Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SULIT

NAMA :.....................................................................................

TINGKATAN :..............……………………………………………..

SEKOLAH MENENGAH TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN 5 2023

BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2


Ogos
2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A. Bahagian B dan


Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
5. Buku Jawapan hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

1103/2@2023 SULIT
SULIT 2 1103/2
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk.
Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Selaras dengan perubahan dalam dunia pendidikan, proses pembelajaran


berfokus kepada penglibatan murid dan penilaian hasil kerja murid sangat diutamakan.
Tumpuan juga diberikan terhadap aspek nilai murni dan etika. Pembelajaran secara
kolaboratif yang digunakan oleh guru memberikan peluang kepada murid untuk
membuat kata putus dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Guru bertindak sebagai
sumber rujukan dan membantu untuk menyelaraskan aktiviti yang dijalankan. Melalui
kaedah pembelajaran ini guru perlu kreatif untuk membina tingkah laku positif yang
boleh menjadi ikutan murid.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Guru Cemerlang Pelajar Gemilang’
Oleh Nurul Ain bt Mohd Zairi,
Dewan Siswa, Mei 2021
[8 markah]

2 Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi ayat
ayat yang bergaris. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di
bawah. Subjek : ______________________________________________

Predikat : ______________________________________________

Negeri Sembilan yang terkenal dengan kawasan tumpuan pelancong


mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri. Terdapat pelbagai lokasi ekopelancongan
di negeri ini. Port Dickson ialah destinasi utama bagi pengunjung yang gemar akan
aktiviti pantai. Bagi pengunjung yang suka akan aktiviti mendaki pula, mereka boleh
mengunjungi Gunung Angsi dan Bukit Batu Putih. Selain itu, terdapat sungai dan air
terjun yang belum tercemar di Hutan Lipur Pasir Panjang boleh menjadi pilihan
pengunjung.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Tarikan Negeri Hobin Jang Hobin’
Dewan Siswa, September 2022
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 3 1103/2
3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,
senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis
kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak
perlu menyalin bahan-bahan tersebut.

Bahan 1

CIRI-CIRI USAHAWAN
BERJAYA 1 BERANI MENGAMBIL RISIKO
Usahawan yang berani menghadapi risiko punyai keyakinan
mengambil tindakan untuk kemajuan perniagaannya.

2 BERFIKIRAN POSITIF
Usahawan yang berfikiran positif akan dapat menyelesaikan
masalah dan halangan yang dihidapi.

2.
3 KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan yang kreatif boleh tercipta sesuatu
yang baharu bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. Usahawan yang bersifat
4 PRO-AKTIF inovatif boleh mengubahsuai barangan sedia
ada supaya lebih berkualiti, menarik dan
mampu bersaing di dalam pasaran.

Usahawan yang bertanggungjawab akan giat berusaha bagi


meningkatkan kehidupan dan sentiasa mencari lain-lain idea
untuk mengembangkan perniagaan mereka.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 4 1103/2 Bahan 2
RESIPI IKAN
KERAPU
SAMBAL

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan kerapu
1 buah mangga muda (untuk
hiasan)
10 gram daun ketumbar (untuk hiasan)
1 ulas bawang merah (untuk hiasan)

Bahan-bahan sambal:
1/2 cawan air
1 cawan sos ikan
5 biji cili padi
5 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:

1. Salut ikan dengan garam secukupnya. Kemudian, goreng ikan


sehingga garing.
2. Potong halus-halus mangga muda, daun ketumbar dan bawang merah
3. Tumbuk bahan-bahan sambal iaitu cili padi dan bawang putih
sehingga lumat.
4. Didihkan air dan masukan semua bahan sambal. Masak selama 5
minit.
5. Curahkan sambal tersebut di atas ikan yang telah di goreng tadi.
6. Tabur dengan bahan hiasan dan sedia supaya dihidangkan.

[5 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 5 1103/2

4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab,
Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar,
seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya.

Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Azmi tabah menghadapi cabaran dan berusaha menghadapi pelbagai rintangan


dalam memajukan perniagaan yang diusahakannya. Setelah berjaya, Azmi menjadi
hartawan yang suka menderma dan bersedekah. Pelbagai sumbangan dalam bentuk
wang dan barangan telah diberikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan
bantuan. Sifat positif yang ada dalam diri Azmi kini diwarisi oleh keempat-empat
orang anaknya.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah

1103/2@2023 SULIT
SULIT 6 1103/2

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Fasa pemulihan otot dengan kadar yang cepat menjadi komponen penting dalam
senaman, terutamanya untuk atlet profesional dan individu yang cinta akan aktiviti
sukan kecergasan. Perkara utama dalam fasa pemulihan otot selepas melakukan aktiviti
senaman yang kerap ialah pengambilan pemakanan yang berprotein. Hal ini dikatakan
demikian kerana badan memerlukan sumber protein tambahan untuk membina semula
otot selepas berlaku koyakan mikro pada gentian otot. Gentian otot yang rosak akan
digantikan dengan otot baharu yang lebih sihat dan kuat bagi melawan rintangan
beban untuk sesi senaman seterusnya. Pembinaan semula sel otot bagi menggantikan
sel yang rosak inilah yang mengakibatkan peningkatan saiz otot. Bukan itu sahaja, asid
amino yang terkandung dalam makanan berprotein juga dapat membantu
mengurangkan kesakitan dan kerosakan otot.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Sains di sebalik Fasa Pemulihan Senaman’
Oleh Nursyuhada Mohd Sukri
Dewan Siswa, Bil.12/2022
Bahan 2

Masih ada tanggapan bahawa orang yang aktif sukan tidak akan diserang
penyakit tetapi realiti adalah sebaliknya. Kebanyakan ahli sukan berusia muda yang
mati mengejut di gelanggang sukan adalah disebabkan oleh kesilapan mereka ketika
melakukan senaman secara ekstrem atau berterusan. Kesannya, otot jantung
membengkak dan menghalang pengaliran darah keluar dari jantung. Keadaan ini
menyebabkan individu berkenaan mudah pitam selain rebah beberapa kali ketika
bersukan. Perubahan pada struktur dan saiz jantung selain nadi jantung yang terlalu laju
menyebabkan badan tidak dapat bertindak balas dengan baik. Langkah yang boleh
diambil untuk mengurangkan risiko ini ialah mereka perlu melakukan senaman
berintensiti lebih rendah selama empat minit selepas melakukan senaman ekstrem.
Selain itu, individu tersebut boleh melakukan urutan sukan, mandian ais, hidroterapi
atau krioterapi selepas bersukan. Hal ini bertujuan supaya asid laktat dapat disingkirkan
dengan lebih cepat supaya aliran darah menjadi lebih lancar.

Dipetik dan diubah suai daripada,


‘Bersenam tidak menjamin ‘Kebal’ penyakit
oleh Fahmy A Rosli
Berita Harian, 23 Mei, 2023

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 7 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata melawan rintangan. [2


markah]

(ii) Dengan merujuk semua bahan, nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan
selepas seseorang melakukan aktiviti senaman?
[3 markah]
(iii) Senaman ekstrem yang dilakukan tanpa persediaan boleh mengakibatkan
kecederaan pada otot.

Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang boleh dilakukan oleh


seseorang untuk mengelakkan kecederaan otot apabila melakukan senaman
ekstrem?
[3 markah]
(iv) Anda mempunyai rakan yang sangat gemar melakukan aktiviti senaman ekstrem.
Walau bagaimanapun, anda dapati rakan anda terlalu memaksa diri untuk
melakukan aktiviti senaman tersebut sehingga boleh memudaratkan dirinya.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah yang perlu anda lakukan untuk
menyedarkan rakan anda itu?
[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 8 1103/2

7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

“Eii! Siapa nak makan telur warna coklat tu lagi zaman sekarang ni, mak.
Baunya saja dah buat orang kembang tekak. Rasanya tak taulah pula. “Mulut jangan
celupar, Ita. Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar!” Emak
menempelak baran.
“Bunga telur pindang ni ada maknanya dalam adat kita, Ita. Telur yang direbus
harum dengan segala rempah itu lambang berkat orang tua-tua. Semacam memohon
tetamu yang datang mendoakan agar jodoh berpanjangan. Restu subur mendapat
zuriat.”
“Zaman dulu-dulu, hidangan telur inilah yang dibawa orang buat bekal berdagang.
Isinya tahan lama. Walau berminggu-minggu, rasa enaknya tetap takkan hilang.
Kalau di kenduri-kendara, rasa janggal jika hidangannya tidak ada. Orang sampai
tercari-cari dibuatnya.” Sambung Nek Su dalam lagak bersungguh.
“Orang dulu-dulu amat berpegang adat. Bunga telur pun bukanlah berfesyen
bekasnya seperti sekarang. Ada cara tersendiri menurut budaya. Biasanya telur rebus
itu diisi bersama pulut kukus dan bunga di dalam kelongsong. Kelongsong itu dibuat
dari daun pisang bersalut kertas.” Nek Su meneruskan hujah dalam sehela nafas.

Dipetik dan diubah suai daripada


cerpen ‘Warisan Terakhir’
Oleh Riesna Zasly,
Blogsport. Com.

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 9 1103/2

Bahan 2

Pantun Selera Warisan

Putaran dunia semakin cepat,


Maklumat diterima sekelip mata;
Lemang, rendang, nasi himpit, ketupat,
Selera warisan budaya kita.

Seminggu sekali pergi ke pekan,


Pergi ke pekan menaiki kereta;
Rasanya lazat enak dimakan,
Itulah pukulan tempoyak kita.

Kuih bangkit putih warnanya,


Dihidang sama kuih baulu;
Marilah cuba resepi lama,
Kekalkan warisan orang dahulu.

Ke Teluk Intan pergi bersantai,


Pergi bersama teman dan rakan;
Tempeyek dan putu kegemaran ramai,
Menjadi hidangan sepanjang zaman.

Dipetik dari Pantun


Bertemakan Makanan Tradisional
http://khairulhasni,blogspot.com, 2012

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 10 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud berpegang adat. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam


hidangan warisan.
[4 markah]

(iii) Makanan tradisional merupakan warisan masyarakat Melayu yang semakin


dipinggirkan oleh generasi muda pada masa ini.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan makanan ini kurang
digemari?
[3 markah]
(iv) Anda telah membawa rakan anda ke sebuah restoran yang menyediakan pelbagai
jenis sajian makanan. Rakan anda tertarik dengan hidangan makanan tradisional
yang disediakan malah inginkan penerangan lebih lanjut tentang makanan tersebut.
Namun anda tidak dapat memberikan maklumat yang dikehendaki.

Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan supaya rakan anda memperoleh
maklumat yang dikehendaki.
[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 11 1103/2

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya apabila teringat akan Ai Ling, aku akan teringat akan Aiman
juga. Mereka seusia, cuma Aiman tua sehari sahaja daripada Ai Ling. Melihatkan
Ai Ling, terubat juga rinduku terhadap Aiman. Telatah Ai Ling terus bermain-
main di mataku. Anak bongsu Tauke Lim itu bukan sahaja periang, malah manja.
Kopi O yang telah kubancuh tadi kini kuhirup. Kebelakangan ini payah
benar mataku hendak lelap. Lantaran itu, aku hanya duduk di anjung rumah.
Kadang-kadang aku menandai pelbagai buku latihan anak-anak didikku ataupun
aku juga menulis rancangan pelajaran dalam buku rekod mengajarku. Kadang
kadang aku akan bersembang dengan Tauke Lim. Kadang-kadang pula aku
menulis puisi atau cerpen. Malam yang hening benar-benar mendamaikan. Ilham
adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun menyirami bumi. Namun,
adakalanya ilham seperti memerah kain kering.

Dipetik daripada novel Silir Daksina,


Karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah perkara-perkara yang ‘aku’ lakukan apabila tidak dapat melelapkan


mata?
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Tuhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang


menggambarkan kerjasama yang diamalkan dalam kalangan masyarakat.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT

SULIT 12 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 markah]

9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan .

Bahan 1

Patriotisme sering kali dikaitkan dengan nilai kecintaan kepada negara. Hal ini
merupakan satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat
khususnya generasi muda. Namun begitu, wujud pula masalah provokasi yang
bertentangan dengan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Sudah pasti unsur negatif ini akan mencetuskan kebimbangan kepada banyak pihak.
Kebimbangan ini boleh dikawal melalui kerjasama semua pihak bermula daripada
institusi keluarga. Dalam hal ini, setiap ibu bapa seharusnya memberikan didikan yang
kukuh sejak kecil melalui penerapan teladan yang tinggi terhadap kecintaan kepada
negara dalam diri anak-anak mereka.

Jika diperhatikan, usaha untuk memupuk nilai patriotisme dalam generasi muda
sememangnya sangat mencabar. Masih terdapat segelintir generasi muda yang tidak
mengambil tahu perihal konsep patriotisme kerana kurangnya kesedaran dalam diri
mereka. Pihak kerajaan perlu memberi penekanan terhadap aspek pendidikan berkaitan
konsep patriotisme agar nilai patriotisme ini dapat dihayati dan dijadikan sebagai nilai
jati diri terutamanya kepada generasi muda. Selain itu, isu perkauman dan persefahaman
dalam kalangan pengguna media sosial juga menjadi halangan untuk mengukuhkan
semangat patriotisme dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, media massa
seharusnya menyediakan kandungan yang mampu memberikan didikan kepada setiap
golongan masyarakat. Sesungguhnya, semangat patriotisme merupakan nadi kepada
kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Jati Diri Pengukuh Patriotisme Remaja’
Oleh Rosiah Othman,
Dewan Siswa, Bil. 08 2022

[Lihat halaman sebelah


1103/2@2023 SULIT
SULIT 13 1103/2 Bahan 2

Dalam konteks Malaysia, semangat patriotisme antara lain bercirikan ketaatan


kepada undang-undang dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan
negara. Dalam menyuburkan pemahaman semangat patriotisme ini, pihak kerajaan
perlu meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap pendidikan sejarah Malaysia.
Oleh hal yang demikian, pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah perlu
merangkumi sejarah penubuhan Tanah Melayu 1957 diikuti pembentukan gagasan
Malaysia 1963. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga perlu bersungguh-sungguh
meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap kedaulatan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup. Oleh itu,
sebagai rakyat, rasa kesetiaan, kecintaan dan bersyukur dengan apa-apa yang dinikmati
bukan suatu kerugian, sebaliknya manifestasi kepada wajah dan keperibadian kita
terhadap negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Patriotisme Tunjang Perpaduan Masyarakat’
Oleh Dr Amerjit Singh,
Berita Harian, 5 Mac 2021

Bahan 3
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
1103/2@2023 SULIT

You might also like