Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 60

AKAD-AKAD

DALAM FIQH
MUAMALAT
AL-KAFALAH
AL-RAHNU
DEFINISI AL-RAHNU (GADAIAN)

◦Al-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan.


Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan.

◦Al-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga
dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang
boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan.
HUKUM DAN DALIL KEHARUSAN AL-RAHNU

◦ Hukum Al-Rahnu adalah harus (dibenarkan). Pelaksanaannya oleh syarak melalui


nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW.
◦ Al-Rahnu juga telah diterima fuqaha sepanjang zaman berdasarkan ijmak melalui
nas al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud :
“Jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah
diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi
hutang).”(Surah al-Baqarah 2:283)
◦ Hadith Rasulullah SAW:
“Ketika Rasulullah SAW wafat, baju besinya berada di tangan seorang yahudi
sebagai gadaian kepada 30 gantang barli.”
RUKUN AL-RAHNU

◦Penggadai (al-Rahin) : si berhutang


◦Pemegang gadaian (al-Murtahin) : Pemberi hutang.
◦Barang gadaian (al-Marhun).
◦Tanggungan gadaian : Hutang (al-Marhun bih)
◦Ijab dan qabul (Sighah).
AL-RAHIN (PENGGADAI) DAN AL-MURTAHIN (PEMEGANG GADAIAN
ATAU PIHAK YANG BERKONTRAK

◦ Penggadai dan pemegang gadaian mestilah mukallaf iaitu berakal, baligh serta
tidak dilarang menguruskan harta (Mahjur ‘alaih).
◦ Kanak-kanak dan orang gila tidak sah gadaian yang mereka lakukan kerana
mereka tidak layak memikul tanggungjawab dalam kontrak gadaian.
◦ Penggadai dan pemegang gadaian mestilah tidak dipaksa untuk melakukan kontrak
gadaian.
◦ Penggadai mestilah memiliki barang yang digadai dan bukannya penjaga dan
pemegang amanah kepada barang itu sahaja.
◦ Penjaga dan pemegang wasiat hanya boleh menggadai dalam keadaan tertentu
seperti ketika darurat dan gadaian yang membawa kebaikan.
AL-MARHUN (BARANG GADAIAN)
◦ Barang mestilah jelas dan diketahui jenisnya oleh kedua-dua pihak berkontrak.
◦ Barang hendaklah hak milik penggadai dan boleh diserah ketika akad.
◦ Bagi barang tak alih seperti rumah dan tanah, cukup menyerahkan geran sahaja
ketika akad.
◦ Nilai barang mestilah melebihi nilai hutang yang diterima daripada pemegang
gadaian.
◦ Barang mestilah dalam bentuk benda seperti dalam bentuk rumah dan emas.
◦ Barang tersebut mestilah bernilai menurut syarak dan boleh dijual beli.
◦ Tidak sah menggadai anak kambing yang masih dalam kandungan ataupun burung
di udara.
AL-MARHUN BIH (TANGGUNGAN GADAIAN IAITU HUTANG)

◦Hutang bermaksud hak penerima gadaian (pemberi hutang) yang perlu


dibayar oleh penggadai dan penggadai meletakkan barang gadaian
sebagai timbal balas.
◦Jumlah dan sifat hutang mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak
berkontrak seperti wang tunai RM 7,000.
◦Hutang mestilah dalam bentuk perkara yang disahkan sebagai
tanggungan (dhimmah) seperti mata wang ringgit atau rupiah.
SIGHAH (IJAB DAN QABUL)

◦ Penawaran biasanya dilafazkan penggadai sementara penerimaan dilafazkan pemegang atau penerima
gadaian.
◦ Contohnya, penggadai berkata ; “Saya gadaikan rumah saya ini dengan hutang yang saya ambil
daripada anda.” Atau “Ambillah barang ini sebagai gadaian kepada bayaran (hutang) ini.”
◦ Pemiutang (penerima gadaian) pula berkata ; “Saya setuju” atau “Saya terima gadaian ini.”
◦ Lafaz ijab dan qabul disyaratkan dalam kontrak gadaian kerana gadaian adalah kontrak yang
membabitkan pertukaran harta. Lafaz adalah bagi mereka yang boleh bercakap.
◦ Bagi mereka yang bisu boleh dilakukan ijab dan qabul melalui penulisan atau isyarat yang biasa
difahami pihak berkontrak.
◦ Begitu juga mereka yang mempunyai kecacatan lain maka menulis ijab dan qabul dalam kontrak
gadaian adalah lebih baik.
PENAMATAN KONTRAK AL-RAHNU

◦Kontrak al-rahnu tamat setelah penggadai melunaskan segala hutangnya


sebelum atau pada tarikh pembayaran ditetapkan. Penerima gadaian
akan memulangkan semula barang yang digadai kepada penggadai.
AL-WAKALAH
AL-QARD
AL-HAWALAH
AL-WADIAH
DEFINISI AL-WADIAH
◦ Dari Segi Bahasa Wadiah ( ‫ ) اﻟودع ة‬berertikan titipan (amanah). Kata Al- Wadiah
berasal dari kata wada’a (wada’a – yada’u – wad’aan) yang juga bererti
membiarkan atau meninggalkan sesuatu.
◦ Secara Istilahnya Wadiah bererti satu akad perjanjian di antara pihak pemilik harta
bersetuju menyerahkan hartanya atau mengamanahkan hartanya kepada
seseorang tertentu atau kepada pihak tertentu dengan tujuan untuk disimpan dan
dijaga keselamatannya.
◦ Menurut Imam Hanafi, Malik, Hambali, Syafie dan Jumhur Ulama. Ada dua definisi
Wadiah yang dikemukakan oleh ulama fiqh :
◦ Imam Hanafi : “Wadi’ah dengan makna penitipan merupakan suatu istilah dari
mengikut sertakan orang lain dalam menjaga barangnya.”
◦ Imam Malik, Hambali, Syafie dan Jumhur Ulama : “mewakilkan orang lain untuk
memelihara harta tertentu dengan cara tertentu.”
JENIS-JENIS AL-WADIAH

You might also like