Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1

3.2.1 Perkembangan Ilmu

Soalan 78: Huraikan Faktor–faktor Perkembangan Zaman Pencerahan

Pengenalan

 Pencerahan (enlightment), satu zaman yang berlaku selepas Zaman Renaisans dan
Reformasi. Revolusi Intelektual yang melahirkan pemikiran yang liberal dan moden.

Isi-isi Penting:

Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan

1. Pengaruh Renaisans

 Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa,
ciptaan baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang
berfikiran terbuka.

2. Pengaruh Reformasi

 Menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti
Protestan, Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak,
mempunyai kuasa Autonomi dan bebas dari ancaman gereja. Idea baharu
seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.

3. Pengaruh Ahli Falsafah

 Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi


Zaman Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik
dan intektual pada abad ke-17. Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan
dalam tamadun Eropah pada abad ke-17 hingga abad ke-20.

4. Kemunculan Kelas Pertengahan

 Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu. kemunculan
golongan Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan yang lebih
2

berpendidikan. Columbus Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang terlibat
dalam penjelajahan. Prasangka terhadap budaya asing terhakis akibat cara pemikiran
baharu iaitu secara Empiris dan sebab munasabah

Kesimpulan

 Sumbangan paling utama pemikir zaman ini adalah menyediakan Eropah untuk era yg lebih
progresif. Perkembangan intelektual telah melahirkan ramai pemikir yg mengemukakan
idea-idea yang berharga dalam politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 79: Huraikan sumbangan ilmu pada zaman Pencerahan kepada perkembangan
politik, ekonomi dan sosial di Eropah.

Pendahuluan

 Zaman Pencerahan Ialah Zaman yg telah melahirkan masyarakat Eropah yg lebih terbuka
berdasarkan konsep toleransi, kebebasan, perlembagaan dan tdak lagi dkongkong oleh gereja
Zaman Ini telah meninggalkan beberapa kesan yang nyata dalam bidang politik , sosial dan
ekonomi .

Isi-isi Penting:

Perkembangan Politik

 Raja-raja dikenali sebagai ‘enlightened despot’ ingin memerintah dengan penuh kesedaran.
Raja percaya bahawa perangai manusia jugamengikut undang-undang yg boleh dtemui
melalui alasan dan pemerhatian. Mereka juga percaya bahawa undang-undang ini ditemui
dan menjadi kewajipan mereka untuk mempraktikkan dengan tegas abad-18, mereka
menfokuskan perhatian kepada cara-cara menggunakan kuasa politik utk mmperbaiki taraf
hidup manusia. seorang pemerintah pada zaman pencerahan melihat negara sebagai entiti
yang suci, kddukan negara sangat tinggi dan mereka dapat memajukan negara tanpa had
Mereka melaksanakan pemusatan kuasa kerajaan dgn menghapuskan keistimewaan yang
dinikmati

 Federik The Great telah mengambil langkah mwujudkan toleransi agama, memajukan
pendidikan awam, mewujudkan perkhidmatan awam, menyatukan undang-undang dan
memajukan pentadbiran keadilan Joseph II berusaha untuk membebaskan serf dalam
masayarakat. Sesetengan pemerintah cuba utk menghapuskan sempadan provinsi lama.
3

Mereka membina jentera pentadbiran sebuah negara yang moden yang boleh berfungsi terus
tanpa campur tangan raja. Mereka menghapuskan imuniti yg dinikmati oleh golongan
bangsawan, gereja dan elit di peringkat bandar. Penyeksaan dan hukuman berat ditolak oleh
pemerinta pada zaman pencerahan, mereka cuba membentuk mahkamah rayuan di
peringkat daerah dan provinsi .

Perkembangan Ekonomi

 kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan pendapatan negara dan
ketenteraman awam. Sistem perburuhan serfdom dianggap kaedah pengeluaran yg tidak
berperikemanusiaan dan tidak ekonomik Di Eropah timur dan tengah, pemerintah berusaha
menghapuskan sistem perburuhan ini .

 Raja-Raja pada zaman ini berusaha utk mlahirkan masyarakat tani yang bebas, maju dan
dinamik. perindustrian, raja-raja menghapuskan semua sekatan ke atas perjalanan ekonomi
negara, mereka menggalakkan penubuhan syarikat. Perdagangan bebas dilaksanakan,
Sekatan kastam dikurangkan kemudahan infrastruktur dibina Perjanjian-perjanjian
perdagangan diadakan untuk meningkatkan hubungan dengan negara-negara lain

Perkembangan Sosial

 Idea progresif merujuk kpd kepercayaan bahawa khidupan manusia akan menjadi lebih baik
berbanding dari zaman nenek moyang mereka. idea ini tel;ah menyumbang kepada kepada
kehidupan yg lebih baik utk generasi yg akan datang . Dua Matlamat utama raja-raja zaman
ini adalah untuk mengurangkan kuasa gereja dan memodenklan sistem pendidikan .

 kuasa POPE dikurangkan dan mereka kini memerlukan kebenaran diraja sebelm melakukan
pelantikan. Agen-agen dari rom turut hilang kuasa mereka untuk melawat monastri . latihan
dan tugas paderi di ambil ahli oleh negara . Golongan paderi dijadikan agen dalam bidang
pendidikan , kesihatan dan kebajikan. Institusi monastri telah dimansuhkan dan harta milik
institusi dirampas .

 Kuasa menapis surat khabar diambil daripada gereja dan ditadbir oleh negara. Toleransi
diperluas kepada semua golongan. Pendidikan di peringkat universiti , sekolah rendah,
menengah di perluas . mata pelajaran praktikal dan kaedah moden disatukan untuk melatih
pgawai-pgawai awam juruteknik dan buruh biasa serta susun sosial juga dipulihkan

Penutup
4


Sumbangan paling utama pemikir zaman ini adalah menyediakan Eropah utk era yg lebih
progresif . Perkembangan intelektual telah melahirkan ramai pemikir yg mengemukakan
idea-idea yang berharga dalam politik , ekonomi dan sosial.

Soalan 80: Huraikan Perkembangan ilmu di England

Pendahuluan

 Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan renaisans yang bermula di
itali pada abad ke-14.Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya
pada abad ke-16.Di England,Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth yang
dapat dilihat dalam beberapa peringkat.

 Peringkat pertama ialah zaman Renaisans.zaman Renaisans terbahagi kepada dua peringkat.
Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14 hingga ke-
17.Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual,sastera dan seni yang bermula
di itali manakala Resainans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang
keagamaan akibat reformasi protestan.

 Peringkat kedua ialah Reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15.Renaisans dalam
bidang keagamaan yang membawa kepada pecahnya gereja katolik dan terbentuknya gereja
protestan. Peringkat ketiga ialah revolusi sains yang berlaku pada abad ke-16 dan abad ke-
17.revolusi sains ialah perubahan dan penemuan dalam bidang sains tentang cara melihat
dunia semula jadi.

 Zaman terakhir ialah zaman pencerahan yang berlaku pada abad-18.zaman pencerahan ialah
perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran perkembangan sains dan
manusia.

Isi-isi penting:

Kelahiran zaman Renaisans

 Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam
agama, politik, sosial, dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme, dan
kritis turut berkembang. Renaisans bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada
perkembangan keilmuan , keintelektualan, sastera dan seni. Resainans bermula di Itali
(1350) dan akhirnya merebak keseluruh Eropah. zaman Renaisans dianggap sebagai zaman
5

pemulihan semula selepas tragedi black Death dan masalah politik yang melanda pada
Eropah pada abad ke-14.

 Semasa berlangsungnya zaman Renaisans, berlaku beberapa perubahan dalam masyarakat


Eropah yang mencukupi beberapa aspek:

a) Aspek keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan


menekankan pemikiran logic dan falsafah.

b) Aspek politik yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England ,Belanda, dan Perancis.pada abad ke-15,berlaku perubahan dalam sistem
pemerintahan di Eropah yang meliputi kuasa raja (meningkat),kuasa bangsawan
(dikurangkan) ,dan usaha untuk menguasai Gereja.

c) Aspek sains, zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang tercetus
pada abad ke-17.ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang
bertentangan pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle.Mementingkan aspek
pemerhatian dalam kajian dan hasil penemuan hendaklah disertakan dengan bukti Empirikal.

d) Aspek seni dan seni bina. zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan
teknik seni realistic.Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni baru
yang menggambarkan alam semula jadi secara realistic.sebagai contoh,Leonardo da Vinci
melukis aNATOmi manusia dan alam semula jadi.perkembangan seni bina dapat dilihat
dalam reka bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter merupakan contoh seni bina agung
yang dibina dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michealangelo,
Raphael dan Sangallo.

Reformasi Protestan

 Reformasi protestan dipelopori oleh tokoh martin Luther dan john calvin. faktor tercetusnya
reformasi kerana ketidakpuasan hati dengan dokrin, ritual dan organinisasi gereja Roman
katolik dan merupakan perusahaan pembaharuan Gereja roman katolik (GRK).

 Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan rasuah
dikalangan penguasa gereja.reformasi diperluaskan lagi dengan alat pencetakan dan
pembaharuan dalam bidang teologi kontemporari iaitu menilai semula hubungan antara
manusia dan tuhan.

 Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi.Kitab bible telah
diterjemahkan dalam bahasa Jerman sekaligus telah merangsang perkembangan literasi.
6

Revolusi Sains

 Revolusi sains,bermula di Itali dan berkembang keseluruh Eropah dan melahirkan


masyarakat yang maju.pada abad ke-16 dan 17,banyak penemuan baru dalam bidang
sains.kemunculan dan perkembangan revolusi sains telah menjadi batu asas kepada sains
moden.Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak
wujud sebelum ini.hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan
penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.

Zaman Pencerahan

 Zaman pencerahan,revolusi sains telah membawa kepada munculnya zaman


pencerahan.zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada
kejahilan @ zaman kegelapan kepada zaman era baru yang moden.Antara tokoh yang
terkenal pada zaman pencerahan ialah John Locke, Voltaire, Charles Louis de Secondat dan
Montesquieu.

Penutup

§ Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang


perpengatahuan.perkembangan dalam bidang Intelektual,agama,sains dan kesenian telah
membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat
Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong
kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.

Soalan 80 (b): Terangkan faktor-faktor perkembangan ilmu yang beraku di Perancis


pada abad ke-17M.

Pengenalan

Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan Renaisans yang bermula di
Itali pada abad ke-14 hingga abad ke 17. Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu
Elizabeth yang dapat dilihat dalam dua peringkat. Renaisans peringkat pertama ialah
pergerakan intelektual, sastera dan seni bina yang bermula di Itali.

Manakala Renaisans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang
keagamaan akibat reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15. Selain daripada itu,
7

benua Eropah turut mengalamai revolusi sains pada abad ke-16 dan ke-17. Manakala sekitar
abad ke 18, zaman pencerahan yang berlaku.

Zaman ini adalah zaman perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran
perkembangan sains dan manusia. Apa yang pasti keempat-empat zaman ini telah memberi
impak yang sangat besar terhadap perkembangan ilmu di seluruh benua Eropah termasuk
Perancis. Terdapat faktor-faktor perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis pada abad ke
17M.

Isi-isi penting

Pengaruh zaman Renaisans

- merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di


Perancis. Faktor ini membawa pengaruh yang sangat besar terhadap kebudayaan dan
kehidupan bangsa Eropah secara keseluruhan. Pengaruh yang dimaksudkan ialah seni dan
budaya berkembang lebih pesat dan juga bebas. Zaman Renaisans menyaksikan pengenalan
dan perkembangan teknik seni realisitik. Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan
kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistik. Misalnya,
Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi. Perkembangan seni dapat
dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Ekoran daripada itu, Raja Francis I telah
membawa beliau ke Perancis serta membina istana dengan menggunakan perbelanjaan yang
besar. Jelaslah bahawa pengaruh zaman Renaisans merupakan salah satu faktor
perkembangan ilmu di Perancis pada abad ke-17M.

pengaruh reformasi Protestan

- merupakan faktor perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis. Menamatkan


konsep dunia Kristian dan melahirkan aliran pemikiran baru iaitu lahirnya ajaran Kristen
protestan dan Kristen Anglikan. Tercetusnya reformasi ini kerana ketidakpuasan hati dengan
ritual, dokrin dan organisasi gereja Roman Katolik dan merupakan perusahaan pembaharuan
Gereja Roman Katolik (GRK). Gereja tidak lagi memegang peranan dalam kedudukan
pemerintah melainkan rakyatlah yang memiliki kedudukan yang lebih kuat. Golongan
reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan rasuah
dikalangan penguasa gereja. Apa yang jelas, reformasi ini turut mempengaruhi pemikiran
Charles Louis Montesquieu. Ini boleh dilihat dalam karyanya The Letter Parsenes. Beliau
telah mengkritik masyarakat Perancis dengan memberi gambaran tentang adat budaya dan
8

membuat perbandingan agama. Jelaslah bahawa pengaruh reformasi protestan juga salah
satu faktor perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis pada abad ke-17.

Faktor perkembangan ilmu sains dan teknologi

- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis. Kemunculan


gerakan zaman pencerahan telah membawa kepada perkembangan pemikiran intelektual
barat dan ilmu sains dan ciptaan. Gerakan zaman pencerahan ini telah melahirkan pemikir-
pemikir baharu yang membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan menolak
penerangan teologi. Ilmu sains mengalami transformasi melalui revolusi sains dan statusnya
sebagai ilmu pengetahuan mula diangkat pada zaman pencerahan. Justeru tidak hairanlah
Akademi Sains telah dibina di Perancis. Tujuannya untuk melahirkan ahli santis yang lebih
ramai lagi. Jelaslah bahawa perkembangan ilmu sains dan teknologi merupakan salah satu
lagi faktor yang berlaku di Perancis pada abad ke-17.

pengaruh ahli falsafah

- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang berlaku di England. Golongan


pemikir yang muncul pada Zaman Pencerahan berusaha untuk melahirkan masyarakat yang
lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu berdasarkan undang-
undang dan perlembagaan. Pada zaman ini juga telah lahirnya beratus-ratus ahli falsafah dan
intelektual yang mempelopori Zaman Pencerahan. Antara pemikir yang terkenal di Perancis
seperti Voltaire (1694-1778), Montesquieu (1689-1755) dan Rousseau (1712 – 1778).
Ketiga-tiga pemikir Perancis ini telah menyebarkan idea mereka masing-masing ke seluruh
pelusuk Eropah. Jelaslah bahawa pengaruh ahli falsafah juga merupakan salah satu faktor
yang berlaku di England pada abd ke-17.

faktor peranan media cetak

- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis. Media cetak


sangat penting untuk menyalurkan maklumat berhubung dasar kerajaan, sastera,
propaganda dan sebagainya. Media cetak lazimnya surat khabar, buku, majalah dan
sebagainya. Maka tidak hairanlah di Perancis bahan bacaan bukan sahaja terdiri daripada
buku-buku di perpustakaan. Buku-buku ini termasuklah Almanak, penceritaan semula kisah
zaman romantik zaman pertengahan dan novel separuh. Di seluruh benua Eropah dan
Perancis terutamanya, penjual buku dan penerbit terpaksa berunding dan mengadakan
9

perbincangan tentang undang-undang penapisan yang berbeza-beza. Jelaslah, faktor peranan


media cetak turut mempengaruhi perkembangan ilmu di Perancis.

Kesimpulan

- zaman pencerahan paling banyak menyumbangkan kepada ketinggian intelektual


yang berlaku secara beransur-ansur dan telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat
di Perancis dalam membentuk masyarakat yang lebih liberal dan moden.

3.2 Sumbangan Tokoh Intelektual


3.2.2 Sumbangan Tokoh

Soalan 81: Bincangkan karya dan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam aspek
intelektual.

Pendahuluan

Chales Louis Montesquieu (Chales L.M) dilahirkan pada 18 Januari 1689. Beliau
dilahirkan di Chanteau de la Brede barat daya Perancis. Ayahnnya Jacques de Scondat
merupakan seorang tentera. Ibunya pula bernama Marie Francoise de Pesnel seorang
wanita warak dan kaya. Montesquieu bersekolah di Chatholic Collage of Juiny dan
melanjutkan pelajaran difakulti undang-undang di university Bordeux dan berjaya
menjadi seorang peguam (1708). Pada tahun berikutnya Montesquieu mewarisi kekayaan
dan gelaran ‘Montesquieu’ setelah bapa saudaranya meninggal. Menghasilkan 3 karya yang
terpenting iaitu; Lettres Persanes (1721), The Considerations on the cause of the Grander and
Decandenve of the Romans (1734) dan Spirit of the Laws (1748). Beliau meninggal dunia
pada 10 Februari 1775.

Isi-isi penting:
10

Karya Lettres Persanes (1721)

Bagi karya Lettres Persanes mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan Rica
yang menggembala ke Perancis. Dalam bentuk surat karya ini menceritakan cara wanita
dikawal oleh sida yang bertanggungjawab terhadap wanita sehingga dibenarkan
membunuh. Selain itu, pemerhatian kedua-dua pengembara ini tentang masyarakat
Perancis dan persepektif mereka sebagai orang luar juga di garap dalam karya ini. Tema
yang ingin dipaparkan ialah kemerosotan moral di penghujung zaman pemerintahan Raja
Louis XIV dan Raja Louis XV.

Karya The Considerations on the cause of the Grander and Decandenve of the Romans

Mengenai sejarah kebangkitan,kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Rom. Dalam karya


ini, Monstesquie menyelidik sebab-sebab dan latar belakang serta kehancuran kerajaan
Rom. Beliau menyatakan bahawa untuk memahami kegemilangan dan kehancuran
sebuah empayar, seseorang harus memahami masyarakatnya. Beliau juga mengkaji
peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Rom.

Karya Spirit of the Laws (1748)

Karya Spirit of the Laws Menjelaskan tentang undang-undang manusia dan institusi sosial.
Beberapa perkara dibincangkan di dalam buku ini seperti bentuk-bentuk pemerintahan,
adat kebiasaan dan iklim. Menjelaskan konsep dan maksud pengasingan kuasa dalam
pemerintahan mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara terbahagi
kepada tiga buah badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman. Selain itu, karya ini
juga menekankan bahawa bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang
tersendiri. Tujuan pengasingannya ialah untuk menggelakan pertindihan bidang kuasa
bagi memastikan seseorang tidak berkuasa lebih daripada satu.

Penutup

Menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mengembangkan idea politik


pemerintahannya iaitu doktrin pengasingan kuasa di dalam tulisan tesebut. Atas
kesungguhan beliau, karya tersebut telah member kesan yang mendalam sama ada
intelektual mahupun politik. mereka juga mempopularkan istilah feudalisme walaupun
telah lama wujud . Namun Mosontesquieu menjadikan istilah ini dikenali dan diterima
oleh masyarakatnya.

Soalan 82 : Bincangkan karya dan sumbangan Adam Smith dalam aspek intelektual.

Pendahuluan

Beliau merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang terkenal
kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi
moden. Merupakan anak kepada Margeret Dauglas. Dilahirkan di Kirkcaldy. Ketika
berumur 4 tahun, pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi tetapi Berjaya diselamatkan oleh
bapa saudaranya. Beliau sangat rapat dengan ibunya dan ibunyayang menggalakkan
beliau Berjaya dalam pelajaran. Pada tahun 1762, pihak university Glasgow
menganugerahkan beliau Doktor undang-undang. Beliau meninggal dunia pada 17 julai
1790 di Edinburg dan disemadikan di Canongate ,Kirkyard.

isi-isi penting
11

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden

 Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri sistem feudal dan
memperkenalkan laissez-faire iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
 Didalam bukunya , The Teory of moral Sentiment ,beliau menulis tentang teori motivasi yang
cuba untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.

Karya The Wealth of Nations

 Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan
sendirinya akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal
yang menjadi satu perkara yang biasa pada waktu itu.
 Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh
badan yang bergantung kepada keuntungan sahaja. Sebagai contoh, menghalang seseorang
daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk mengelakkan persaingan,
perdagangan atau pengeluaran.
Kepercayaan ekonomi yang tersendiri

 Kekayaan Negara di nilai dari segi stok emas dan perak. sebagai contoh, mengimport
barangan dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan mesti
dilepaskan untuk membayar barangan tersebut. Manakala mengisport barangan dianggap
baik kerana kekayaan, iaitu logam emas dan perak kembali kepada mereka.
 Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain untuk
memasarkan barangan. Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja
untuk melindungi monopoli. Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali
kerana di anggap menjadi ancaman kepada pihak pengeluar.
Karya the theory of moral sentiments 1759

§ Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau menyatakan bahawa moral


bergantung kepada simpati antara agen dan penonton. Dengan kata lain, indivudu dan
masyarakat berkait rapat dengan moral.
 Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk
pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan kearah kepentingan semula jadi.
 Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan bahawa
kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.
Penutup

 Adam s. Percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu rakyat dilindungi
daripada pemikiran tentera, warganegara dilindungi daripada ketidakadilan dan
menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh
individu.
Soalan 83. Bincangkan Sumbangan Jean-Jacquas Rousseau Dalam Aspek Intelektual.

Pendahuluan

 Intelektual atau intelengensia berasal dari Rusia dan digunakan pada abad ke-19. Merujuk
kepada satu kumpulan kecil golongan elit. Direkrut daripada segala kelas atau golongan.
Selain itu juga, ditemui dalam kalangan pendukung atau penentang pergerakkan budaya atau
12

politik. Ia juga menjauhi diri daripada bergaul dengan masyarakat tetapi bergaul didalam
golongan sendiri.Tertarik kepada idea pengetahuan mekanikal, teknikal, idea2 agama dan
sebagainya.
 Seterusnya, beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman
Englightmen pada abad ke-18 di Eropah. Zaman Englightmen merujuk kepada gerakkan
budaya intelektual yang berusaha untuk menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat
dan berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan intelektual diberi penekanan dan
perkara berkaitan tahyul tidak diterima. Gerakan ini menentang penyalahgunaan kuasa
dalam gereja dan negara.

Isi-isi Penting:

Karya muzik Diderot dan D’ Alemberts

 Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D’ Alemberts. Pada 1750, beliau
menerbitkan karya bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil karyanya
telah memenangi anugerah akademi dan menjadi terkenal. Selain itu, muzik masih
merupakan perkara penting dalam hidupnya dan selepas beberapa tahun operanya yang
bertajuk Le Devin Do Village telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan
menyebabkannya diterima dan dihargai.
 Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam bidang muzik.Namun begitu, terhasillah
karyanya seperti Discourse On The Origen of Ineaquality (1755), La Novvella Heloise (1761),
Emile (1762), The Sosial Contract (1762) dan Confessions (1770) yang meningkatkan
popularitin beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of Jean-Jaques dan Reveries of a Solitary
Walker.

Karya Discourse on The Arts and Sciences

 Karya Discourse on The Arts and Sciences telah mengharumkan nama Rousseau. Selai itu,
bahagian pertama mengenai kajian sejarah dan Rousseau menunjukkan bagaimana
masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari
segi moral dan nilai2 murni. Seterusnya, beliau mendakwa bahawa Mesir purba mula runtuh
setelah falasafah dan seninya berkembang maju.
 Malahan, menurutnya lagi perkara ini turut berlaku kepada Greek purba yang mengalami
nasib yang sama walaupun asalnya Greek purba sangat mementingkan nilai keberanian
tetapi apabila sains dan seni mula berkembang, masyarakatnya menjadi masyarakat yang
berasaskan kemewahan dan keseronokkan. Di samping itu, beliau menyokong Sparta yang
mengetepikan artis dan para saintis.

Memperjuangkan pengetahuan tingkahlaku dan akhlak yang baik

 Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan
yang disebabkan oleh seni dan sains. Tambahan pula, beliau menyatakan seni dan sains lahir
daripada kemaksiatan manusia.Hal ini dapat dilihat seperti, geometri lahir daripada
kerakusan, fizik daripada semangat ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral daripada rasa
bangga.
 Malahan, Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains tidak
menyumbang kepada nilai moral. Selain itu, menurut beliau sains menjadikan hidup lebih
mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari sei moral.
Walaubagaimanapun, beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon,
Descrates dan Newton. Beliau juga mahu majority rakyat memberikan perhatian kepada
memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan seni dan sains.

Menghasilkan Karya Discourse on The Origin of Ineaquality


13

 Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau kepada
Republik Geneva. Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti2
yang terbia akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi
tulen.Namun begitu, bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya pendapat
Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan semula jadi
manusia. Selain itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah
berbeza dengan pendapat pada zamanya. Di samping itu, menurut Rousseau cara hidup
seperti ini boleh menghasilkan kebebasan dan keselamatan serta mewujudkan persaudaraan.

 Karya Discourse on The Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang paling
revolusioner pada abad ke-18 dieropah.Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana
perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia
dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa, dan keistimewaan sosial.
Malahan, menunjukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana
setiap individu adalah bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli-ahli yang
kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi ke
atas saudara mereka yang lemah.Selain itu, perlembagaan yang digubal untuk membetulkan
ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa2
tetapi mengekalkan perkara ini.

Penutup

 Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada
perkembangan intelektual di Eropah. Beliau juga telah menulis beberapa buku yang
bermanfaat dalam perkembangan tersebut. Malahan idea-idea Rosseau telah menjadi elemen
utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan
oleh pemikir-pemikir Amerika.

 Selain itu, Beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan kerana teori Naturalisme
yang diperkenalkan melalui karyanya bertajuk Emile yang mengkhusus kepada pendidikan
awal kanak2.Akhir sekali, falsafah beliau juga menekankan empat perkara seperti kebebasan,
perkembangan, minat dan aktiviti.Kemudiannya pendapat yang diutarakan beliau telah
menjadi asas kepada pembentukan kurikulum.
14

3.3 Kemajuan Pendidikan


3.3 Kemajuan Pendidikan (Perancis dan Jerman)

3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Perancis

Soalan 84 : Bincangkan sistem pendidikan di Perancis.

Pendahuluan

 Pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan yang
diamalkan adalah berbeza mengikut masa,tempat,dan adat resam yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat. Pendidikan diperoleh daripada pelbagai sumber dan bentuk.
 Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
 Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang
memerintah .Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa. Di Perancis
usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang
dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains,matematik, dan
vernakular.
Isi –isi penting:

A) Sejarah pendidikan

Semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis.

 Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan
sepanjang tempoh zaman pencerahan dan revolusi perancis. Dalam tempoh
tersebut ,pembangunan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menigkat dan menjadi
lebih signifikan.
 Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat membaca yang lebih
besar .Hal ini terjadi kerana ledakan pencetakan yang menigkatkan permintaan daripada
pembaca daripada pelbagai golongan masyarakat dan kelas sosial.
Sebelum Zaman Pencerahan

 Sistem pendidikan belum begitu dipengaruhi oleh Revolusi Saintifik .Apabila Revolusi
Saintifik menembusi pandangan tradisional pada masa itu , agama,dan kepercayaan karut
15

telah digantikan dengan hujah dan fakta saintifik yanb membawa kepada pandangan bahawa
semua orang mempunyai kapasiti yang sama dan pendidikan tidak harus terhad kepada kelas
tertentu atau jantina.
Sebelum abad ke 17 dan 18

 Sistem pendidikan asas dimulakan oleh Jules Ferry, Menteri Pelajaran pada tahun 1880.
Beliau mahukan sebuah sekolah yang mempunyai guru yang terlatih disetiap Bandar dan
kampung untuk menyampaikan pendidikan yang sempurna dan wajib kepada semua
golongan dan tidak harus berada di bawah pengawalan gereja. Pada tahun 1880, telah wujud
pemisahan yang jelas antara gereja dengan pihak pemerintah.

B) Pertumbuhan sistem pendidikan

 Kadar celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 menigkat dengan ketara. Pendidikan teral
disediakan untuk semua kelas masyarakat. Pada pertengahan 1920 an ,majoriti masyarakat
Perancis adalah celik huruf dan 50 peratus daripada mereka telah memperolehi apa yang
dipanggil sebagai Certificate d’etudes yang diberikan selepas tamat pendidikan rendah pada
usia 12 tahun. Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana
masalah yuran yang dikenakan.
 Konsep literasi Menggambarkan keadaan pada abad 17 dan 18 adalah bebeza dari segi
definisi literasi atau cekik huruf sekarang. Terdapat perubahan yang ketara dalam bidang
pendidikan pada abad ke 18 di Eropah .Secara amnya,kadar celik huruf di Eropah pada abad
ke 18 hampir dua kali ganda berbanding abad ke 17. Kadar celik huruf meningkat dengan
ketara terutamanya di kawasan padat penduduk dan kawasan sekitar sekolah-sekolah
agama.
 Konflik antara istana dan gereja. Pihak gereja dan istana berpendapat bahawa institusi
pendidikan seperti universiti dan kolej boleh mengekalkan dominasi masing-masing. Walau
bagaimanapun , subjek yang diajar di institusi ini adalah terhad dan hanya menyokong salah
satu pihak sama ada gereja atau kerajaan.
 Perubahan dalam keperluan di alam pekerjaan. Perubahan dalam keperluan alam
pekerjaan atau kerjaya berpendapatan tinggi juga telah menyumbang kepada keperluan
untuk berpendidikan tinggi. Kriteria untuk pekerjaan seperti ini telah di perketatkan .
 Pencetakan bahan bacaan yang sangat penting. Pencetakan buku yang menigkat telah
menyebabkan kadar literasi meningkat. Bilangan buku yang diterbitkan dalam tempoh
Zaman Pencerahan meningkat secara mendadak kerana peningkatan dalam kadar celik huruf
dan penigkatan permintaan untuk buku. Walau bagaimanapun, sepanjang abad 18 ,peratus
minat membaca genre tradisional seperti agama telah menurun manakala buku-buku
Almanak meningkat.
 Sastera dalam bahasa Perancis. Sastera yang menekankan sains dalam bahasa perancis
telah mendapat sambutan. Walau bagaimanpun ,sastera kontemporari juga menigkat pada
abad ke 18. Selain itu ,terdapat perubahan dalam pencetakan buku. Sebelum abad 18 ,
kebanyakan buku menggunakan bahasa latin tetapi tdengan peredaran masa peratus buku
yang dicetak dalam bahasa latin berkurang. Malah ,permintaan buku-buku perancis menigkat
dan ini menyebabkan peningkatan di dalam penerbitan buku-buku dalam bahasa perancis
yang menebakan bahas tersebut terus tersebar.
 Pembinaan perpustakaan awam Zaman Pencerahan. Pada zaman pencerahan
perpustakaan awamtelah dibiayai oleh kerajaan dan boleh digunakan oleh semua masyarakat
secara percuma. Ini merupakan perubahan yang berlaku kepada institusi awam seperti
perpustakaan dan muzium pada zaman pencerahan.
16

 Peningkatan bilangan kedai kopi, kelab, akademi, dan sebagainya menjadi lokasi
sebagi memperolehi pendidikan. Kedai kopi @ university Penny menjadi tempat untuk
orang ramai berkumpul , membaca, belajar, dan berdebat antara satu sama lain. Kedai kopi
mempunyai reputasi sebagai pusat pembelajaran tidak formal. Walaupun kedai kopi
umumnya boleh diguna semua orang kebanyakan daripada kedai-kedai kopi ini tidak
membenarkan wanita menyertai pebincangan. Secara amnya, kadar celik huruf telah
menigkat bagi kedua-dua jantina . walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan daripada
segi pendidikan, yang diterima kedua-dua jantina.
 Peningkatan dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita.
Kemunculan feminisme dalam pendidikan semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis
telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh
penulis wanita. Bilangan wanita yang menerbitkan karya mereka dalam bahasa perancis
pada abad 18 kekal sekitar 55-78 . Bilangan penulisan oleh wanitaterus meningkat selepas
Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga 1800.

Penutup

 Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan dan transformasi idea . sistem
pendidikan di Eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan sepanjang
tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis.
 Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
 Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang
memerintah. Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa . Di Perancis
usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang
dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains, matematik, dan
vernakular.

3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Jerman

Soalan 85: Bincangkan Sistem dan peringkat pendidikan di Jerman

Pendahuluan

 Semasa abad ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan
cukai yang dibiayai dan amnya pendidik rendah adalah wajib. Pendidikan terdiri daripada
kursus lapan tahun pendidikan rendah yang dipanggil volksschule.
 Pendidikan menyediakan bukan sahaja kemahiran yang diperlukan dalam dunia industri yang
awal seperti membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika, tugas,
disiplin dan ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah digabungkan dengan pandangan
John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris yang sangat berpengaruh pada zaman pencerahan.
 Jerman telah menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang dianggap saintifik
yang mula dirangka pada tahun 1807 dan telah disempurnakan menjelang tahun 1819.
Sistem pendidikan di Jerman menekankan sistem kawalan pemikiran atau kawalan minda.

Isi-isi Penting :

Sistem pendidikan di Jerman

1. Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran supaya semua rakyat


bebas akan dapat membaca dan mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi
oleh masalah yang berlaku antara raja, golongan Gereja Lutheran. Golongan ini tidak disukai
oleh raja dan golongan Pietism menyebelahi raja. Golongan Pietism merupakan kumpulan
17

reformis dalam Lutheranisme serta mengadakan satu pakatan politik dengan raja Prusia
berdasarkan kepentingan bersama untuk memecahkan dominasi Gereja Lutheran. Golongan
tersebut menekankan keperluan kerohanian dalaman dan hal ini boleh dicapai melalui
pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu membentuk prinsip-prinsip sistem
sekolah awam yang moden termasuklah penekanan pada literasi.

2. Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan ketaatan sosial dalam


kalangan rakyat melalui Indoktrinasi. Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa
rasmi untuk memupuk kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda menjadi tentera dan
golongan birokrat. Pendidikan dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada tahun
1763, aoabila raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak
antara usia lima hingga tiga belas tahun.

3. Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun 1788 dan dilaksanakan di
semua sekolah menengah menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman
pada tahun 1871. Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk menceburi profesion yang telah
dipelajari dan perkhidmatan awam.

4. Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan Menteri
Pendidikan, Wilhelm von Humboldt melaksanakan pembaharuan sistem pendidikan Prusia
atau Jerman yang dipengaruhi oleh pendebatan idealistik. Apabila empayar Jerman
ditubuhkan pada tahun 1871, Jerman mengalami perkembangan sistem persekolahan dan
sistem persekolahan menjadi lebih berpusat.

5.Jerman telah memperkenalkan sekolah menengah pertama pada tahun 1872. 4 jenis
sekolah menengah telah dibangunkan antaranya : Gymnasium selama lapan atau sembilan
tahun (tumpuan kepada bahasa Latin); Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan
kepada bahasa Latin, moden, sains dan math); Realschule selama enam tahun (tanpa
kelayakan masuk ke universiti) dan Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan kepada
bahasa-bahasa moden, sains dan math)

Peringkat pendidikan di Jerman

Pendidikan Rendah

 Menjelang abad ke 18, sekolah-sekolah rendah telah di tubuhkan di seluruh Prusia. Semasa
pemerintahan Raja Fredick William 1, lebih kurang 1000 sekolah rendah di bina di seluruh
Negara. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dalam peperangan dengan
Napeoleon, Raja Fredick William 111 mengalihkan perhatian terhadap usaha
membangunkan sistem pendidikan di Jerman.
 Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun di kehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah.
Pengajian di sekolah-sekolah rendah pembelajaran
seperti agama, membaca, menulis, mengira, geografi, sejarah, dan gimnastik.

Pendidikan Menengah

 Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran,iaitu sekolah


gymnasium dan sekolah sekolah awam (real school). Pengajian di gymnasium di
utamakan bahasa Latin dan Greek. Sekolah awam pula memberi penekanan pada bahasa
ibunda, matematik, sains tabii, dan bahasa-bahasa moden.
 Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Fredick William 111 memberi penekanan kepada
sekolah awam. Pelajar-pelajar yang mendaftar di sekolah awam ketika berumur sembilan
tahun.
18

Pendidikan Teknikal

 Kerajaan Jerman turut memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang


teknologi. Penekanan di berikan kepada bidang teknologi selaras usaha untuk
membangunkan sektor perindustrian, dan perdagangan di Jerman.
 Perkembangan ini menyebabkan pelajaran ini di ubah suai kepada mata pelajaran teknikal.
Selaras dengan itu sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah-sekolah
perdangangan telah di tubuhkan.

Peringkat Universiti

 Kerajaan Jerman juga telah memberi penekanan kepada penubuhan institusi pengajian
tinggi atau universiti. Pengajian universiti di bahagikan kepada empat fakulti iaitu, teologi,
undang-undang, perubatan, dan falsafah. Pengajian di fakulti falsafah turut
meliputi Matematik, sejarah, geografi, kesusasteraan, sains tabii, dan filogi.
 Pentadbiran universiti akan di kendalikan oleh seorang rektor yang di pilih oleh profesor.
Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di Jerman yang
mempunyai 200 profesor dan 5000 pelajar. Idea asal penubuhan universiti
ialah Fichte dari universiti di Jena.

Pentadbiran Sekolah

 Langkah-langkah juga telah di ambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang
seragam di Prusia.
 Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran-kelahiran sekolah-sekolah
Gymnasien yang menggantikan sekolah latin.

Penutup :

 Pada awal abad ke-20, sekolah tersebut telah mencapai pangkat dan keistimewaan yang sama
walaupun mempunyai prestij yang berbeza.
Oleh itu, pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan
yang diamalkan adalah berbeza mengikut kuasa, tempat dan adat resam yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat.
 Proses seseorang mendapat pendidikan adalah sepanjang hayat kehidupannya di dunia ini
bermula dari kelahirannya dan berterusan hingga ke akhir hayat.

You might also like