Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahagian A [ 30 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1. (a) Apakah maksud upah minimum dan mengapakah kadar upah minimum ini

diperlukan? [2]

(b) Terangkan sebab upah minimum berbeza mengikut:

(i) Wilayah [2]

(ii) Sektor ekonomi [2]

2. Terangkan bagaimana dasar-dasar yang berikut boleh mengawal inflasi:

(a) Dasar kawalan harga [2]

(b) Dasar fiskal [4]

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan ekonomi dan bagaimana ia diukur? [2]

(b) Huraikan dua kesan positif perdagangan antarabangsa kepada pengguna domestik. [4]

4. Jelaskan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad dari
aspek:

(i) Bilangan ahli [2]

(ii) Pemilikan saham [2]

(iii) Nyatakan dua masalah yang sering didapi oleh perusahaan kecil dan sederhana di

Malaysia. [2]

5. (a) Jelaskan dua perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan. [4]

(b) Nyatakan dua masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit

daripada institusi kewangan. [2]

6. (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif? [2]

(b) Terangkan dua dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan. [4]

1
Bahagian B [10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari tahun 2008 hingga
tahun 2010 dengan menggunakan indeks tahun 2005 sebagai tahun asas.

Perkara Tahun 2008 Tahun 2009 Tahun 2010

Indeks harga pengguna 111.4 112.1 114.0

(Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a) Andaikan upah nominal pada tahun 2009 ialah RM3800.00 dan pada tahun 2010 ialah
RM4100.00,
(i) Hitung kadar upah benar bagi tahun 2009 dan tahun 2010. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan tersebut? [2]

(b) (i) Hitung peratus kenaikan upah benar dan upah nominal antara tahun 2009 dengan
tahun 2010. [3]
(ii) Apakah rumusa anda berdasarkan jawapan tersebut? [2]

2. Jadual di bawah menunjukkan nilai eksport, nilai import, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2009.

Tahun Nilai eksport Nilai import KDNK


(RM juta) (RM juta) (RM juta)

2006 669 505 539 443 574 441


2007 706 382 574 172 642 049
2008 766 096 594 160 742 470
2009 655 336 508 927 679 938

(a) (i) Hitung kadar pertumbuhan eksport negara dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [3]
(ii) Terangkan arah aliran pertumbuhan eksport tersebut. [1]
(iii) Berikan dua alasan kemerosotan nilai eksport pada tahun 2009. [2]

(b)(i) Hitung darjah keterbukaan ekonomi negara dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan tersebut? [1]

You might also like