surat jemputan watikah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERING

21080 KUALA TERENGGANU


TERENGGANU Tel: 09-6171127
EMAIL:tba3011@yahoo.com Fax: 09-6172127
________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKC700-7/1/1 ( )
Tarikh : 22 April 2024

Ibu Pejabat Polis Daerah,


Polis DiRaja Malaysia,
Kuala Terengganu
20918 Kuala Terengganu.
(UP : BJPJ KK)

Tuan,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SPBT DAN PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA SK CHENDERING 2024
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Watikah


Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah Kebangsaan Chendering 2024 .

3. Untuk makluman tuan, majlis akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 29 April 2024 (Isnin)


Masa : 7.45 – 10.30 pagi
Bil. Pengawas : 85 orang
Tempat : Dewan Bestari SK Chendering

4. Sehubungan dengan itu, sukacitanya pihak sekolah memohon pegawai tuan iaitu Koperal
Anilah bt Ramli dari Balai Polis Chendering merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah bagi
tahun 2024 untuk menyampaikan Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil kepada semua pengawas
Sekolah Kebangsaan Chendering.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AHMAD SAIFUL ANUAR BIN MOHAMED @ MD NOOR


Guru Besar
SK Chendering

You might also like