Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

MEMBACA BAHASA ARAB SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) KURIKULUM AL-


AZHAR DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI
NEGERI SELANGOR

Mohamad Syukri bin Abd Rahman, Muhammad Haron bin Husaini , Ismail bin Omar ,
Mohamed Fairooz bin Mohd Fathillah, Nor Effendy bin Ahmad Sokri & Yuszaimi bin Muslil

Abstrak

Dalam era perkembangan sistem sekolah, Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
merupakan sebahagian institusi penting dalam penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor.
Bagaimanapun sistem ini menghadapi beberapa cabaran, antaranya ialah sejauhmana kejayaan
sistem tersebut mencapai matlamat yang digariskan. Justeru itu, kajian ini akan menyentuh
tentang penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab
Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-Azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) di Negeri Selangor. Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK dan kaedah-
kaedah pengajaran yang digunakan dan sering digunakan oleh guru berkenaan. Diharap
kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab kurikulum al-Azhar di SABK.

Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama
Selangor

1.0 PENDAHULUAN

Hakikatnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah secara


umumnya sangat bergantung kepada keupayaan dan peranan guru di dalam bilik darjah dalam
mencapai matlamat dan objektif kurikulum yang telah digubal. Justeru, beberapa kajian yang
mendalam diperlukan bagi mengenalpasti aspek-aspek yang kritikal berhubung dengan
pelaksanaan pengajaran bahasa Arab di sekolah. Usulan kertas kerja ini ialah penilaian
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di peringkat Sijil
Menengah Agama (SMA) kurikulum al-Azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) di Negeri Selangor.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Mengikut Ali Madkur (1985:15), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa
Arab kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yg

24
mengajar Bahasa Arab kepada penutur bukan Arab di Negara luar (bukan negara Arab) tidak
mempunyai latihan yg mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran professional, kebudayaan dan
pengetahuan. Kelemahan guru Bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al-Hardlu
(1980:43) yg menyatakan bahawa pengalaman Ma’had Khartoum Antarabangasa dalam melatih
guru-guru Bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah besar yang
dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam Bahasa Arab dan menggunakan bahasa dengan
baik. Selain itu, Saufi Man (2003: 265) menyatakan bahawa halangan besar kepada kejayaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah adalah tertumpu kepada kemahiran guru
dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan
persekitaran yang tidak menggalakan.

Daripada perbincangan di atas dapat ditegaskan bahawa guru memainkan peranan yang penting
dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan tersebut berkait
rapat dengan penguasaan mereka dalam berbahasa Arab dan keupayaan mereka dalam
menyesuaikan pengajaran dengan perkembangan semasa dan terkini. Justeru, aspek pendekatan
dan kaedah pengajaran guru bahasa Arab perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan
terkini.

Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada penguasaan bahasa di kalangan
pelajar. Beberapa persoalan perlu diberi perhatian oleh seorang guru bahasa Arab dalam
mempertingkatkan mutu pengajarannya, khususnya dalam pengajaran kemahiran membaca iaitu:

1) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang sering digunakan
oleh guru bahasa Arab di SABK tersebut?
2) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang digunakan oleh guru
tersebut berkesan?
3) Apakah kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca Bahasa Arab?
4) Aspek manakah dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang paling
memberikan kesan kepada diri pelajar?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat
beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu:

1. Mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab.
2. Mengenal pasti kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah.
3. Mengenal pasti kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Arab di dalam bilik darjah.

25
4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di
SABK.
5. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian yang
beikut:
1. Apakah kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK?
2. Apakah kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah?
3. Apakah kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca bahasa Arab di SABK?
4. Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di
SABK?
5. Bagaimana untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Arab?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian yang akan diperolehi boleh dijadikan panduan atau asas kepada Bahagian
Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak berkenaan boleh
merangka dan melaksanakan kursus-kursus dalaman untuk meningkatkan tahap pengajaran guru
bahasa Arab dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan bagi memantapkan lagi
kelebihan yang telah wujud.

6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan.

i) Penyelidikan akan mengkaji strategi dan kaedah guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK..
ii) Responden utama kajian ini adalah para pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK. Kajian ini menggunakan kaedah

26
tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat
mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomina tanpa menyoal
mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005: 101-102). Ia dianggap
sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan
fenomena yang sedang berlaku. (Mohd.Majid Konting, 2005 :96- 98 dan Azhar Harun dan Nawi
Abdullah :6). Adalah diharapkan, kajian ini juga akan dapat menghasilkan satu dapatan yang
lengkap tentang kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab di SABK.

7.2 Instrumen Kajian

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang
bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai
objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang,
1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat
persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab
kurikulum al-Azhar di SABK dan kaedah pengajaran yang digunakan. Soal selidik ini
menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam kaedah
penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min untuk
melihat kekerapan dan frekuansi.

7.3 Kaedah Persampelan


Persampelan berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi
untuk dijadikan sebagai responden kajian (Chua Yan Piaw, 2006:179). Kajian ini akan
melibatkan seramai 615 orang pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar daripada sebelas buah
sekolah SABK. Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan
kepada pembahagian daerah. Kajian ini hanya akan menumpukan kepada pelajar di SABK.
Sekurang-kurang 50 orang pelajar akan dipilih secara rawak daripada tingkatan 1 hingga
tingkatan 4 setiap sekolah bagi menjawab borang soal selidik. Bagaimanapun keutamaan
diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa
dalam menjalankan kajian ini penulis menggunakan pensampelan gugus (Asmah Haji Omar,
2002:59).

7.4 Analisis Data

Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Berdasarkan pandangan Mohd.Majid


Konting, pengukuran merupakan proses pemberian nilai dengan nombor kepada cerapan-cerapan
supaya nombor-nombor tersebut boleh dianalisis dengan cara manipulasi atau operasi mengikut
peraturan tertentu (Mohd.Majid Konting, 2005 :147). Dalam kajian ini data-data yang diperolehi
akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (Version 14.0). Data-data
daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus
dan min, terutama yang berkaitan dengan latarbelakang sampel dan juga persepsi sampel
terhadap item-item atau pemboleh-pembolehubah kajian. Bagi semua penyataan negatif,
penyelidik telah mengkodkan semula data kepada skor positif bagi mendapatkan keputusan
sebenar.

27
7.5 Kajian Rintis

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang
bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai
objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang,
1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum
menjalankan penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah diuji (pilot study) kepada 30 orang
pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar tingkatan 4 di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru
Salak Tinggi Sepang. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan
bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan.
Min dapatan kajian rintis bagi kajian ini secara keseluruhan ialah 0.948. Ini menggambarkan
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu, dapat dilihat bahawa murid
hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal selidik yang diberikan.

8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

8.1 Latar Belakang Responden Kajian

Jantina

Kekerapan Peratusan

Lelaki 261 42.4

Perempuan 354 57.6

Jumlah 615 100

Tingkatan

Kekerapan Peratusan

tingkatan 1 1 0.2

tingkatan 3 9 1.5

tingkatan 4 605 98.4

Jumlah 615 100

28
Pernah belajar bahasa arab

Kekerapan Peratusan

Ada 608 98.9

Tiada 7 1.1

Jumlah 615 100

Pendorong

Kekerapan Peratusan

diri sendiri 175 28.5

ibu bapa/penjaga 211 34.3

ahli keluara yang lain 36 5.9

rakan-rakan 74 12

Guru 112 18.2

lain-lain 7 1.1

Jumlah 615 100

Penguasaan bahasa Arab

Kekerapan Peratusan

sangat baik 20 3.3

Baik 162 26.3

Sederhana 371 60.3

Lemah 56 9.1

sangat lemah 6 1

Jumlah 615 100

29
Penguasaan Jawi

Kekerapan Peratusan

sangat baik 203 33

Baik 357 58

Sederhana 52 8.5

Lemah 2 0.3

sangat lemah 1 0.2

Jumlah 615 100

Kefahaman ayat al-Quran

Kekerapan Peratusan

sangat baik 23 3.7

Baik 198 32.2

Sederhana 326 53

Lemah 63 10.2

sangat lemah 5 0.8

Jumlah 615 100

Jadual 1: Latar Belakang Pelajar

Jadual di atas menunjukkan taburan latar belakang para pelajar yang menjadi responden kajian ini. Dalam
kajian ini seramai 615 orang pelajar daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di
mana 261(42.4%) adalah pelajar lelaki dan 354 ( 57.6%) pelajar perempuan. Seorang ( 0.2%) daripada
mereka adalah tingkatan satu, sembilan orang ( 1.5%) pelajar tingkatan dan 605 ( 98.4%) pelajar
tingkatan 4. 608 ( 98.9%) daripada mereka pernah mempelajari bahasa Arab dan tujuh ( 1.1%) pelajar
tidak pernah mempelajari bahasa Arab.

Dari sudut dorongan mempelajari bahasa Arab, 175 ( 28.5%) pelajar didorong oleh kemahuan sendiri, 36
( 5.9%) pelajar didorong oleh ahli keluarga (bukan ibubapa atau penjaga), 211 ( 34.3%) pelajar didorong

30
oleh ibubapa atau penjaga, 74 ( 12%) pelajar didorong oleh rakan-rakan, 112 ( 18.2%) didorong oleh
guru-guru manakala 7 ( 1.1%) pelajar didorong oleh dorongan lain.

Dari sudut penguasaan bahasa Arab, 20 ( 3.3%) pelajar menyatakan tahap penguasaan mereka adalah
sangat baik, 162 ( 26.3%) pelajar menyatakan baik, 371 ( 60.3%) pelajar menyatakan sederhana, 56 (
9.1%) pelajar menyatakan lemah dan enam ( 1%) pelajar menyatakan sangat lemah. Selain itu 203 (
33%) pelajar menyatakan tahap penguasaan jawi mereka sangat baik, 357 ( 58%) pelajar menyatakan
baik, 52 (8.5%) pelajar menyatakan sederhana dan 2 ( 0.3%)menyatakan penguasaan mereka berada di
tahap lemah.

Manakala tahap kefahaman ayat-ayat al-Quran di kalangan mereka pula, terdapat 23 ( 3.7%)pelajar
menyatakan tahap penguasaan mereka adalah sangat baik, 198 ( 32.2%) pelajar menyatakan baik, 326 (
53%) pelajar menyatakan mereka berada di tahap sederhana, 63 ( 10.2%) pelajar menyatakan mereka di
tahap lemah dan lima (0.8 %) pelajar menyatakan sangat lemah.

8.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Arab.

Jadual berikut menunjukkan dapatan keseluruhan persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar kemahiran
membaca bahasa Arab mengikut min yang tertinggi.
Bil. Item Min.
1. Guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul. 3.8
2 Guru memastikan pelajar memahami makna perkataan atau petikan yang 3.8
dibaca.
3 Guru meminta pelajar memahami makana perkataan atau petikan yang 3.6
dibaca.
4. Guru membimbimbing pelajar membaca ayat dengan sebutan,nada dan 3.5
intonansi yang betul .
5. Guru meminta pelajar membaca perkataan dengan bacaan yang kuat 3.4
berulangkali.
6. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menjawab soalan 3.3
kefahaman.
7. Guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap sebelum 3.1
mengemukakan soalan kefahaman.
8. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menulis isi penting darinya. 2.9
9. Guru meminta pelajar membaca teks dan melaksanakannya semula dalam 2.2
kemahiran membaca dan kefahaman.

Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca.

Rajah 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

31
Series1, 9, 2.2

Series1, 8, 2.9

Series1, 7, 3.1

Series1, 6, 3.3

Series1, 5, 3.4

Series1, 4, 3.5

Series1, 3, 3.6

Series1, 2, 3.8

Series1, 1, 3.8

Umumnya guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan
memastikan pelajarvmemahami makna perkatataan dengan sebutan yang betul dan memastikan
pelajar memahami makna perkataan atau teks yang dibaca.Nilai min bagi kedua-dua teknik ini
ialah (3,8).

Seterusnya guru meminta pelajar membaca ayat dengan dengan kuat dan jelas.(min 3.6), beserta
dengan sebutan,nada dan intonansi yang betul.(min 3.5). Pengulangan bacaan tersebut turut
diminta(min 3.4).

Guru kemudian meminta pelajar menjawab soalan kefahaman (min 3.3) setelah membaca
teks.Sebelum mengemukakan soalan kefahaman guru meminta pelajar membaca petikan secara
senyap terlebih dahulu (min 3.1).Bagi memastikan kefahaman pelajar guru meminta pelajar
menyenaraikan isi penting dan teks yang dibaca( min 2.9).
Sebagai pengukuhan terhadap kefahaman guru meminta pelajar melakonkan semula apa yang
difahami dari teks berkenaan.(min 2.2).

9.0 RUMUSAN

Keseluruhan tahap pengajaran membaca berada pada tahap antara (min 2.2 hingga 3.8),
berbanding skor paling tinggi (min 5.0 ). Secara umummnya guru telah berusaha memenuhi
teknik-teknik utama dalam kaedah pengajaran membaca (min 3.29).
Kecenderungan guru adalah kepada teknik-teknik asas dalam intraksi guru dengan pelajar
sepanjang aktiviti pengajaran dilakukan.( Antara min 3.3 hingga min 3.8). Teknik-teknik untuk
memastikan pelajar betul-betul memahami petikan atau menghayati maksudnya adalah di antara
(min 2.2 hingga min.3.1). Manakala aspek pengukuhan yang lebih terangsang dalam memahami
maksud petikan seperti melakonkannya semula kurang dilaksanakan.(min 2.2).

10.0 CADANGAN
32
1. Guru dan pihak-pihak berwajib perlu melengkapkan bahan-bahan bacaan Bahasa Arab
secukupnya.
2. Guru perlu meningkatkan teknik pengajaran membaca extensif dalam mengajar kemahiran
membaca.
3. Pendedahan kepada teknik pembacaan yang bermatlamat perlu diperkemaskan.
4. Mempelbagaikan bahan-bahan bacaan bukan sekadar buku malah dalam bentuk-bentuk
yang berbagai dan terkini.
5. Pendedahan terhadap khazanah-khazanah ilmu yang perlu dibaca dan dikaji di buat dari
semasa ke semasa terhadap pelajar.
6. Menyediakan hadiah-hadiah rangsangan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya
metelaah karya-karya tertentu melalui penilaian-penilain berhemah.

11.0 RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naguib.1984. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: UKM.
Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I‘dad Mu‘llimi al-Lughah al-Arabiyyah li ghair al-
Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud.

Asmah Haji Omar, (2002), Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azhar Harun dan Nawi Abdullah, Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, Kuala
Lumpur : Thomson.

Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan –Kaedah Penyelidikan, Kuala
Lumpur : Mc Graw Hill.
Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I‘dad Mu‘allimin Ghair Arab li Ta‘lim al-Arabiyyah li Ghair
al-Natiqin biha: Tajribah Ma’had Khartoum. Dlm Fi sijill al-Ilm li al-Nadwah al-Alamiyyah Al-
Ula li Ta‘lim al-Lughah al-Arabiyyah li ghayri al-Natiqin biha. Jilid 2,ms:43-59. Saudi Arabiya:
Universiti Riyadh.

Idris Awang, (1989), Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam
Universiti Malaya.

Hassan Basri Awang Mat Dahan 2003. “Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia :
Antara Tradisi dan Inovasi” (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan
UKM).

Kamarudin Jaafar.2010. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Didapati pada 27/10/2010 dari
http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=200.

Mohd.Majid Konting, (2005), Kaedah Penyelidikan Pendididkan, Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

33
Rushdi Ahmad Thu’aimah.1989. Ta’lim al-‘Arabiyyah Li Ghair al-Natiqina Biha. al-Rabat
:Mansyurat al-Munazzamah al-Islamiyyah Li at-Tarbiyyah wa al-‘Ulum wa al-Thaqafah
(ISESCO).

Saufi Man. “Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan
Inovasi” (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM).
Zainal Abidin Kadir. 1990. Ta’lim al-Lughah al- Arabiyyah Fi Madaris Wizarah al-Tarbiyyah bi
Maliziyah. Kertas kerja Nadwah Perkembangan Bahasa Arab di Malaysia.UIAM. 25-28 Ogos.

Zamri Mahamod.2007.Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama


Dan Kedua.Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

34

You might also like