Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SJK(T) RRI SUNGAI BULOH (SEK-BBD8456) <bbd8456@moe.edu.

my>

Fwd: AKTIVITI PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PERKHIDMATAN INTERNET DI AGENSI DAN INSTITUSI
PENDIDIKAN KPM DI BAWAH JPN SELANGOR
1 message

NUR ASSYURA MOHAMAD (B-PPDPTLGUTAMA) <assyura.mohamad@moe.gov.my> Thu, Jun 27, 2024 at 5:32 PM
To: Sekolah PPD Petaling Utama <sekolah.petalingutama@moe.gov.my>

---------- Forwarded message ---------


From: HASLIZA BT ZAKARIA (JPN-SELANGOR) <hasliza.zakaria@moe.gov.my>
Date: Wed, 26 Jun 2024, 7:11 am
Subject: AKTIVITI PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PERKHIDMATAN INTERNET DI AGENSI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI BAWAH JPN SELANGOR
To: Penyelaras ICT di PPD Selangor <selangor.pictppd@moe.gov.my>, Penyelaras JTK PPD <selangor.pjtkppd@moe.gov.my>, AHMAD FAIZAL BIN AZMAN (JPN-
SELANGOR) <faizal.azman@moe.gov.my>
Cc: JPN Selangor ( Pegawai Pendidikan Daerah ) Mailing List <selangor.ppd@moe.gov.my>, TS. ROZALINA BINTI MOHD JAMIL (JPN-SELANGOR)
<rozalinamj@moe.gov.my>, Unit Teknikal ICT & Rangkaian SPMK (UTR) <selangor.utr@moe.gov.my>, <ikhwanudin.faisal@tm.com.my>,
<nisa.annaurah@tm.com.my>, <rubiah.arifin@tm.com.my>, <rudydjohan.johar@tm.com.my>, <sheik.shahril@tm.com.my>, <jeffryy@tm.com.my>

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

AKTIVITI PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PERKHIDMATAN INTERNET DI AGENSI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI BAWAH JPN
SELANGOR

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan kontrak internet interim di agensi dan institusi pendidikan KPM yang diuruskan secara berpusat oleh Bahagian
Pengurusan Maklumat (BPM) KPM akan tamat pada 30 Jun 2024. JPN dan PPD Selangor telah melaksanakan perolehan bagi memastikan
kesinambungan perkhidmatan internet ini tidak terjejas selepas 30 Jun 2024. Syarikat TM Technology Services Sdn Bhd telah dilantik untuk
memberikan perkhidmatan melibatkan agihan lokasi berikut berdasarkan sebutharga yang dikeluarkan:-

JUM LOKASI/ JUMLAH


BIL SEBUTHARGA KETERANGAN
SEKOLAH TALIAN
1 JPN Selangor Pakej 1 Sekolah hibrid (Tidak termasuk KV dan SBP) 6 18
2 JPN Selangor Pakej 3 Agensi (SSTP & PKG) dan Sekolah Menengah (SM) di 75 152
bawah PPD Klang
3 JPN Selangor Pakej 4 Sekolah Menengah (SM) di bawah PPD Hulu Langat 85 255
dan PPD Petaling Perdana
4 PPD Hulu Langat Sekolah Rendah (SR) Hulu Langat 92 268
5 PPD Hulu Selangor Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) 64 168
Hulu Selangor
6 PPD Klang Sekolah Rendah (SR) Klang 91 259
7 PPD Kuala Selangor Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) 86 214
Kuala Selangor
8 PPD Petaling Perdana Sekolah Rendah (SR) Petaling Perdana 91 262
9 PPD Petaling Utama Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) 85 247
Petaling Utama
10 PPD Sabak Bernam Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) 63 146
Sabak Bernam
11 PPD Sepang Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) 51 139
Sepang
JUMLAH 789 2,128

3. Aktiviti pemasangan dan pengujian sedang giat dilaksanakan oleh syarikat sejak 21 Jun 2024 bagi memastikan perkhidmatan internet di
lokasi terlibat dapat disediakan dengan kadar segera. Atas keperluan kritikal dan mendesak kerana bilangan lokasi yang banyak dan tempoh
masa yang singkat, jabatan dan syarikat telah bersetuju agar aktiviti pemasangan dan pengujian ini dapat dilaksanakan pada ketetapan seperti
berikut:-

a) Pemasangan dilaksanakan bermula 21 Jun hingga 29 Jun 2024;


b) Pemasangan pada hari bekerja (Isnin – Jumaat) bermula jam 8.30 pagi dan dilanjutkan sehingga jam 5.00 petang bagi tempoh
21 Jun hingga 28 Jun 2024 sahaja;
;
c) Pemasangan dilaksanakan pada hari Sabtu (29 Jun 2024) bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bagi memenuhi keperluan
ketersediaan internet pada 1 Julai 2024; dan

d) Kebenaran masuk dan melaksanakan kerja kepada syarikat dilanjutkan sehingga 31 Julai 2024 mengambil kira keperluan syarikat
untuk menyempurnakan kerja-kerja pemasangan termasuk penukaran peralatan lama kepada baharu dan aktiviti pengujian serta
pentauliahan terhadap kerja-kerja pemasangan perkhidmatan internet yang dilaksanakan.

4. Sehubungan itu, Penyelaras ICT, Penyelaras /wakil Pasukan Teknikal ICT Sekolah (PTIS) dan wakil dari pihak sekolah adalah dimohon
untuk hadir bersama sepanjang aktiviti tersebut. Agensi dan pihak sekolah adalah dimohon memberikan kebenaran masuk ke premis dan
melaksanakan aktiviti berkaitan bagi tujuan tersebut. Sekiranya agensi/sekolah tidak bersetuju bagi perkara di para 3 b) dan (c), pemakluman
boleh dibuat kepada JPN dan syarikat melalui PPD/PTIS masing-masing dengan memastikan agensi/sekolah faham dan bersedia menerima
implikasi ke atas penolakan tersebut iaitu risiko perkhidmatan internet terputus selepas 30 Jun 2024. Bagi agensi/sekolah yang tidak bersetuju
dengan keperluan 3(b) dan (c), syarikat akan menjadualkan semula kerja-kerja pemasangan dan pengujian selepas 1 Julai 2024. Jadual
pemasangan juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan disalurkan kepada agensi dan sekolah melalui PPD/PTIS. Sebarang
pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:-

i. Nama : Pn. Hasliza binti Zakaria


No Telefon : 03-5518 6818
E-mel : hasliza.zakaria@moe.gov.my

ii. Nama : Pn. Norlaila binti Anab


No Telefon : 03-5518 6303
E-mel : norlaila.anab@moe.gov.my

iii. Nama : Ts. Muhammad Syarifuddin bin Abd Radzaz


No Telefon : 03-5518 6119
E-mel : syarifuddin.radzaz@moe.gov.my

Segala kerjasama serta perhatian tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(HASLIZA BINTI ZAKARIA)


b.p. Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Maklumat (SPMK)
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Tel : 603-55186816
E-mel : hasliza.zakaria@moe.gov.my
Laman Web : jpnselangor.moe.gov.my
Sila pertimbangkan alam sekitar sebelum mencetak e-mel ini / Please consider the environment before printing this e-mail. GO GREEN - PAPERLESS

Peringatan
Pengguna Perkhidmatan MyGovUC adalah bertanggungjawab melindungi kerahsiaan data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan. Adalah diingatkan agar
pengguna sentiasa peka dengan SEMUA peraturan, arahan keselamatan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa bagi semua pengendalian
data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan yang berkaitan.

Peringatan
Pengguna Perkhidmatan MyGovUC adalah bertanggungjawab melindungi kerahsiaan data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan. Adalah diingatkan agar
pengguna sentiasa peka dengan SEMUA peraturan, arahan keselamatan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa bagi semua pengendalian
data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan yang berkaitan.

You might also like