novel Tirani

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nilai

Nilai ketabahan
·Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah
setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak.

Nilai Kegigihan
· Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda telah berusaha sedaya upaya
mengembangkan perniagaannya. Dia turut menyediakan pakej pelancongan yang
berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan walaupun menerima saingan
sengit daripada pengusaha hotel dan chalet lain .

Nilai kasih sayang


· Waheeda yang mencintai suaminya sepenuh hati telah mengalami kemurungan dan
meroyan akibat tindakan Zahid menceraikannya.
·Waheeda sayang kepada anaknya izzati dan telah membesarkan izzati tanpa suami
selepas bercerai dengan Zahid.

Nilai keberanian
·Waheeda telah membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani.

Nilai kesabaran
·Waheeda sabar dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulis dengan
lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yang menginap di chalet
mereka.

Nilai keinsafan
· Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas
perbuatannya dahulu tanpa usul periksa.

Nilai kebijaksanaan
·Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-
Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

Nilai tanggungjawab
·Waheeda bertanggungjawab mengembangkan perniagaan inap desanya syarikat
Tajau Emas Sdn. Bhd.

Nilai bekerjasama
·Waheeda bekerjasama dengan keluarganya untuk mengurus syarikat Tajau emas
yang mengusahakan inap desa Tajau Emas di Matang, Sarawak.

Nilai kepatuhan
·Waheeda patuh dengan arahan bapanya yang melarang dia melakukan
pembedahan.

Pengajaran
Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih bahagia.
·Raidah, ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani
pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.


·Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan
pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang sengit daripada pengusaha
chalet yang lain.

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.


·Waheeda taba menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang
mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain.

Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara
ahli keluarga.
·Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

Kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.


·Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank
Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya,
Abdul Aziz Imran.

Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi.
·Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan
dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala
Lumpur)

Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.


·Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi
pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.
·Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu
masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands
untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan


kekeruhan dalam sesuatu hubungan.
·Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas
perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan
mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

You might also like