SKP3122 LAPORAN PROJEK.docx

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

SKP3122-17 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KUMPULAN L

SEMESTER KEDUA 2023/2024

ISU PENCEMARAN SUNGAI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:

DR. DAYANG NURHAZIEQA HAMZANI

NAME MATRIC NO.

FARAH WAHIDA BINTI ZAMAWI 222341

KHOO JIN YING 225325

AMEERA SOFEA BINTI EMRAN 222417

WAFA WAFRAH BINTI SAHARI 214625

HANNA NURBALQIS BINTI HAYAZI 226114

MUHAMMAD DANIAL BIN ZAMRI 223928


ABSTRAK

Isu alam sekitar bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang
melibatkan pencemaran sungai. Pencemaran sungai akan menjejaskan sumber makanan,
aktiviti ekonomi, keadaan kesihatan, dan sebagainya dalam kehidupan manusia. Objektif
kajian ini adalah untuk membincangkan kes berkaitan pencemaran sungai di Malaysia serta
mengkaji faktor-faktor dan implikasi daripada impak pencemaran sungai. Kajian ini juga
membincangkan cadangan penambahbaikan yang perlu diketengahkan bagi membendung
permasalahan isu pencemaran sungai berlarutan di Malaysia. Antara kes pencemaran sungai
yang mendapat liputan media dan orang awam termasuk pencemaran Sungai Kim Kim yang
berlaku pada tahun 2019. Dapatan data mendapati bahawa kesan daripada pencemaran
Sungai Kim Kim menjurus kepada penurunan kualiti udara yang mendadak sehingga
mengakibatkan komplikasi kesihatan berpanjangan seperti sesak nafas dan kerengsaan kulit
dalam kalangan warga setempat. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa secara
dominannya, sumber pengetahuan komuniti mengenai pencemaran Sungai Pinang adalah
berdasarkan pemerhatian mereka sendiri. Pengetahuan mereka mengenai punca pencemaran
Sungai Pinang ialah hasil daripada aktiviti pembuangan sampah sarap manakala kesan
pencemaran ialah udara berbau busuk dan persekitaran kotor. Tindakan mereka terhadap
pencemaran Sungai Pinang adalah dengan memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa
ditutup dan memasang jaring keselamatan di halaman rumah. Kajian ini berpotensi dalam
memberi gambaran dan kefahaman kepada masyarakat untuk berdepan dengan isu
pencemaran sungai. Di samping itu juga diharap kajian ini berupaya untuk menjadi rujukan
penting kepada pihak berwajib dalam merangka strategi dan intervensi yang holistik demi
kesejahteraan hidup komuniti dan alam sekitar.

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 OBJEKTIF 3
3.0 HASIL DAPATAN 4
3.1 Isu Pencemaran Sungai di Malaysia 4
3.2 Faktor pencemaran 6
3.3 Implikasi pencemaran 8
3.4 Perbandingan dengan negara lain 10
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12
5.0 KESIMPULAN 14
6.0 RUJUKAN 15

2
1.0 PENDAHULUAN

Pencemaran sungai merupakan satu isu yang semakin mendapat perhatian di Malaysia.
Dengan pertumbuhan pesat industri dan pembangunan, kualiti alam sekitar terutama air
sungai telah terjejas secara serius. Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar yang
diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk mengawasi dan mengawal tahap
kualiti alam sekitar, termasuk kualiti air sungai. Melalui inisiatif ini, usaha dapat dilakukan
untuk memastikan kelestarian sungai di seluruh negara demi memenuhi keperluan air bersih
masyarakat.

Dalam laporan ini, kami akan membincangkan isu-isu utama berkaitan dengan pencemaran
sungai di Malaysia, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran tersebut, serta
implikasi yang timbul terhadap alam sekitar dan masyarakat. Selain itu, cadangan
penambahbaikan juga akan dikemukakan bagi meningkatkan pengurusan alam sekitar dan
mengatasi masalah pencemaran sungai secara berkesan.

Dengan pemahaman yang mendalam mengenai isu ini, diharapkan tindakan yang
diperlukan dapat diambil untuk memastikan kelestarian sungai-sungai di Malaysia demi
kesejahteraan bersama.

2.0 OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk:

● Menganalisis isu pencemaran sungai di Malaysia.


● Mengenal pasti faktor-faktor pencemaran yang menyumbang kepada masalah
pencemaran sungai.
● Menilai implikasi pencemaran sungai terhadap alam sekitar dan manusia.
● Membandingkan situasi pencemaran sungai di Malaysia dengan negara lain.
● Mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk mengatasi isu
pencemaran sungai.
● Merumuskan kesimpulan berdasarkan dapatan yang diperoleh.

3
3.0 HASIL DAPATAN

3.1 Isu Pencemaran Sungai di Malaysia

Negara Malaysia sudah seringkali dikejutkan dengan isu pencemaran sungai yang
disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya impak daripada perbuatan individu yang tidak
bertanggungjawab. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan
sebanyak 25 daripada 672 sungai di Malaysia diklasifikasikan sebagai Kelas Tiga dan Kelas
Empat berurutan pencemaran yang disebabkan oleh pelbagai aktiviti termasuk kesan
perindustrian, perumahan dan kumbahan.

Oleh demikian, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu program inisiatif iaitu
Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar sebagai usaha pencegahan dan kawalan alam
sekitar. Program ini bertujuan untuk melaporkan data semasa berkaitan tahap sebenar kualiti
alam sekitar merangkumi aspek kualiti air sungai, udara dan air marin. Program Pengawasan
Kualiti Air Sungai dikendalikan oleh kerajaan sejak tahun 2018 dengan kolaborasi syarikat
konsesi melalui syarikat kerajaan swasta selama 15 tahun. Program ini dijalankan bersama
Syarikat Pakar Scieno TW Sdn Bhd kelestarian sungai di seluruh Malaysia bagi
meningkatkan keterjaminan sumber air yang bersih, terutama di kawasan sungai untuk
memenuhi keperluan semasa rakyat.

Antara inisiatif Jabatan Alam Sekitar dalam meneruskan Program Pengawasan Kualiti
Air Sungai adalah dengan menubuhkan Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual
(MRWQM) yang merangkumi pengambilan sampel-sampel air sungai secara in-situ daripada
stesen-stesen yang telah terpilih dan ditetapkan di seluruh Malaysia. Hal ini bertujuan untuk
mengesan dan menilai tahap kualiti air sungai secara keseluruhan sebelum setiap sampel air
sungai dihantar ke makmal bagi lanjutan proses analisis kriteria dari segi fizik-kimia dan
biologi. Setiap aktiviti persampelan air sungai secara manual dilaksanakan sebanyak enam
kali setahun. Pada masa yang sama, Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik
(CRWQM) terletak di hulu muka sauk bagi Loji Rawatan Air (LRA) yang terpilih akan
mencerap data berkaitan kualiti air sungai pada setiap 30 minit.

4
Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan data dan statistik mengenai tren
pencemaran sungai berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) pada tahun 2018. Status kualiti air
sungai dikaitkan dengan tiga aspek utama iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (BOD),
Ammonia Nitrogen dan Pepejal Terampai (SS) yang juga berpunca daripada aktiviti
penternakan haiwan berkaki, kumbahan domestik dan pelepasan efluen oleh perindustrian.

Rajah 3.1.1 menunjukkan Tren Kualiti Air Sungai 2018-2022

Salah satu isu pencemaran sungai di Malaysia ialah pencemaran Sungai Kim Kim di
Pasir Gudang pada tahun 2019 yang melibatkan orang awam termasuk penduduk di sekitar
kawasan Pasir Gudang dan rata-rata warga sekolah. Guru-guru serta para pelajar terpaksa
menangguhkan pembelajaran secara bersemuka di sekolah apabila digemparkan dengan
pencemaran udara berpunca daripada pembuangan sisa toksik sambil lewa oleh pihak
kontraktor ke Sungai Kim Kim. Menurut analisis kualiti air Sungai Kim Kim, pihak Jabatan
Alam Sekitar menegaskan bahawa sampel daripada sungai tersebut menunjukkan kandungan
lima bahan kimia pelarut organik termasuk Benzene, Toluene, Xylene, Ethylbenzene dan
D-Limonene yang merupakan bahan yang digunakan untuk proses penguraian tayar.

Selain itu, isu pencemaran Sungai Pinang di Pulau Pinang merupakan satu fenomena
yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk setempat. Sungai tersebut telah mengalami
kadar pencemaran kekal dan merupakan sungai yang paling kotor sepanjang tahun di
Malaysia menurut Laporan Alam Sekitar 2004. Mutakhir ini, Sungai Pinang juga
diklasifikasikan sebagai Kelas Empat mengikut bacaan pengkelasan kualiti air sungai (IKA)
yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2024. Hasil daripada tinjauan
tersebut menunjukkan bahawa Sungai Pinang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sumber
minuman dan air bersih untuk kegunaan penduduk sekitar Pulau Pinang.

5
3.2 Faktor pencemaran

Pencemaran sungai di Malaysia adalah masalah yang rumit dan berbahaya,


disebabkan oleh beberapa faktor-faktor seperti pembuangan sisa kilang, pembuangan bahan
kimia dari proses industri, penggunaan pestisida dan insektisida dan pembuangan sisa
domestik. Faktor-faktor ini perlu dikenalpasti agar isu pencemaran ini mudah diatasi oleh
pelbagai pihak.

Faktor yang pertama berlakunya pencemaran sungai di kawasan industri ialah


pembuangan sisa kilang. Hal ini kerana, kilang banyak dibangunkan di tepi sungai agar dapat
mengalirkan sisa kilang. Ini dianggap cara yang paling mudah untuk melupuskan sisa
tersebut. Sisa kilang ini termasuk logam berat, kayu-kayan dan bahan-bahan organik yang
dapat mencemarkan air sungai. Berdasarkan Yomarakuro et al. (2021) terdapat pencemaran
logam berat di Sungai Langat. Hasil ujian makmal baru-baru ini yang dilakukan terhadap sisa
bahan berat berwarna gelap menunjukkan ia mengandungi barium, zink, tembaga dan
plumbum, yang mungkin merupakan sisa terkumpul dari tapak bekas aktiviti pemprosesan
sekerap logam di kawasan itu. Ini membuktikan bahawa sisa kilang di sungai boleh
menyebabkan pencemaran dan mengganggu kehidupan akuatik.

Seterusnya, faktor pencemaran sungai di kawasan perindustrian ialah pembuangan


bahan kimia dari proses industri. Misalnya, kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim
Kim pada 7 Mac 2019. Pembuangan bahan kimia ke sungai di kawasan perindustrian ini
berlaku kerana kurangnya kesedaran dari pihak yang terlibat dalam perindustrian. Pihak
industri menganggap pembuangan sisa kimia ke sungai adalah lebih murah daripada
mengikuti prosedur pengurusan sisa yang betul walaupun tindakan ini boleh membahayakan
kesihatan masyarakat dan alam sekitar. Sikap tidak bertanggungjawab ini menjadikan isu
pencemaran sungai semakin meningkat di Malaysia.

Selanjutnya, penggunaan pestisida dan insektisida juga merupakan punca pencemaran


sungai berlaku. Hal ini kerana penggunaan pestisida dan insektisida yang berlebihan dan
tidak terkena target akan menyebabkan lebihan tersebut mengalir ke sungai melalui aliran
permukaan air dan mengakibatkan kandungan pestisida yang lebih tinggi di air sungai. Selain
itu, tumpahan atau kebocoran pestisida juga dapat mengakibatkan pencemaran terhadap
sungai. Pencemaran pestisida dapat mengganggu keseimbangan ekosistem sungai dengan
mempengaruhi populasi organisma air, termasuk spesies yang dilindungi (Kementerian

6
Pertanian Direktorat Jenderal Perkebunan : Dampak Pestisida Pada Lingkungan Akuatik,
n.d.) .

Akhir sekali, pembuangan sisa domestik ke sungai ialah faktor berlakunya


pencemaran. Hal ini kerana pencemaran sungai yang serius biasanya terjadi akibat
pembuangan air sisa domestik yang tidak dirawat. Kandungan kimia seperti deterjen, sabun,
dan minyak dalam air domestik dapat merosak ekosistem sungai. Tambahan pula, zat organik
yang terdapat dalam air sisa domestik boleh menimbulkan bau yang tidak sedap. Selain itu,
sikap tidak bertanggungjawab masyarakat yang membuang sampah sarap ke sungai juga
menyumbang kepada pencemaran sungai. Sampah domestik seperti plastik, sisa makanan,
dan bahan-bahan pepejal lain boleh menyumbat sistem saliran dan akhirnya masuk ke sungai.
Hal ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran fizikal tetapi juga boleh membawa bahan
kimia berbahaya yang larut ke dalam air sungai.

Secara keseluruhannya, isu pencemaran ini perlu diatasi agar masyarakat mendapat
kualiti air yang baik dan dapat mencegah dari masalah kesihatan.

7
3.3 Implikasi pencemaran

Pencemaran sungai di kawasan perindustrian di Malaysia telah menjadi isu kritikal


yang mempunyai pelbagai implikasi serius terhadap aspek alam sekitar, kesihatan awam,
ekonomi dan sosial. Peningkatan aktiviti perindustrian tanpa pengurusan sisa yang cekap
telah mengakibatkan pencemaran air sungai yang membahayakan ekosistem, kesihatan
manusia dan kebajikan masyarakat. Kajian ini meninjau beberapa implikasi utama
pencemaran sungai di kawasan perindustrian, memberi tumpuan kepada kesan yang dirasai
oleh masyarakat tempatan dan langkah-langkah mitigasi yang diperlukan.

Pencemaran sungai membawa kepada kemerosotan ekosistem yang serius.


Kehilangan biodiversiti berlaku apabila habitat semula jadi diancam oleh bahan kimia toksik
dan logam berat daripada sisa industri. Menurut Rosli et al., 2019 menyatakan bahawa sungai
yang tercemar menunjukkan perubahan dalam kualiti air seperti peningkatan suhu, perubahan
pH, dan pengurangan paras oksigen terlarut yang memudaratkan hidupan akuatik. Pemangku
presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan bahawa Sungai Kluang di Bayan
Lepas menunjukkan tanda-tanda ekosistem 'mati' dengan air sungai yang hitam dan
berlumpur, menunjukkan kerosakan ekosistem yang teruk.

Selain itu, menurut kajian Abd Muin (2018) pencemaran sungai juga memberi kesan
langsung kepada kesihatan masyarakat setempat. Air yang tercemar boleh menyebabkan
pelbagai penyakit seperti cirit-birit, taun dan penyakit kulit. Logam berat seperti merkuri dan
plumbum berpotensi menyebabkan keracunan kronik. Menurut kajian Mustakim et al. (2019)
yang menyatakan kawasan sekitar Sungai Kluang, bau busuk yang terhasil akibat pencemaran
ini mengganggu kehidupan seharian penduduk sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan
masalah kesihatan seperti sakit kepala dan loya. Sebanyak 53% responden dalam kajian Abd
Muin (2018) menyatakan pencemaran alam sekitar merosakkan kesihatan manusia.

Tambahan pula, ekonomi tempatan turut terjejas akibat pencemaran sungai.


Penurunan produktiviti perikanan berlaku apabila populasi ikan dan organisma akuatik lain
berkurangan, memudaratkan sektor perikanan dan nelayan yang bergantung kepadanya. Di
samping itu, pencemaran meningkatkan kos rawatan air untuk memastikan air sesuai untuk
digunakan, yang membebankan belanjawan kerajaan dan syarikat bekalan air. Selain itu,
menurut kajian Hashim et. al, 2011 menyatakan bahawa penurunan nilai hartanah di sekitar
sungai yang tercemar juga berlaku, mengurangkan daya tarikan pelaburan kawasan tersebut
dan menjejaskan ekonomi tempatan.

8
Akhir sekali, aspek sosial juga tidak terlepas daripada kesan pencemaran sungai.
Menurut Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang pada tahun 2023 menyatakan konflik antara
masyarakat, industri dan kerajaan sering berlaku apabila berlaku ketidakadilan dalam
pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Komuniti yang bergantung
kepada sungai yang tercemar mungkin terpaksa berpindah ke tempat lain, menyebabkan
terkehel sosial dan ekonomi. Aduan dan rasa tidak puas hati orang ramai turut timbul, seperti
yang dilaporkan oleh penduduk sekitar Sungai Keluang, yang berasa kurang senang dan
menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa.

Pencemaran sungai di kawasan perindustrian Malaysia mempunyai kesan yang luas


dan serius terhadap alam sekitar, kesihatan awam, ekonomi dan masyarakat. Pengendalian
yang berkesan memerlukan kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat untuk
memastikan kelestarian alam sekitar dan kebajikan penduduk. Langkah-langkah seperti
peningkatan penyeliaan, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan insentif untuk
industri untuk pengurusan sisa yang lebih baik diperlukan segera. Penyelidikan dan dasar
yang sesuai boleh membantu mengurangkan kesan pencemaran dan menyokong
pembangunan mampan di kawasan perindustrian.

9
3.4 Perbandingan dengan negara lain

Kualiti air merujuk kepada keadaan atau sifat-sifat fizikal, kimia, dan biologi air yang
menentukan kesesuaiannya untuk pelbagai kegunaan seperti minuman, rekreasi, pertanian,
dan industri (Lembaga Sumber Air Terengganu, 2021). Indeks Kualiti Air Sungai (WQI)
adalah piawaian yang digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang ditentukan
melalui ujian makmal sampel air sungai secara berkala daripada Jabatan Alam Sekitar. Indeks
Kualiti Air Sungai (WQI) diukur berdasarkan parameter Permintaan Oksigen Biokimia
(BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), pH, Oksigen Terlarut (DO), Pepejal Terampai
(SS) dan Nitrogen Ammonia (NH 3 -N). Negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia,
Indonesia, Thailand, dan Vietnam menghadapi pelbagai cabaran berkaitan kualiti air, yang
dipengaruhi oleh aktiviti manusia seperti pertanian, urbanisasi, dan perindustrian.

Di Malaysia, kualiti air banyak dipengaruhi oleh aktiviti pertanian, urbanisasi, dan
industri. Malaysia menggunakan sistem Indeks Kualiti Air (WQI) sendiri, yang direka untuk
menilai dan mengurus kualiti air permukaan. Lembangan Sungai Selangor, salah satu sumber
air utama Malaysia, telah dikaji secara meluas untuk memahami status kualiti airnya (Wong
et al., 2020). Sistem WQI di Malaysia merangkumi parameter seperti permintaan oksigen
biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), dan jumlah pepejal terampai (TSS), yang
memberikan penilaian menyeluruh terhadap kualiti air (Othman et al., 2014). Walaupun
menghadapi cabaran seperti pencemaran industri dan air larian bandar, sistem WQI Malaysia
membantu dalam mengekalkan penilaian terperinci dan pengurusan sumber air (Basheer et
al., 2017).

Seterusnya, Indonesia juga menghadapi cabaran besar dalam mengekalkan kualiti air
yang baik. Indonesia mengguna pakai sistem WQI, pada mulanya dibangunkan daripada
piawaian global, untuk menilai kualiti air permukaannya. Sistem sungai yang luas di negara
ini, termasuk Sungai Citarum, menghadapi isu pencemaran yang teruk akibat pembuangan
industri dan sisa domestik yang tidak dirawat (WWAP, 2015). WQI Indonesia termasuk
parameter seperti oksigen terlarut (DO), pH dan paras nitrat untuk mengukur kualiti air
(Gholizadeh et al., 2016). Sistem ini membantu mengenal pasti sumber pencemaran kritikal
dan memudahkan intervensi yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti air (Mohamed et al.,
2014).

Di Thailand, kualiti air terjejas terutamanya oleh aktiviti pertanian dan pembangunan
bandar. Thailand telah membangunkan sistem WQI sendiri, yang memainkan peranan penting

10
dalam memantau dan mengurus kualiti sumber airnya. Lembangan Sungai Chao Phraya,
misalnya, merupakan kawasan tumpuan utama kerana sumbangannya yang besar kepada
bekalan air negara (Noori et al., 2019). WQI Thai merangkumi petunjuk seperti koliform tahi
dan logam berat untuk menilai kualiti air secara menyeluruh (Magyar et al., 2013). Walaupun
menghadapi cabaran daripada larian pertanian dan pembandaran, sistem WQI Thailand
menyokong pengurusan sumber air yang berkesan (Tyagi et al., 2013).

Akhir sekali, Vietnam menghadapi masalah kualiti air yang serius akibat aktiviti
perindustrian dan pertanian. Vietnam menggunakan sistem WQI unik yang disesuaikan
dengan keadaan persekitarannya yang khusus. Delta Mekong, sumber air penting untuk
negara, mengalami pencemaran yang ketara daripada aktiviti pertanian dan proses
perindustrian (Khan et al., 2003). WQI Vietnam menyatupadukan parameter seperti
ammonia, kekeruhan dan DO untuk memberikan penilaian kualiti air yang tepat (Bassi dan
Kumar, 2017). Sistem ini membantu dalam mengenal pasti titik panas pencemaran dan
melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk melindungi sumber air (Abbasi dan Abbasi,
2012).

Membandingkan sistem WQI Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam


menyerlahkan kepelbagaian pendekatan yang diambil oleh setiap negara untuk menguruskan
kualiti airnya. Malaysia dan Thailand telah membangunkan sistem WQI komprehensif
mereka sendiri, manakala Indonesia mengguna pakai piawaian global, dan Vietnam
menyesuaikan sistemnya mengikut keadaan tempatan yang khusus. Walaupun metodologi
berbeza, semua negara ini menghadapi cabaran biasa seperti pencemaran perindustrian,
perbandaran, dan air larian pertanian, yang menjejaskan sumber air mereka. Sistem WQI
yang berkesan adalah penting bagi negara-negara ini untuk memantau, mengurus dan
meningkatkan kualiti perairan permukaan mereka, memastikan sumber air yang mampan
untuk generasi akan datang (Wong et al., 2020; WWAP, 2015; Noori et al., 2019; Khan et al.
al., 2003).

11
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pencemaran sungai di kawasan perindustrian merupakan masalah serius yang


mempengaruhi lingkungan dan kesihatan masyarakat secara meluas. Untuk mengatasi
masalah ini, usaha-usaha perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk memantau, memulihara,
membersih dan mengindahkan keadaan sungai di Malaysia.

Pertama sekali, setiap industri haruslah memasang sistem penapisan yang efektif
untuk merawat sisa bahan industri sebelum disalurkan ke dalam sungai. Air buangan dari
kilang mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya dan boleh mengancam hidupan
akuatik serta kesihatan manusia. Kecuaian atau sikap tidak bertanggungjawab pengusaha
kilang atau ladang yang membuang sisa toksik daripada produk ke dalam sungai untuk
mengurangkan kos akan mencemarkan sungai. Kejadian pencemaran sungai di Sungai Kim
Kim, Pasir Gudang perlu menjadi titik tolak dalam memastikan sisa toksik industri
dilupuskan dengan cara yang betul. Oleh itu, sistem penapisan harus dipasang untuk
mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya sisa bahan industri tidak
dilepaskan terus ke dalam sungai.

Seterusnya, pihak kerajaan dan pihak berkuasa haruslah melaksanakan dasar kerajaan
dan polisi pentadbiran yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar (iRujukan, 2022).
Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar sewajarnya menguatkuasakan undang-undang
dan memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang melakukan pencemaran sungai
untuk memberi ajaran kepada mereka supaya tidak berbuat lagi. Pemantauan yang kerap juga
perlu dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan dengan penggunaan
dron, pengurusan data dan analisis kecerdasan buatan untuk memastikan kebersihan dan
kualiti sungai. Tindakan yang tegas dan pantas perlu dilaksanakan sekiranya berjaya
menangkap individu atau kumpulan yang melakukan aktiviti pencemaran untuk menangani
masalah pencemaran ini dengan lebih efisien.

12
Tambahan pula, kerajaan wajarlah merancangkan pembangunan negara secara lestari.
Pertumbuhan pesat dan berterusan dalam sektor perindustrian serta projek pembangunan
dapat memudaratkan alam semula jadi dan menjejaskan ekosistem kehidupan (iPendidikan,
2020). Dalam konteks ini, perancang bandar dan desa seharusnya merancangkan zon
kawasan industri, pertanian, dan perkotaan dengan mempertimbangkan jarak aman dari
sungai dan sumber air. Hal ini sangat penting untuk menjaga kelestarian lingkungan sungai
dan mencegah terjadinya pencemaran. Dengan ini, jelaslah bahawa pembangunan lestari
bukan sahaja memberi faedah kepada manusia dari sudut pembangunan malah memelihara
ekosistem alam semula jadi.

Akhirnya, rawatan air boleh dijalankan menggunakan pelbagai teknik dan teknologi
untuk memulihkan semula sungai tercemar. Menurut kajian daripada Nadirah Ismail (2006),
mikroorganisma seperti bakteria dan alga boleh bertindak sebagai penapis untuk menguraikan
bahan pencemar organik atau anorganik dalam air. Teknik ini biasanya dilakukan dengan
memasang sistem biofilter di sungai atau menggunakan tumbuhan air tertentu yang mampu
menyerap atau mengurai zat pencemar. Selain itu, rawatan air juga dapat dijalankan dengan
memasukkan udara atau oksigen ke dalam air untuk meningkatkan kandungan oksigen
terlarut. Hal ini penting untuk meningkatkan hidupan akuatik dalam sungai dan mendukung
aktiviti mikroorganisma aerobik dalam mengurai zat pencemar.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu, mengambil sikap cakna dan
memainkan peranan masing-masing dalam memelihara dan memulihara sumber air. Melalui
upaya bersama dan komitmen yang kukuh, maka kita dapat menciptakan sungai-sungai yang
sihat dan berkelanjutan untuk kesejahteraan generasi akan datang.

13
5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan laporan projek yang disediakan, dapat disimpulkan bahawa isu pencemaran
sungai di Malaysia merupakan masalah serius yang memerlukan tindakan segera dari
pelbagai pihak. Faktor-faktor seperti aktiviti perindustrian, perumahan, dan kumbahan telah
menyebabkan beberapa sungai diklasifikasikan sebagai Kelas Tiga dan Kelas Empat.
Kesannya meliputi impak negatif terhadap alam sekitar, kesihatan awam, ekonomi dan
masyarakat secara keseluruhan. Untuk mengatasi masalah ini, langkah-langkah seperti
pemasangan sistem penapisan yang efektif di industri, pelaksanaan dasar kerajaan yang
memelihara alam sekitar, serta tindakan tegas terhadap pesalah pencemaran sungai perlu
dilaksanakan. Kita dapat memastikan kelestarian alam sekitar, kesihatan masyarakat dan
pembangunan yang mampan di kawasan perindustrian. Kerjasama antara kerajaan, industri,
dan masyarakat adalah penting dalam menangani isu pencemaran sungai demi menjaga
kelestarian alam sekitar dan kesihatan masyarakat secara menyeluruh.

14
6.0 RUJUKAN

1. Aida Aziz. (2024, March 9). Kotoran minyak cemari pantai Teluk Nipah, Pangkor.
Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kotoran-minyak-cemari-pantai-teluk-nip
ah-pangkor-461522

2. Bernama. (2020, November 24). Selangor di peringkat akhir kajian penggunaan


teknologi mesra alam tangani pencemaran air. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selangor-di-peringkat-akhir-kajian-peng
gunaan-teknologi-mesra-alam-tangani-pencemaran-air-269842

3. Cool, M. (2014, August 9). Pencemaran industri [Slide show]. SlideShare.


https://www.slideshare.net/slideshow/pencemaran-industri/37821832

4. Ilah Hafiz Aziz. (2023, October 9). Lebih 30 sungai semakin “nazak”. BH Online.
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2023/10/1162534/lebih-30-sun
gai-semakin-nazak

5. JAAFAR, N. (2024, March 2). Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat
pencemaran minyak. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/652343/edisi/selangor-kl/longgokan-ikan-mat
i-di-sungai-kundang-akibat-pencemaran-minyak

6. Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan. (2021, April 24). Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/135237/edisi/kualiti-air-sungai-kim-kim-masi
h-boleh-dipulihkan

7. Mustakim, N. S., Ramli, M. W., & Weng, C. N. (2019). Kesedaran komuniti terhadap
isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Geografia, 15(3).
https://doi.org/10.17576/geo-2019-1503-03

8. Noh, M. F. (2023, December 3). Pencemaran Sungai Kim Kim: Hukuman tak
setimpal penderitaan ditanggung penduduk. BERITA HARIAN ONLINE .
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1184677/pencemaran-sungai-ki
m-kim-hukuman-tak-setimpal-penderitaan

9. Nursilah Abdullah. (n.d.). Langkah Mengatasi Pencemaran Sungai. SCRIBD.


https://www.scribd.com/doc/96025535/Langkah-Mengatasi-Pencemaran-Sungai

10. Sadn gp 11 faktor pencemaran air - Alam sekitar merupakan antara anugerah Tuhan
yang tidak ternilai - Studocu. (n.d.). Studocu.
https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/malaysian-nationho
od-studies/sadn-gp-11-faktor-pencemaran-air/14174770

15
11. Yomarakuro, U., Yi, W. P., & Ayamany, K. (2021, August 8). Pencemaran logam berat
di Sungai Langat - sumber air minum S’gor. Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/586322

12. Mustakim, N. S., Ramli, M. W., & Weng, C. N. (2019). Kesedaran komuniti terhadap
isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Geografia, 15(3).
https://doi.org/10.17576/geo-2019-1503-03

13. Punca dan kesan pencemaran alam sekitar: Kajian kes pelajar di Universiti Tun
Hussein ONN Malaysia (UTHM). (2022). HUMAN SUSTAINABLE PROCEDIA, Vol.
3 No. 2 (2023) 25-32. https://doi.org/10.30880/hsp.2023.03.02.004
14. Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai. (2020, May 8). Ipendidikan.my.
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html
15. Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar. (2022, July 26).
IRujukan.my. https://www.irujukan.my/mengatasi-pencemaran/
16. nsyahirah. (2020, November 26). BIOREMEDIASI –TEKNOLOGI RAWATAN
MENGGUNAKAN MIKROORGANISMA. Upm.edu.my.
https://i-aquas.upm.edu.my/artikel/bioremediasi_teknologi_rawatan_menggunakan_m
ikroorganisma-59466
17. Ismail, Nadirah. (2006). Aplikasi Penapis Biologi Dalam Merawat Air Sisa.
https://www.researchgate.net/publication/274071201_Aplikasi_Penapis_Biologi_Dala
m_Merawat_Air_Sisa
18. ILKKM SG BULUH. (2020, September 21). Penggunaan Teknologi dalam
Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemaran Air. SlideShare.
https://www.slideshare.net/slideshow/penggunaan-teknologi-dalam-pembersihan-kaw
asan-sungai-melaka-akibat-pencemaran-air/238568851
19. Rosli, A. a. H. M. F. Y. N. a. H. a. I. R. H. a. R. a. O. &. S. M. (2019, September 24).
Sungai mati angkara sisa industri. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/49082/berita/nasional/sungai-mati-angkara-si
sa-industri
20. Kementerian Pertanian Direktorat Jenderal Perkebunan : Dampak pestisida pada
lingkungan akuatik. (n.d.).
https://ditjenbun.pertanian.go.id/dampak-pestisida-pada-lingkungan-akuatik/
21. Wong, Y. J., Shimizu, Y., He, K., & Sulaiman, N. M. N. (2020). Comparison among

different ASEAN water quality indices for the assessment of the spatial variation of

16
surface water quality in the Selangor river basin, Malaysia. Environmental Monitoring

and Assessment, 192(10).

https://doi.org/10.1007/s10661-020-08543-4

17

You might also like