Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENJALARA

BANDAR MENJALARA, KEPONG, 52100


KUALA LUMPUR.
No. Telefon : 03-62725898
No. Faks : 03 – 62734723 E mail : wea0227@moe.edu.my

No rujukan: SMKM.100-9/6/1/1 ( )
Tarikh : 01 April 2022
Kepada:
Encik Chong Hock Kheng

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENAMPUNG KOS PEMASANGAN AWNING DI
SEPANJANG KORIDOR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Menjalara
sedang dalam usaha menaiktaraf infrastruktur bangunan untuk memasang awning di sepanjang koridor
aras tiga (3) bagi keselesaan dan keselamatan warga PPKI.

3. Untuk makluman, anggaran kos pemasangan oleh pihak kontraktor adalah sebanyak RM
10,050.00. Manakala sumbangan yang diperolehi setakat ini sebanyak RM6000.00 seperti dibawah:

B Nama/agensi Jumlah yang disumbangkan


il
1 MAIWP Kuala Lumpur RM5,000.00
.
2 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) RM1,000.00
.
Jumlah sumbangan RM6,000.00

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada YB Tan Sri/YB
Dato’/YB Datin/Tuan/Puan penjaga murid PPKI bagi menampung kos yang berbaki RM4,050.00.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PIBG SMK MENJALARA: 014208326372
(MAYBANK) dengan rujukan: Awning PPKI

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, boleh berhubung dengan Penolong Kanan
Pendidikan Khas, Haji Ampandi bin Omar di talian 012-376 3343.

Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak YB Tan Sri/YB Dato’/YB Datin/Tuan/Puan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI RUSHDI BIN MOHAMED)


Pengetua

You might also like