GROUP ASSIGNMENT CTU152

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MACHANG

FAKULTI PERAKAUNAN

CTU 152

VALUES AND CIVILIZATION

GROUP ASSIGNMENT

TAJUK: PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:

MOHD MIQDAD ASWAD BIN AHMAD,

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA

AHLI KUMPULAN:

HASYA AUNI QISTINA BT NORHAZUKI (2022644206)

NURUL SYAMIMI BT MOHD SHAHRIL (2022493226)

ILLA ZAININA BT MOHD ZAINUDDIN (2022645304)

PUTERI NUR ALYA NABILAH BT AMAN (2022813756)

TARIKH HANTAR:
12.2 ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT


12.1 MUKA HADAPAN
12.2 ISI KANDUNGAN
12.3 PENDAHULUAN & OBJEKTIF KAJIAN
12.4 OBJEKTIF KAJIAN
12.5 METODOLOGI KAJIAN
12.6 PERBINCANGAN / HASIL KAJIAN
12.7 KESIMPULAN / CADANGAN KAJIAN
12.8 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
12.9 LAMPIRAN
12.3 PENDAHULUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Peradaban Majmuk di Malaysia merupakan satu gabungan dariapada beberapa peradaban


besar yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia yang tergarap dan terkumpul melalui
perjalanan dan peredaran sejarah di Tanah Melayu. Peradaban Pribumi Alam Melayu
merupakan satu peradaban yang utama dan kemudiannya diikuti dengan peradaban Asia
iaitu India, China dan Timur Tengah dan peradaban terakhir iaitu peradaban Barat.
Tuntasnya, peradaban ini disambut baik oleh ‘peradaban globalisasi’ iaitu satu kacukan
pelbagai punca yang merupakan peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang
kompleks.

Sejarah sosial merupakan satu pengaruh peradaban dunia dalam membina


peradaban majmuk negara bangsa. Seterusnya, faktor penting dan menjadi keutamaan
dalam mengukuhkan kepelbagaian pembinaan peradaban majmuk di sesebuah negara
adalah Migrasi. Migrasi ini bukan sahaja terdiri daripada luar negara iaitu Barat, India dan
China, akan tetapi Migrasi juga berlaku dalam kalangan dan kawasan sekitar kita iaitu
vkawasan nusantara yang berdekatan dengan Tanah Melayu. Selain itu, setiap peradaban di
dunia ini diasaskan oleh satu peradaban yang dipanggil peradaan pribumi. Peradaban
pribumi merupakan satu peradaban yang menjadikan masyarakat sebagai tuan rumah
kepada peradaban tetamu yang dirujuk kepada sebuah Migrasi. Pembinaan peradaban di
Malaysia ini terbentuk melalui masyarakat pribumi yang merupakan masyarakat asal
menetap di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Seterusnya, diikuti oleh peradaban asia yang
terdiri daripada masyarakat India, China dan Barat dan akhir sekali peradaban barat iaitu
Portugis, Belanda dan British. Kesimpulannya, hasil daripada gabungan antara peradaban
yang ada di dunia akhirnya membawa kepada satu pembentukan peradaban iaitu
peradaban majmuk yang semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga kini.

Akhir sekali, pada tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Malaysia merupakan tahun
yang menjadi kemuncak peralihan kepada peradaban tersebut dari segi pemerintahan yang
telah dipengaruhi oleh masyarakat Malaysia itu sendiri. Selain itu, globalisasi yang
merupakan dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi masyarakat untuk berkembang luas
dan pesat daripada pelbagai aspek terutamanya aspek sosial, ekonomi dan teknologi untuk
menjaminkan peradaban tersebut mengikut peredaran zaman. Perkembangan sesebuah
peradaban juga penting dan menjadi keutamaan dari segi pemerintahan sesebuah kerajaan.
Hal ini kerana, pemerintahan kerajaan yang tepat dapat menjadi ‘role model’ kepada
masyarakat tidak kira dari segi ape jua aspek. Perkara ini dapat dilihat dan diperhatikan
daripada pelbagai usaha dan inisiatif pihak kerajaan dalam mengekalkan masyarakat
Malaysia untuk terus memupuk dan memperkembangkan peradaban tersebut. Kesimpulan
daripada perbincangan ini secara langsungnya dapat mewujudkan bangsa Malaysia dan
generasi akan datang untuk terus maju dan bertoleransi selaras dengan perbincangan
pembinaan peradaban majmuk di Malaysia.

12.4 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji dan menghuraikan proses
pembentukan negara bangsa di Malaysia serta menganalisis negara bangsa Malaysia dari
perspektif peradaban. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan pemahaman kami
dengan pendedahan yang luas tentang perjalanan sejarah di Alam Melayu. Seterusnya,
mengenalpasti konsep dan pembentukan negara bangsa yang melalui pelbagai peringkat.
Perkara ini dapat menambahkan pengetahuan kami tentang perkembangan yang berlaku di
Alam Melayu pada ketika dahulu. Di samping itu, disebabkan negara Malaysia terdiri dengan
masyarakat yang majmuk kerana mempunyai pelbagai kaum, bahasa, ideniti, dan agama,
kami dapat memperoleh maklumat tentang kepelbagaian mereka dan mempelajari budaya
baru yang telah diamalkan oleh mereka sejak turun temurun.

12.5 METODOLOGI KAJIAN


Kertas kerja ini telah menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat-
maklumat berkaitan untuk mencapai objektif serta matlamat kajian .Kajian ini merangkumi
reka bentuk kajian,kajian kualitatif,strategi pengumpulan dan strategi analisis data.

Di samping itu,merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan
bagi menjawab permasalahan kajian. Metodologi kajian yang terancang penting bagi
memastikan objektif yang telah digariskan iaitu memahami proses pembinaan negara
bangsa Malaysia melalui kemajmukan peradaban.Kajian ini secara keseluruhannya akan
menggunakan kaedah pengumpulan data.

Kaedah pengumpulan data merupakan kaedah yang digunakan dalam sesuatu kajian bagi
mendapatkan maklumat. Proses ini sangat penting dalam penyelidikan kajian dan harus
dilakukan dengan cermat sesuai prosedur dan ciri-ciri penelitian kualitatif atau kuantitatif .

Kaedah ini akan digunakan sepenuhnya oleh kumpulan kami dalam bab pembinaan
peradaban majmuk di Malaysia ini bagi menjelaskan konsep-konsep negara dan bangsa
yang ada dibawah tajuk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia dengan jelas. Selain
itu,kaedah ini juga digunakan dengan meneliti bahan-bahan di dalam laman web sama ada
berbentuk tesis,jurnal, monograf dan sumber-sumber yang sesuai dengan tajuk kajian ini.
Walaubagaimanapun, cara ini adalah sangat meluas dari segi mencari maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian ini bukan sekadar di dalam bahan buku sahaja malah pelbagai
laman web.

12.6 PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

12.6.1 sejarah sosial yang mempengaruhi peradaban Malaysia


Warisan Melaka membentuk peradaban Asia seperti Arab, Cina dan India.
Agama Hindu dipengaruhi oleh sistem pemerintahan Kesulatanan Melaka sebelum
kedatangan Islam di rantau ini. Selepas kedatangan Islam, Sultan Melaka menjadi
lebih makmur dan gembilang. Beliau telah mencipta tempat yang paling terkenal
untuk kemasyarakatan Islam dan pertumbuhan di wilayah alam melayu. Semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah dari 1459 hingga 1477, Melaka menjadi sangat
kaya. Disebabkan kedudukan startegik, sistem pemerintahan yang terbuka, dan
pentadbiran pelabuhan yang cekap, Pelabuhan Melaka terkenal sebagai pelabuhan
antarabangsa yang terkenal. Ribuan kapal boleh berdagang dengan selamat dan
aman di pelabuhan berkat keupayaan Melaka untuk menangani ancaman perompak
dan lanun. Melaka menjadi pusat untuk jual beli barangan dari seluruh dunia apabila
ia menjadi tumpuan pedagang dari Barat dan Timur.

Pada zaman kelompak awal, pedangan Arab dan parsi menjadikan Melaka
sebagai tempat penting untuk berlindung di rantau Timur dengan membawa
barangan seperti senjata, kain bulu, perak, candu dan ambar. Nila dan kismis.
Pedagang Arab dan parsi ini akan membawa pulang pelbagai barangan dari
kepulauan Melayu Melaka, termasuk batik, keris jawa, bijih timah, kemenyan, kayu
gaharu, bunga cengkih, cenda, dan kasturi. Barang-barang ini akan dibawa pulang
ke negara asal mereka, dan sebahagian daripadanya akan dijual di Eropah. Orang—
Orang Arab dan orang parsi telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan
agama Islam ke pelbagai kawasan di seluruh dunia.

Pendagang dari China dan India membentuk kelompok kedua pendagang.


Perdagangan bijih timah, yang merupakan eksport utama kerajaan melaka, adalah
tumpuan utama pedagang cina dan india dalam melaka. Barang-barang seperti teh,
kain, teh, tembikar, sutera, satin, mutiara, kapur, tawas, belerang, besi, tembaga,
wangi-wangian, ubat-ubatan, dan banyak lagi dibawa ke Melaka oleh pedangan dari
China dan India. Selain itu, negeri Melaka mempunyai hubungan diplomatik dengan
China. Apabila China menjadi kuasa besar dunia pada masa itu, hubungan baik
antara Melaka dan China meningkatkan martabat kesultanan Melayu Melaka.
Pedagang dari China dan India bukan sahaja mengunjungi Melaka, tetapi juga
pedagang Siam dari Nusantara yang datang dengan gading, permata, tembaga,
beras, ikan kering, garam, dan sayur-sayuran. Pedagang Siam akan membawa
pulang hamba abdi, rempah dan candu ke negara asal mereka. Atas sebab ekomoni,
Melaka dan Siam terus menjalinkan dagangan walaupun mereka bermusuhan.
Melaka juga menarik negara-negara serantau yang lain untuk berdagang, seperti
burma yang membawa beras, wangian dan batu delima ke sana.
12.7 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, kita dapat lihat bahawa Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia

You might also like