Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Ruj. Kami : PSU(K)/BPEN/700/AA/SD JLD.

2 (07)
Tarikh : 14 Februari 2024
04 Syaaban 1445H
Pegawai Laut Kuala Kedah
Pejabat Laut Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah,
Kedah Darul Aman.
Puan,
MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMBALAS BAGI MENJAWAB
SOALAN – SOALAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
MESYUARAT PERTAMA PENGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
YANG KE – 15
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak Puan, pentadbiran ini dalam tindakan menyediakan
maklumbalas bagi pertanyaan yang akan dikemukakan untuk Persidangan Dewan
Undangan Negeri yang akan datang.
3. Bersama – sama ini dikemukakan Pertanyaan Lisan seperti di Lampiran A
bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk perhatian dan maklumbalas
daripada pihak Puan.
4. Pihak pentadbiran ini memohon kerjasama daripada pihak Puan untuk
mengemukakan maklumbalas dan jawapan sebelum atau pada 20 Februari 2024
(Selasa) melalui emel kepada noratikah_nazri@kedah.gov.my. Oleh yang
demikian, pihak Puan perlu mengemukakan jawapan kepada pihak pentadbiran ini
dalam format seperti ketetapan berikut:
a) Sila pastikan Puan menghantar jawapan dalam bentuk ‘Microsoft Word’, font
‘Arial’ saiz 12 serta jarak baris (line spacing) Multiple 1.15 dan margin (kiri
dan kanan perenggan) dalam format normal.
b) Sila pastikan semua lampiran berkelat atau ‘attachment’ Puan yang hendak
dipanjangkan dalam bentuk ‘Microsoft Word’.
..2
Ruj. Kami : PSU(K)/BPEN/700/AA/SD JLD.2 (07)

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD AFIQ BIN AZIZI)


Penolong Pengarah
b.p. Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
Kedah Darul Aman

-2-
LAMPIRAN 'A'

PERTANYAAN-PERTANYAAN YANG DIKEHENDAKI


JAWAPAN MULUT

71. YB. ENCIK AMAR PARED BIN MAHAMUD


[ADUN KUAH]

Setiap minggu, penjawat awam yang bertugas di Langkawi terpaksa berulang


alik menaiki feri untuk pulang bertemu keluarga. Hal ini membebankan mereka
dari segi kewangan serta mengganggu produktiviti kerja mereka.

Pohon dinyatakan :-

Adakah Kerajaan Negeri boleh mengkaji kaedah yang sesuai untuk


menanggung kos ini atau berbincang dengan pengusaha feri supaya mereka
mendapat harga tiket yang lebih murah dari biasa?

You might also like