Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA


JALAN SULTAN ABDUL SAMAD
42700 BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel. : 03-31201267
Kod Sekolah: BBA 1037
Portal Sekolah: http://bit.ly/portalskjugra
E-mel: bba1037@btpnsel.edu.my
BBA1037@moe.edu.my
“PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 5.0”

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: SKJRA. 700 -8 / 2 / 1 ( )
Tarikh: Februari 2024
Rejab 1445H

Ibu bapa / Penjaga


Pengawas Sekolah Kebangsaan Jugra

Tuan,

PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA BAGI


TAHUN 2024

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jugra
dengan ini berbesar hati melantik anak jagaan tuan ……………………………………………………. dari
kelas ……………………………… sebagai Pembimbing Rakan Sebaya sekolah bagi sesi 2024. Tahniah
dan syabas diucapkan atas pelantikan tersebut.

...3. Bersama - sama ini dilampirkan Surat Jawapan daripada pihak tuan kepada pihak sekolah
dan Surat Makluman Pakaian Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Jugra. Sila
serahkan surat jawapan tersebut kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh
berhubung dengan Puan Siti Habibah binti Marsiti di talian 012-6245785.

4. Sehubungan itu, kami amat berharap agar anak tuan boleh menjadi seorang Pembimbing Rakan
Sebaya yang bertanggungjawab, berdisiplin dan menjadi contoh dari segi sahsiah dan pencapaian
akademik dalam kalangan murid di sekolah ini. Kerjasama dan komitmen yang padu daripada anak tuan
diharap akan dapat membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

( SITI HANIM BINTI SUNGIT )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jugra

Laptop:Desktop/ KALAI/prs

You might also like