Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1

PENDAHULUAN

Majlis solat Dhuha dan solat Hajat merupakan aktiviti kerohanian yang dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Ia merupakan salah satu persediaan bagi murid-murid
beragama Islam yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Justeru itu, untuk menambah keyakinan dan semangat murid-murid untuk menghadapi
peperiksaan UPSR, maka program tersebut dirangka dan dijadikan aktiviti rutin sekolah.
Program ini diharap bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti Pendidikan Islam namun yang lebih
penting agar murid-murid tersebut mendapat Rahmat dan keberkatan Ilahi dengan mengurniakan
akal yang sihat dan kekuatan rohani supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.

OBJEKTIF

Antara objektif program tersebut ialah:

1- Memohon pertolongan dari Allah agar murid-murid sentiasa bersedia dan celik hati
dalam proses pembelajaran dan peperiksaan serta dianugerahkan keputusan peperiksaan
UPSR yang cemerlang.

2- Merupakan satu galakan kepada murid-murid agar melibatkan diri dalam aktiviti
keagamaan disamping mendidik murid-murid bahawa faktor kejayaan selain usaha yang
gigih ,sifat tawakkal dan mengharap kepada Allah juga perkara yang penting yang akan
menentukan kejayaan.

3- Melatih murid-murid dengan sentiasa menunaikan solat sunat setiap hari.

TARIKH DAN WAKTU

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.35 pagi.


SASARAN

Semua murid Tahun Enam dan guru yang mengajar Tahun Enam.

TEMPAT.

Musolla Petra Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

ANJURAN

PanitiaPendidikan Islam.

PENUTUP

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mencapai objektifnya
dalam membantu murid-murid dengan dibekalkan kekuatan mental dan rohani untuk
menghadapi peperiksaan UPSR. Kerjasama semua pihak diharapkan agar program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan diterima Allah s.w.t sebagai satu ibadah kepada-NYA.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ....................................

(ROSIZA BT. ZAKARIA) (ROZNAN B. MOHD NOOR)

Ketua Panitia Agama Islam Guru Besar

SK Sultan Yahya Petra 1 SK Sultan Yahya Petra 1

Kuala Krai. Kuala Krai.


SEK KEB SULTAN YAHYA PETRA 1

18000 KUALA KRAI

KELANTAN

PROGRAM

SOLAT DHUHA & SOLAT HAJAT

ISNIN _ RABU

KHAMIS

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

You might also like