Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN KUMPULAN

SEMESTER 1 SESI 2023/2024

SEKSYEN 3

NAMA NO MATRIK

NUR FARHANA SHAZWANI PT2312007T


BINTI ROSLAN
MARY UBONG RECHARD PP2312046T
CHRISTY CASANDRA GEORGE PP2312105T
NURFATANAH BINTI MOHD SAIDI PP2312156T
NUR FARAH ASHIKIN BINTI AHMAD PP2312113T

FAKULTI : FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


KOD KURSUS : DT50303
TAJUK KURSUS : PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TUGASAN
NAMA : DR CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA
PENSYARAH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh 16 Mei 2023
Kelas 1 Bestari
Kehadiran 30 orang murid
Masa 8.30 pagi – 10.00 pagi (1 Jam 30 Minit)
Tempat Bilik darjah 1 Bestari
Subjek Bahasa Melayu
Tema Tema 4: Seni Bersendikan Budaya
Unit Unit 8: Tautan Seni Subur Harmoni
Sub Topik Bitara Permainan Tradisional
Standard Kandungan 5.5 Memahami dan membina pelbagai ayat
Standard Pembelajaran 5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti
dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
1. Mengenalpasti jenis-jenis pola ayat dasar.
2. Mengenalpasti ayat dasar dan pola ayat inti daripada teks.
3. Membina ayat mengikut jenis-jenis ayat dasar dan pola ayat
inti.
Pengetahuan Awal 1. Murid telah mengetahui jenis-jenis frasa
Bahan dan Alat Bantu
Mengajar Buku teks, papan putih, marker pen, kad imbas
KBAT Analisis, penilaian, mencipta dan aplikasi
Strategi Pemusatan guru, Pemusatan Murid, Pemusatan Bahan
Kaedah Aktiviti berkumpulan dan perbincangan
Nilai Bekerjasama, berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan
masalah
EMK Bahasa: Literasi
Pentaksiran Pentaksiran formatif
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN
Set Induksi Kad imbas yang 1. Guru menunjukkan kad imbas 1. Perhatian murid tertarik pada Strategi:
(10 minit) mengandungi yang mengandungi pelbagai kad imbas yang dibawa dan Berpusatkan bahan
perkataan-perkataan perkataan berdasarkan jenis- ditunjukkan oleh guru. Berpusatkan Murid
jenis frasa (Frasa Nama, Frasa 2. Murid memberi maklum
Kerja, Frasa Adjektif, Frasa balas dengan mengenalpasti Pendekatan:
Sendi Nama) kepada murid. jenis-jenis frasa berdasarkan Induktif
2. Guru meminta murid-murid kad imbas yang ditunjukkan
untuk mengenalpasti jenis-jenis oleh guru. Teknik/kaedah:
frasa dalam kad imbas tersebut. 3. Murid mendapat gambaran perbincangan
3. Guru mengaitkan maklum balas topik yang akan dipelajarai sumbang saran
murid berkaitan dengan jenis- iaitu berkaitan dengan ayat
jenis frasa dengan topik dasar dan pola ayat Alat Bantu Mengajar:
pembelajaran yang akan dasar/ayat inti. Kad imbas
dipelajari.
4. Guru memberitahu dan menulis Teori:
objektif pembelajaran yang Teori perkembangan
perlu dicapai dalam PdPc agar kognitif piaget.
murid dapat memahami Teori pembelajaran kognitif
keseluruhan aktiviti yang akan Vygotsky.
dilakukan sepanjang sesi.
Perkembangan Penerangan jenis- 1. Guru memulakan pembelajaran 1. Murid menyalin nota-nota Strategi:
PdPc 1 jenis pola ayat dengan menulis nota berbentuk berkaitan dengan ayat dasar Berpusatkan Guru
(20 minit) dasar: peta I-Think berkaitan dengan yang ditulis oleh guru.
a) FN + FN ayat dasar dan pola ayat inti 2. Murid memahami penjelasan Pendekatan:
b) FN + FK pada papan tulis. guru mengenai pembinaan Deduktif
c) FN + FA 2. Guru memberi penerangan pola ayat dasar iaitu
d) FN + FSN tentang ‘Subjek’ dan ‘Predikat’ berkaitan ‘subjek’ dan Teknik/Kaedah:
berdasarkan kepada jenis frasa ‘predikat’ Demonstrasi
yang membentuk ayat dasar 3. Murid memberi perhatian
atau ayat inti. terhadap penerangan guru Alat Bantu Mengajar:
3. Guru memberikan contoh-contoh dan contoh ayat dasar Papan tulis, marker pen
ayat dasar mengikut pola ayat mengikut jenis-jenis pola
dasar yang betul iaitu ayat yang dinyatakan oleh Teori:
bagaimana menyusun ayat, guru Teori pembelajaran sosial
pengunaan ayat, tatabahahasa 4. Murid memberi contoh ayat Bandura
dan struktur ayat yang betul. mengikut pola-pola ayat
4. Guru menjemput murid untuk dasar.
memberi contoh pembinaan ayat 5. Murid bertanya kepada guru
dasar mengikut pola ayat. jika mempunyai kemusyikilan
5. Guru memberi ganjaran atau berkaitan dengan topik
pujian kepada murid yang pembelajaran.
berjaya membina ayat mengikut
pola ayat.
6. Guru memberi maklum balas
kepada murid sekiranya murid
tidak faham.
Perkembangan Aktiviti berkumpulan 1. Guru membahagikan murid 1. Murid bergerak mengikut Strategi:
PdPc 2 kepada beberapa kumpulan. kumpulan yang telah Berpusatkan murid
(20 minit) (Mengenalpasti ayat Satu kumpulan terdiri daripada ditetapkan oleh guru. Berpusatkan Bahan
dasar dan pola ayat 3 orang murid. 2. Murid membaca petikan
inti dalam teks) 2. Guru meminta setiap kumpulan dalam teks. Pendekatan:
untuk membaca petikan yang 3. Murid berbincang sesama eklektif
terdapat dalam buku teks. kumpulan untuk
3. Guru meminta setiap kumpulan mengenalpasti dan Teknik:
berbincang untuk mengenalpasti menyenaraikan ayat dasar pembelajaran koperatif
dan menyenaraikan ayat dasar dan pola ayat inti yang sumbang saran
dan pola ayat inti yang terdapat terdapat dalam teks.
dalam teks. 4. Murid bersoal jawab dan Alat Bantu Mengajar:
4. Guru mengamalkan konsep berbincang hasil jawapan Buku teks
Scaffolding dalam pelaksanaan dengan guru dan kumpulan
aktiviti ini. lain. Teori:
5. Guru bersoal jawab dan Teori pembelajaran kognitif
berbincang hasil jawapan murid. Vygostky
Perkembangan Aktiviti berkumpulan 1. Guru menerangkan aktiviti 1. Murid mendengar Strategi:
PdPc 3 (membina ayat seterusnya kepada murid. penerangan guru tentang Berpusatkan murid
(20 minit) mengikut pola 2. Guru meminta murid untuk pelaksanaan aktiviti
berdasarkan terus kekal bersama dengan ahli seterusnya. Pendekatan:
perkataan/frasa kumpulan mereka. 2. Murid duduk bersama Induktif
pada kad imbas) 3. Guru melekatkan kad imbas dengan ahli kumpulan sedia
yang mengandungi pelbagai ada. Teknik/Kaedah:
frasa di papan tulis. 3. Setiap murid memerhatikan Koperatif
4. Guru meminta setiap kumpulan kad imbas yang dilekatkan sumbang saran
untuk membina ayat mengikut oleh guru di papan tulis.
pola-pola ayat dasar/ayat inti 4. Setiap murid dalam Alat Bantu Mengajar:
berdasarkan perkataan- kumpulan berbincang dan kad imbas perkataan
perkataan pada kad imbas yang membina ayat mengikut pola
dilekatkan pada papan tulis. ayat berdasarkan kepada kad Teori:
5. Semua kumpulan diberi masa 5 imbas yang dilekatkan oleh Teori pembelajaran kognitif
minit untuk membina ayat guru pada papan tulis. Vygotsky.
sebanyak yang mungkin. 5. Setiap kumpulan membina
6. Kumpulan yang dapat membina ayat mengikut pola ayat
ayat dengan banyak akan sebanyak mungkin.
menjadi pemenang.
Penilaian penilaian formatif 1. Guru mengedarkan soalan- 1. Murid menjawab soalan kuiz Strategi:
(15 minit) soalan kuiz berkaitan dengan yang diedarkan oleh guru. Berpusatkan murid
topik ayat dasar. 2. Murid menanda kertas
2. Guru meminta setiap murid jawapan rakan lain. Pendekatan:
untuk menjawab kuiz tersebut. deduktif
3. Guru meminta murid untuk
bertukar kertas jawapan dan Teknik/kaedah:
mengarahkan murid menanda penyelesaian masalah
jawapan mengikut jawapan
guru. Alat Bantu Mengajar:
4. Murid yang mendapat markah kertas soalan kuiz
tertinggi dalam kuiz ini akan
diberi ganjaran di akhir sesi Teori:
pembelajaran. Teori Pembelajaran Kognitif

Penutup Rumusan PdPc 1. Guru meminta murid bagi 1. Murid memberikan maklum Strategi:
(5 minit) secara menyeluruh memberikan refleksi balas berkaitan dengan sesi Berpusatkan Guru
pembelajaran terhadap topik pembelajaran yang telah
yang diajar secara menyeluruh. berlangsung. Pendekatan:
2. Guru memberi rumusan Eklektif
pembelajaran secara
keseluruhan. Teknik:
3. Guru memberi pujian kepada sumbang saran
murid kerana memberi
kerjasama dan melibatkan diri Teori:
secara aktif sepanjang proses Teori Behaviorisme skinner
PdPc berlangsung.
4. Guru memberi ganjaran kepada
murid yang mendapat markah
tertinggi dalam kuiz yang telah
dilaksanakan.
PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DAN PENGINTEGRASIAN TEORI
PERKEMBANGAN.

1.0 SET INDUKSI


Dalam merancang seti induksi, kumpulan kami telah memilih teori perkembangan
kognitif Piaget. Pada sesi ini, guru memilih untuk menggunakan kad imbas sebagai
bahan visual kepada pelajar untuk memahami topik pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Dalam hal ini, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan perkembangan kognitif murid iaitu murid tingkatan satu. Guru mengajar murid
pada peringkat ini menggunakan kad imbas bagi meningkatkan pemahaman murid
terhadap sesuatu konsep. Menurut teori perkembangan piaget, tahap perkembangan
kognitif bagi individu yang berusia 11 tahun dan ke atas adalah pada tahap operasi
formal di mana pada peringkat ini, murid sudah mampu menyelesaikan masalah
melibatkan proses kognitif yang kompleks. Justeru itu, penggunaan bahan bantu
mengajar tidak lagi tertumpu kepada objek konkrit semata-mata tetapi mampu
memikirkan idea secara abstrak. Dalam sesi ini, bahan bantu mengajar yang
digunakan adalah berbentuk abstrak iaitu kad imbas yang mengandungi perkataan.
Pada peringkat operasi formal ini, murid sudah mampu memahami sesuatu konsep
tanpa bantuan bahan bantu mengajar yang bersifat konkrit.
Dari aspek teori pembelajaran pula, kumpulan kami telah memilih teori
pembelajaran kognitif Vygostky. Pada sesi ini, guru menggunakan pendekatan
Vygotsky untuk berinteraksi dengan murid bagi mengetahui pengetahuan sedia ada
murid dan secara langsung membangunkan pemahaman murid melalui pengalaman
langsung, refleksi dan perbincangan antara guru dan murid berkaitan dengan topik
pengajaran. Pada sesi ini juga, murid dibawa untuk mengongsikan pendapat dan idea
mereka sendiri dan perbincangan bersama bagi mendorong pemikiran kritis dan
membangkitkan minat murid sepanjang pelaksanaan PdPc dalam bilik darjah.

2.0 PERKEMBANGAN PDPC 1


Dalam merancang aktivti dalam perkembangan PdPc 1, kumpulan kami telah
menggunakan pendekatan teori sosial Bandura. Dalam memberi penerangan berkaitan
dengan ayat dasar dan pola ayat inti atau pola ayat dasar, guru akan menyampaikan
menggunakan struktur ayat yang betul dan mudah difahami oleh murid. Dengan ini,
guru bertindak sebagai model kepada murid dalam memberi penerangan dan
menyampaikan sesuatu maklumat menggunakan struktur ayat yang betul. Selain itu,
dalam pelaksanaan aktiviti pada fasa ini, guru menunjukkan contoh-contoh ayat dasar
mengikut pola ayat dasar yang tepat iaitu berkaitan dengan bagaimana menyusun
ayat, penggunaan ayat, tatabahasa dan struktur ayat yang betul kepada murid.
Dengan adanya contoh yang diberikan oleh guru, murid akan dapat mengukuhkan
pemahaman mereka tentang struktur pola ayat dasar. Tambahan pula, dengan
menjemput murid untuk memberi contoh ayat dasar mengikut pola ayat dasar agar
menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus membolehkan
murid lain mencontohi dan meniru perlakuan murid tersebut. Proses tiruan ini akan
dikukuhkan lagi apabila guru memberi ganjaran atau pujian kepada murid yang dapat
membina ayat dasar mengikut struktur pola yang betul. Hal ini akan mendorong murid
lain untuk meniru tingkah laku murid tersebut. Hal ini bertepatan dengan teori
pembelajaran sosial Bandura yang menekankan bahawa pembelajaran berlaku apabila
murid meniru daripada orang lain (Singh & Rathakrishnan, 2023) .
3.0 PERKEMBANGAN PDPC 2
Pelaksanaan aktiviti perkembangan PdPc 2 pula menggunakan pendekatan teori
pembelajaran kognitif Vygostky. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
bilik darjah iaitu mengenalpasti dan menyenaraikan ayat dasar dan pola ayat inti
dalam teks adalah secara berkumpulan. Oleh itu, pelajar akan berbincang sesama
kumpulan dan secara koperatif. Melalui pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan,
semua pelajar dapat berinteraksi sesama mereka. Tambahan pula, peranan guru
sebagai fasilitator semasa aktiviti ini juga membolehkan murid dapat berinteraksi
dengan guru. Selain itu, guru juga akan mengamalkan konsep scaffolding sepanjang
aktiviti ini berlangsung dimana guru memberi membimbing dan memberi bantuan
apabila diperlukan dan berhenti membantu sekiranya murid telah mula menunjukkan
kemampuan dalam menyelesaikan tugasan. Di akhir sesi aktiviti dalam perkembangan
PdPc 2 ini, guru dan murid akan sama-sama membincangkan hasil jawapan murid.
Guru akan membimbing dan memberi penerangan lebih lanjut bagi mengukuhkan
pemahaman murid. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri teori pembelajaran Vygotsky
yang menekankan interaksi antara satu sama lain. Hal ini disokong oleh Abdullah et
al.,(2013) bahawa melalui pendekatan Vygotsky ini, ilmu pengetahuan dibina menerusi
interaksi sosial antara guru dengan murid atau sesama murid. Disamping itu, konsep
scaffolding yang diamalkan juga akan dapat memberi idea dan merangsang kognitif
murid untuk terus berbincang sehingga berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.

4.0 PERKEMBANGAN PDPC 3


Dalam merancang pelaksanaan aktiviti dalam perkembangan PdPc 3 pula, kami juga
turut menggunakan teori pembelajaran Vygotsky. Dalam aktiviti ini, murid menyiapkan
tugasan secara berkumpulan. Dalam hal ini, setiap ahli dalam kumpulan akan
bersama-sama menggunakan kemampuan kognitif mereka untuk membina ayat
berdasarkan perkataan atau frasa yang terdapat dalam kad imbas yang dilekatkan oleh
guru pada papan tulis. Dalam konteks ini, murid-murid akan menyelesaikan sesuatu
tugasan dengan usaha mereka sendiri serta melalui interaksi sosial bersama rakan dan
gurunya. Bertepatan dengan ciri teori pembelajaran Vygotsky dimana aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan memberi penekanan kepada penerokaan informasi yang baru sepeti
pembelajaran koperatif, sumbang saran kolaboratif dan sebagainya (Zakaria, 2016).
Tambahan pula, penggunaan alat bantu mengajar seperti kad imbas dalam
pelaksanaan aktiviti perkembangan PdPc 3 ini akan dapat menarik minat serta
penglibatan aktif murid. Hal ini dapat menggalakkan murid untuk menambah dan
membina ilmu pengetahuan baru dengan cara melibatkan dirinya secara aktif. Dalam
erti kata lain, murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
bukannya menerima pembelajaran secara pasif. Penglibatan bersama dengan murid
lain ini akan membolehkan ilmu pengetahuan dibina dan dikonstruk pada seseorang
murid. Hal ini sejajar dengan ciri teori pembelajaran Vygostky yang menyatakan
bahawa pembelajaran berlaku apabila murid terlibat aktif dalam proses membina
pengetahuan bermakna berbanding dengan penerimaan maklumat secara pasif.
Interaksi sosial yang wujud antara guru dengan murid dan murid dengan murid ini
akan berupaya merangsang kognitif murid dan secara langsung membawa kepada
minat murid untuk belajar. Dalam erti kata lain, pengalaman pembelajaran boleh
terjadi melalui interaksi murid dan guru, interaksi murid dengan rakan lain dan
interaksi murid dengan diri sendiri.
5.0 PENILAIAN
Dalam merancang aktiviti dalam aspek penilaian, kumpulan kami menggunakan
pendekatan teori pembelajaran kognitif. Guru akan mengedarkan soalan-soalan kuiz
kepada semua murid bagi menilai pemahaman mereka terhadap topik yang baru
dipelajari semasa proses PdPc. Penilaian formatif yang dijalankan dalam bilik darjah
selepas sesi pembelajaran akan mendorong murid untuk memproses maklumat-
maklumat yang berlaku dalam minda pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Melalui kuiz ini, murid menggunakan akal
fikiran mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh guru. Hal ini
bertepatan dengan ciri teori pembelajaran kognitif yang menjelaskan bahawa proses
pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran (Singh &
Rathakrishnan, 2023). Tambahan pula, teori pembelajaran kognitif juga menekankan
proses penyelesaian masalah dan celik akal dimana pelajar perlu menyelesaikan
soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh guru. Proses murid untuk menjawab
soalan kuiz ini akan melibatkan proses mental di mana proses tersebut berlaku dalam
otak untuk membolehkan murid menguasai kemahiran berfikir. Proses tersebut
berfokus kepada fenomena seperti kesediaan, perhatian, ingatan, pembelajaran dan
penaakulan (Hussin, 2013)

6.0 PENUTUP
Diakhir sesi pembelajaran, kami telah mengaplikasikan teori pembelajaran
behaviorisme iaitu teori pelaziman operan Skinner. Dalam konteks ini, kami telah
mengaplikasikan konsep peneguhan positif kepada murid iaitu memberikan ganjaran
kepada murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan jayanya. Oleh hal yang
demikian, murid akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka. Hal ini
bertepatan dengan teori pelaziman operan Skinner yang menjelaskan bahawa elemen
peneguhan positif dan peneguhan negatif penting dalam mengawal serta
menggalakkan sesuatu perlakuan murid. Pemberian peneguhan positif ini pula dapat
dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan (Amin et al., 2020). Hal ini bermakna
guru boleh memberi pujian, galakan, penghargaan dan hadiah agar murid merasa
mereka dihargai dan diberi perhatian. Tambahan pula, ia akan mengukuhkan
keninginan murid untuk terus mengamalkan tingkahlaku positif dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc). Peneguhan positif seperti ini akan menjadi salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Singh & Rathakrishnan,
2023).
RUJUKAN

Abdullah, N., Hashim, A, T., Mansor, R., Noh, N. M., & Reduzan, N. H. (2013).
Konstruktivisme: Dari Kaca Mata Guru Sains dan Matematik. International
Conference on Social Science Research.

Amin, S. F. M., Sharif, S., Madjapuni, M. N., & Mariappan, M. (2020). Implementasi
Teori Pelaziman Operan Skinner dalam Pembangun Modul Robot M-Solat.

Hussin R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni


Visual (PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 1 (59-66).

Singh, S.S.B. & Rathakrishnan, B. (2023). Aplikasi Psikologi dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan. Universiti Malaysia Sabah.

Zakaria, S.N. (2016). Kesan Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan Tradisional


dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 5(2). 12-21.

You might also like