagai perusahaan. Keberkesanan beliau dalam muzik tidak hanya

terhad di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia, menjadikannya seorang figura yang sangat
dihormati dalam seni dan perniagaan. Beliau telah mencapai status professional pada tahun

2001 dengan memenangi banyak anugerah-anugerah besar malah beliau juga merupakan

antara penyanyi perempuan yang diakui bakatnya pada peringkat antarabangsa . Oleh itu

kajian ini menumpukan kepada pencapaian yang diterima oleh Dato Sri Siti Nurhaliza dalam

industri muzik pada tahun 2001 hingga 2015 di Malaysia.

Latar belakang

Siti Nurhaliza atau Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979,

hari Khamis. Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan

Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal, dan Siti Salmah

Bachik (lahir 1948), seorang suri rumah dan peniaga. Siti Nurhaliza berasal dari keluarga

yang gemar muzik. Adik-beradiknya, seperti Saiful Bahri, Siti Norsaida, dan Siti Nursairah

juga terlibat sebagai penyanyi. Terdapat juga adik-beradik lain yang terlibat dalam bidang

muzik, termasuk Saiful Suhairil (yang telah meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz, dan

Mohd Ali. Beliau dibesarkan dari sebuah keluarga sederhana. Pada usia 9 tahun, beliau

bangun tidur seawal jam 4:00 pagi untuk membantu ibunya membuat dan menjual pelbagai

kuih buatan sendiri di kawasan kejiranan beliau, di mana kadangkala, Siti juga membawa

turun tiga tangga, meja sementara ke jalan utama untuk membuka sebuah gerai kecil. Beliau

mengulas bahawa semua kesusahan bukan sahaja membantu beliau untuk menjadi lebih

berjimat ketika berbelanja, tetapi juga untuk menjadi lebih yakin apabila berkomunikasi

dengan orang ramai.

Bukan itu sahaja, Siti juga adalah penyanyi utama dalam kumpulan ‘Family Group’

yang ditubuhkan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik. Siti menerima pendidikan

awalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh dan menyambung
pelajarannya ke Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford. Setelah tamat pelajaran di sekolah

rendah, beliau menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah

Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang. Pada 17 Julai 2006, selepas sekian lama

dikhabaranginkan oleh media, Siti dan tunangnya ketika itu, Datuk Seri Khalid Mohamad

Jiwa membuat sidang akhbar mengumumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan

pada 21 Ogos. Rancangan beliau untuk berkahwin dengan Datuk Seri Khalid diberikan

kritikan dan kemarahan, kerana beliau akan berkahwin dengan seorang duda berusia 47 tahun

dengan empat anak lelaki di mana beliau telah dituduh menyebabkan perceraiannya. Walau

bagaimanapun, isu ini telah timbul apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

mengesahkan bahawa Datuk Seri Khalid dan bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham

secara rasmi bercerai pada Februari 2004, selepas 15 tahun perkahwinan, dari 1989 sehingga

2004.

Pada 13 Oktober 2017, selepas 11 tahun berkahwin, Datuk Seri Siti mengumumkan

yang beliau disahkan hamil empat bulan di dalam satu sesi sidang media khas yang diadakan

di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Ini merupakan kehamilan beliau

buat kali kedua dan yang pertama selepas mengalami keguguran pada Disember 2015. Beliau

turut mengumumkan akan berehat panjang daripada kerjayanya bagi menumpukan perhatian

kepada kehamilannya. Pada 11 Januari 2018, Siti mengumumkan bakal menimang cahaya

mata perempuan. Perkara itu disahkan oleh beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid

Mohamad Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagram. Pada 26 April 2021, Siti Nurhaliza

dan suami Datuk K telah mengadakan satu majlis tahlil sempena kelahiran anak kedua

mereka di Bukit Damansara yang turut dihadiri oleh beberapa individu kenamaan seperti

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Senator Datuk Dr. Zulkifli

Mohamad Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal.


Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan hebat dan berjaya dan terkenal di

Malaysia. Beliau kini mendahului senarai 'Artis Terkaya' di Malaysia. Beliau juga dilaporkan

bernilai lebih daripada RM50 juta pada 2010 bagi membolehkan beliau dinamakan sebagai

salah satu daripada jutawan dalam industri hiburan, terutama di Timur Selatan rantau Asia.

Sebagai salah seorang artis yang paling prolifik di Malaysia, dia dikatakan dibayar RM

45,000 (ASD $15,000) untuk persembahan selama 30 minit dan RM 70,000 (ASD $ 23,333)

untuk persembahan sejam pada tahun 2009. Dengan kejayaanya dalam bidang muzik, Siti

menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti

Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dengan aktivitinya yang melibatkan bidang hiburan

secara amnya. Beliau mempunyai empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza

Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital

(telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi). Beliau juga merupakan

presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

Beliau juga mengasaskan tabung bantuan kemanusiaan kepada para petugas barisan

hadapan ekoran dari Pandemik COVID-19 dan dikenali sebagai Tabung PKP Siti Nurhaliza.

Sehingga 15 April 2020, sebanyak RM 2,172.00 telah terkumpul.

PENGLIBATAN AWAL

Keluarga Siti Nurhaliza yang semuanya berkecimpung dalam bidang muzik, Beliau

banyak membuat persembahan di pelbagai majlis di kampung halaman mereka, seperti majlis

kenduri kahwin. Pada usia 12 tahun, Siti mula belajar menyanyikan lagu tradisional daripada

ibunya dan membawakan genre muzik tersebut semasa acara dan majlis. Sebelum diuji bakat

untuk Bintang HMI, Siti pernah menyertai pertandingan Asia Bagus pada 1993, pada usia 14
tahun, namun beliau gagal mara. Selepas diberi pilihan dari empat syarikat rakaman

antarabangsa, beliau memilih untuk menerima kontrak rakaman dari Suria Records, sekaligus

mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music. Pada 1 April 1996,

Suria Records melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul

album.

Ketika berusia 13 tahun, Siti menyertai bapa saudaranya dalam persembahan

jemputan, seperti majlis perkahwinan dan jamuan kenduri untuk memperkenalkan bakatnya

secara langsung. Hasilnya, dia mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat. Siti

juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila

menyanyi lagu patriotik “Bahtera Merdeka” di sebuah Karnival Kuala Lipis sempena

“Nyanyian Bulan Kemerdekaan”.

Pada tahun 1994, ketika berusia 15 tahun, Siti muncul dalam ruangan Minda Pelajar,

yang merupakan bahagian pendidikan dalam akhbar Berita Harian selepas persembahan

kumpulannya di sekolah diperhatikan oleh Tamrin Anuar, seorang wartawan Berita Harian

pada masa itu. Pada 2014, beliau teringat semula wawancara ini sebagai pendedahan pertama

beliau dalam industri hiburan. Siti berkata: “Berita dalam Minda Pelajar itu seperti petunjuk

kepada saya untuk menceburi bidang seni walaupun ketika itu saya memasang impian untuk

menjadi seorang polis.” Siti juga pernah mendapat peranan kecil dalam sebuah drama TV

bersama Zizie Ezette ketika beliau berada di Tingkatan 4.

Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 16 tahun

selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia

(RTM) pada 1 April 1995 Selepas program itu berakhir, beliau telah menerima empat

tawaran kontrak rakaman daripada syarikat rakaman antarabangsa. Kemenangan ini

membuka pintu rezeki bagi Siti Nurhaliza dan beliau kemudian menandatangani kontrak
dengan sebuah syarikat rakaman terkemuka, Suria Records. Album sulungnya yang bertajuk

“Siti Nurhaliza” telah berjaya mencipta fenomena dalam dunia muzik Malaysia dengan

jualan yang melebihi 800,000 unit. Sejak itu, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan album-album

berikutnya yang turut mencapai jualan yang tinggi serta menerima sambutan yang

menggalakkan dari peminat setianya. Beliau juga terkenal dengan rentak lagu-lagunya yang

berunsur tradisional dan telah meraih populariti di peringkat antarabangsa. Siti Nurhaliza

sering kali berkolaborasi dengan artis ternama di Malaysia dan luar negara, membuktikan

kebolehannya dalam merentasi sempadan muzik.

SUMBANGAN TOKOH

Dato Sri Siti Nurhaliza atau dikenali sebagai Siti memberikan sumbangan yang besar

kepada industri muzik Malaysia dan budaya tempatan. Siti Nurhaliza dikenali sebagai salah

satu penyanyi paling berprestasi di Malaysia dan serantau. Beliau telah menerima banyak

anugerah dan pengiktirafan dalam kariernya yang Berjaya. Antara anugerah yang pernah

diterima adalah Anugerah Bintang Popular 2001. Populariti beliau di negara-negara jiran

lebih dikenali semasa penganjuran sulung Anugerah Planet Muzik. Beliau juga dijemput pada

Anugerah Grammy yang berlangsung di Staples Centre di Los Angeles, California pada 11

Februari 2007. Melalui lagu-lagu dan albumnya, Siti Nurhaliza telah memperkenalkan seni

muzik Malaysia kepada peringkat antarabangsa. Lagu-lagu beliau menggabungkan elemen

budaya tempatan dengan unsur-unsur kontemporari, memberikan imej yang yang unik dan

memikat. Siti menyertai pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan dan pada

tahun 2003, Siti Nurhaliza ke Jepun untuk mengadakan konsert beliau di 2003 Japan and

ASEAN Pop Stars Dream Concert. Beliau juga aktif dalam menyokong bakat-bakat muda

dalam industri muzik. Program-program reality seperti mentor dan Akedemi Fantasia telah
memberikan platform kepada bakat-bakat baru untuk berkembang dalam industri muzik, dan

Siti Nurhaliza turut berperanan sebagai mentor dan penyokong utama dalam program ini.

Selain dari kerja muziknya, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kerja sosial.

Siti Nurhaliza juga membantu dalam pengutipan dana kewangan bagi membantu rakyat di

Palestin yang sedang mengalami kemusnahan. Pengutipan dana yang dilakukan olehnya dan

turut dibantu suaminya memberi impak yang besar dalam membantu mereka yang berada

dalam kesusahan. Baru-baru ini beliau sebagai pengasas Yayasan Nurjiwa telah mengutip

dana yang banyak dan mampu menyalurkan sumbangan kewangan, makanan, air bersih dan

pelbagai keperluan lain kepada mereka yang berada di Rafah, Gaza. Keprihatinan beliau

dalam isu semasa di Rafah telah membuka mata rakyat Malaysia untuk turut membantu

dalam menyalurkan sumbangan kepada mereka. Beliau turut tersentuh hati dengan sikap

solidariti rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberikan sumbangan kepada rakyat

Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa. Beliau tidak dapat menahan sebak Ketika menzahirkan

Terima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyat

Palestin dari Gaza yang kini berada di Rafah dan sangat memerlukan bantuan terutamanya

makanan.

Seterusnya, beliau juga merupakan antara salah satu usahawan yang berjaya dalam

bidang perniagaan. Beliau telah membuka pelbagai perusahaan dibawah jenamanya sendiri

dan telah menjadi salah satu jenama yang terkenal di serantau Asia. Antara perusahaan yang

diusahan ialah SimplySiti Sdn. Bhd. , Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. , dan Siti

Nurhaliza Production. Ketiga -tiga syarikat ini merupakan syarikat beliau sendiri dan Siti

Nurhaliza merupakan pengasas dan pengerusi setiap syarikat tersebut. Syarikat kosmetik

Simply Siti Sdn. Bhd. yang diproduksikan di korea dengan menggunakan nanoteknologi

meraih keuntungan yang memuaskan oleh rakyat Malaysia. Sebelum dia melancarkan

produknya, SimplySiti telah meraih status Halal dari para pejabat Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang mengunjungi kilang yang ada di Korea untuk meneliti setiap aspek

produksi agar produk tersebut dapat dinyatakan Halal. Strategi pemasarannya meliputi

penyediaan produk di lebih dari 200 outlet Watsons, Guardian dan Jusco di seluruh Malaysia,

dengan kios pertamanya di JB Sentral, Johor Bahru dan merancang untuk melakukan promosi

produk tersebut ke Brunei, Indonesia, Singapura dan negara-negara Timur Tengah. Siti

Nurhaliza turut melancarkan pakaian-pakaian dibawah keluarannya syarikatnya. Siti

Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. (SNC) adalah anak syarikat Siti Nurhaliza Productions telah

diwujudkan pada 12 Februari 2002. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak SNC adalah

menyediakan barangan-barangan Corporate Gift. Antara barangan yang boleh diperolehi

seperti Cenderamata, Trofi, T-shirt, pen dan sebagainya. Ini kerana mereka mempunyai

rangkaian dengan pihak pengeluar dan pengilang samada di dalam atau luar negara. Selain itu

mereka juga menawarkan perkhidmatan mencetak atau printing dari sekecil-kecil bahan

seperti `namecard’ kepada yang besar-besar seperti poster backdrop, billboard atau

sebagainya. Selain itu, Siti Nurhaliza Production ialah sebuah perusahaan rakaman, media

dan hiburan Malaysia yang didirikan pada 12 Januari 1998 oleh Siti Nurhaliza yang sekaligus

menjadi sebagai Presiden dan CEO-nya. Perusahaan rekaman Suria Records (SRC) telah

menyelenggarakan kegiatan seni musik Siti Nurhaliza selama lebih dari 3 tahun. Oleh karena

ayahnya, Allahyarham Tarudin Ismail menandatanganinya sebagai artis rakaman, ini

bermakna dia bebas memilih susunan pengurusan sendiri. Maka pada 12 Januari 1998, sehari

selepas ulang tahun kelahiran yang ke-19, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah

ditubuhkan sebagai sebuah tim pengurusan rasmi untuk mengurus pertunjukan musiknya.

PERCAPAIAN
Dato' Siti Nurhaliza adalah salah satu ikon paling dihormati dalam industri musik

Malaysia dan Asia Tenggara. Sejak awal kariernya, dia telah menetapkan standard tinggi

dalam hal bakat vokal, profesionalisme, dan dedikasi terhadap seni. Terdapat beberapa

percapaian yang telah dicapai sepanjang penglibatan beliau dalam kariernya dalam industri

muzik. Antaranya ialah, Dato' Siti Nurhaliza menerima gelaran "Dato'" dari pemerintah

Malaysia sebagai pengakuan atas penglibatan beliau yang luar biasa dalam industri musik dan

budaya negara. Gelaran ini telah menegaskan statusnya sebagai salah satu tokoh terkemuka

dalam budaya Malaysia. Dari segi muzikal pula, sepanjang kariernya Dato' Siti Nurhaliza

telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) di

Malaysia. Dia telah mengeluarkan lebih dari dua puluh album dan hamper kesemua album

beliau telah mencapai status platinum dan mendapat banyak penghargaan. Antara

penghargaan yang diterima beliau adalah seperti anugerah bintang popular, anugerah planet

muzik, anugerah juara lagu, anugerah MTV asia, world music awards, dan anugerah muzik

indonesia. Meskipun peminatnya rata-rata dari Asia Tenggara, Dato' Siti Nurhaliza juga telah

mendapatkan pengakuan antarabangsa yang signifikan. Dia memiliki peminat yang luas di

berbagai negara Asia dan sering tampil di pentas antarabangsa, hal ini secara tidak langsung

telah meningkatkan nama Malaysia pada peringkat global. Seterusnya, sebagai seorang

seniman, Dato' Siti Nurhaliza tidak hanya dikenal kerana bakat musikalnya, tetapi juga

sebagai ikon gaya dan budaya. Penampilannya sering menjadi trend di kalangan penggemar

model dan kecantikan, beliau telah mempengaruhi gaya busana di Malaysia dan di luar

negera. Pencapaian Dato' Siti Nurhaliza tidak hanya mencerminkan kesuksesannya dalam

karier musiknya, tetapi juga pengaruhnya yang mendalam dalam budaya dan masyarakat

Malaysia serta pengaruh global yang terus berkembang.


CABARAN

Siti Nurhaliza, yang sering dipuji sebagai artis paling berjaya di Malaysia dan diiktiraf

sebagai "Voice of Asia," telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang kerjayanya yang

gemilang dalam industri muzik. Walaupun begitu beliau berjaya menangani segala cabaran

yang dihadapi dengan baik untuk meneruskan kariernya dalam industri musik. Antara

cabaran yang dihadapi adalah seperti tekanan tinggi dan jadual yang padat, sebagai seorang

artis yang sangat popular, Siti Nurhaliza telah menghadapi tekanan yang tinggi secara

konsisten bagi menghasilkan karya berkualiti tinggi dan mempertahankan kejayaannya dalam

limelight. Ini boleh menyebabkan tekanan emosi dan fizikal dari segi pengurusan jadual yang

sibuk dan termasuk persembahan, rakaman, dan penampilan awam. Selain dari cabaran yang

dihadapi siti nurhaliza dalam industri muzik, Beliau juga bedepan dengan beberapa cabaran

dalam menguruskan syarikat-syarikat milik beliau seperti syarikat kosmetik. Beliau terpaksa

berdepan dengan pelbagai pesaing-pesaing yang turut mengeluarkan produk kecantikan dari

dalam mahupun luar negara. Dato Siti Nurhaliza mengakui ketidakstabilan ekonomi negara

memberi Kesan terhadapnya terutama dalam bidang perniagaan. Siti berkata, sebagai seorang

yang menguruskan produk kecantikan Simplysiti, perniagaan itu sedikit terganggu

memandangkan pembeli perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Dato Siti Nurhaliza turut menyatakan bahawa beliau hampir berputus asa dalam

perniagaan kerana berasa sedih dan kecewa dengan beberapa perkara seperti pengurusan

dalam perniagaan dan pekerja tidak Amanah oleh pekerjanya. Katanya semasa suaminya

mengalami kecederaan kemalangan motosikal dan perlukan penjagaan rapi sehingga pulih,

dan beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja untuk mengambil alih

perniagaan dan dari situ beliau tahu yang mana jujur atau sebaliknya. Namun begitu,
sokongan dari suaminya serta keluarganya telah memberikan semangat kepada Dato Siti

untuk terus berkaliber dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

You might also like