TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KOKURIKULUM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGURUSAN KOKURIKULUM

TANGGUNGJAWAB JAWATAN KUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).

2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon /


daerah / bahagian / negeri / kebangsaan.

7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.

8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari


Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.

9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

10. Memastikan konsep sukan untuk semua dilaksanakan di sekolah.

11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan

12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM

1. Membuat ketetapan untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan


kokurikulum.

2. Memastikan pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang.

3. Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan dengan


mematuhi arahan yang berkuatkuasa, mengikut keperluan sekolah, secara menyeluruh dan
jelas.

4. Mengurus pelaksanaan kokurikulum dengan:


i. membuat ketetapan
ii. mendokumenkan ketetapan
iii. menyebarluaskan ketetapan
iv. menyemak semula ketetapan.

1
PENGURUSAN KOKURIKULUM

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.

2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.

3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum.

4. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan
dan berkesan.

5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.

6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.

7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.

8. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.

9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.

10. Menentukan penghargaan dan pengiktirafan yang akan diberi kepada pelajar yang
mencapai tahap kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.

2
PENGURUSAN KOKURIKULUM

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA / NAIB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

2. Memanggil dan merekodkan mesyuarat Pengurusan Kokurikulum dan Sukan.

3. Membantu Guru Besar / GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.

4. Menetapkan dan menentukan agihan murid dalam semua unit-unit Kokurikulum dan Sukan.

5. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/ kelab/pasukan badan


beruniform dan sukan/permainan.

6. Menyediakan Peraturan-Peraturan bagi menentukan langkah-langkah keselamatan dalam


aktiviti kokurikulum dipatuhi.

7. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. Menyediakan laporan lengkap
tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.

8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum dan sukan
- memesan, menerima dan merekodkan segala pembelian alat-alat kokurikulum dan
sukan.

9. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.

10. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.

11. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sekolah.

12. Menyediakan sijil-sijil penghargaan untuk guru dan murid.

You might also like