Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BEG BERKUNCI NO.3
16810 SELISING, PASIR PUTEH
KELANTAN DARUL NAIM
TEL : 09-780 8000 FAKS : 09-780 8080
LAMAN WEB : http://www.kmkt.matrik.edu.my

TUGASAN INDIVIDU EKONOMI (AE025)


ULASAN ARTIKEL
SEMESTER II SESI 2021/2022

NAMA :NUR ATHIRA BINTI ROZALI


TUTORIAL :A2T4
NO MATRIK :MA2124137708
PENSYARAH KULIAH :TANG BENG ENG
PENSYARAH TUTORIAL :KAMARUL HISHAM BIN MOHD ARIFFIN
TARIKH AKHIR HANTAR TUGASAN :24 FEBRUARI 2022 / KHAMIS
MARKAH

PEMERIKSA 1
10
MODERATOR
10
KETUA MODERATOR
10
1
CARTA ALIR PENGURUSAN PENILAIAN BERTERUSAN
EKONOMI AE015 2021/2022

MULA Minggu 2
13/1/2022 Pelajar mendapat soalan
penulisan esei dan ulasan artikel

Minggu 3
Pelajar mencari bahan dan
maklumat berkaitan tugasan yang diberi

Minggu 4
Pelajar berjumpa pensyarah untuk sesi
konsultasi tugasan

Minggu 4 hingga Minggu 13 Minggu 4 hingga Minggu 8


Pelajar menyiapkan Penulisan
Esei Pelajar menyiapkan Ulasan Artikel

Minggu 13 Minggu 8
Pelajar menghantar Penulisan Pelajar menghantar Ulasan
Esei.Tarikh akhir hantar Artikel.Tarikh akhir hantar
penulisan esei ialah Ulasan Artikel ialah
7/4/2022 (KHAMIS) 24/2/2022(KHAMIS)

TAMAT

2
PENGAKUAN TUGASAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Pelajar NUR ATHIRA BINTI ROZALI


No. Matrik MA2124137708
Kelas A2T4
Kursus /kod Ekonomi 1 ( AE025 )
Tajuk tugasan Tajuk Ulasan Artikel:MASALAH GUNA TENAGA DAN
PENGANGGURAN

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:
Nama :NUR ATHIRA BINTI ROZALI
Tarikh:24 FEBRUARI 2022
Nota: Borang ini hendaklah dikepilkan bersama tugasan bertulis/ bercetak/ model
dan diserahkan kepada pensyarah yang memeriksa tugasan.
PB/MTP

3
MAKLUM BALAS TUGASAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perincian Tugasan
Ulasan artikel
Kekuatan attribut

Attribut yang boleh


diperbaiki

Lain-lain

Nama &
Tandatangan
Pemeriksa

Tarikh

4
Pengesahan Pelajar (Ulasan Artikel)
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami
Tarikh Catatan Tandatangan pelajar
perjumpaan dan tarikh
susulan jika
perlu
12/01/2022 Menghantar pemilihan artikel yang dicari

24/02/2022
27/01/2022 Menghantar penulisan artikel mengenai
pendauluan dan pernyataan isu

24/02/2022

PERKARA MUKA SURAT

Carta Alir Pengurusan Penilaian Berterusan 2

Pengakuan Tugasan Pelajar 3

Maklum Balas Tugasan Pelajar 4

Pengesahan Pelajar 5

4.1 Pendahuluan 7-8

4.2 Pernyataan Isu 9-10

5
4.3 Perbincangan

4.3.1 Penyelesaian Masalah 11-12

4.3.2 Cadangan Penambahbaikan 13-14

4.3.3 Fakta-fakta Lain 15

4.3.3 Kesan 16

4.4 Kesimpulan 17

4.5 Senarai Rujukan 18

Artikel 19-21
ISI KANDUNGAN

4.1 Pendahuluan

Tugasan ini dijalankan untuk mengkaji tentang guna tenaga dan pengangguran
yang dapat dikaitkan dengan makroekonomi.Objektif tugasan ini adalah untuk
mengenal pasti masalah pengangguran di Malaysia.Kaedah kajian yang digunakan
bagi melaksanakan tugasan ini adalah melalui sumber internet dan buku
rujukan.Berdasarkan artikel yang diperolehi daripada Berita Harian yang disiarkan
pada 14 Julai 2020,ia menceritakan tentang negara Malaysia berdepan dengan
masalah kenaikan kadar pengangguran iaitu kepada 5.3 peratus pada Mei 2020
dengan seramai 826,100 penganggur .Menurut ilmu ekonomi,guna tenaga ialah
jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan .Ia digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.Contohnya,jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta
orang,maka jika hanya 1 juta orang yang mendapat kerja,ini bermakna guna tenaga
ialah berjumlah 1 juta orang.Sesebuah negara akan mencapai matlamat guna

6
tenaga penuh apabila kadar pengangguran negara itu berada pada paras yang
sangat rendah iaitu kurang daripada 4%.Selain itu,semakin bertambah kadar guna
tenaga ,semakin berkurang kadar pengangguran .Kesannya,keluaran negara akan
meningkat dan taraf hidup rakyat juga turut meningkat.

Berdasarkan ilmu ekonomi yang saya pelajari,pengangguran ialah jumlah tenaga


buruh yang ingin bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan manakala kadar
pengangguran ialah nisbah antara jumlah pengangguran dan jumlah tenaga buruh
pada satu masa tertentu.Masalah pengangguran merupakan salah satu masalah
makroekonomi yang menjadi penghambat pembangunan daerah kerana akan
menimbulkan masalah sosial lainnya (Yehosua,dkk,2019).Kadar pengangguran
dapat diukur dengan jumlah mereka yang menganggur kemudian dibahagikan
dengan jumlah orang dalam tenaga buruh iaitu jumlah mereka yang bekerja dan
tidak bekerja. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahidin,kadar pengangguran kini terus meningkat 0.3 mata peratus bagi
perbandingan bulan kebulan kepada 5.3 peratus berikutan bilangan penganggur
meningkat sebanyak 47,300 orang berbanding April 2020. Walau bagaimanapun,
katanya peningkatan bulanan bilangan penganggur pada Mei 2020 ini adalah lebih
rendah berbanding peningkatan yang dicatatkan bagi Mac ke April, iaitu seramai
168,300 orang.Hal ini berlaku menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara pada
masa kini telah beransur pulih dan bergiat aktif.Oleh itu ,para pemimpin hendaklah
memastikan ekonomi negara terus tumbuh dengan baik agar dapat menyediakan
banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran serta
meningkatkan taraf hidup rakyat.Dengan itu negara kita akan sentiasa maju
setanding dengan negara maju yang lain.

7
4.2 Pernyataan isu

Isu utama yang dapat dinyatakan disini ialah negara Malaysia kini mengalami
masalah pembangunan ekonomi iaitu kadar pengangguran yang kian
meningkat.Kemelut ini sangat merisaukan dan membimbamgkan rakyat
Malaysia.Keadaan ini berlaku kesan daripada pandemik yang melanda negara kita
iaitu Covid 19.Hal ini menyebabkan ekonomi negara merosot dan terus
merudum.Kesan daripada pandemik tersebut,ramai orang tidak dapat bekerja
kerana tertakluk dengan arahan kerajaan.Pada 18 Mac 2020,kerajaan telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dimana orang ramai diarahkan untuk
tidak keluar daripada rumah kecuali atas urusan yang penting seperti keluar
membeli barang keperluan harian.Kesan daripada itu ,ramai tenaga buruh terpaksa
bekerja dari rumah dan terdapat banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup untuk
mengelakkan penularan Covid19 .Terdapat banyak sektor ekonomi yang terjejas
iaitu sektor perkhidmatan terutamanya industri yang berkaitan dengan

8
pelancongan,penginapan,perancang acara,kesenian dan hiburan ,aktiviti sukan dan
rekreasi serta perkhidmatan lain.Kesan daripada itu,ramai tenaga buruh yang
terpaksa dibuang kerja akibat majikan tidak dapat membayar gaji.Hal ini telah
menyebabkan ekonomi negara tidak dapat tumbuh dengan baik sekaligus
meningkatkan jumlah kadar pengangguran serta taraf hidup rakyat
menurun.Pengangguran akan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dan
pembaziran sumber.Menurut Ketua Perangkawan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Mohd
Uzir Mahidin,kadar pengangguran negara Malaysia terus meningkat 0.3 mata
peratus bagi perbandingan bulan kebulan kepada 5.3 peratus pada bulan Mei
berikutan bilangan penganggur meningkat sebanyak 47,300 orang berbanding April
2020.Namun beliau berkata,bilangan pengangguran pada bulan Mei lebih rendah
berbanding peningkatan yang dicatatkan bagi Mac ke April,iaitu seramai 168 300
orang.Hal ini berlaku setelah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat iaitu membenarkan sektor-sektor ekonomi beroperasi.

Isu yang turut merisaukan dan membimbangkan kita ialah guna tenaga di Malaysia
kian berkurang .Hal ini lebih membimbangkan setelah negara kita dilanda wabak
Covid19.Ramai tenaga buruh yang terpaksa diberhentikan oleh majikan mereka
demi meneruskan operasi syarikat mereka.Hal ini kerana majikan tidak mampu
membayar gaji pekerja mereka akibat pandemik.Berdasarkan ilmu ekonomi yang
saya pelajari,guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai
sektor ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.Kementerian
Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) mendapati tahap guna tenaga sektor
pelancongan negara menurun sebanyak 2.9% atau 3.5% juta pada tahun 2020
berbanding 3.6 juta pada tahun sebelumnya.Hal ini menyebabkan jumlah kadar
pengangguran semakin meningkat sekaligus ekonomi negara menguncup dan tidak
mencapai guna tenaga penuh.Di samping itu,masalah ini memberi impak negatif
kepada masa depan anak-anak muda era ini terutama lepasan graduan kerana
peluang pekerjaaan semakin tipis.Oleh itu,kehidupan mereka menjadi semakin
mencabar selaras dengan kemajuan negara kini.Semakin kurang kadar guna
tenaga,semakin bertambah kadar pengangguran dan keluaran negara juga semakin
berkurang.

9
4.3 Perbincangan

4.3.1 Penyelesaian masalah

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang hidup dalam berbilang kaum dan
mempunyai sikap perpaduan yang sangat utuh antara kaum.Dengan itu,negara yang
maju hendaklah menyelesaikan isu pengangguran yang kian meningkat supaya
tidak bertambah teruk.Hal ini kerana masalah ini memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi negara.Semakin tinggi kadar pengangguran maka semakin
menguncup pertumbuhan ekonomi negara kita.Seperti yang kita tahu,negara kita
telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan demi mencegah penularan Covid-
19 namun ekoran itu ekonomi negara semakin merosot dan tidak aktif.Setelah
sekian lama,pihak kerajaan telah menyedari dan mula memikirkan cara untuk
menyelesaikan kemelut itu supaya ekonomi negara dapat berkembang.Menurut
artikel yang saya kaji,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengatakan peningkatan

10
bulanan bilangan penganggur pada Mei 2020 ini lebih rendah berbanding
peningkatan yang dicatatkan bagi bulan Mac ke April.Hal ini demikian kerana
kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan sektor-sektor ekonomi beroperasi
secara berperingkat tetapi masih mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat(PKPB).Namun pengurangan itu juga berlaku kerana kerajaan telah
melaksanakan pelbagai pakej rangsangan bagi mencapai sasaran tertentu.Dengan
itu,ekonomi negara masa kini telah mula bergiat aktif dan beransur pulih.

Seterusnya,mengalakkan industri intensif buruh.Kerajaan boleh memberi pelbagai


intensif seperti pemberian taraf perintis untuk menggalakkan industri berintensifkan
buruh.Malahan kerajaan juga perlu menggalakkan firma menggunakan buruh yang
lebih murah,lebih fleksibel dan tiada selenggaraan terutama pada masa negara
dilanda wabak Covid-19.Dengan itu,jumlah pengangguran negara kita akan
berkurangan apabila firma mengurangkan pengambilan buruh asing sekali gus dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja dan


Bantuan Latihan yang berjumlah RM1.5 bilion yang dilaksanakan oleh kerajaan juga
merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah pengangguran.Program
ini merupakan program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan
dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan dalam kalangan
pencari kerja tempatan.Program ini dibangunkan ekoran kesan wabak Covid-19
yang memberi kesan terhdap perniagaan dan masalah pengangguran.Kementerian
Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini
melalui PERKESO.Secara ringkasnya,PENJANA KERJAYA adalah insentif yang
disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs
adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja terutamanya mereka yang
terjejas akibat Covid-19.Para pengangguran masa kini boleh membuat permohonan
pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.Di samping itu,program ini memberi insentif
bagi penempatan pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta untuk kategori
penempatan pekerja berkemahiran rendah.Terdapat pelbagai insentif yang diberikan
seperti RM300 bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung
dengan tawaruan gaji RM4000 ke atas.Manakala RM 200 bagi setiap pekerja yang

11
ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM3000 ke atas dan
RM3000 ke bawah.

Manakala langkah untuk mengatasi masalah kekurangan guna tenaga ialah


kerajaan perlu melaksanakan Dasar Gaji Minimum Kebangsaaan.Pelaksanaan
dasar ini selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi
Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha
mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berperndapatan rendah.Penetapan dasar
gaji minimum dapat mempertingkatkan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan
kerajaan.

4.3.2 Cadangan penambahbaikan

Terdapat beberapa lagi cara lain yang dapat membendung isu pengangguran yang
meningkat dalam negara ini.Kerajaan perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan
dalam sektor-sektor primer,sekunder dan tertier.Justeru itu,usaha-usaha yang lebih
giat akan dijalankan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang
sesuai untuk memudahkan mereka memperolehi pekerjaan.Selain itu,kerajaan perlu
terus menyediakan perkhidmatan dan maklumat pasaran buruh yang baik dan akan
mengawasi arah aliran pasaran buruh dengan teliti.Tumpuan atau kecenderungan
pencari kerja kepada pekerjaan kolar putih perlu diubah supaya selaras dengan
bertambahnya keperluan terhadap kerja mahir.Hal ini dapat memberi jaminan kerja
kepada para belia di negara kita.

12
Di samping itu ,bekerja sendiri perlu diberikan penekanan memandangkan
keadaan ekonomi yang semakin lembap tambahan ekoran wabak Covid-19.Tenaga
buruh perlu bersikap berdaya usaha ,rajin dan mempunyai sikap bersaing untuk
memperoleh pekerjaan demi menampung kos hidup seharian.Dengan melihat
pertumbuhan ekonomi negara lain yang makin tumbuh dan bergiat aktif,semangat
ingin berusaha yang utuh amatlah penting dalam diri tenaga buruh.Hal ini
kerana,mereka akan memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup sekaligus
memulihkan ekonomi negara bukan masih menunggu peluang pekerjaan itu
muncul.Malahan sikap yang terlalu memilih pekerjaan yang ada pada diri rakyat
Malaysia perlu dibuang.Hal ini kerana menyebabkan mereka sukar untuk
mendapatkan pekerjaaan yang sedia ada.Kursus dan latihan juga boleh dibekalkan
kepada mereka yang ingin memulakan pekerjaan sendiri.

Seterusnya,kerajaan juga perlu bersama-sama dengan rakyat berganding bahu


memulihkan ekonomi negara dengan cara tidak menimbulkan masalah politik disaat
ekonomi negara merosot.Ahli-ahli politik tidak sepatutnya sambil menyelam minum
air dan saling mencari salah antara parti untuk merebut kuasa.Pergolakan politik
tidak dapat membantu kita untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi sebaliknya
menyebabkan ekonomi negara semakin menguncup.Sebagai pemimpin dan ahli
politik yang bijak ,marilah bersama-sama kita memikirkan cara untuk menyelesaikan
kemelut ini.Hal ini kerana masalah ekonomi lebih penting berbandingkan dengan
jawatan.Bahkan juga masalah ini amat penting kerana ia menentukan masa depan
anak-anak muda dan masa depan negara.Oleh itu,hubungan politik yang baik dalam
kalangan ahli politik juga merupakan perkara yang perlu di ambil serius demi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Akhir sekali,kerajaan hendaklah menyediakan lebih banyak platform untuk


mengelakkan kadar pengangguran di negara kita terutama golongan belia.Antara
program yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah Program
Keusahawanan dengan memberi insentif kepada golongan belia yang berminat
untuk menceburi bidang keusahawanan.Hal ini dapat membantu meningkatkan
keyakinan dalam diri golongan muda untuk menceburi bidang baharu dan secara
tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara.Pada masa yang
sama,kerajaan boleh memberi bantuan dari segi kewangan untuk membantu
golongan muda daripada keluarga B40.Hal ini demikian kerana sejak negara ini

13
dilanda wabak Covid-19,golongan B40 sangat terkesan dan mengalami masalah
yang sangat besar untuk menyara diri sendiri dan ahli keluarga
mereka.Contohnya,kerajaan mendirikan Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin
Negara yang khas untuk golongan 24 tahun kebawah bagi mengurangkan beban
mereka.

4.3.3 Fakta-fakta lain

Terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah pengangguran semakin


meningkat di negara Malaysia.Penyumbang terbesar masalah pengangguran adalah
lambakan garduan yang meningkat dan sangat ketara kerana lumpuhnya sektor
ekonomi ketika dunia diancam wabak Covid-19.Malah,sebelum tahun mulanya
pandemik lagi negara Malaysia menghadapi masalah lambakan garduan.Keadaan
ini menyebabkan para graduan terpaksa menganggur dalam tempoh masa yang
agak lama kerana peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang mereka terlalu
terhad.Di samping itu,para graduan terpaksa menjadi penganggur kerana
persaingan yang sangat sengit antara graduan lain.Justeru lebih menyedihkan,para
graduan ini bukan sahaja perlu berdepan dengan masalah pengangguran malah

14
terpaksa mencari pekerjaan di luar bidang pengajian mereka.Kemelut ini memberi
kesan kepada pendapatan negara iaitu pendapatan negara semakin merosot.

Selain itu,masalah pergolakan dan pergelutan dalam politik merupakan salah satu
punca peningkatan kadar pengganguran di negara kita.Perebutan kuasa dalam
kalangan pemimpin akan menyebabkan ekonomi negara tidak stabil dan jatuh.Hal ini
dikatakan demikian kerana,apabila para pemimpin mempunyai masalah ia akan
menyebabkan para pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini.Perkara ini
menyebabkan ekonomi negara kita tidak dapat tumbuh dengan baik.Banyak
syarikat-syarikat besar memilih untuk membuka syarikat mereka di negara jiran
seperti Indonesia kerana negara mereka mempunyai politik yang stabil.Dengan itu
mereka berasa lebih yakin untuk menjalankan perniagaan dan berfikir perniagaan
mereka akan lebih maju di sana.

Akhir sekali,sikap majikan yang mahu mengurangkan kos perbelanjaan.Ia merujuk


kepada kes pengangguran yang berlaku kepada pemegang ijazah sarjana atau
master.Mereka yang dahulunya telah mendapat pekerjaan telah berhenti kerana
ingin menukar kepada bidang pekerjaan yang lebih baik tetapi telah menganggur
kerana mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan berpengalaman.Oleh
itu,mereka mengharapkan ganjaran gaji yang lebih tinggi.Ini menyebabkan mereka
tidak diambil bekerja kerana majikan lebih merujuk untuk mengambil graduan
baru.Hal ini kerana,gaji yang perlu dibayar kepada graduan baru jauh lebih
rendah.Dengan ini majikan dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

4.3.4 Kesan

Antara kesan pengangguran ialah pembaziran sumber pengeluaran.Masalah


pengangguran menyebabkan pembaziran sumber di mana tenaga buruh dan
sumber pengeluaran lain seperti barang modal dan tanah tidak digunakan
sepenuhnya.Perkara ini menyebabkan ekonomi negara tidak mencapai kapasiti
pengeluaran yang maksimum dan pendapatan negara sebenar kurang daripada
pendapatan negara potensi.Kesannya,ekonomi negara tidak mencapai guna tenaga
penuh.Malahan pembangunan negara menjadi perlahan kerana pendapatan negara
yang tidak mencukupi tidak dapat menampung kos infrastruktur untuk tujuan
pembangunan.

15
Seterusnya,taraf hidup rakyat menurun.Pengangguran menyebabkan pendapatan
yang diterima masyarakat berkurang dan seterusnya mengurangkan tingkat
pendapatan per kapita.Taraf hidup rakyat dapat diukur berdasarkan kepada
pendapatan per kapita.Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur,ia
menyebabkan keluaran Negara Kasar berkurangan dan menjejaskan pendapatan
per kapita negara.Pendapatan per kapita yang lebih rendah menunjukkan taraf hidup
rakyat menurun dan taraf hidup rakyat lebih menurun daripada tahap yang mungkin
dicapai jika ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.Di samping itu,peningkatan
kes jenayah juga merupakan salah satu faktor pengangguran.Pengangguran
menyebabkan individu hilang punca pendapatan untuk menanggung kos hidup
seharian yang semakin lama semakin meningkat.Masalah dan kesukaran yang
dihadapi telah memaksa sebilangan individu terjebak dalam masalah sosial seperti
kes jenayah iaitu mencuri atau merompak yang bertujuan untuk mendapatkan
wang.Akhir sekali,pertumbuhan ekonomi turut merosot dan tidak bergiat aktif dek
kerana pengangguran.Ia memberi impak negatif kepada negara seperti pelabur dari
negara lain tidak berminat untuk melakukan pelaburan di negara kita.Hal ini sudah
tentu kerana setiap pelabur semestinya akan mengkaji terlebih dahulu pertumbuhan
dan prestasi ekonomi sesebuah negara sebelum melakukan pelaburan agar tidak
berlaku kerugian apabila melakukan pelaburan.Pengurangan pelaburan di negara
Malaysia menyebabkan ekonomi negara ini semakin menguncup.

4.4 Kesimpulan

Kesimpulannya,semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah


pengangguran dan guna tenaga.Ini kerana masalah pengangguran merupakan
masalah yang serius dan mendatangkan impak negatif kepada ekonomi
negara.Sebagai rakyat yang sayang akan negara tercinta,marilah kita bersama-
sama menyokong produk tempatan.Hal ini kerana dapat membantu memulihkan
ekonomi negara serta memberi pendapatan kepada negara.Sebagai contoh apabila
kita semua membeli produk tempatan ia dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia kerana pengusaha-pengusaha kedai akan mencari pekerja
untuk menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak.Kesannya kadar pengangguran

16
akan berkurang dan guna tenaga akan meningkat serta keluaran negara.Malahan
pendapatan per kapita juga turut meningkat sekaligus dapat meningkatkan taraf
hidup rakyat.Walaupun keadaan pandemik Covid-19 memberi kesan yang negatif
dan telah menyebabkan berlaku banyak kerugian,namun kita hendaklah bertindak
dengan segera untuk menangani masalah pengangguran ini.Kerajaan perlu
merancang dan melaksanakan lebih banyak lagi program yang dapat memberi
faedah kepada setiap lapisan masyarakat.Dengan ini,kitaran ekonomi dapat
dijalankan seperti biasa dan ekonomi negara dapat dipulih dengan segera.

4.5 Senarai Rujukan

Internet

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/710523/kadar-pengangguran-
meningkat-kepada-53-peratus

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasaran-buruh-makin-baik-
pengangguran-terus-menurun-mustapa-258968

https://bm.syok.my/info/kadar-pengangguran-malaysia-meningkat-lebih-700-00

Buku rujukan

17
Yeam Hock Kong,2021. Teks & Rujukan Lengkap Matrikulasi Makroekonomi. Global

Mediastreet Sdn Bhd

Artikel

Kadar pengangguran meningkat kepada 5.3 peratus

Mahanum Abdul Aziz - Julai 14, 2020 @ 12:48pm


mahanum_aziz@bh.com.my
PUTRAJAYA: Kadar pengangguran Malaysia terus meningkat kepada 5.3 peratus
pada Mei 2020, dengan seramai 826,100 penganggur dicatatkan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kadar
pengangguran terus meningkat 0.3 mata peratus bagi perbandingan bulan kebulan

18
kepada 5.3 peratus berikutan bilangan penganggur meningkat sebanyak 47,300
orang berbanding April 2020.

Walau bagaimanapun, katanya peningkatan bulanan bilangan penganggur pada Mei


2020 ini adalah lebih rendah berbanding peningkatan yang dicatatkan bagi Mac ke
April, iaitu seramai 168,300 orang.

"Pengurangan itu berkemungkinan disebabkan oleh pelaksanaan pelbagai pakej


rangsangan bagi mencapai sasaran tertentu di samping lebih banyak perniagaan
yang dibenarkan beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bersyarat (PKPB) dalam bulan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara
waktu juga telah berkurang lebih daripada separuh kepada 2.27 juta orang.

Kumpulan ini, yang kemungkinan besar tidak dapat bekerja dari rumah, tidak
dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka mempunyai pekerjaan dan akan
kembali semula bekerja.

Daripada jumlah tenaga buruh pada Mei 2020, penduduk bekerja mencatatkan
penurunan marginal 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 14.89 juta orang.

Selari dengan ini, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang memberikan
maklumat mengenai kemampuan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga terus
menurun sebanyak 0.4 mata peratus kepada 64.4 peratus.

Pada bulan itu, penduduk bekerja yang terjejas adalah dalam sektor perkhidmatan,
terutamanya industri yang berkaitan dengan pelancongan, penginapan, perancang
acara, kesenian & hiburan, aktiviti sukan & rekreasi, serta perkhidmatan lain.

Berikutan pengesanan peningkatan kluster COVID-19 dalam kalangan pekerja asing


oleh pihak berkuasa kesihatan, penurunan pekerja yang ketara juga didapati berlaku
di sektor pembinaan.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bilangan bekerja sendiri terus menurun sejak
Mac 2020.

19
Katanya, pada Mei 2020, kumpulan ini adalah seramai 2.42 juta orang, berkurang
161,500 orang berbanding April 2020.

"Kebanyakannya adalah bekerja secara gaji harian di pasar tani, pasar malam dan
gerai makanan, pekerja bebas dan serta pekebun kecil.

"Oleh kerana fasa PKP Pemulihan (PKPP) masih tidak membolehkan perniagaan
mereka beroperasi seperti biasa, kumpulan bekerja sendiri ini telah dan berisiko
tinggi terhadap kehilangan pekerjaan dan pendapatan," katanya.

Merumuskan keseluruhan situasi tenaga buruh, Mohd Uzir berkata, indikator


ekonomi pada Mei 2020 menunjukkan peningkatan berbanding April 2020 dan ini
memberi isyarat keadaan ekonomi yang beransur pulih secara berperingkat.

Sehubungan itu, tegasnya walaupun trend negatif penawaran buruh berterusan


hingga Mei 2020, keadaan ini adalah lebih baik dibandingkan dengan April 2020.

Beliau berkata, dijangkakan dengan penguatkuasaan PKPP mulai 10 Jun 2020,


keadaan perniagaan akan semakin pulih berikutan lebih banyak sektor dibenarkan
beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Pelaksanaannya membolehkan momentum perniagaan kembali semula, manakala


peluang perniagaan baharu juga akan muncul berikutan perubahan permintaan
selaras dengan norma baharu.

"Ini seterusnya, dijangka akan dapat mengekalkan pekerjaan, mewujudkan peluang


pekerjaan baharu dan meningkatkan pengambilan pekerja.

"Selaras dengan perkembangan ini, dalam jangka masa pendek, keadaan tenaga
buruh pada Jun 2020 dijangka akan lebih baik dan berterusan hingga separuh kedua
2020," katanya.

20
21

You might also like