Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERANAN SUKAN HOKI DALAM KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH

KEBANGSAAN TELUK WANG

Muslim Bin Md Isa

Sekolah Kebangsaan Teluk Wang

are.leem30@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan sukan hoki dalam peningkatan
akademik dan seterusnya melahirkan kemenjadian murid secara maksimum dan holistik di
Sekolah Kebangsaan Teluk Wang. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan beberapa siri
kejayaan saban tahun dari tahun 2017 hingga 2022 dengan pertambahan jumlah murid yang
berjaya ke sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),Sekolah Berasrama Penuh
(SBP),Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan sekolah-sekolah primer yang lain. Selain
itu,objektif kajian ini juga adalah untuk menunjukkan yang penyertaan murid dalam sukan
hoki di Sekolah Kebangsaan Teluk Wang dapat memberi input yang signifikan kepada murid
khususnya dan kepada sekolah amnya.Hasil tinjauan awal menunjukkan bilangan murid yang
menyertai setiap kali sesi latihan hoki adalah 1 per 3 daripada jumlah murid sekolah iaitu
seramai 459 orang yang bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Ini bersamaan dengan 25 %
daripada jumlah murid keseluruhannya. Seramai 10 murid tahun 6 diambil sebagai sampel
sepanjang kajian dilaksanakan.Instrumen pengkaji melalui kajian ini adalah majoritinya
dengan menggunakan kaedah temu bual dan adakalanya menggunakan soal selidik bagi
mendapatkan maklum balas responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid lebih
bersemangat,bermotivasi dan disiplin murid dapat diterapkan secara optimum. Selain
itu,melalui dapatan juga menunjukkan peratusan kehadiran murid ke sekolah bertambah baik
khususnya murid lelaki. Secara kesimpulannya,penyertaan murid secara kolektif dalam sukan
hoki di Sekolah Kebangsaan Teluk Wang perlu menjadi penanda aras kemenjadian murid dan
program kebitaraan di sekolah-sekolah lain kerana ia telah terbukti sangat efektif .

Kata kunci : Hoki,kemenjadian murid,motivasi .,

You might also like