K01947_20210925083052_ETIKA PENYELIDIKAN

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

ETIKA PENYELIDIKAN

PENGENALAN

 Penyelidikan melibatkan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman.

 Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian akan menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran
responden kajian.

 Maklumat sedemikian apabila dihebahkan akan mendatangkan kesan negatif kepada responden dan pihak lain.
ASPEK PENTING DALAM ETIKA PENYELIDIKAN

Bil Aspek Penjelasan


1 Penyertaan Sukarela • Responden kajian bebas menyertai atau tidak menyertai kajian
• Paksaan atau memberi insentif tidak boleh dilakukan demi mendapat kebenaran
responden.
• Pengkaji boleh menjelaskan kepada responden tujuan, prosedur, kepentingan, dan
risiko menyertai kajian bagi memujuknya mengambil bahagian.
• Pengkaji hendaklah memberikannya dengan jujur.
• Jelaskan bahawa maklumat yang diberikan adalah sulit dan dirahsiakan.

2 Penentuan Diri • Segala maklumat yang diberikan kepada responden hendaklah jelas dan benar.
• Ada kalanya pengkaji merahsiakan tujuan kajian bagi memperoleh respons yang
semula jadi dan tepat. Namun lagkah ini, jika disedari oleh responden menyebabkan
merasa tertipu dan tidak mahu menyertai kajian.
• Memberikan imej negative kepada pengkaji untuk jangka panjang.
…ASPEK PENTING DALAM ETIKA PENYELIDIKAN

Bil Aspek Penjelasan


3 Kesan kepada Fizikal, • Pengkaji perlu memastikan keselamatan responden terjamin.
Psikologikal atau • Pengkaji perlu memaklumkan secara jujur kepada responden apakah kesan apabila
Mental mereka menyertai kajian.

4 Identiti Pengkaji • Identiti pengkaji perlu diberitahu kepada setiap responden secara tepat dan jujur.
sebelum responden diminta membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam
kajian.

5 Rahsia Peribadi • Responden kajian mempunyai hak mutlak untuk rahsia peribadinya dan pengkaji perlu
menjaga rahsia mereka.
• Perlu mendapat kebenaran sebelum kajian dijalankan.
…ASPEK PENTING DALAM ETIKA PENYELIDIKAN

Bil Aspek Penjelasan


6 Ketanpanamaan • Segala maklumat yang dibekalkan responden (seperti maklumat peribadi) perlu
dirahsiakan.
• Orang lain tidak dapat mengenali siapakah responden yang membekalkan maklumat /
data kajian.

7 Hak Cipta • Instrumen kajian sedia ada mempunyai hak ciptanya.


• Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pembina instrumen
sebelum menggunakannya.
• Sebelum kebenaran diperoleh, pengkaji tidak boleh menggunakan instrumen tersebut
atau mengubahsuai instrumen tersebut dalam kajian.
…ASPEK PENTING DALAM ETIKA PENYELIDIKAN

Bil Aspek Penjelasan


8 Kejujuran • Data dan analisis kajian perlu dicatatkan dengan tepat dan jujur.
• Hasil kajian perlu dilaporkan dengan jujur.

9 Plagiarisme • Pengambilan hasil kerja pengkaji lain tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
• Segala maklumat kajian adalah berdasarkan kepada pentadbiran hasil kajian sendiri
dan bukan tiruan daripada hasil kajian orang lain.
• Rujukan kajian lepas dalam bentuk teks atau ilustrasi perlu dinyatakan nama pengkaji
dan tahun seterusnya disenaraikan dalam rujukan.
KEPERLUAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN UPSI

 Aktiviti kajian yang melibatkan penglibatan manusia perlulah disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Etika
Penyelidikan UPSI sebelum kajian dilaksanakan untuk memastikan hak responden adalah dipelihara.

 Penyelidikan pelajar pengajian siswazah yang perlu mendapatkan kelulusan etika penyelidikan daripada
Jawatankuasa Etika Penyelidikan UPSI (JKEPU) adalah seperti berikut:
i) Pelajar Kedoktoran Mod Penyelidikan dan Mod Penyelidikan & Kerja Kursus mulai ambilan Semester 2 Sesi 2018/2019.
ii) Pelajar Sarjana Mod Penyelidikan dan Mod Penyelidikan & Kerja Kursus mulai ambilan Semester 2 Sesi 2018/2019.
iii) Pelajar-pelajar selain daripada kategori (i) dan (ii) tertakluk kepada keperluan sesuatu penyelidikan
 Pelajar perlu membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan etika penyelidikan sebelum membuat
pembentangan cadangan penyelidikan di peringkat Fakulti.

 Borang Permohonan Etika Penyelidikan boleh didapati di laman web RMIC (http://rmic.upsi.edu.my).
PROSEDUR PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN...

 Permohonan perlu dihantar kepada Fakulti/Pusat/Institut selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh Mesyuarat
JKEPU.
 Setiap permohonan perlu disemak diperingkat Jabatan terlebih dahulu sebelum mendapat perakuan dari Timbalan
Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti untuk dimajukan kepada JKEPU.
 Permohonan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Semakan yang terdiri daripada Pengerusi dan dua (2) panel
JKEPU untuk semakan awal. Proses ini mengambil masa tidak melebihi tujuh (7) hari.
 Diperakukan – permohonan akan dimajukan ke dalam Mesyuarat JKEPU untuk semakan ahli jawatankuasa yang
lain.
 Diperakukan dan bentang – penyelidik diminta untuk membentangkan penyelidikan dalam Mesyuarat JKEPU.
Penyelidik diminta untuk menghantar pindaan beserta slide pembentangan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum
mesyuarat diadakan.
...PROSEDUR PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN

 Pinda dan hantar semula – penyelidik diberi tempoh tidak melebihi 60 hari untuk menghantar pindaan berdasarkan
komen yang diberi. Pindaan hendaklah dihantar berserta surat iringan dari penyelidik utama. Pindaan akan disemak
semula oleh Jawatankuasa Semakan dan sekiranya terdapat komen yang tidak diambil tindakan, pindaan akan
dikembalikan semula kepada penyelidik untuk pindaan kali kedua.
 Lulus – Surat Kelulusan Etika Penyelidikan dikeluarkan kepada penyelidik dalam tempoh 14 hari dari tarikh
Mesyuarat JKEPU.
 Lulus dengan pindaan – Penyelidik diberi tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh Mesyuarat JKEPU ntuk
mengemukakan pindaan. Sekiranya:
 Tiada pindaan diterima dalam tempoh yang telah ditetapkan – Pihak sekretariat akan mengeluarkan surat pembatalan.
 Pindaan diterima – Pihak sekretariat akan memajukan pindaan kepada Jawatankuasa Semakan untuk semakan semula.
...PROSEDUR PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN

 Tidak lulus – Penyelidik diberi tidak melebihi tempoh 60 hari untuk membuat rayuan kepada Mesyuarat JKEPU
menerangkan berkenaan komen yang telah diberikan dan menyertakan bersama bukti yang boleh mengukuhkan
lagi permohonan.
KEPERLUAN MENGHADIRI BENGKEL BERKAITAN ETIKA

 Application for animal practice workshop (UPSI/PPPI/UPP/BE06)


 Application for human research ethic workshop (UPSI/PPPI/UPP/BE07)
 Application for basic biosafety research ethic workshop (UPSI/PPPI/UPP/BE08)

You might also like