Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ARAS SEDERHANA

SAINS TINGKATAN 4

TEMA : 1 Kaedah Saintifik


BIDANG PEMBELAJARAN : 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan
STANDARD KANDUNGAN : 3.2 Kadar Denyutan Nadi
STANDARD PEMBELAJARAN : 3.2.2 Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar denyutan nadi
manusia

ARAHAN TUGASAN Kaji situasi di bawah:

Kadar denyutan nadi saya selepas


menamatkan larian 50m ialah 95 bpm

Kadar denyutan nadi saya selepas


melakukan 50 skipping rode ialah
120bpm

Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin meningkat kadar denyutan nadi seseorang individu.

Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu ekspeirmen untuk mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu
laporan eksprimen yang lengkap.
Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a) Pernyataan masalah
b) Tujuan
c) Hipotesis
d) Pemboleh ubah
e) Radas dan bahan
f) Prosedur
g) Pemerhatian
h) Mentafsir data
i. Graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasikan dengan bergerak balas.
ii. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
iii. Nyatakan hubungan antara pmboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
iv. Berikan definisi secara operasi bagi kadar denyutan nadi.
i) Kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


a) Selain daripada faktor aktiviti fizikal, nyatakan SATU faktor lain yang mempengaruhi kadar denyutan nadi
manusia.
b) Kadar denyutan nadi wanita hamil lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Terangkan sebabnya.
c) Cadangkan satu cara penambahbaikan untuk mendapatkan data yang jitu.
d) Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh diterima? Jelaskan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan
dinilai.

SKEMA JAWAPAN

Tajuk Eksperimen Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina.


Pernyataan Masalah Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jantina?
K1P1
Tujuan K1P2 Mengkaji kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia.

Hipotesis K1P3 Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki.

Pemboleh ubah (a) Dimanipulasikan: Jantina


K1P4 (b) Bergerak balas: Kadar denyutan nadi seminit
(c) Dimalarkan: Umur, tempoh masa eksperimen, aktiviti fizikal

Radas K1P5 Jam Randik

Prosedur 1. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan mengikut jantina.


K1P6 2. Bacaan denyutan nadi dalam masa seminit murid 1 , 2 dan 3 dalam kumpulan perempuan
K1P7 diambil. 3. Bacaan denyutan nadi dalam masa seminit ketiga-tiga murid kumpulan perempuan
direkodkan dalam jadual di bawah.
4. Langkah 2 dan 3 diulangi dengan menggantikan murid kumpulan perempuan kepada murid
kumpulan lelaki.
5. Purata denyutan nadi dikira mengikut jantina dan direkodkan di dalam jadual.

Pemerhatian Kadar denyutan nadi dalam masa seminit


K3P1 Jantina Murid 1 (bpm) Murid 2 (bpm) Murid 3 (bpm) Purata (bpm)
K3P2 Perempuan

Lelaki
Mentafsir data: (i) Graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas.
K4P1 a,b,c,d

Graf kadar denyutan nadi melawan jantina

K4P2 a (ii) Nyatakan inferens bagi dapat eksperimen ini.


Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki pada usia yang sama
kerana saiz jantung perempuan yang lebih kecil berbanding dengan lelaki.

K4P2 b (iii) Hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas.
Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada kadar denyutan nadi lelaki pada usia yang
sama.
K4P2 c
(iv) Berikan definisi secara operasi bagi kadar denyutan nadi.
Definisi secara operasi kadar denyutan nadi ialah nilai kadar denyutan nadi perempuan//lelaki
iaitu [purata bacaan nilai kadar denyutan nadi dalam jadual] dalam masa seminit apabila diukur
menggunakan jam randik

Kesimpulan K4P3 Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki pada usia yang sama.
Soalan a) Selain daripada faktor jantina, nyatakan SATU faktor lain yang mempengaruhi kadar denyutan nadi
K5P1 manusia.
Jenis aktiviti fizikal // umur

K5P2 b) Kadar denyutan nadi wanita hamil lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak hamil.
Terangkan sebabnya.
Kadar denyutan nadi wanita hamil lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak hamil.
Ini adalah kerana, jumlah darah yang dipam oleh jantung wanita hamil meningkat bagi membekalkan
oksigen dan nutrient yang mencukupi untuk fetus.

c) Cadangkan satu cara penambahbaikan untuk mendapatkan data yang jitu.


K5P3
Menggunakan jam randik digital utnuk mendapatkan masa yang lebih jitu dan mengelakkan ralat
paralaks.

d) Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh diterima? Jelaskan jawapan anda.
K5P4 Ya. Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki pada usia yang sama
kerana saiz jantung perempuan yang lebih kecil berbanding dengan lelaki.

You might also like