Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/354220177

ISU-ISU BERKAITAN KUASA PENGAMPUNAN YDPA

Research · August 2021

CITATIONS READS
0 221

1 author:

Luvithaa Veerasamy
Universiti Kebangsaan Malaysia
14 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Luvithaa Veerasamy on 30 August 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TUGASAN UK1013

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN


PENTADBIRAN SEMESTER I SESI 2020/2021

ISU-ISU BERKAITAN KUASA PENGAMPUNAN YDPA

PENSYARAH:
DR. NURHAFILAH MUSA
ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan……………………………………………………………………………….1

2. Kuasa Pengampunan YDPA:


2.1 Peranan Lembaga Pengampunan…………………………………………………….……2
2.2 Nasihat Lembaga Pengampunan……………………………………………………….... 3
2.3 Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan………………………...…………………………4

3. Kuasa YDPA
3.1 Kuasa meremitkan hukuman……………………………………………………………...5
3.2 Kuasa menggantung hukuman…………………………………………………………….6
3.3 Kuasa meringankan hukuman……………………………………………………………..7

4. Penerangan tentang kes-kes yang berkaitan dengan kuasa pengampunan YDPA…..……8

5. Kesimpulan……………………………………………………………………………..…9

6. Rujukan
Pendahuluan

Di Malaysia, kedudukan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menjadi simbol kedaulatan,

ketaatan, kebesaran, perpaduan dan kemuliaan negara. Pemilihan baginda berdasarkan sembilan

orang Sultan yang memerintah negeri berkenaan iaitu negeri Perlis, Terengganu, Kedah, Johor,

Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.

Satu-satunya jawatan yang paling istimewa dan luar biasa di dunia adalah kedudukan yang

disandang oleh YDPA. Pemilihan jawatan baginda akan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja dalam

kalangan sembilan orang Sultan bagi tempoh lima tahun tidak seperti raja lain di dunia yang

memegang jawatan tersebut seumur hidup mereka.1 Tujuan pergiliran ini adalah untuk memberi

peluang kepada sultan dari setiap negeri menjadi YDPA serta memastikan bahawa Raja-raja

Melayu dapat mewujudkan perasaan setia dalam kalangan rakyat kepada negara apabila setiap

negeri yang mempunyai sultan berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Hasil daripada Perakuan Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan

wujudnya jawatan YDPA. Apabila cadangan jawatan YDPA bertentangan dengan penubuhan

Malayan Union maka wujudnya percubaan untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Setelah menolak gelaran yang dicadang sebelum itu sebagai Yang di- Pertuan Besar, pada Ogos

1957, wujudnya gelaran baharu iaitu YDPA dan pengundian pemegang takhta yang pertama telah

disidang oleh Majlis Raja-Raja.2

1 Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil , www.bharian.com.my


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/697786/institusi-yang-di-pertuan-agong-penjaga-perlembagaan
(Jun 8, 2020)
2
Portal Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI “Latar
Belakang Institusi Yang di-Pertuan Agong” http://www.istananegara.gov.my/latar-belakang-institusi-yang-di-
pertuan-agong/
Siapa itu Yang di- Pertuan Agong? Jawapan yang bernas bagi persoalan ini dapat dilihat

dalam perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan. Menurut perkara 32(1) seorang Ketua Utama

Negara bagi Persekutuan, digelar YDPA, yang hendaklah diberi keutamaan daripada semua orang

di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mahkamah

kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.3

Sebagai seorang warganegara Malaysia kita haruslah mengambil tahu kenapa perlunya

YDPA di negara Malaysia. Menurut konteks Perlembagaan kewujudan Institusi YDPA dan Majlis

Raja-Raja amat penting kerana baginda menjadi penjaga Perlembagaan Persekutuan, pelindung

hak baginda, mempertahankan agama Islam, bahasa Melayu, hak kewarganegaraan orang bukan

Melayu dan keistimewaan orang Melayu.4

Kerajaan Malaysia telah membahagikan perlembagaan kepada 3 kuasa utama iaitu, kuasa

eksekutif yang terletak terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA), legislatif yang terletak

terhadap kuasa Parlimen dan kehakiman yang terletak pada kuasa badan kehakiman. YDPA

mempunyai kuasa dalam badan eksekutif, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes,

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim lwn Perdana Menteri Malaysia [2010] kuasa YDPA terhadap

pelantikan dan pemecatan ahli Kabinet telah dicabar dan Hakim Raus Sharif JCA, mengatakan

bahawa, kuasa YDPA dalam pelantikan dan pemecatan ahli kabinat tertakluk atas nasihat Perdana

Menteri yang termaktub dalam perkara 43(4)5. Tambahan lagi, YDPA mempunyai kuasa yang

3
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan
4
Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, www.bharian.com.my
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/697786/institusi-yang-di-pertuan-agong-penjaga-perlembagaan
(Jun 8, 2020)

5
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Perdana Menteri Malaysia & Anor [2010] 3 MLJ 174
tertakluk atas budi bicara di mana YDPA boleh bertindak tanpa mempertimbangkan nasihat

Perdana Menteri secara sepenuhnya seperti dalam perkara 40(2).

Peranan YDPA dalam perlantikan dan pemecatan penjawat awam pada peringkat

persekutuan berdasarkan perkara 132 (2A) dan perkara 135 Perlembagaan persekutuan. Hal ini

dapat dilihat dalam kes, Thamowtharan a/l Narayanasamy lwn Ketua Polis Negeri Perak

[2013]6, dimana Plantiff telah dilantik sebagai konstabel tambahan dengan Pasukan Polis Diraja

Malaysia (PDRM). Defendan pula menamatkan perkhidmatan plantif, dimana plaintif mengatakan

penamatan tersebut adalah tidak sah. Mahkamah telah memutuskan bahawa jawatan konstabel

tambahan tidak termasuk dalam perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu penamatan

jawatan tersebut tidak boleh disifatkan di bawah Per 135(2).

YDPA juga berperanan untuk melantik dan memecat ahli Suruhanjaya dan Majlis yang

tertentu. Seterusnya, dalam perkara 138(2) YDPA berkuasa dalam perlantikan Pengerusi Penguam

Negara yang haruslah menganggotai Suruhanjaya Pekhidmatan Awam selapas perundingan.

Perkara 139, menunjukkan peruntukan bahawa YDPA berkuasa untuk melantik anggota,

Pengerusi, Timabalan pengerusi, dan 4 orang anggota lain dengan nasihat perdana Menteri dan

perundingan dengan Majlis Raja-Raja.

Dalam badan legislatif pula YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk mengisyatiharkan

darurat seperti yang termaktub dalam perkara 150 (2B). Dalam kes Abdul Ghani Bin Ali Ahmad

lwn Ors V Public Prosecutor [2001] yang membincangkan berkenaan frasa ‘YDPA berpuas hati

bahawa kejadian tersebut hampir berlaku’.7 Hasil daripada kes tersebut mahkamah memutuskan

6
Thamowtharan a/l Narayanasamy lwn Ketua Polis Negeri Perak dan lain-lain [2013] 7 MLJ 134

7
Abdul Ghani Bin Ali Ahmad & Ors V Public Prosecutor [2001] 3 MLJ 561
bahawa Perkara 150 dibuat oleh YDPA setelah bertindak atas nasihat Kabinet. 8 Berdasarkan

perkara 55 (2) dan perkara 40(2)(b) YDPA juga berkuasa dalam memanggil, menangguhkan atau

membubarkan sidang Parlimen. Selanjutnya, selepas pindaan yang dilakukan terhadap perkara 66

sewaktu Krisis Perlembagaan 1983 9 di mana Rang Undang-undang memerlukan perkenaan.

YDPA perlulah memperkenankan Rang Undang-Undang dalam tempon 30 hari. Jika YDPA gagal

memberi perkenaan Rang undang-undang tersebut masih akan dikuatkuasa.

Peranan YDPA dalam badan kehakiman ialah pelantikan hakim Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, manakala perkara

125 (3) pula memberi peruntukan mengenai pemecatan hakim. Tambahan lagi, YDPA mempunyai

kuasa pengampunan yang dibantu oleh Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada Penguam

Negara, Ketua Menteri dan 3 orang anggota lain berdasarkan perkara 42 (1). Kajian ini akan

memperlihatkan peranan YDPA dalam pengampunan secara eksplisit dan mendalam.

Di Malaysia, YDPA mempunyai kuasa eksklusif untuk memberi pengampunan kepada

pihak yang telah disabitkan kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala

kesalahan yang dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Menurut perkara 42(1), YDPA

berkuasa untuk memberi pengampun dengan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertuan Negeri sesuatu

negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala

kesalahan lain yang dilakukan di dalam negerinya.10

8
Shad Saleem Faruqi, Document of Destiny, Star Publication Berhad, 2008.
9
Shamrahayu A Aziz, Kesarjanaan Dan Penulisan Perlembagaan: Satu Kajian Permulaan [2009] 2 MLJ Cxxiv
10
Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan
Kuasa pengampunan adalah di bawah kuasa institusi beraja kita dimana ia termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri. Jika

sesesorang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah dan dihukum dengan suatu hukuman maka

kuasa pengampunan boleh diaplikasikan. Proses perbicaraan di mahkamah adalah sesuatu proses

dimana sesesorang perlu membuktikan diri sendirinya bahawa dia tidak bersalah jika dia betul-

betul tidak melakukan sebarang kesalahan atau dia perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya

atas perbuatanya yang salah dari segi undang-undang. Proses terakhir perbicaraan mahkamah

adalah jika seseorang didapati bersalah maka dia akan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Apabila pihak tersebut dipertanggunjawabkan sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan oleh

mahkamah maka proes pengampunan boleh diaplikasikan. Secara keseluruhan, pengampunan

boleh dikatan sebagai satu proses kemaafan dan peluang lain yang diberikan kepada pihak

bersalah. 11

Menurut Perkara 42(4)(a), YDPA perlu melaksanakan kuasa pengampunan mengikut

nasihat Lembaga Pengampunan walaupun pada asalnya kuasa pengampunan merupakan kuasa

budi bicara institusi beraja. Sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara

bersama dengan Perkara 42(11) memberi maksud bahawa Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-

Wilayah Persekutuan itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang

bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Menurut perkara 42(8) Lembaga Pengampunan hendaklah

bermesyuarat dengan kehadiran Raja atau Yang di-Pertuan Negeri dan Raja atau Yang di-Pertuan

Negeri itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu manakala perkara 42(9) berkata sebelum

11
Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, www.bharian.com.my
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/05/425855/beza-kuasa-pengampunan-batal-hilang-kelayakan
(Mei 15, 2018)
memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah

menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara

mengenai perkara itu. Raja-raja tertakluk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dalam

melaksanakan kuasa pengampunan pada peringkat negeri. 12 Secara keseluruhannya, walaupun

dalam konteks kuasa pengampunan YDPA berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega

hukum namun baginda harus bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Selain daripada itu, kuasa pengampunan YDPA juga dapat dilihat dalam Akta Penjara 1995

P.U. (A) 325/2000 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 iaitu Peraturan 113 dan 114 Peraturan-

peraturan Penjara 2000. Menurut Peraturan 113 (1) Petisyen, hak kepada semua kategori banduan

yang telah dijatuhkan hukuman penjara dan atau sebatan untuk mengemukakan petisyen kepada

YDPA atau Raja atau Yang di-Pertuan Negeri, sama ada berhubung dengan sabitan ataupun

hukuman yang telah dikenakan kepada banduk sebaik sahaja banduan akan dikenakan sabitan oleh

Mahkamah yang tertakluk kepada peraturan tersebut. Peraturan 114. Petisyen oleh banduan

hukuman mati pula berkata bahawa seseorang banduan di bawah hukuman mati boleh membuat

petisyen dengan bebas kepada YDPA atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana

yang berkenaan, semasa berada di bawah hukuman itu.13

Bersarkan Per 42 (1) perkataan ampun, tunda hukum dan lega hukum mempunyai maksud yang

lebih mendalam dan luas dalam konteks kuasa budi bicara YPDA dalam pengampunan.

12
Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, www.bharian.com.my
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/05/425855/beza-kuasa-pengampunan-batal-hilang-kelayakan
(Mei 15, 2018)
13
Akta Penjara 1995 P.U. (A) 325/2000 Peraturan-Peraturan Penjara 2000
Maksud perkataan ampun atau dikenali sebagai pardon boleh dilihat dalam kes KM

Nanavati lwn State of Bombay 1961, ampun dikuatkuasakan untuk melahirkan individu yang

bersalah menjadi individu yang baru dengna memberi penghargaan dan kemampuan baru. 14

Tambahan pula, berdasarkan S.300 dan S.301 Kanun Tatacara Jenayah pengampunan yang

dimaksudkan dalam Per 42, telah diperluaskan. Menurut Kanun Tatacara Jenayah pengampunan

atau amnesty ialah tindakan rahmat yang diberikan kepada kelas atau sekumpulan individu yang

melakukan kesalahan 15 . Pada masa yang sama peruntukan pengampunan yang diberikan oleh

YDPA dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak meliputi kesalahan yang menyebabkan hukuman

penjara malah, ia meliputi juga hukaman mati. Misalnya, YDPA berhak untuk memberikan

pengampunan kepada pesalah yang melakukan kesalahan seperti penculikan, rompak berkumpul,
16
pembunuhan dan pengedaran dadah. Ringkasnya, kuasa pengampunan oleh YDPA terhadap

pesalah bukan sahaja diterangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah Kanun Tatacara

Jenyah juga mempunyai peruntukan berkenaan pengampunan. Seterusnya, tunda hukum atau

reprives bermaksud penangguhan tempoh masa untuk melaksanakan hukuman yang diputuskan

oleh mahkamah, 17

Selanjutnya, kuasa YDPA dalam legakan hukuman atau respites merujuk kepada

pengampunan yang diberikan untuk mengurangkan keberatan hukuman daripada hukuman yang

telah diputuskan oleh mahkamah. Pada masa yang sama, pengampunan tunda hukuman diberikan

jika pesalah disabitkan kesalahan di bawah peruntukan yang lain. Dalam kes, PP lwn Lim Hiang

14 KM Nanavati v State of Bombay 1961 SCR 497


15 Fauziah Hani binti Ahmad Fuzi, Pardon, Parole, and Remission: The Inmates' Second Chance [2018] 1 LNS(A)
lxxi
16 Azman Bin Mohd Noor, Hukuman Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan Undang-Undang Di
Malaysia Dan Syariah, [2014] 1 Lns(A) Xxvii
17 Chapter XXVIII Suspensions, Remissions and Commutations of Sentences, ASM - Criminal Procedure Code
(Act 593) (Revised 1999).
Seoh [1979], kes ini berkenaan dimana pesalah berumur 14 tahun telah dihantar ke sekolah Henry

Gurny selepas hukuman mati telah dijatuhkan. Hakim Suffian LP dalam keputusan mahkamah,

mengatakan bahawa, kuasa YDPA dalam memberi pengampunan bukan satu kuasa dalam badan

perundangan yang membicara dan memberikan keputusan terhadap sebuah kes. Kuasa

pengampunan oleh YDPA berdasarkan Per 42 merupakan prerogative of mercy dimana YDPA

tiada kuasa untuk melakukan sebarang semakan kehakiman. Tuntasnya, kuasa YDPA dalam

membari pengampunan merupakan kuasa eksekutif yang bergantung terhadap Lembaga

Pengampunan.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM LWN MENTERI HAL-EHWAL DALAM NEGERI

[2015] MLJU 478

Pemohon ialah ahli Parlimen yang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah

Persekutuan menolak permohonannya terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan di bawah

seksyen 377B Kanun Keseksaan. Semasa menjatuhkan hukuman itu, isteri dan anak pemohon

memohon pengampunan bebas dari YDPA. Pemohon ketika menjalani hukuman penjara

memohon kepada Komisioner Jeneral Penjara ("responden ke-2”) untuk dibenarkan menghadiri

persidangan Dewan Rakyat () namun ditolak lalu pemohon memohon perintah certiorari untuk

membatalkan keputusan yang menolaknya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan

perintah yang bersifat mandamus untuk mengarahkan responden ke-2 untuk memastikan pemohon

dibenarkan menghadiri perjumpaan tersebut. Pemohon telah meletakkan asas ini dengan
18
berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan, permohonan itu masih menjadi

18
Per 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan
anggota Dewan Rakyat sehingga YDPA menolak permohonannya untuk pengampunan bebas.

Pada 16 Mac 2015, Yang Mulia YDPA telah menolak petisyen tersebut dan memerintahkan

hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atas pemohon untuk mengikutnya.

Keputusan Mahkamah: Disebabkan ada keputusan yang dibuat oleh YDPA mengenai status

pemohon sebagai ahli Parlimen. Oleh itu, pemohon tidak lagi layak menjadi Anggota Dewan

Rakyat dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bawah Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan

Persekutuan.19

MOHD AMIN BIN MOHD RAZALI & ORS LWN PENDAKWA RAYA [2003] 4 MLJ 129

19 perayu didakwa atas kesalahan melancarkan perang terhadap YDPA di bawah 121 Kanun

Keseksaan. Pendakwa raya yang terpelajar telah mengeluarkan perakuan menurut Peraturan-

Peraturan Penting (Kes-Kes Keselamatan) 1975 (‘ESCAR’), yang sebenarnya telah

mengklasifikasikan kesalahan yang mana perayu dituduh sebagai kesalahan keselamatan. Para

perayu melakukan perompakan senjata di kem Kuala Rhui dan kem Kem 304. Dua anggota polis,

iaitu Sarjan Mohd Shah dan Detektif Koperal Sanghadevan, seorang awam dan anggota tentera,

Trooper Matthew dijadikan tebusan oleh kumpulan Al-Maunah. Trooper Matthew ditembak di

kaki oleh perayu pertama, yang kemudian memerintahkan perayu kesepuluh untuk menembak

Trooper Matthew. Detektif Koperal Sanghadevan mati ditembak dalam tembakan silang antara

pasukan keselamatan dan kumpulan Al-Maunah. Perayu kedua dituduh melatih anggota kumpulan

berkenaan dengan penggunaan pelbagai senjata. Selepas perbicaraan, para perayu disabitkan

dengan kesalahan di bawah 121 Kanun Keseksaan. Keputusan Mahkamah adalah perayu pertama,

19
Per. 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan
kedua dan ketiga dijatuhi hukuman mati sementara 16 perayu selebihnya masing-masing

dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun YDPA atas nasihat Lembaga Pengampunan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam mesyuarat ke-56 berkenan

mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan.20

LIM HIANG SEOH lwn PENDAKWA RAYA [1978] 1 MLJ 68 dan PUBLIC

PROSECUTOR v SOON SENG SIA HENG [1979] 2 MLJ 170

Perayu merupakan seorang budak lelaki yang berusia 14 tahun dan telah didapati bersalah atas

kesalahan memiliki sepucuk pistol dan peluru. Keputusan Mahkamah adalah hukuman mati di
21
bawah seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Perayu merayu ke Mahkamah

Persekutuan.YDPA memerintah agar perayu dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga

berumur 21 tahun. Tiada sebarang bantahan yang boleh dilakukan kerana bantahan akan dianggap

tidak menghormati YDPA. YDPA berhak mengambil pertimbangan perkara-perkara yang tidak

dapat dipertimbangkan oleh mahkamah yang terikat dengan undang-undang kerana keputusan

sedemikian adalah urusan eksekutif semata-mata. Kuasa pengampunan seperti yang diakui oleh

penyertaannya dalam Bab 3 Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa eksekutif. Mahkamah

Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan atau mengubah keputusan

eksekutif YDPA untuk menukar hukuman dalam kes Perayu dan oleh itu tidak akan ada perintah

yang akan dibuat.

20
Mohamad Hafiz Yusoff Bakri, www.utusanMalaysia.com, 2020,
https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/13-banduan-dapat-pengampunan-agong/ (31 Ogos 2020)
21
Sek. 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri
SIM KIE CHON lwn SUPERINTENDENT OF PUDU PRISON & ORS [1985] 2 MLJ 385

Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar pernyataan

tuntutan perayu dibatalkan dan perintah pelaksanaan dibubarkan. Perayu telah dijatuhkan

hukuman mati dan rayuan yang dibuat olehnya telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihatnya kepada YDPA dan tidak ada pengampunan,

penangguhan atau penangguhan yang diberikan. Dalam pernyataan tuntutannya, perayu telah

mendakwa bahawa Lembaga Pengampunan tidak menganggap permohonan belas kasihan dengan

tepat. Ia juga dituduh gagal melaksanakan hukuman yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan

yang bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan22. Mahkamah menganggap tidak

ada kelebihan dalam pertikaian perayu kerana itu bukan fungsi Lembaga Pengampunan untuk

menjatuhkan hukuman mati. Fungsinya hanya untuk memberi nasihat dan Yang di-Pertuan Agong

sendiri menggunakan kuasa itu mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan 23 dibaca

dengan peraturan 29 Peraturan Pindaan Yang Perlu (Kes Keselamatan), 197524. Keputusan yang

dibuat berdasarkan pengampunan tidak dapat diubah atau disahkan oleh mahkamah yang tidak

mempunyai bidang kuasa untuk melakukannya. Prosiding di mahkamah bertujuan untuk

mempersoalkan kesesuaian atau sebaliknya keputusan sedemikian adalah tidak wajar. Keputusan

Mahkamah adalah keputusan Hakim untuk membatalkan pernyataan tuntutan dan membubarkan

perintah penangguhan pelaksanaan adalah sah.

22
Per.8 Perlembagaan Persekutuan
23
Per 42(1) Perlembagaan Persekutuan
24
Peratutan 29,Peraturan Pindaan Yang Perlu(Kes Keselamatan),1975
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ lwn LEMBAGA

PENGAMPUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ANOR [2020] MLJU 1691

Plaintif merupakan seorang peguam yang telah memfailkan saman terhadap Lembaga

Pengampunan dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi

mencabar nasihat yang diberikan kepada YDPA oleh pihak lembaga di Mahkamah Tinggi. Pada

21 September, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan presiden PKR

dan permohonan serupa oleh Lembaga Pengampunan, setelah mendapati bahawa, plaintif

memiliki keberatan untuk memulakan tuntutan.

Peguam defenden, J.Leela25 telah mengemukakan permohonan itu dengan alasan bahawa plaintif

tidak memiliki locus standi untuk memfailkan saman dan bahawa itu adalah perkara yang remeh,

dan menyalah gunakan proses penghakiman. Plaintiff menjadikan Lembaga Pengampunan dan

Anwar sebagai defendan pertama dan kedua, dalam kes yang difailkan. Peguam mendakwa

bahawa pengampunan yang diberikan kepada Anwar bertentangan dengan Artikel 42 (4) dan (5)

Perlembagaan Persekutuan, memandangkan Lembaga Pengampunan yang belum terbentuk secara

rasmi disebabkan pembentukan kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang diadakan

pada 9 Mei 2018.

Kuasa yang disebut dalam Perkara ini26:-

(a) … kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang

peruntukan … undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40;

25 Hidir Reduan Abdul Rishid, www.malaysiakini.com, 2020, https://www.malaysiakini.com/news/53862, (26


December 2020
26 Per 42 (4) Perlembagaan Persekutuan
(b) … kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri,

dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu

mengikut Fasal (5).

(5) 27 Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada

Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri … hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang

di-Pertua Negeri; … Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk

menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik olehnya yang

tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.

Plaintif juga memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan secara

tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya nasihat yang diberikan kepada YDPA

berkenaan rayuan pengampunan Anwar adalah tidak sah dan terbatal. Terdapat juga persoalan

sama ada pengampunan kerajaan yang diberikan kepada Anwar sama dengan "pengampunan

bebas" dan hal ini akan bergantung pada syarat pengampunan yang diberikan oleh YDPA.

Malangnya, isu ini masih menjadi titik pertengkaran buat masa ini kerana seorang pengundi di

Kawasan Parlimen Port Dickson tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk

perbicaraan kes.

Selain itu, terdapat juga sebuah artikel yang ditulis oleh Daniel Pascoe 28 mengenai kuasa

pengampunan YDPA berdasarkan kes tersebut. Penulis menerangkan faktor-faktor yang telah

menyumbang kepada keputusan Lembaga Pengampunan Malaysia untuk mengampuni atau

menukar hukuman dalam kes-kes lain. Faktor pertama ialah kes-kes yang melibatkan defenden

27Per 42 (4) Perlembagaan Persekutuan


28
Daniel Pascoe, ‘What The Rejection Of Anwar Ibrahim's Petition For Pardon Tells Us About Malaysia's Royal
Pardon System’ (2016) 18 (1) Asian-Pacific Law & Policy Journal, p 63.
yang menyatakan bahawa mereka tidak bersalah, seperti kes Anwar, nampaknya tidak pernah

mempengaruhi Lembaga Pengampunan pada masa lalu. Elemen tidak bersalah tidak diutamakan

manakala penulis berpendapat bahawa terdapat faktor lain yang dijadikan aspek utama dalam

proses pengampunan. Kedua ialah kemungkinan pengaruh politik dalam Lembaga Pengampunan

Persekutuan oleh anggota pro-kerajaan. Anggota dewan dengan suara yang paling berpengaruh

terdiri daripada Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan, dan anggota Lembaga Pengarah

yang berpengaruh secara politik. Ketiga ialah peranan YDPA yang mendapatkan nasihat daripada

Lembaga Pengampunan dalam proses pengampunan. Hal ini kerana, melainkan mahkamah,

prosiding Lembaga Pengampunan Malaysia tidak terbuka secara umum, oleh itu pemerhatian

langsung tidak dapat dibuat mengenai proses membuat keputusan tentang pengampunan. Lebih-

lebih lagi, tidak ada data empirikal mengenai pendapat Lembaga Pengampunan, oleh itu para

sarjana tidak dapat memastikan sama ada hasil akhir dalam setiap keputusan datang sebagai hasil

persetujuan antara Lembaga Pengampunan dan YDPA ataupun terdapat prosedur yang lain.
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setelah memeriksa dengan teliti, Mahkamah Persekutuan dengan tegas

memutuskan bahawa pengampunan diraja, dibuat semakan kehakiman.Oleh itu, pemberian

pengampunan diraja adalah atas budi bicara YDPA.

Kedudukan di Malaysia berbeza dengan kedudukan semasa di United Kingdom di mana

pemberian pengampunan boleh dibuat semakan kehakiman sekiranya sifat dan pokok

persoalannya sesuai dengan proses kehakiman.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong merangkumi pelbagai aspek dan kita sebagai rakyat Malaysia,

mestilah taat kepada pemerintah serta berazam menjadi warganegara yang dapat menyumbang

kepada pembangunan negara agar dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan

terbilang!
Rujukan

Sumber Primer:

Akta:

Perlembagaan Persekutuan

Akta Penjara 1995 P.U. (A) 325/2000 Peraturan-Peraturan Penjara 2000

Akta Polis 1967

Akta Keselamatan Dalam Negeri

Kanun Keseksaan Act 574

Kes:

Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim lwn Perdana Menteri Malaysia [2010]

Abdul Ghani Bin Ali Ahmad lwn Ors V Public Prosecutor [2001]

Km Nanavati lwn State of Bombay 1961

PP v Lim Hiang Seoh [1979]

Lim Hiang Seoh lwn Public Prosecutor [1978]

Public Prosecutor V Soon Seng Sia Heng [1979] 2 MLJ 170

Mohd Amin Bin Mohd Razali lwn Ors Lwn Public Prosecutor [2003] 4 MLJ

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz Lwn Lembaga Pengampunan Wilayah
Persekutuan & Anor [2020] MLJU

Regina V Setiausaha Negara

Thamowtharan a/l Narayanasamy lwn Ketua Polis Negeri Perak [2013]

Sumber Sekunder:

Buku:

Shad Saleem Faruqi, Document of Destiny, Star Publication Berhad, 2008.

Tunku Suffian Jewa Salleh Buang, An Introduction to the Constitution of Malaysia, Government

Printer, 2007.

Artikel dalam jurnal:

Daniel Pascoe, ‘What The Rejection Of Anwar Ibrahim's Petition For Pardon Tells Us About

Malaysia's Royal Pardon System’ [2016] 18 (1) Asian-Pacific Law & Policy Journal, p 63.

Fauziah Hani binti Ahmad Fuzi, Pardon, Parole, and Remission: The Inmates' Second Chance

[2018] 1 LNS(A) lxxi


Azman Bin Mohd Noor, Hukuman Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan Undang-

Undang Di Malaysia Dan Syariah, [2014] 1 Lns(A) Xxvii

Chapter XXVIII Suspensions, Remissions and Commutations of Sentences, ASM - Criminal

Procedure Code (Act 593) (Revised 1999).

Shamrahayu A Aziz, Kesarjanaan Dan Penulisan Perlembagaan: Satu Kajian Permulaan [2009] 2

MLJ Cxxiv

Laporan:

Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz “Beza kuasa pengampunan, batal hilang kelayakan” (Berita

Harian) Mei 15, 2018

Laman Web:

Hidir Reduan Abdul Rishid,(2020, 26 Disember) Perlembagaan tak sebut Agong boleh ketepi

sabitan kes, www.malaysiakini.com, https://www.malaysiakini.com/news/53862,

Mohamad Hafiz Yusoff Bakri, www.utusanMalaysia.com, 2020

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/13-banduan-dapat-pengampunan-agong/ (31

Ogos 2020)
View publication stats

You might also like