Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Ruj. Kami : PSU(K)/BPEN/700/AA/SD JLD.

2 (10)
Tarikh : 14 Februari 2024
04 Syaaban 1445H
Pengarah Lembaga Getah Malaysia
Pejabat LGM Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang,
Pusat Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Puan,
MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMBALAS BAGI MENJAWAB
SOALAN – SOALAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
MESYUARAT PERTAMA PENGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
YANG KE – 15
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak Puan, pentadbiran ini dalam tindakan menyediakan
maklumbalas bagi pertanyaan yang akan dikemukakan untuk Persidangan Dewan
Undangan Negeri yang akan datang.
3. Bersama – sama ini dikemukakan Pertanyaan Lisan seperti di Lampiran A
dan Pertanyaan Bertulis seperti di Lampiran B bagi Persidangan Dewan Undangan
Negeri Kedah untuk perhatian dan maklumbalas daripada pihak Puan.
4. Pihak pentadbiran ini memohon kerjasama daripada pihak Puan untuk
mengemukakan maklumbalas dan jawapan sebelum atau pada 20 Februari 2024
(Selasa) melalui emel kepada noratikah_nazri@kedah.gov.my. Oleh yang
demikian, pihak Puan perlu mengemukakan jawapan kepada pihak pentadbiran ini
dalam format seperti ketetapan berikut:
a) Sila pastikan Puan menghantar jawapan dalam bentuk ‘Microsoft Word’, font
‘Arial’ saiz 12 serta jarak baris (line spacing) Multiple 1.15 dan margin (kiri
dan kanan perenggan) dalam format normal.
b) Sila pastikan semua lampiran berkelat atau ‘attachment’ Puan yang hendak
dipanjangkan dalam bentuk ‘Microsoft Word’.
..2
Ruj. Kami : PSU(K)/BPEN/700/AA/SD JLD.2 (10)

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD AFIQ BIN AZIZI)


Penolong Pengarah
b.p. Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
Kedah Darul Aman

-2-
LAMPIRAN 'A'

PERTANYAAN-PERTANYAAN YANG DIKEHENDAKI


JAWAPAN MULUT

108. YB. ENCIK BAU WONG A/L BAU EK


[ADUN SIDAM]

Kadar hujan yang banyak di Negeri Kedah amat menjejaskan pendapatan


penoreh getah. Selain dari tidak dapat menoreh, adakalanya hasil torehan
dimusnahkan oleh air hujan yang turun pada waktu petang.

Pohon dinyatakan :-

Adakah kerajaan melalui agensi yang berkaitan berhasrat memberi bantuan


seperti baucer makanan bulanan untuk ditebus di mana-mana pasaraya
berdekatan bagi meringankan bebanan para pekebun ini?
LAMPIRAN 'B'

PERTANYAAN-PERTANYAAN YANG DIKEHENDAKI


JAWAPAN BERTULIS

27. YB. ENCIK ABDUL GHAFAR BIN SAAD


[ADUN GUAR CHEMPEDAK]

Harga getah adalah harga komoditi yang dikawal oleh pasaran dunia.

Pohon dinyatakan:-

a. Apakah pelan ataupun tindakan pihak kerajaan untuk membantu


pendapatan penoreh-penoreh getah?

b. Adakah pihak kerajaan dapat membantu dari segi modal jika pekebun kecil
ingin menukar ke tanaman yang lain menggantikan getah seperti contoh
kelapa sawit?

You might also like