Akta Kanak-Kanak 2001

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 57

LITERASI UNDANG-UNDANG

AKTA KANAK-KANAK
2001 (AKTA 611)

DISEDIAKAN OLEH: CATHERINE ANAK MACHOP


PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
SUMBER: AKTA KANAK-KANAK 2001 & JABATAN
KEBAJIKAN MASYARAKAT
SIAPAKAH KANAK-KANAK?
• Subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan
“kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah umur 18
tahun”

• Di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak, seseorang kanak-


kanak ertinya tiap-tiap manusia dibawah umur lapan belas
tahun melainkan jika, dibawah undang-undang yang
terpakai bagi kanak-kanak itu, dia mencapai umur
dewasanya sebelum itu.

• Berhubung dengan prosiding jenayah, “Ertinya seseorang


yang sudah mencapai umur bagi
tanggungjawab jenayah di bawah seksyen 82 KK” (10 tahun)
SIAPAKAH PELINDUNG?
KETUA PENGARAH
 TIMBALAN KETUA PENGARAH
 PENGARAH BAHAGIAN BAGI
KEBAJIKAN MASYARAKAT,
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
 PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGERI
 MANA-MANA PEGAWAI KEBAJIKAN
MASYARAKAT YANG DILANTIK
DI BAWAH SEKSYEN 8 AKK 2001
KUASA PELINDUNG
SEKSYEN 8(2)
• Mempunyai kuasa Majistret berkenaan dengan
pengambilan keterangan pada mana-mana
siasatan
• Memberikan mahkamah suatu salinan nota
• Tidak boleh dipaksa untuk menjawab apa-apa
soalan dalam apa-apa prosiding kehakiman ttg
alasan keputusan
- Dalam kes yang dikendalikan olehnya
- Tentang apa jua yang sampai kepada
pengetahuannya dlm apa-apa siasatan yang
dibuat olehnya sebagai Pelindung
PERANAN PELINDUNG JKM

• Menyelamatkan kanak-kanak

• Melindungi kanak-kanak

• Memulihkan kanak-kanak

• Menjalankan aktiviti pencegahan & program advokasi

• Mengadakan progam intervensi bagi aspek pembangunan


kanak-kanak
PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK
DAN
PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK
PASUKAN PELINDUNGAN PASUKAN KEBAJIKAN
KANAK-KANAK (PPKK) KANAK-KANAK (PKKK)

1. Tidak lebih 7 orang 1. Tidak lebih 7 orang


pakar kanak-kanak pakar kanak-kanak
2. 1 pegawai perubatan 2. 1 pegawai kanan
polis
3. 1 pegawai kanan
polis 3. 1 pegawai
pendidikan daerah

Diselia oleh Pelindung


Diselia oleh Pegawai
SEKSYEN 7 Akhlak
SEKSYEN 7A
PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
(PPKK) SEKSYEN 7
• Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK)
PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem
sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di
antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti
Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut
keperluan masyarakat setempat.
Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah
mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas
komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes
penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah,
kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Program PAKK ini
memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di
dalam komuniti sekitar PAKK.
PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK)

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)


PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan
anjuran Pasukan Pelindungan Kanak-kanak.

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan


program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan
dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya
oleh keluarga mereka.

Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari


tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang.
Peranan PAKK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan
Pelindungan Kanak-kanak :

• Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai


dengan peringkat umur kanak-kanak.

• Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada


masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

• Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk


kanak-kanak.

• Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas


keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi
sajak.

• Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.

• Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program


kebudayaan / kesenian dan sebagainya.
PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK
SEKSYEN 7A
PKKK akan membantu dan memberi perkhidmatan
sokongan kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan
masalah pelanggaran undang-undang atau berisiko terlibat
dengan jenayah. Mereka akan memberikan nasihat kepada
kanak-kanak dan keluarga bagi menangani punca sebenar
kanak-kanak terlibat dengan jenayah.

• PKKK diselia oleh seorang Pegawai Akhlak atau Pelindung

• Tempoh lantikan ahli PKKK hendaklah selama tempoh tidak


lebih daripada 3 tahun dan boleh dilantik semula menurut
budi bicara Menteri KPWKM.
• Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam
perkara yang berhubungan dengan kebajikan kanak-
kanak;
• Membantu melaksanakan program pemulihan bagi
kanak-kanak di Asrama Akhlak;
• Membantu Pegawai Akhlak untuk mendapatkan
penjaga atau ibu bapa peliharaan bagi kanak-kanak
yang diletakkan di bawah perintah pengawasan;
• Membantu Pegawai Akhlak untuk mendapatkan
pekerjaan atau Latihan bagi kanak-kanak yang
diletakkan di bawah perintah pengawasan;
• Membantu Pegawai Akhlak untuk mengawasai
kanak-kanak dalam perintah percubaan dan jagaan
susul bagi kanak-kanak yang dibebaskan dari
Asrama Akhlak, Sekolah Yang Diluluskan dan Sekolah
Henry Gurney; dan
• Melawat kanak-kanak di tempat tahanan di dalam
daerah atau kawasan PKKK berkenaan bagi
memastikan kanak-kanak itu diberi pemeliharaan
dan pelindungan mengikut Peraturan-Peraturan
Tempat Tahanan 1950.
PELANTIKAN PEMBANTU PELINDUNG
SEKSYEN 8A

Mana-mana orang yg sesuai boleh dilantik oleh Menteri


sebagai Pembantu Pelindung:

1. Bagi membantu menyelamatkan dan menempatkan kanak-


kanak ke dalam jagaan sementara; dan

2. Mengemukakan kanak-kanak yang memerlukan


pemeriksaan atau rawatan perubatan kepada seorang
Pegawai Perubatan.
DAFTAR KANAK-KANAK

Sek.119 – Maklumat di dalam daftar


kanak-kanak diperluaskan kepada
kemasukan butir-butir terperinci
mengenai pesalah yang melakukan
kesalahan terhadap kanak-kanak
(mangsa)
DAFTAR KANAK-KANAK (eDKK)

•Akta Kanak-Kanak 2001 turut menambahbaik


maklumat dalam Daftar Kanak-Kanak

•Butiran berkaitan dengan individu yang melakukan


kesalahan penderaan terhadap kanak-kanak
direkodkan

•Individu yang bekerja dalam bidang yang berkaitan


dengan kanak-kanak seperti pengusaha taska, pusat
tuisyen dll boleh membuat permohonan kepada Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat dan membuat
semakan bagi memastikan pengasuh yang diambil
bekerja bukan seorang pesalah di bawah akta
tersebut
MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
SEKSYEN 11
SEKSYEN 11(1)
• Mendengar, memutuskan atau
membereskan apa-apa pertuduhan
terhadap seorang kanak-kanak
• Boleh membicarakan semua kesalahan
kecuali HUKUMAN MATI
Ahli MBKK terdiri:
• 1 Majistret
• 2 Penasihat Mahkamah (salah seorang
hendaklah wanita) – dilantik oleh Menteri
(tempoh 2 tahun)
PERANAN PENASIHAT MAHKAMAH
 Memaklumkan dan Menasihati Mahkamah Bagi Kanak-
Kanak dalam menghakimi apa-apa pertimbangan yang
menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan suatu
dapatan bersalah atau perlakuan lain yang berkaitan
terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke
hadapan Mahkamah itu;

 Menasihati Ibu Bapa/Penjaga- Jika perlu, untuk menasihati


ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;

 Memastikan kebajikan kanak-kanak dilindungi; dan

 Kehadiran Penasihat Mahkamah adalah penting pada


setiap MBKK
TEMPAT BERSIDANG & ORANG YANG
BOLEH HADIR DI MBKK SEKSYEN 12

• Bilik berlainan dari hari persidangan Mahkamah-


Mahkamah lain
• Ibu& bapa, penjaga, peguam bela & saksi, & orang lain yang
ada kaitan dengan kes kanak-kanak
• Tempoh hukuman tidak boleh melebihi umur 18 tahun
kecuali : SEKSYEN 14(1)
- peletakan/penahanan di suatu tempat tahanan, tempat
perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah
Henry Gurney, institusi/pusat diluluskan
- Pengawasan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat,
Pelindung/Pegawai Akhlak
- Mana-mana tempoh percubaan; atau
- Tempoh Perintah Khidmat Masyarakat
SEKATAN MEDIA
SEKSYEN 15 (1)(a)
• sekatan ke atas laporan dan penyiaran media mengenai seseorang
kanak-kanak yang terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan
jenayah
• Semasa penyiasatan atau pada peringkat sebelum perbicaraan,
perbicaraan atau selepas perbicaraan
• Tidak boleh dedahkan “nama,alamat/institusi pendidikan/memasukkan
apa-apa butir yang membolehkan kanak-kanak dikenalpasti”
• Tidak boleh disiarkan dlm apa-apa akhbar/majalah/perantara elektronik
juga radio/televisyen

Kecuali: SEKSYEN 15(3)(a)(b)


• Dengan keizinan mahkamah demi kepentingan keadilan
• Dimohon oleh/dengan kebenaran PELINDUNG
Mana-mana orang yang melanggar
• Didenda tidak melebihi RM10,000/dipenjarakan
tidak melebihi 5 tahun/kedua-duanya sekali
TUGAS DAN PERANAN JKM DAN AGENSI
BERKAITAN

Pengamal Orang
JKM PDRM
Perubatan Awam

Menyelamat
Memeriksa
Melapor
Menyiasat
Kejadian
Melindungi
Merawat
Menjaga/
Mendakwa
Memelihara Beri
(setelah
Maklumat
dipersetujui Memberi
Memulih Lanjut
oleh AGC) pengesahan
KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN KES
PENDERAAN/PENGABAIAN KANAK-KANAK
Melaporkan kejadian penganiayaan dan penderaan
kepada JKM, PDRM dan KPWKM Talian Kasih 15999
BOLEH DILAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA .
Maklumat yang perlu diberi :

1. Nama, Umur, 4. No telefon


Jantina Kanak- pengadu dan
Kanak orang yang
disyaki

2. Alamat ibu,
bapa atau 5. Mengapa
penjaga/tempat anda
penderaan mensyaki
berlaku kanak-kanak
didera

3. Nama dan
alamat orang 6. Maklumat
yang disyaki lain yang
boleh dibantu
melakukan
penderaan
PERLINDUNGAN KEPADA INFORMER
SEKSYEN 116
• Tidak menanggung sebarang liability kerana fitnah.
• Pemberian maklumat tidak dikira sebagai pelanggaran apa2
etika professional atau bercanggah dengan standard
profesional
• Perlindungan maklumat peribadi dan identity informer
daripada diketahui umum
Kecuali (seksyen 116(6)
• Selepas siasatan penuh, mahkamah mempercayai informer
memberikan maklumat palsu, dan keadilan tidak dapat
dilaksanakn sepenuhnya,mahkamah boleh membenarkan
pendedahan sepenuhnya mengenai informer untuk tujuan
siasatan.
KATEGORI KANAK-KANAK

• KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN


PEMELIHARAAN & PERLINDUNGAN
(Bahagian V)

• KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN


PERLINDUNGAN & PEMULIHAN (Bahagian
VI)

• KANAK-KANAK TIDAK TERKAWAL (Bahagian


VII)
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN
PEMELIHARAAN & PERLINDUNGAN
SEKSYEN 17
a. Penderaan fizikal, emosi atau seksual oleh
ibubapa/penjaga/anggota keluarganya

b. Penderaan fizikal, emosi atau seksual oleh


ibubapa/penjaga/anggota keluarganya yang telah
diketahui dan tetap tidak melindungi kanak-kanak

c. Ibubapa/penjaga itu telah tidak layak/ abai/ tidak upaya/


cuai mengawasi dan mengawal kanak-kanak

d. Pengabaian menyediakan keperluan asas (makan minum,


tempat tinggal, pakaian, kasih sayang, pendidikan)
e. kanak-kanak tiada mempunyai ibu atau bapa@penjaga
atau kanak-kanak dibuang

f. Ibu bapa yang enggan untuk membawa kanak-kanak


bagi tujuan rawatan atas sebab pemuliharaan dan
kesihatan

g. Ibu bapa yang enggan atau tidak berupaya menjaga


kanak-kanak yang berkelakuan sehingga memudaratkan
dirinya

h. tiada

i. Ibu bapa yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen


31, 32 dan 33 atau tidak melindungi kanak-kanak dari
kesalahan tersebut
JENIS-JENIS PENDERAAN
KANAK-KANAK

Penderaan Fizikal

Penderaan Seksual

Penderaan Emosi

Pengabaian
PERANAN DAN KEWAJIBAN MELAPORKAN
KES PENDERAAN/PENGABAIAN

PEGAWAI ANGGOTA PENGUSAHA/ ANGGOTA


PERUBATAN KELUARGA PENGASUH MASYARAKAT
Subseksyen 27(1) AKK
2001 - Pegawai Subseksyen 28(1) AKK Subseksyen 29(1) AKK
- Pengusaha/Pengasuh Subseksyen 29A AKK
Perubatan/ pengamal - Anggota keluarga
WAJIB melaporkan - Mana-mana orang
perubatan WAJIB WAJIB melaporkan
mengenai selain daripada
melaporkan mengenai mengenai
penganiayaan atau pegawai/pengamal
penganiayaan atau penganiayaan atau pengabaian seseorang perubatan, pengasuh
pengabaian seseorang pengabaian seseorang kanak-kanak kepada dan anggota keluarga
kanak-kanak kepada kanak-kanak kepada Pegawai Kebajikan yang mengetahui
Pegawai Kebajikan Pegawai Kebajikan Masyarakat. mengenai
Masyarakat. Masyarakat.
penganiayaan atau
Gagal berbuat pengabaian seseorang
Gagal berbuat
demikian, sabit Gagal berbuat kanak-kanak boleh
demikian, sabit
kesalahan boleh demikian, sabit memberi maklumat
kesalahan boleh
didenda tidak melebihi kesalahan boleh kepada Pegawai
didenda tidak melebihi
RM5000 @ penjara didenda tidak melebihi Kebajikan Masyarakat
RM5000 @ penjara tidak melebihi 2 tahun
tidak melebihi 2 tahun RM5000 @ penjara
@ kedua-duanya.
@ kedua-duanya. tidak melebihi 2 tahun
@ kedua-duanya.

1 2 3 4
KESALAHAN BERHUBUNG KESIHATAN DAN
KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAN PENALTI DI
BAWAH AKTA 611

PENGANIAYAAN,
PENGABAIAN, KESALAHAN KERANA
PEMBUANGAN KANAK-KANAK MEMBIARKAN KANAK-
ATAU TIDAK BOLEH KANAK
PENDEDAHAN DIGUNAKAN UNTUK TINGGAL TANPA
KANAK-KANAK MENGEMIS PENGAWASAN YANG
BERPATUTAN
• Denda tidak melebihi
RM50,000 [RM20,000] • Denda tidak lebih • Denda tidak lebih
• Atau penjara tidak lebih
RM20,000 [RM5,000] RM20,000 [RM5,000]
20 tahun [10]
• Atau kedua-duanya • Atau penjara tidak • Atau penjara tidak lebih
• Menyempurnakan suatu lebih 5 tahun [2] 5 tahun [2]
bon dgn penjamin • Atau kedua-duanya • Atau kedua-duanya
(RM10000/penjara 5 • CSO mandatori • CSO mandatori
tahun/kedua-dua sekali
• CSO (36jam & tidak (Seksyen 32) (Seksyen 33)
lebih 240jam dlm
tempoh 6 bulan)
28
(Seksyen 31)
TIADA LIABILITI DITANGGUNG KERANA
MEMBERIKAN KEBENARAN
SEKSYEN 26
Jika kanak-kanak diperiksa/dirawat menurut
seksyen 21 atau 24; (utk tujuan pemeriksaan &
rawatan perubatan)

• Pelindung/Pegawai Polis yang membenarkan


pemeriksaan/rawatan itu:
• Pegawai Perubatan yang memeriksa atau
merawat kanak-kanak itu; dan
• Orang yang bertindak membantu Pegawai
Perubatan tersebut,
***Tidak menanggung apa-apa liabiliti disisi
undang-undang hanya oleh sebab seseorang
kanak-kanak telah diperiksa atau dirawat
PROSEDUR PERLINDUNGAN BAGI KES
PENDERAAN/PENGABAIAN KANAK-KANAK
Rujukan kes - Talian Kasih
(Ms ISO 9001 : 2015)
15999, media sosial, surat,
telefon, media, orang awam, Kanak-kanak akan ditempatkan di
guru, pengasuh, polis, OYLS atau Tempat Selamat dalam
hospital dan internet suatu tempoh yang akan
Menyemak rujukan/aduan ditentukan oleh Mahkamah Bagi
penderaan/pengabaian bagi Kanak-kanak dibawa ke Kanak-Kanak
siasatan segera Mahkamah untuk diambil
perintah bagi penempatan
sementara di bawah Seksyen 25
AKK 2001 dalam tempoh 24jam.

Jkm jalankan siasatan dalam


tempoh 10 jam daripada Mendapatkan Perintah Tetap di
aduan/rujukan dan pergi ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk
tempat kejadian bagi Sepanjang tempoh kanak-
mengenalpasti kesahihah
penempatan tetap kanak-kanak
kanak di hospital, JKM akan
kes . kenalpasti penempatan
kanak-kanak selepas
Buat pemeriksaan ke atas
dikeluarkan dari hospital
kanak-kanak.

Pemantauan oleh Pelindung

Sekiranya ada unsur penderaan,


Pelindung/Pembantu Pelindung/Pegawai Polis
akan selamatkan kanak-kanak di bawah
Seksyen 18 AKK 2001 bagi tujuan pemeriksaan
dan rawatan menerima rawatan jika perlu.
Kuasa MBKK Ibubapa/penjaga
(KEPUTUSAN)
Seksyen 30
menyempurnakan bon
30(1)(a)
1
Meletakkan kanak-kanak
dalam jagaan orang yang
layak dan sesuai
30(1)(b)
2
Meletakkan kanak-kanak
dengan ibu bapa pelihara
30(1)(c)
3
Meletakkan kanak-kanak di
suatu pusat
30(1)(ca)
4
Meletakkan kanak-kanak di
tempat selamat
30(1)(d) 5
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN
PERLINDUNGAN & PEMULIHAN (BAHAGIAN IV)
a. Kanak-kanak didorong untuk melakukan apa-apa
perbuatan seksual/berada dalam apa-apa suasana
fizikal/sosial yang boleh membawa kepada perlakuan
itu
b. Tinggal/kerap kali mengunjungi rumah pelacuran
c. Bersama/berada di bawah kawalan penyelenggaraan
rumah pelacuran/ mempunyai kepentingan secara
langsung dalam urusan yang dijalankan di rumah
pelacuran
d. Telah dibawa masuk/dibawa keluar dari Malaysia: bagi
tujuan pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan
dengan orang lain
- Dibeli atau;
- Fraud, penyataan palsu/dakwaan palsu
e. Diperoleh dari dalam/luar Malaysia bagi maksud
digunakan,dilatih/diberikansebagai seorang pelacur
f. Ditahan bertentangan dengan kemahuan

• ****perlu ada tangkapan pihak polis


• ****oleh Pelindung & Pegawai Akhlak
• Tempat perlindungan: Taman Seri Puteri
• Buang Bayi

• Hamil Tanpa
Nikah

• Terdedah kepada
bahaya moral

34
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN
PERLINDUNGAN SEGERA
• Atas permohonan kanak-kanak/ibu/bapa/penjaga

• Jika ada sebab yang munasabah untuk mempercayai


bahawa:
- kanak-kanak itu sedang diancam/ditakut-takutkan bagi
maksud pelacuran/persetubuhan dengan org lain/maksud
lucah
- Kanak-kanak dikurung/ditahan oleh orang lain
- Suatu kesalahan dibahagian ini sedang/mungkin akan
dilakukan berkenaan dengan kanak-kanak itu
- Jika kanak-kanak seorang perempuan, bahawa dia sedang
hamil anak luar nikah
• Orang yang menjaga mana-mana tempat perlindungan
atas permohonan oleh kanak-kanak/ibu/bapa/penjaga

• Orang yang menjaga tempat perlindungan menerima


kanak-kanak hendaklah membawa kanak-kanak tersebut
ke hadapan PELINDUNG dalam masa 24 jam
KANAK-KANAK BOLEH DITERIMA MASUK

• Pelindung memohon kepada MBKK:


 dengan menyediakan laporan lengkap dan
mengemukakan kepada MBKK dengan syarat:
I. Ibu/bapa/penjaga dengan ditemani kanak-kanak itu
menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di
pusat-pusat
II. Ibu/bapa/penjaga hendaklah melawat kanak-kanak
secara tetap sebagaimana yang yang ditentukan oleh
PELINDUNG
III. Ibu/bapa/penjaga dengan ditemani oleh kanak-kanak
hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang
dijalankan oleh kaunselor
Kuasa MBKK Ibubapa/penjaga
(KEPUTUSAN)
Seksyen 40
menyempurnakan bon
40(1)(a)
1
Meletakkan kanak-kanak
dalam jagaan orang yang
layak dan sesuai
40(1)(b)
2
Meletakkan kanak-kanak
dibawah pegawai Pegawai
Kebajikan Masyarakat
3
40(1)(c)

Meletakkan kanak-kanak di
suatu pusat
40(1)(d)
4
Meletakkan kanak-kanak di
tempat perlindungan
40(1)(e) 5
KESALAHAN-KESALAHAN
SEKSYEN 43
a. Menjual, menyewa atau memberikan atau membeli seseorang
kanak-kanak untuk tujuan pelacuran

b. Memperoleh seseorang kanak-kanak bagi tujuan pelacuran

c. Melalui dakwaan palsu, pernyataan palsu atau perdayaan


membawa masuk atau membawa keluar kanak-kanak bagi tujuan
pelacuran

d. Menerima atau menyorokkan kanak-kanak dengan mengetahui


sebab dengan niat membantu untuk tujuan pelacuran

e. Mengetahui dan mempercayai niat c & a bahawa kanak-kanak


akan diambil bekerja atau diguna utk tujuan pelacuran
f. Menahan kanak-kanak bertentangan dengan kemahuan kanak-
kanak

g. Menahan kanak-kanak bertentangan dengan kemahuan kanak-


kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil atau digunakan
utk tujuan pelacuran

h. Dengan apa-apa ikan atau notis yang disiarkan menawarkan


seseorang kanak-kanak bagi tujuan pelacuran atau menerima iklan
atau notis itu untuk disiarkan

i. Bertindak sebagai pengantara bagi pihak kanak-kanak yang


menunjukkan bahawa orang itumengawal pelacuran kanak-kanak
itu

j. Melanggan atau menyewa

k. Cuba melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar seksyen ini


HUKUMAN KEPADA PELAKU:

• Didenda tidak melebihi RM50,000/dipenjara tidak melebihi


15 tahun (atau kedua-duanya sekali) KESALAHAN DIPERENGGAN
(a) HINGGA (h) ATAU PERENGGAN (k)
• Didenda tidak melebihi RM50,000 dan dipenjara tidak
kurang 3 tahun tetapi tidak melebihi 15 tahun dan
hendaklah dihukum dengan hukuman sebat (tidak lebih
dari 6 sebatan) KESALAHAN DIPERENGGAN (i) ATAU (j)
Kesalahan kali kedua:
• Dihukum sebat tidak lebih dari 10 sebatan KESALAHAN
DIPERENGGAN (a) HINGGA (h) ATAU PERENGGAN (k)
• Dihukum sebat tidak kurang dari 6 sebatan dan tidak lebih
dari 10 sebatan KESALAHAN DIPERENGGAN (i) ATAU (j)
KANAK-KANAK TIDAK TERKAWAL (BAHAGIAN VII)
SEKSYEN 46
• Permohonan yang boleh dibuat secara bertulis kepada MBKK untuk
menahan seseorang kanak-kanak di suatu asrama akhlak/pusat;

I. Oleh ibu/bapa/penjaga atas alasan ibu/bapa/penjaga tidak berupaya


untuk menjalankan pengawasan&pengawalan yang sepatutnya keatas
kanak-kanak itu & kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang
tidak sihat
II. Oleh PELINDUNG dalam hal kanak-kanak yang tidak mempunyai
ibu/bapa/penjaga atau telah dibuang selepas siasatan munasabah
ibubapa/penjaga tidak dapat dijumpai,atas alasan kanak-kanak itu tidak
berada dibawah pengawasan & pengawalan dan kanak-kanak itu mula
terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat (LAPORAN AKHLAK)
III. Berusia 10 tahun keatas
IV. Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat,
menyebabkan cedera parah, merogol, melakukan sumbang mahram
atau mencabul kehormatan, kesalahan di bawah seksyen 377B, 377C,
377D, 377E Kanun Keseksaan, dan
V. Dikehendaki untuk tinggal di Asrama Akhlak
Kuasa MBKK
(KEPUTUSAN)
Seksyen 46 (5)
Meletakkan kanak-kanak
dalam jagaan orang yang
layak dan sesuai
4(5)(a)
1
Meletakkan kanak-kanak
disuatu pusat
46(5)(b)
2
Membuat suatu perintah
menahan kanak-kanak di
suatu asrama akhlak
46(5)(c)
3
Meletakkan kanak-kanank
dibawah pengawasan
pegawai akhlak
46(5)(d)
4
dengan syarat:
I. Ibu/bapa/penjaga hendaklah melawat kanak-kanak secara
tetap sebagaimana yang yang ditentukan oleh PELINDUNG
II. Ibu/bapa/penjaga dengan ditemani kanak-kanak itu
menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-
pusat
III. Ibu/bapa/penjaga dengan ditemani oleh kanak-kanak
hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh
kaunselor
IV. Jika kanak-kanak berada di suatu institusi pendidikan,
ibu/bapa/penjaga hendaklah berunding dengan guru & guru
besar/pengetua sebulan sekali

****mana-mana ibu/bapa/penjaga tidak mematuhi syarat akan


dianggap melakukan kesalahan dan didenda tidak lebih
RM5000.00
INSTITUSI-INSTITUSI BAGI PERLINDUNGAN KANAK-
KANAK DI BAWAH KENDALIAN JKM
PERLIS
KEDAH RKK ARAU KELANTAN
TERENGGANU
RKK POKOK SENA RKK MINI KELANTAN
STB MARANG
AA (P) JITRA RTH KEMUMIN
AA (L) RUSILA
PULAU PINANG
RTH DARUL HILMI SABAH
RKK TAMAN BAKTI
RKK KOTA KINABALU
STB TELUK AIR TAWAR PAHANG
STB KOTA KINABALU
AA (L) PAYA TERUBUNG RKK PENOR
AA (L) KOTA KINABALU
PERAK RKK TENGKU AMPUAN FATIMAH
TSP KOTA KINABALU
RKK SULTAN ABDUL AZIZ STB JERANTUT

STB TAIPING RTH SEMAI BAKTI

TSP BATU GAJAH


KUALA LUMPUR SARAWAK
NEGERI SEMBILAN
RKK TENGKU BUDRIAH RKK KUCHING
RKK REMBAU
AA (P) BAHAGIA STB KUCHING
RTH KUALA PILAH
AA (L) SENTOSA STB MIRI
MELAKA
AA (L) KUCHING
RBL TUN ABDUL AZIZ
AA (P) KUCHING
JOHOR
STB SUNGAI LEREH
TSP KUCHING
RKK MINI ULU TIRAM
AA (P) BUKIT BARU
AA (L) KEMPAS
RTH JASIN

TAMAN SERI PUTERI

Bahagian Kanak-Kanak menguruskan 38 buah Institusi Kanak-Kanak dan 9 buah Rumah Tunah Harapan (RTH):
i. 14 Rumah Kanak-Kanak (RKK)
ii. 9 Sekolah Tunas Bakti (STB)
iii. 4 Taman Seri Puteri (TSP)
iv. 9 Asrama Akhlak (AA)
v. 2 Rumah Perlindungan ATIP (RP)
RUMAH KANAK-KANAK
SEKSYEN 54
Rumah Kanak-Kanak adalah institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan
pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54
(tempat selamat) Akta Kanak-Kanak 2001.

KEMASUKAN RKK
 Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 30(1)(c)(i) (penempatan sementara
kepada ibu bapa pelihara) dan 30(1)(d) (tempat selamat selama 3 tahun/ umur
18 tahun) Akta Kanak-Kanak 2001

OBJEKTIF
• Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam
suasana kekeluargaan yang harmoni.
TEMPOH PERLINDUNGAN
•Selama tempoh tiga tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut
mana-mana yang lebih pendek.
•Boleh dibebaskan awal dengan meminda, mengubah atau membatal perintah.
KATEGORI KANAK-KANAK
• didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu
bapa atau penjaga;
• akan didera dari segi fizikal atau dicedera dari segi emosi
atau dianiaya dari segi seks;
• ibubapa/penjaga kanak-kanak telah abai/ tak berupaya
untuk menjalankan pengawasan & pengawalan;
• ibu bapa atau penjaga kanak-kanak telah mengabaikan atau
keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan
pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk
kanak-kanak;
• tiada ibu bapa atau penjaga;
• telah dibuang oleh ibu bapa;
• kanak-kanak yang terlibat dengan pengemisan, membuat
persembahan / menawar apa-apa untuk jualan; dan
• menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang
seperti perjudian, loteri atau sebarang aktiviti yang
mendatangkan kemudaratan kepada kebajikan kanak-kanak
tersebut.
TAMAN SERI PUTERI
SEKSYEN 55
Taman Seri Puteri adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan
pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55
Akta Kanak-Kanak 2001.

KEMASUKAN TSP
 Perlindungan dan pemulihan: Seksyen 40(1)(e) AKK 2001
 Permohonan perlindungan segera: Seksyen 41(1) AKK 2001

OBJEKTIF
• Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah
kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan
nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang
bersesuaian.

TEMPOH PERLINDUNGAN:
• Tidak melebihi tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh
dengan kelulusan Kuasa Menteri atau Lembaga Pelawat.
KATEGORI KANAK-KANAK
• Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat
Perlindungan;
• Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana
fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual;
• Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau
tempat berkira;
• Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang
yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah
pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran;
• Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan
perlindungan segera;
• Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh
dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah;
• Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain;
• Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti
maksud di atas; atau
• Hamil anak luar nikah
ASRAMA AKHLAK
SEKSYEN 61
• Asrama Akhlak adalah institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan sebagai
tempat tinggal bagi kanak-kanak yang dikehendaki tinggal di situ yang
ditubuhkan di bawah seksyen 61 (Asrama Akhlak) Akta Kanak-Kanak 2001.

KEMASUKAN TSP
 Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 91(1)(e)
(perintah percubaan) atau Seksyen 46 (kanak-kanak tidak terkawal) Akta
Kanak-Kanak 2001.

OBJEKTIF
• Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
(Perintah Percubaan) dan tidak terkawal; dan
• Mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi
yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi
membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat
TEMPOH PERLINDUNGAN:
• Selama tempoh yang dinyatakan oleh mahkamah.
KATEGORI KANAK-KANAK
• Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Asrama Akhlak,
• Berusia sepuluh tahun ke atas,
• Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat,
menyebabkan cedera parah, merogol, melakukan sumbang mahram
atau mencabul kehormatan, kesalahan di bawah seksyen 377B, 377C,
377D, 377E Kanun Keseksaan, dan
• Dikehendaki untuk tinggal di Asrama Akhlak.

***masalah gejala sosial “pengambilan alkohol,berjudi,lari dari rumah


***tingkahlaku yang tidak dapat dikawal
***10 tahun keatas hingga 18
SEKOLAH TUNAS BAKTI
SEKSYEN 65
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan
dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen
65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001

• KEMASUKAN
 Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 91(1)(f) (dihantar ke sekolah diluluskan
atau Sekolah Henry Gurney) AKK 2001
OBJEKTIF
• Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
• Mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh
dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup
berdikari dalam masyarakat

TEMPOH PERLINDUNGAN:
• Selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan
kelulusan Kuasa Menteri atau Lembaga Pelawat.
KATEGORI KANAK-KANAK
• Berusia sepuluh tahun ke atas,
• Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan,
• Memerlukan pemulihan keinstitusian, dan
• Kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius
tetapi suai manfaat ditahan selama apa-apa tempoh dan
diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang
didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlak.

***mencuri, merompak,buli,menggunakan senjata tajam, bergaduh


***10 tahun keatas hingga 18
TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH BAGI
KANAK-KANAK SEKSYEN 83
• Kanak-kanak dituduh di MBKK
• Kanak-kanak tidak boleh digari kecuali:
- Jenayah berat
- Kanak-kanak menentang dengan kekerasan usaha utk menangkapnya/cuba utk mengelakkan
tanggakapan
• Pengasingan kanak-kanak dari pesalah/tahanan dewasa
• Sekiranya kanak-kanak perempuan, perlu dijaga oleh wanita
• Tidak boleh mengambil gambar kanak-kanak dalam apa-apa situasi
• Tidak boleh diipenjarakan
• Tidak boleh dikenakan hukuman mati
• Pegawai polis haruslah memberitahu alasan penangkapannya kepada kanak-kanak & menghubungi
ibu/bapa/penjaga/saudara kanak-kanak itu mengenai:
- Keberadaan kanak-kanak
- Alasan kanak-kanak ditangkap
- Hak utk berunding dengan peguam pilihan kanak-kanak
• Pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak & ibu/bapa/penjaga untuk berjumpa dengan
kanak-kanak
• Pegawai polis tidak boleh memperlakukan kanak-kanak yang ditangkap mengikut Kanun Tatacara
Jenayah
TUJUAN PENYEDIAAN LAPORAN PELINDUNG
DAN LAPORAN AKHLAK

Untuk lebih mengetahui mengenai


kanak-kanak terlibat bagi membantu
dalam pengendalian kes

Membantu mahkamah menentukan


cara yang paling sesuai mengurus
kanak-kanak bersesuaian dengan
keadaan atau kesalahan yang
dilakukan

Mendapatkan satu gambaran latar


belakang kes yang boleh membantu
suatu keputusan yang muktamad (final
decision)
KANDUNGAN LAPORAN PELINDUNG DAN LAPORAN AKHLAK

1. Latar Belakang
1. Latarbelakang Keluarga Keluarga
(Family Background) 2. Keadaan Rumah
3. Perihal Juvana
2. Suasana Di Rumah
(Home Surrounding) 4. Faktor-faktor
Mengenai Juvana &
3. Rekod Sekolah Penilaian Ringkas
(School Record) Mengenainya
5. Maklumat Mengenai
4. Riwayat Perubatan Persekolahan
(Medical History) 6. Penilaian Ringkas
Mengenai Kes
7. Penutup
8. Sokongan/Cadangan

56
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like