Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Ruj. Kami : KPM.

600-12/1/1 JLD35 (23)


Tarikh : Mei 2024
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
(Seperti di Senarai Edaran)
(u.p: Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

YBhg. Datuk/Dato’/Datu Dr./YBrs. Dr./Tuan,

PROGRAM PEMBANGUNAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE TAHUN 2024


PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


(BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia
dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Selangor akan melaksanakan program pembangunan Minecraft Education Challenge
tahun 2024 peringkat kebangsaan. Program yang merangkumi beberapa siri bengkel
dalam talian dan pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif Program Pemerkasaan
Pendidikan Digital Murid yang bertujuan untuk menyokong matlamat Dasar Pendidikan
Digital.

3. Tujuan pelaksanaan Minecraft Education Challenge tahun 2024 peringkat


kebangsaan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang dunia Minecraft
dan seterusnya, membina sekolah futuristik menggunakan konsep Matlamat
Pembangunan Mampan (SDGs). Penyertaan adalah secara perseorangan dengan
seorang guru pembimbing dan terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah
KPM. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian
mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Mei 2024 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Pautan : https://aka.ms/MEC2024-Taklimat
(Saluran Youtube: Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor)

4. Maklumat lanjut boleh diakses melalui portal DELIMa KPM atau melalui pautan /
kod QR di bawah dan klik Minecraft Education Challenge:

https://bit.ly/PEMERKASAAN-DIGITAL
KPM.600-12/1/1 JLD35 (23)

5. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Datu Dr./YBrs. Dr./tuan agar dapat memanjangkan maklumat berkaitan
penganjuran program ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Datu Dr./YBrs. Dr./tuan. Sebarang pertanyaan mengenai program, pihak
YBhg. Datuk/Dato’/Datu Dr./YBrs. Dr./tuan dimohon menghubungi pegawai BSTP, Puan
Rabbiatul Najua binti Rosman melalui email rabbiatul_najua@moe.gov.my atau
emailkan kepada pegawai SSTP JPN Selangor, Encik Muhammad Hanif bin Harun
hanif.harun@moe.gov.my. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datu Dr./YBrs. Dr./tuan dalam
menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
NAJ/SPTP/ MEC/2024
KPM.600-12/1/1 JLD35 (23)

SENARAI EDARAN
1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak,
01000 Kangar, Perlis.

2. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar, Kedah.

3. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir,
11700 Gelugor, Pulau Pinang.

4. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh, Perak.

5. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3-E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor.

6. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah,
Bandar Seremban,
70990 Seremban, Negeri Sembilan.

7. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana,
75450 Bukit Beruang, Melaka.

8. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan, Susur 7,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor.

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota,
25604 Kuantan, Pahang.

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu, Terengganu.
KPM.600-12/1/1 JLD35 (23)

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu, Kelantan.

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Jalan Punai Tanah,
88450 Likas, Sabah.

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako,
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
50654 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Labuan
Kompleks Ujana Kewangan,
Blok 4, Aras 10, Peti Surat 81097,
87020, WP Labuan.

You might also like