Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA

PERINGKAT MSS ZON WESTON 2024


EMCEE FOR SPORT CLOSING CERMONY

BIL PERKARA CATATAN


SARINGAN Makluman kepada pengurus pasukan, sila hantar peserta bagi
5 minit sebelum acara 100meter lelaki saringan 1 ke meja pendaftaran , kerana
acara akan dimulakan sebentar lagi.

Atlet di track:
Makluman kepada tuan-tuan dan puan-puan , acara yang akan
dilepaskan sebentar lagi iaitu ......

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Saya bagi pihak majlis


mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Sukan dan Olahraga MSS Zon Weston. Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan bermula
sebentar lagi. Dijemput semua untuk mengambil tempat bagi
melancarkan lagi majlis ini. Dan mohon kerjasama dari semua
hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan perasmi
sebagai tanda aluan.

Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, En.Razali bin Kasim,


kerhormat: Timbalan PPDTM, Sektor Perancangan, dengan diiringi oleh
Tuan Guru Besar SK.Weston En Saimon Bin Senang, En Supri
Bin Matjin (Guru Besar SK Ladang Lumadan), Puan Rohana
Binti Kim Suan (Guru Besar SK Maraba), En Shaiful
Shuari@Suari (Guru Besar SK Lingkungan), En Ismail Bin Hj Ag
Damit (Guru Besar SK Bukau), En Amir Bin Mohd Tahir
@Donnie William (Guru Besar SK Karangan), dan En Jamaludin
Bin Midin@ Maidin (Guru Besar SK Lubok)

ACARA Hadirin yang dihormati,


BALAPAN
AKHIR (4X200) mohon berikan tumpuan seketika bagi acara kemuncak yang akan
PEREMPUAN berlangsung sebentar lagi iaitu acara 4x200M perempuan dan
DAN LELAKI lelaki 12 tahun ke bawah akhir.
12TKB
Sebentar lagi akan berlangsung acara
Di Lorong yang pertama:
Lorong yang kedua:
Lorong yang ketiga:
Lorong yang keempat:’
Lorong yang kelima:

Peserta-peserta bagi acara ......... sedia dilepaskan.


Perbarisan Assalamualaikum dan selamat pagi. Mohon semua peserta
Kontinjen kontinjen dan guru pengiring berada di kawasan padang untuk
taklimat perbarisan.

Ahli Jawatankuasa Kejohanan, pegawai2 teknikal,ibubapa serta


hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Kejohanan Sukan dan Olahraga MSS Zon


Weston tahun 2024. Kejohanan Sukan dan Olahraga pagi ini
akan membuka tirai dengan perarakan masuk kontinjen –
kontinjen daripada sekolah – sekolah zon Weston.

(Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri astaka....)

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput dan


mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini diiringin
barisan guru besar sekolah-sekolah zon weston untuk berdiri bagi
menerima lintas hormat daripada kontinjen – kontinjen perbarisan
yang akan mengambil bahagian pada hari ini.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Mendahului perarakan ialan pasukan yang tampil dengan warna


PUTIH iaitu kontinjen Weston The Best. Kontinjen ini dibawah
bimbingan En Jaafar Bin Razali, En Idris Bin Hj Alias dan En
Sairi Bin Abd.Rahman. Dengan Motto KUNING MARA
JUARA, PANTANG MUNDUR SEBELUM BERTARUNG.
Kontinjen Weston The Best bertekad untuk merebut gelaran juara
pada tahun ini.

Berikut pula, ialah kontijen dari SK Karangan

Menyusul di belakang ialah kontinjen dari SK Ladang Lumadan.


Kontinjen ini dibimbing oleh ............ Dengan motto, ..........

Tampil Seterusnya ialah kontinjen dari SK Bukau........

Kontinjen seterusnya ialah kontinjen dari SK Maraba... dengan


motto

Berikut pula ialah kontinjen The Super Saiyan. Kontinjen ini


mendapat bimbingan daripada ..........Dengan motto

Dan kontinjen tearkhir dalam perbarisan Kejohanan Sukan dan


Olahraga MSS Zon Weston kali ini ialah Kontinjen SK Lubok.
Dengan motto .............

NYANYIAN Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk


LAGU berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku dan Sabah
NEGARAKU Tanah Airku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Hari ini menugal jagung,


Hari Esok memetik peria,
Hari ini kita berkampug,
Meraikan Majlis penuh ceria.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,
En Saimon Bin Senang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Weston

Yang Berusaha,
En Supri Bin Matjin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ladang
Lumadan

Yang berusaha,
Puan Rohama Binti Kim Suan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Maraba

Yang Berusaha,
En Shaiful Shuari @ Suari Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Lingkungan

Yang berusaha,
En Ismail Bin Hj Ag Damit Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukau

Yang berusaha,
En Amir Bin Mohd Tahir @Donnie William Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Karangan

Yang Berusaha,
En Jamaludin Bin Midin@Maidin Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Lubok

Yang Dihormati,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Zainal Bin Kassim

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Siti Jarah Madzin

Ahli Jawatankuasa Kejohanan, Pegawai – pegawai Kejohanan,


para guru dan guru pengiring seterusnya murid – murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Kompleks Sukan Beaufort bagi menjayakan Majlis
penutupan Kejohanan Sukan dan Olahraga MSS Zon Weston
pada tahun 2024

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


Bacaan Doa sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah
dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Qasimie bin Abd Rejabuntuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Qasimie diatas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung
akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

MENAIKKAN Hadirin yang dihormati,


BENDERA
KEJOHANAN Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
DAN IKRAR (menaikkan bendera)
KEJOHANAN
Seterusnya, dipersilakan adik ........ untuk memimpin bacaan ikrar
kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada adik.................... atas


pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

PEMERIKSAAN Hadirin yang dimuliakan,


KONTINJEN
OLEH VIP Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara pemeriksaan
JEMPUTAN kontinjen. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Penolong Pegawai untuk
menyempurnakan acara pemeriksaan kontinjen.
Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan tahun ini


ialah .....................................................
Semua sekolah zon Weston telah berganding bahu dalam menjana
idea dan kreativiti demi memastikan kejayaan kontinjen masing-
masing.

*terim kasih diucapkan kepada Yang Dihormati .........


Atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis


Ucapan GB menjemput dan mempersilakan, En Saimon Bin Senang, Guru
Besar SK.Weston selaku Pengerusi Kejohanan Sukan dan
Olahraga MSS Zon Weston Tahun 2024 untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan GB*************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan


sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
UCAPAN
PERASMIAN Daun semulur di pekan sari,
PENUTUPAN Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang Dihormati
, En.Razali bin Kasim, Timbalan PPDTM, Sektor
Perancangan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN DAN
OLAHRAGA MSS ZON WESTON bagi tahun 2024. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan Pegawai PPD *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


Pegawai atas ucapan perasmian sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Burung Nuri Dipandang Dara,


CENDERAMAT Hinggap di beranda di tengah laman,
A Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput, yang


Berusaha En Saimon Bin Senang, selaku Pengerusi Kejohanan
Sukan dan Olahraga MSS Zon Weston diringi barisan Guru Besar
sekolah-sekolah Zon Weston bagi menyampaikan cenderamata
kepada Pegawai .........

PERSEMBAHA Ucapan sudah perasmian pun sudah,


N MURID SK Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah.
WESTON
Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan
persembahan murid dari SK weston.
Dipersilakan.

Demikianlah persembahan daripada murid cilik Sk Weston.


Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh
kepada peserta atas persembahan yang menarik itu tadi.

Untuk makluman, persembahan itu di bawah bimbingan Puan


Aminah Binti Ag Alak dan Cik Armah Binti Mohiddin.

PERARAKAN Hadirin sekalian,


KELUAR
Demikian tadi, selesainya upacara perasmian Kejohanan Sukan
dan Olahraga MSS Zon weston tahun 2024. Terima kasih kepada
semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan
ini.
Sekarang, perarakan keluar semua kontinjen yang mengambil
bahagian.
Dipersilakan
UPACARA Para Hadirin Sekalian,
PENURUNAN
DAN Kini tibalah masa upacara penurunan dan penyerahan bendera
PENYERAHAN kejohanan. Untuk itu, dipersilakan tetamu jemputan dan barisan
BENDERA guru besar sekolah sekolah zon weston ke podium untuk acara
KEJOHANAN penurunan dan penyerahan bendera kejohanan kepada pengerusi
OLAHRAGA MSS Zon Weston kali ke-55.

Seterusnya, majlis menjemput En ..................untuk menerima


bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh En Saimon Bin
Senang. Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula
pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

Ayuh kita berikan satu tepukan yang paling gemuruh.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,


SIJIL Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penyertaan
PENYERTAAN kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian dalam
kejohanan sukan dan olahraga MSS Zon Weston kali ke54. Untuk
itu, majlis berbesar hati menjemput En Saimon Bin Senang ,
diringin barisan guru besar untuk menyampaikan sijil tersebut.
Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan kontinjen SK Weston....

Beralih kepada kontinjen SK Karangan

Diteruskan lagi dengan kontinjen SK Ladang Lumadan


Seterusnya, kontinjen SK Bukau
Kemudian, dijemput kontinjen SK Maraba

Seterusnya, majlis mempersilakan kontinjen SK Lingkungan

Dan terakhir, dijemput SK Lubok untuk menerima sijil


penyertaan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Saimon Bin Senang


atas kesudian untuk menyampaikan sijil penyertaan sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi mengiktiraf kejayaan para peserta yang telah berjaya pada


Kejohanan Sukan dan Olahraga MSS Zon Weston pada kali ini,
tanpa membuang masa lagi . Majlis dengan suka citanya segala
hormatnya menjemput En .............................. untuk mengiringi
PENYAMPAIAN En....
HADIAH bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Dengan segala
KESELURUHA hormatnya mempersilakan.
N

Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang


olahragawan dan olahragawati pada kejohanan tahun ini.

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran OLAHRAGAWAN


adalah...................... Beliau telah meraih ....pingat..
Dan
Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
OLAHRAGAWATI telah dinobatkan kepada ............................
Beliau telah meraih ....pingat..

Sekarang, tibalah saat yang di nanti-nantikan. Kami akan


mengumumkan kedudukan tempat setiap kontinjen dalam
kejohanan tahun ini.

Tempat ke 7, disandang oleh kontinjen ......

Tempat ke 6, dimiliki oleh kontinjen ......

Tempat ke 5, jatuh kepada kontinjek ......

Tempat ke 4, disandang oleh kontinjen ......

Tempat ke3, jatuh kepada kontinjen............

Kini, diumumkan Juara Keseluruhan dalam kejohanan sukan dan


olahraga MSS Zon Weston dimenangi oleh ................. Secara
automatiknya, meletakkan kontinjen ......................... di tempat
kedua. Dijemput pengurus pasukan naik kepentas untuk
menerima piala pusingan.
Dipersilakan
Majlis merakamkan penghargaan kepada tuan ....... kerana sudi
menyampaikan hadiah sebentar tadi. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil
bahagian dalam kejohanan kali ini. Semoga kita semua akan terus
berusaha mencipta lebih banyak kejayaan dalam episod kejohanan
yang akan datang

OPTIONS:
HADIRIN DAN HADIRAT HADIRAT SEKALIAN.

Kini tibalah saat – saat yang dinanti – nantikan, kita akan


umumkan secara rasmi johan, naib johan dan tempat ketiga secara
keseluruhan bagi sekolah – sekolah Zon Weston yang telah
bertanding.

PENYAMPAIAN Menduduki tempat ke tiga pada tahun ini, menjadi milik pasukan
HADIAH sekolah.............. Dipersilakan ketua pasukan untuk menerima
ACARA AKHIR hadiah.
SESI 2
Seterusnya naib johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
sekolah........................... dipersilakan ketua pasukan
rumah............................ untuk menerima hadiah.

Johan keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan olahraga


peringkat Zon Weston jatuh kepada
sekolah ...............................................

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili warga SK Weston merakamkan penghargaan


PENUTUP terima kasih atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk
merasmikan serta meraihkan Kejohanan Sukan dan Olahraga
MSS Zon Weston kali ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru serta hadirin sekalian.

Akhir kata , Majulah sukan untuk negara !!!

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

JAMUAN
RINGAN

You might also like