Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS 2702: 2020 BIL 2/2024

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS2702: 2020
JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
BIL 3/2024

Tarikh : 20 - 21 Mei 2024 (Isnin-Selasa)


Masa : 0800 pagi - 1700 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKD Samarahan.

HADIR

Bil Senarai Nama Jawatan


1. Dr Nurul Hana binti Saiful Empon - Pegawai Perubatan UD52 (Pengerusi)

2. En Jeremiah Rukong - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

3. En Noorhisham bin Tarmizi - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

4. Pn Juliana binti Ainie - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

5. Pn Marryjen anak Rebut - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

6. Pn Afyda Binti Yusop - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

7. En Natan Anak Esan - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

8. Pn Rafidah binti Yusof - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

9. En Standly anak Lasah - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

10. En Dael anak Juban - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

11. En Ian Zachariah Christopher - Juruteknologi Makmal Perubatan U29

12. Pn Norasyikin binti Mustapha - Juruteknologi Makmal Perubatan U29

13. En Abang Salman bin Abang Suhaili - Juruteknologi Makmal Perubatan U29

1. PERUTUSAN TUAN PENGERUSI

1
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS 2702: 2020 BIL 2/2024

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli


mesyuarat yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan ISO
MS2702:2020 Bil 3/2024.
Makluman
2. PENGESAH MINIT MESYUARAT
Teks minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan ISO MS2702:2020 BIL
2/2024 dibaca oleh Encik Jeremiah Rukong dan disahkan tanpa pindaan.

3. MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT


3.1. Carta organisasi dikemaskini semula bermula dari pengurusan
tertinggi iaitu Pengarah Kesihatan Negeri (PKN). Linkage kuasa dari
pengurusan tertinggi hingga ke unit makmal PKB Samarahan
hendaklah jelas serta diwarnakan pada bahagian KK Kota Samarahan
dan makmal KK Kota Samarahan. Carta organisasi telah diwujudkan
pada 21 Mei 2024.
Tutup

3.2. Penyelaras JTMP Negeri akan bertanggungjawab untuk membuat


permohonan bagi lawatan pemantauan dan audit oleh Pakar Patologi
dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak. Pekara ini telah
dibincangkan bersama Ketua Profesion Sarawak JTMP Puan Yau
Nyuk Lin semasa Bengkel Teknikal JTMP KK Primer Negeri Sarawak
pada 14-16 Mei 2024.
Tutup
3.3. Kawalan rekod eletronik perlu menyatakan berapa lama dan berapa
kerap backup dilakukan oleh pihak vendor LIS. Penyimpanan rekod
samada rekod secara manual atau elektronik hendaklah berdasarkan
kepada garis panduan tempoh pengekalan (retention) rekod / bahan
patologi (version 1/2005) College of Pathologists, Academy of
Medicine Malaysia. Vendor LIS menyatakan KK Kota Samarahan
mengunakan aplikasi pangkalan data MS SQL 2019 yang berlesen
dimana penyimpanan data adalah tanpa had selagi server hardware
mampu menampung database.
Tutup

2
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS 2702: 2020 BIL 2/2024

3.4. Kemaskini borang NCR dengan memasukkan Elemen IQC dan EQA
dalam ruang klasifikasi NCR.Pada bahagian nama juruaudit ditambah
baik dengan menambah nama pelapor NCR. Borang NCR sudah
dikemaskini pada 21 Mei 2024.
Tutup
3.5. Makmal akan memastikan temperature data logger, pipet, analytical
balance dan termometer dikalibrasi secara berkala dan rekod perlu
disimpan. HOL boleh membuat surat permohonan kepada ketua
jabatan patologi hospital atau farmasi untuk melakukan kalibrasi
terhadap peralatan tersebut. Kalibrasi hendaklah dilakukan sebelum
proses audit oleh pihak JSM. Surat permohonan untuk melakukan
kalibrasi dan verifikasi mikropipet telah dihantar ke unit CRC Pusat
Jantung Sarawak. Proses verifikasi bagi thermometer dilakukan
secara local manakala kalibrasi thermometer hanya boleh
dilaksanakan oleh pihak SIRIM.
Tutup
3.6. Makmal perlu menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dan
tidak tamat tempoh. Item peti pertolongan cemas perlu disenaraikan
dan dipamerkan pada bahagian luar peti tersebut. First Aid Kit sudah
diwujudkan pada 23 April 2024.
Tutup
3.7. SOP pembelian bekalan, perkhidmatan dan pengurusan inventory
perlu diwujudkan. Encik Jeremiah boleh merujuk dengan Cik Lora,
Pegawai Farmasi KK Kota Samarahan bagi contoh SOP yang
merangkumi penerimaan, penyimpanan dan pengedaran stok.
3.8. Penilaian prestasi pembekal perlu dilakukan dan dibentangkan dalam
MKSP 9001:2015. Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan bersetuju
untuk menggabungkan MKSP MS2702:2020 dengan MKSP 9001
dengan menambah elemen-elemen makmal. Encik Jeremiah
bertanggungjawab untuk mendapatkan laporan prestasi pembekal dari
JKN dan PKB Samarahan.
3.9. Makmal perlu mempunyai prosedur untuk pemilihan, pembelian dan
pengurusan alatan.

3
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS 2702: 2020 BIL 2/2024

3.10. Punca pelupusan instrumen dan prosedur pelupusan perlu


dinyatakan. Sekiranya instrumen tersebut perlu dibaiki vendor
hendaklah menggantikan analyzer sementara dan perlu dijalankan
user acceptance testing dan method verification keatas analyzer
tersebut.
3.11. Encik Jeremiah akan memohon dari vendor salinan metrological
traceability bagi analyzer yang mempunyai calibrator dan simpan
dalam fail peralatan.
3.12. HOL akan menyediakan satu aggreement letter penyumberluaran
ujian ke makmal rujukan yang merangkumi anggaran beban kerja
selama setahun serta LTAT dan memohon pihak hospital memberi
maklumbalas.
3.13. PK LTLV dan MU akan dikongsikan oleh pihak BPKK dan bagi PK
MV Encik Jeremiah boleh memohon kerjasama dari pihak jabatan
patologi hospital.
3.14. PK pengendalian spesimen perlu dikemaskini mengikut standard
yang betul. PK kawalan dokumen perlu diwujudkan untuk mengawal
dokumen.Makmal KK Kota Samarahan boleh menyediakan template
PK yang betul sebagai contoh kepada makmal KK yang lain.

4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN / KERTAS KERJA


4.1. Perbincangan mengenai pembahagian tugas bagi tindakan
pembetulan dokumen kualiti. Tindakan pembetulan akan dilengkapkan
sebelum audit oleh pihak Jabatan Standard Malaysia.
4.2. Puan Khadijah binti Rakbi wakil dari PKB Bintulu digugurkan dari ahli
jawatankuasa pelaksana MS2702:2020 dan digantikan dengan dua
orang ahli baru iaitu Puan Sim Ying Hua dari Klinik Kesihatan Tanah
Puteh dan Puan Melissa Kelang dari Klinik Kesihatan Jalan Masjid.
4.3.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


…………………….. ……………………

4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN ISO MS 2702: 2020 BIL 2/2024

Norasyikin binti Mustapha Jeremiah Rukong


(Pencatat Minit)

You might also like