Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BMMB3103
PENULISAN SASTERA KANAK-KANAK
TUGASAN 1

Nama : AZNI A/L MUHAMMAD


No. K/P : 001109-06-0897
Angka Giliran : 2019112340043
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BAHASA MELAYU SK1
Nama Pensyarah : DR. FAUZI BIN HASAN
Tarikh Hantar : 24 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1
BORANG PERAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama pelajar : Azni a/l Muhammad

Tarikh : 24/03/2022

2
Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan

27200 Kuala Lipis, Pahang

Biodata:

Nama: Azni a/l Muhammad

No. Ic: 001109 -06- 0897

Unit: Bahasa Melayu Unit 1 (Sk)

No. Tel: 016-6527231

Email: azni19-301@epembelajaran.edu.my

Alamat: Kampung Tasik Chini, Mukim Penyor 26600, Pekan Pahang

Status: Bujang

Agama: Tiada

Tarikh Lahir: O9 November 2000

Tempat Lahir: Klinik Kesihatan Chini

Nama bapa dan ibu: Muhammad a/l Kassim / Zaidah a/p Kassim

3
PENGHARGAAN

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama yang
diberikan sepanjang kami melaksanakan tugasan ini.

Pertama sekali, bersyukur kepada tuhan kerana telah memberi keizinan,berkat dan limpah
kurniaNya kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan ini sehingga
selesai. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pensyarah
Dr. Fauzi bin Hasan yang mengajar BMMB3103 iaitu Penulisan Kreatif Karya Sastera. Saya
ingin berterima kasih kepada beliau kerana telah memberitunjuk ajar kepada saya serta memberi
penerangan secara terperinci mengenai tugasan yang diberikan kepada unit Bahasa Melayu
(SK). Bukan itu sahaja beliau juga memberi kerjasama yang padu dengan memberi idea untuk
melaksanakan tugasan ini.

Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya
yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Meskipun mereka tidak terlibat
secara langsung tetapi mereka telah memberi bantuan dengan memberi kata-kata semangat
sehinggalah saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bukanitu sahaja
berkat dorongan mereka juga saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus tersebut.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sewaktu melaksanakan tugasan ini.

4
Tugasan 1: Penulisan Esei: 25%

Bincangkan perkembangan sastera dan genre sastera


kanak-kanak dalam kesusasteraan Melayu di tanah air.

5
SENARAI
KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


MUKA DEPAN
BORANG PERAKUAN
BIODATA
PENGHARGAAN
SOALAN
1.0 PENGENALAN 7-8
2.0 SEJARAH 8-9
3.0 FUNGSI SASTERA KANAK-KANAK 9-11
4.0 GENRE 11-12
5.0 KESIMPULAN 12
6.0 RUJUKAN 13

6
1.0 Pengenalan

Menurut Eleanor Estes dalam buku Hadijah Rahmat, buku kanak-kanak yang baik adalah
buku yang dapat:

“Menyebabkan seseorang kanak-kanak ketawa atau menangis menjadikannya berasa


beberapa emosi, menyebabkan ia berasa ingin keluar untuk membetulkan kejahatan dunia,
untuk mencapai sesuatu yang mulia ; mencetuskan hubungan perasaan di jiwanya dengan
pemikiran, tulisan dan tindakan mulia dan unggul ajli fikir ; menimbulkan perasaan kasihan
terhadap golongan yang tidak bernasib baik dan yang berduka ; menimbulkan kesedaran
bahawa apa yang ia fikirkan, tuturkan dan lakukan, turut menyumbangkan rasa persefahaman
sesama manusia, dan bertegas bahawa orang ramai perlu bersifat baik dan murah hati.”

Kesusasteraan kanak-kanak merupakan satu bidang yang penting kerana berperanan


penting bagi mewujudkan dunia kanak-kanak yang lebih menyeronokkan sekaligus
membantu proses perkembangan kanak-kanak secara langsung. Melalui bidang
kesusasteraan ini, kanak-kanak akan lebih berminat untuk membaca bahan sastera kanak-
kanak yang kreatif dan imaginatif yang sangat sesuai dengan usia mereka. Menurut Mohd
Sidin Ahmad Ishak dalam bukunya iaitu Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia
(2005), menyatakan bahawa kesusasteraan kanak-kanak sebagai karya yang tidak
mengetepikan kanak-kanak yang meliputi semua karya daripada buku cerita bergambar
kanak-kanak sehingga novel yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak, sama ada secara
bersendirian atau dibaca bersama-sama orang dewasa. Bukan itu sahaja, melalui
dokumentari yang bertajuk “Cerita Kanak-kanak Berunsur Mitos, Legenda dan Sejarah:
Membina Kecendekiaan Murid-murid Sekolah dalam Hospital”, yang disiarkan dalam Journal
of Education and Social Sciences pada tahun 2017, Ani Omar menyatakan sastera kanak-
kanak merupakan gambaran kehidupan dan fikiran manusia melalui bahasa, juga dari segi
perkembangan yang menyeluruh dalam kehidupan kanak-kanak yang merangkumi aspek
sosio-emosi, intelek dan psikomotor. Di samping itu, menurut Glazer (2000) dalam Ismail
Yusof (2008), buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan
kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak tanpa mengira bentuk
penulisannya sama ada buku cerita berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen yang ditulis untuk
memberi maklumat, atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti lagu, sajak
pantun dan lain-lain. Secara ringkas, sastera kanak-kanak adalah buku kanak-kanak yang
menitikberatkan tema, minat kanak-kanak, sifat kanak-kanak, dan keperluan tahap
pembacaan kanak-kanak. Ini bertujuan agar bahan bacaan yang dihasilkan bersesuaian
dengan kanak-kanak. Oleh itu sastera kanak-kanak sebenarnya sesuai digunakan sebagai

7
jambatan bagi membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sastera kanak-
kanak mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.

2.0 Sejarah

Karya kesusasteraan kanak-kanak mula berkembang pada awal tahun 1970-an apabila
Enid Blyton, penulis buku kanak-kanak yang terkenal telah muncul dengan karyanya yang
begitu popular pada ketika itu. Pada tahun 1974, karya Enid Blyton mencatat rekod sebagai
karya yang paling banyak diterjemahkan, iaitu sebanyak 149 terjemahan oleh 15 buah negara.
Bukan itu sahaja, di Malaysia, karya itu telah diterjemahkan oleh Penerbitan Fargoes Sdn.
Bhd. dan Syarikat S. Abdul Majeed. Aktiviti penterjemahan karya sastera ini jelas
menunjukkan bahawa karya sastera kanak-kanak mendapat permintaan ramai kerana dibaca
dan digemari oleh orang dewasa walaupun kebanyakan watak utama dalam karya sastera
tersebut berpusatkan alam kanak-kanak. Secara tidak langsung, situasi ini menunjukkan
bahawa cara kanak-kanak membaca dan menikmati karya sastera berbeza daripada cara
orang dewasa membaca karya sastera walaupun kedua-duanya mendapat kepuasan yang
sama. Selain itu, kesusasteraan kanak-kanak di negara Barat dikatakan bermula pada abad
ke-17 apabila kanak-kanak mula menggunakan buku. Bukan itu sahaja, walaupun pada ketika
itu belum ada usaha khusus untuk menerbitkan buku bagi kegunaan kanak-kanak tetapi
perkembangan kesusasteraan kanak-kanak telah berkembang secara perlahan-lahan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pada Ketika itu, semua karya yang lahir sebelum tahun 1700
dianggap sebagai teks yang sesuai untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Pada peringkat
awal, kesusasteraan kanak-kanak berkembang dalam dua tahap yang umum, iaitu:

a) Tahap Permulaan: Penerbitan Misi Kristian,


b) Tahap Selepas Merdeka: Pertumbuhan Penerbit Baru.

Pada tahap permulaan kesusasteraan kanak-kanak berkembang di Tanah Melayu apabila


berlakunya perkembangan ajaran agama Kristian dari England dan Amerika yang mula
bertapak di Negeri-negeri Selat untuk menyebarkan ajaran agama Kristian serta bergiat aktif
dalam hal pendidikan untuk kanak-kanak tempatan. Oleh hal demikian, terdapat keperluan
untuk menyediakan bahan bacaan kanak-kanak dalam bahasa Melayu, khususnya untuk
memperkenalkan kemahiran menulis dan membaca kepada golongan kanak-kanak. Pada
tahap ini, buku cerita bertajuk Menolong Segala Anak (1818) oleh Claus Henrich Thomsen
telah diterbitkan, khusus untuk bacaan golongan muda dan kanak-kanak. Selain itu, Buku
Pelajaran Bahasa Melayu (No.1) dan Buku Pelajaran Bahasa Melayu (No.2) telah diterbitkan
pada tahun 1838 dan tahun 1847 oleh Mission Press. Pada waktu itu juga diterbitkan
beberapa buah buku untuk kegunaan mengajar kanak-kanak membaca dan menulis buku.
Contohnya, Bacaan Kanak-kanak (1840), Budak Hampir Tenggelam (1844), Teka-teki

8
Tebang (1855), dan Jalan Kepandaian (1876). Pada masa yang sama, buku cerita
keagamaan juga banyak diterbitkan untuk membolehkan kanak-kanak menikmati dan
menghayati cerita yang dapat memberikan pengajaran. Antara judul yang diterbitkan
termasuklah Harry Belajar (1846), Henry (1840), Kisah-kisah Kitab Injil (1844) dan Ceritera
Indah (1860).

Akibat daripada pertumbuhan manusia dan peredaran masa maka munculah tahap kedua
menerusi pertumbuhan penerbit baharu selepas kemerdekaan. Tinjauan oleh Mohd. Sidin
Ahmad Ishak (2005) memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru
ditubuhkan pada tahun 1956 telah menyemarakkan dunia penerbitan dan pengkaryaan buku
kanak-kanak. Pada tahap ini, muncul penerbit tempatan dan penerbit antarabangsa yang
mula beroperasi di negara ini. Kemunculan penerbit tersebut turut membantu dalam
perkembangan kesusasteraan kanak-kanak. Penerbit antarabangsa yang memulakan
penerbitan buku berbahasa Melayu adalah seperti Oxford University Press, Federal
Publication, Longman, Heinemann Educational Books, MacMillan Publishing dan Eastern
University. Pada masa yang sama, muncul penerbit tempatan seperti Sinaran Bros, Pustaka
Dian, Pustaka Aman, Pustaka Antara, Pustaka Melayu Baru, Penisular Publications dan
Pustaka Pendidikan yang turut menerbitkan buku cerita kanak-kanak. Kemunculan syarikat
penerbitan menyebabkan wujudnya kesedaran dan minat masyarakat terhadap
kesusasteraan kanak-kanak selepas kemerdekaan hingga tahun 1970-an. Hasilnya,
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka serta penganjuran Seminar Kebangsaan Mengenai
Sastera Kanak-kanak telah memberikan nafas baharu terhadap usaha penerbitan bahan
bacaan kanak-kanak dalam bahasa Melayu. Catatan oleh Mohd Sidin Ahmad Ishak (2005)
menemukan bahawa pada tahun 2000, jumlah pendaftaran keseluruhan bagi kategori buku
kanak-kanak ternyata telah meningkat sebanyak 1312 judul atau 30% berbanding dengan
tahun sebelumnya, iaitu daripada 3131 judul pada tahun 1999 kepada 4443 judul pada tahun
2000. Senario ini menunjukkan bahawa kemunculan syarikat penerbitan buku antarabangsa
dan tempatan telah membantu perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia. Pada tahun
2000, terdapat sebanyak 180 buah syarikat penerbitan buku yang terlibat dalam aktiviti
penerbitan judul baharu buku kanak-kanak. Pada tahun yang sama juga, beberapa buah
syarikat penerbit tempatan berusaha menghasilkan lebih banyak buku kanak-kanak seperti
Penerbit Koh Wai & Young Publication (M) Sdn. Bhd., Penerbit Fargoes Sdn. Bhd. dan Aneka
Publication & Distributors Sdn. Bhd. Menjelang abad ke-21, Dewan Bahasa dan Pustaka mula
bergiat aktif dalam penerbitan buku kanak-kanak, khususnya buku cerita kanak-kanak dalam
bahasa Melayu.

3.0 Fungsi Sastera Kanak-kanak

9
Menurut Zainiah Mohamed Isa (2007), tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan
dengaan sastera dalam pendidikan kanak-kanak, terutamanya pada peringkat prasekolah.
Namun demikian, dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak memainkan peranan yang
signifikan dalam pendidikan kanak-kanak. Selain itu, berdasarkan takrifan yang yang
diberikan oleh Clynch Brown dan Tomlinson (1999) dalam Khairuddin Mohamad et al. (2014),
sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada
kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut
adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi,
fiksyen dan bukan fiksyen.

3.1 Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih di


peringkat sekolah rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (DSKP) telah menerapkan unsur-unsur sastera menerusi aspek seni bahasa
dan didik hibur (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Dalam hal ini, aspek seni bahasa
yang juga merupakan salah satu elemen dalam komponen sastera memberi fokus terhadap
sastera dalam bentuk nyanyian, cerita, lakonan dan puisi. Hal ini demikian kerana, sastera
kanak-kanak boleh digunakan sebagai medium yang dapat membantu perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui pembacaan secara mekanis
kepada kanak-kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan tersebut, kanak-kanak akan
berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui
perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah
didengar atau yang telah dibaca oleh mereka. Menerusi pembacaan bahasa sastera, secara
tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik
perhatian mereka. Pembacaan bahan sastera juga dapat memperkayakan perbendaharaan
kata kepada meraka.

3.2 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Sudah terang lagikan bersuluh, kanak-kanak akan dapat pengajaran mengenai sebab dan
akibat sesuatu perlakuan menerusi pembacaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Kohlberg
kanak-kanak pada ketika ini ingin melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman dan inginkan
balasan yang baik. Untuk orientasi seperti ini cerita yang menggambarkan perbuatan baik
dibalas baik dan perbuatan jahat mendapat balasan buruk akan memberi pengajaran kepada
kanak-kanak. Oleh itu cerita-cerita yang berbentuk tauladan amat sesuai bagi peringkat usia
kanak-kanak ketika ini. Selain itu, melalui cerita juga kanak-kanak akan mendapat contoh-
contoh watak perwatakan kanak-kanak yang dikatakan baik yang menjadi idola yang ingin
diikuti oleh mereka. Ini kerana, buku-buku yang banyak mengambarkan perlakuan prososial

10
ini bolehlah dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari model
yang baik yang boleh ditiru oleh mereka. Melalui pembacaan buku, kanak-kanak
memperkukuhkan lagi konsep keadilan iaitu kanak-kanak dapat membuat penilaian mengenai
perasaan orang lain. Mereka belajar memikirkan mengenai orang lain juga dan belajar
bertolak ansur dalam kehidupan. Jadi mereka harus tahu bagaimana mengambil giliran,
meminta izin, berkongsi sesuatu, mempelawa, dan lain-lain yang pada mulanya agak sukar
dilakukan bagi usia mereka yang boleh digambarkan melalui perwatakan di dalam buku cerita
kanak-kanak. Bukan itu sahaja, sekiranya kita memandang dari sudut kerohanian pula
sememangnya sastera kanak-kanak kaya dengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah
nabi. Guru-guru boleh menggunakan cerita-cerita ini sebagai cara menyemaikan sifat
kerohanian kepada kanak-kanak melalui kisah dan tauladan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, guru-guru juga perlu memastikan buku-buku tersebut
adalah yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan boleh memperkenalkan istilah-istilah baru
yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam kurikulum kerohanian prasekolah.

3.3 Perkembangan Sosial

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan


kemahiran sosial yang matang. Pada zaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan
ini mengakibatkan kanak-kanak turut menerima sedikit sebanyak tekanan. Kanak-kanak
memerlukan contoh bersosialisasi yang baik, dan mempelajari bagaimana untuk
bersosialisasi dengan baik di dalam masyarakat. Dengan menggunakan buku, kanak-kanak
akan melihat apa yang dilakukan oleh watak-watak di dalam buku bagi menyesuaikan diri di
dalam kehidupan harian. Melalui model-model yang baik yang terdapat dalam buku cerita
kanak-kanak mempelajari bagaimana hendak menangani isu-isu kehidupan. Menurut Tan et
al (2003), secara amnya pembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan
peniruan. Peniruan boleh berlaku menerusi pembacaan terhadap karya sastera kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana, terdapat perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur,
menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dan sebagainya dalam karya sastera kanak-
kanak. Oleh hal demikian, kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah laku yang
betul dan yang boleh diterima oleh masyarakat. Tambahan pula kanak-kanak di usia ini masih
baru dalam proses bersosialisasi dan amat memerlukan contoh yang perlu diikuti oleh
mereka. Melalui buku cerita juga kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan-perbezaan
individu terutamanaya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum seperti menyukai
makanan atau mainan yang sama dan sebagainya dan terdapat perbezaan dari segi agama,
rupa fizikal, budaya dan lain-lain lagi.

4.0 Genre Sastera Kanak-kanak

11
Kamus Dewan Edisi Ke-4 mendefinisikan genre merujuk kepada kategori atau jenis karya
sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
Manakala Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa istilah ‘genre’ berasal daripada
bahasa Perancis yang bermakna jenis atau bentuk dan dalam bahasa Latin, genus yang
bermaksud set kriteria yang berasingan untuk mengklasifikasikan hasil kesusasteraan, tetapi
digunakan juga untuk hasil karya seni yang lain. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah genre
turut diguna pakai bagi merujuk kepada pembahagian karya seni tertentu menurut kriteria
yang sesuai untuk bentuk tersebut. Kebiasaannya, istilah ini digunakan untuk hasil karya seni
dan budaya.

Jenis Buku Ciri-ciri Buku

Buku Bergambar Buku nasihat, buku konsep (mengajar abjad atau mengira),
buku model, dan buku senyap.

Sastera Tradisional Terdapat sepuluh ciri kesusasteraan tradisional: genre besar


ini dapat dipecah menjadi subgenre seperti mitos, dongeng,
balada, muzik rakyat, legenda, dongeng, fantasi, fiksyen ilmiah,
komedi, percintaan, dll.

Fiksyen Subgenre fantasi dan fiksyen realistik. Genre ini merangkumi


sejarah sekolah dan merupakan genre yang unik untuk sastera
kanak-kanak.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan beberapa takrifan dan pandangan tersebut, jelaslah bahawa kesusasteraan


kanak-kanak merangkumi semua karya sastera berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen yang
ditulis khusus untuk bacaan kanak-kanak dan memberikan gambaran kehidupan serta fikiran
manusia untuk menambahkan pengalaman kanak-kanak. Menurut data yang ditemukan oleh
Hadijah Rahmat (2006) menunjukkan bahawa statistik penerbitan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka memperlihatkan kategori buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Melayu kian
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Misalnya, pada tahun 2010 sebanyak 16 buah
buku cerita telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 2013 dan 2014,
bilangan penerbitan buku cerita kanak-kanak bertambah dengan masing-masing sebanyak
23 dan 38 buah buku. Walaupun bilangan penerbitan buku kanak-kanak berbahasa Melayu
menunjukkan penurunan pada tahun 2015 dengan bilangan sebanyak 10 buah buku, namun
bilangan penerbitan buku cerita kanak-kanak menunjukkan peningkatan sebanyak 29 buah
buku pada tahun 2016 dan terus meningkat kepada 34 buah buku pada tahun 2019.

12
6.0 Rujukan

Ani Omar. (2017). Cerita Kanak-Kanak Berunsur Mitos, Legenda Dan Sejarah Membina
Kecendekiaan Murid-Murid Sekolah Dalam Hospital. Journal Of Education And Social
Sciences
Azhar Hj.Wahid dan Fathin Noor Ain Ramli. (2017). Sastera Melayu Membina Teras
Identiti Bangsa. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu.
Hadijah Rahmat. (2006). Peranan Dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2021). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak Di Malaysia:
Buku Melayu Mencari Nafas Baru. Cerdik Publications Sdn Bhd.
Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan. (2019). Unsur Mitos Berdasarkan Teks Sastera
Melayu Tradisional.
Ragbir Kaur dan Joginder Singh. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi.
Selangor: Added Enterprise Sdn. Bhd.

13

You might also like