v2.Rumusan SLU Cuaca Panas 3 Mei 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

CATATAN MINIT/RUMUSAN SESI LIBAT

URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR


MURID SEMASA CUACA PANAS
3 Mei 2023 | 5.00 petang – 6.00 petang | Google Meet
RUMUSAN
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS

BIL. PERKARA TINDAKAN

Semua aktiviti luar bilik darjah sama ada aspek kurikulum dan kokurikulum
seperti merentas desa/kawad kaki/sukan/perkhemahan/pengajaran dan
pembelajaran luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan serta merta tanpa JPN, PPD dan sekolah
1.
mengira bacaan suhu persekitaran sehingga KPM mengeluarkan pemakluman
membenarkan semula aktiviti tersebut.

Pemakaian baju sukan yang sopan adalah dibenarkan untuk semua warga
sekolah iaitu murid, guru, AKP. Murid boleh memakai baju T selain dari baju
sukan sekolah. Pakaian tersebut hendaklah tidak ketat, tidak mempunyai
lambang/imej yang tidak baik dan berlengan. Pihak sekolah dilarang membuat
2. ketetapan/jadual pemakaian yang khusus yang boleh membebankan ibu Semua sekolah
bapa/penjaga. Buat masa ini pemakaian uniform khas murid seperti pengawas,
pengawas pusat sumber dan badan beruniform serta pemakaian tali leher oleh
guru adalah tidak digalakkan.

2
RUMUSAN
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS

BIL. PERKARA TINDAKAN

Aktiviti luar anjuran pihak KPM atau agensi luar sama ada peringkat
kebangsaan atau antara bangsa yang telah diluluskan boleh diteruskan. Walau
3. bagaimanapun, pihak penganjur disarankan untuk menangguhkan program JPN, PPD dan Sekolah
sekiranya boleh. Jika program perlu diteruskan, semua aktiviti luar hendaklah
diubah tempat dan dilaksanakan dalam bangunan.

Bagi mengelakkan murid berpanas dan berlaku kesesakan semasa balik,


kaedah penyuraian murid semasa tamat sesi persekolahan hendaklah
4. JPN, PPD dan Sekolah
dilaksanakan secara teratur mengikut pengalaman semasa tempoh pandemik
COVID-19.

3
RUMUSAN
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS

BIL. PERKARA TINDAKAN

Semua aktiviti kurikulum seperti pendidikan jasmani, ujian segak, pertanian


5. Kolej Vokasional (KV) hendaklah dilaksanakan dalam bangunan atau Sekolah dan KV
menggunakan modul yang tidak melibatkan aktiviti luar bangunan.

Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan murid untuk membawa


bekalan air kosong yang mencukupi ke sekolah dan aktiviti minum air bersama-
6. Sekolah
sama guru di dalam bilik darjah digalakkan.

You might also like