kokurikulum guru

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

185

KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN


KOKURIKULUM MURID DI SEKOLAH MENENGAH

Haslinda Husain (Pengarang Penghubung)


Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
puanlin77@yahoo.com

Siti Noriam Yaakob


Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
ctnoriam@gmail.com

Mohd Radzani Abdul Razak


Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
jingga@ukm.my

ABSTRAK
Kepentingan aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian kerana pencapaian murid dalam bidang kokurikulum
turut menjadi ukuran sebagai pelengkap kepada satu sistem pendidikan yang seimbang.Justeru, kompetensi guru
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menjadi tunjang utama bagi mendorong murid untuk bergerak aktif
agar impak positif terhadap pencapaian kokurikulum murid dapat dicapai.Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian
kokurikulum murid di sekolah menengah.Seramai 373 orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini
yang terdiri daripada guru-guru penasihat kokurikulum di daerah Petaling Perdana, Selangor.Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap tinggi.Namun, kajian mendapati
bahawa tidak terdapat hubungan kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Implikasi kajian dapat memberikan
input yang bermanfaat dan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam pekembangan profesionalisme guru
untuk meningkatkan kompetensi guru terutamanya dari segi kemahiran dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum. Pelbagai strategi juga perlu dirancang untuk memastikan pencapaian murid dalam aktiviti
kokurikulum dapat ditingkatkan.

Kata Kunci: Kompetensi Guru; Kokurikulum; Pencapaian Kokurikulum Murid

ABSTRACT
The importance of extra-curricular activities should be given attention because students’ achievement in co-
curricular activities also considered as a complement to a balanced education system. Thus, the competence of
teachers as the main driving force in the implementation of co-curricular activities to encourage students to be
active in order to achieve the objectives of providing a positive impact on students’ co-curricular achievements.
This study aimed to identify the level of competence of teachers in implementing co-curricular activities and its
relationship with the students’ co-curricular achievements in secondary school. A total of 373 teachers were
involved as the respondents in this study consisted of co-curricular advisors in the area of Petaling Perdana,
Selangor. Overall, the findings indicate that the competence of teachers in implementing co-curricular activities
in terms of knowledge, skills and attitudes are at high level. Nevertheless, results showed that there is
norelationship between the competence of teachers in terms of knowledge, skills and attitudes in implementing
co-curricular activities with the students’ co-curricular achievements. The implications of the study could
provide valuable input and assist the parties involved in developing the professionalism of teachers to improve
the competence of teachers, particularly in terms of skills in implementing co-curricular activities. Various
strategies should also be designed to ensure the achievement of students in co-curricular activities can be
improved.

Keywords: Competence of Teachers; Co-curricular; Students’ Co-curricular Achievements


To cite this document:
Husain, H., Yaakob, S. N., & Abdul Razak, M. R. (2015). Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di
Sekolah Menengah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
186

PENGENALAN
Aktiviti kokurikulum merupakan landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas,
kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah
murid turut diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak ketika berucap pada majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010
bagi kawasan Parlimen Pekan, pencapaian akademik murid perlu seimbang dengan penyertaan dalam aktiviti
kokurikulum bagi melahirkan pemimpin yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Justeru, sebagai pelengkap
kepada satu sistem pendidikan yang seimbang, kerajaan telah menetapkan komponen markah 10 peratus dalam
aktiviti kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke universiti awam bagi menunjukkan kepentingan kokurikulum
sebagai penentu masa depan murid.

Matlamat meningkatkan pencapaian kokurikulum murid menjadi matlamat utama bagi pentadbir dan guru-guru
dalam membantu semua murid mencapai markah yang maksimum dalam aktiviti kokurikulum. Ini kerana,
Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program Kokurikulum pada tahun 2005 telah memutuskan
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum menyumbang sebanyak 10 peratus kepada syarat kelayakan
masuk ke universiti awam. Langkah ini mungkin menyebabkan murid cemerlang berdepan dengan masalah
untuk diterima masuk ke universiti awam di negara ini jika mereka tidak melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Menurut Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah,
kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin murid untuk mendapat tempat di universiti awam. Oleh
yang demikian, pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak boleh dipandang ringan memandangkan
pencapaian kokurikulum kini turut menjadi ukuran dalam sistem pendidikan negara.

Menyedari bahawa aktiviti kokurikulum menjadi kepentingan dalam sistem pendidikan negara, segala
perancangan, pentadbiran dan pengelolaannya perlu diberi perhatian khususnya dari aspek pengurusan gerak
kerja supaya aktiviti kokurikulum memberi sumbangan positif kepada pencapaian kokurikulum murid.
Pencapaian kokurikulum murid yang memberangsangkan tidak mungkin akandicapai sekiranya tanggungjawab
yang diamanahkan kepada guru-guru tidak dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, peranan dan kompetensi guru
adalah sangat penting dalam menarik minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai
mereka.Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang berdedikasi menjadi tunjang utama bagi mendorong murid
untuk bergerak aktif, seterusnya dapat memberikan impak yang positif terhadap pencapaian kokurikulum murid.

Dalam konteks ini, aktiviti kokurikulum yang berkesan di sekolah memerlukan penglibatan guru yang komited
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum (Jamalullail & Azhar, 2008). Aktiviti kokurikulum hanya dapat
dilaksanakan dengan jayanya jika guru memahami tugas mereka serta melaksanakannya dengan penuh minat,
jujur dan berdedikasi (Soon Sang, 2011). Penyertaan semua guru adalah perlu bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah (Surat Pekeliling Bil. 1/1985).Oleh sebab itu, sekolah-sekolah
yang tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja
kokurikulum dengan akademik dan kurang menekankan penyertaan menyeluruh murid-murid boleh
menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai (Surat Pekeliling Bil. 7/1988).

Selain itu, kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa persepsi guru-guru terhadap penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana (Mohd Fazli et al., 2013). Perkara ini
perlu diberi perhatian dan dipantau oleh pihak pentadbir sekolah kerana penyeliaan aktiviti kokurikulum
memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan aktiviti di sekolah. Penglibatan yang aktif
daripada semua pihak berkenaan akan memastikan objektif dan matlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani dapat dicapai. Selari dengan kepentingan aktiviti
kokurikulum dalam sistem pendidikan kini, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang kokurikulum bagi memupuk minat murid secara aktif serta dapat membantu
pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum mereka. Sikap guru yang menganggap aktiviti kokurikulum tidak
sepenting akademik perlu ditangani kerana sikap dan tindak tanduk guru seterusnya akan memberi kesan kepada
pencapaian kokurikulum murid.

Kini, aktiviti kokurikulum tidak boleh diambil mudah oleh semua pihak memandangkan penilaian aktiviti
kokurikulum adalah sebahagian daripada sistem pendidikan dalam menentukan masa depan murid. Penilaian
yang diperkenalkan ini secara langsung menuntut supaya kegiatan kokurikulum ini dirancang, diurus dan
dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan sebagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Pelaksanaan kokurikulum penting agar selari dengan kecemerlangan kurikulum yang bertujuan untuk
melahirkan generasi muda yang holistik serta seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Nor

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
187

Suhara& Jamil, 2010). Justeru, peranan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan
melalui kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap agar hasrat kerajaan untuk melahirkan
murid yang seimbang pencapaiannya dapat direalisasikan.

Kompetensi mempunyai elemen yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi atau sikap (Hay
McBer, 1996). Mohammed Sani (2007) pula mentakrifkan kompetensi sebagai gabungan aspek pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau
jawatan. Kompetensi yang dimiliki membolehkan seseorang melaksanakan tugasnya dengan kualiti yang tinggi
(Buley-Meissner, 2000). MenurutSutton (2004), kompetensi menggabungkan ciri-ciri sifat, kemahiran dan
pengetahuan dalam perlaksanaan kerja yang cekap atau unggul.Dalam kajian ini, definisi operasi kompetensi
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang perlu dimiliki untuk menguruskan aktiviti
kokurikulum di sekolah.

Langkah kerajaan menggalakkan pelaksanaan dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan
suatu langkah yang positif kerana generasi muda masa kini perlu mempunyai keselarian dalam akademik dan
kokurikulum serta keterampilan sahsiah (Ruhaiza, 2007). Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan penilaian dalam
aktiviti kokurikulum agar dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid untuk meningkatkan penglibatan
mereka yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.Penilaian kokurikulum ini dilaksanakan dengan
menggunakan borang penilaian yang standard untuk semua sekolah agar unsur-unsur ketidakadilan dalam
pemberian markah dapat dihindari. Melalui penilaian ini, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk
memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Justeru, langkah kerajaan memutuskan
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum menyumbang sebanyak 10 peratus kepada syarat kelayakan
masuk ke universiti sememangnya wajar dan bertepatan dengan matlamat FPK.

METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif iaitu satu tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum serta
hubungannya dengan pencapaian kokurikulum murid di sekolah menengah di daerah Petaling Perdana. Menurut
Creswell (2002), kajian tinjauan digunakan untuk menggambarkan trend dalam populasi dari aspek sikap,
pendapat, tingkah laku atau karakter. Kajian ini dijalankan ke atas 373 orang guru penasihat kokurikulum di
sekolah menengah di daerah Petaling Perdana bagi menjawab set soal selidik kompetensi guru dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum. Teknik persampelan rawak mudah digunakan kerana setiap ahli populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden(Noraini Idris, 2010).

Populasi bagi pencapaian kokurikulum murid adalah sebanyak 12,085 markah murid dan saiz sampel adalah
sebanyak 373 markah murid. Maklumat berkenaan markah kokurikulum murid telah diperoleh daripada Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana dan jumlah sampel sebanyak 373 diputuskan berdasarkan jadual
Krejcie & Morgan (1970)di dalam buku yang ditulis oleh Sekaran & Bougie (2010). Bagi tujuan kajian ini,
persampelan kebarangkalian digunakan kerana pengkaji telah mempunyai maklumat populasi murid.Seterusnya,
pengkaji menggunakan persampelan berstrata untuk mendapatkan jumlah sampel yang tepat daripada setiap
kumpulan populasi yang dikategorikan berdasarkan julat markah kokurikulum murid Tingkatan 5 di daerah
Petaling Perdana, Selangor. Metod ini sama seperti proses yang dicadangkan oleh Zikmund (2003) iaitu
persampelan berstrata memerlukan pengkaji membahagikan populasi kepada kumpulan dan memilih sampel
dari setiap kumpulan. Kaedah persampelan berstrata tidak seimbang telah digunakan untuk memilih sampel
markah murid bagi mengukur hubungan kompetensi guru dengan pencapaian kokurikulum murid.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan soal selidik yang mengandungi item-item bagi mengukur tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru melalui sampel kajian yang telah dipilih serta melihat perkaitan antara
pemboleh ubah-pemboleh ubah mengikut konteks kajian. Instrumen soal selidik diubahsuai daripada beberapa
orang penyelidik daripada bidang yang sama memandangkan tiada instrumen khusus untuk mengukur tahap
kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Soal selidik yang dibina merujuk kepada soal
selidik yang telah digunakan oleh Nur Asmara Diana (2011) dan Yan Fang & Hong Ngee (2013) serta mendapat
bimbingan daripada penyelia. Gabungan soal selidik ini telah diubahsuai dan menghasilkan satu set soal selidik
yang digunakan dalam kajian ini. Terdapat dua bahagian soal selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A mengandungi lima soalan bagi maklumat demografi. Manakala bahagian B terdiri daripada 39 item
untuk mengukur tahap kompetensi guru berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan
sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Skala yang digunakan adalah berdasarkan skala pemeringkatan
Likert dengan poin satu hingga lima untuk menguji setiap konstruk yang dikaji.

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
188

Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item yang digunakan, kajian rintis dijalankan dalam kalangan 30
orang guru-guru sekolah yang tidak terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan nilai
pekali Alpha Cronbach bagi mengukur kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah
seperti berikut:

Jadual 1Nilai pekali Alpha Cronbach Instrumen Kajian

No Aspek penilaian Nilai alpha


1 Pengetahuan guru 0.937
2 Kemahiran guru 0.962
3 Sikap guru 0.906

Jadual 1 menunjukkan bahawa aspek pengetahuan guru (0.937), kemahiran guru (0.962) dan sikap guru (0.906)
mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi.Mohd Majid (1997) menyarankan nilai Alpha Cronbach pada aras
0.7 ke atas sebagai nilai pekali yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Secara keseluruhannya
instrumen yang digunakan bagi mengukur kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum layak
digunakan dalam kajian sebenar. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian program
Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 22.0.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Kajian ini melibatkan seramai 373 orang guru penasihat kokurikulum sekolah menengah di daerah Petaling
Perdana, Selangor.Demografi responden kajian ditunjukkan melalui analisis deskriptif seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2. Profil Demografi Responden Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan


Jantina
Lelaki 96 25.7%
Perempuan 277 74.3%

Umur
25 - 35 Tahun 152 40.8%
36 - 45 Tahun 160 42.9%
46 - 56 Tahun 61 16.4%

Keturunan
Melayu/ Bumiputera 323 92.0%
Cina 1 0.3%
India 26 7.0%
Lain-lain 3 0.8%

Pengalaman mengajar
Kurang dari 3 tahun 46 12.8%
4 hingga 10 tahun 141 37.8%
Lebih dari 10 tahun 186 49.9%

Kehadiran berkursus
Pernah 268 71.8%
Tidak pernah 105 28.2%

Jadual 3 menunjukkan bahawa responden lelaki adalah seramai 96 orang (25.7%) guru dan responden
perempuan pula adalah seramai 277 orang (74.3%) guru. Seterusnya, terdapat seramai 152 orang (40.8%) guru
dengan umur 25 hingga 35 tahun, 160 orang (42.9%) guru dengan umur 36 hingga 45 tahun dan seramai 61
orang (16.4%) guru dengan umur 46 hingga 56 tahun. Demografi responden terdiri daripada 343 orang (92.0%)
guru berketurunan Melayu/ Bumiputera, seorang (0.3%) guru berketurunan Cina, 26 orang (7.0%) guru
berketurunan India dan 3 orang (0.8%) guru terdiri daripada lain-lain keturunan. Seterusnya berdasarkan
pengalaman mengajar menunjukkan bahawa seramai 46 orang (12.3%) guru berpengalaman kurang dari 3
tahun, seramai 141 orang (37.8%) guru berpengalaman 4 hingga 10 tahun dan seramai 186 orang (49.9%) guru
berpengalaman lebih dari 10 tahun. Manakala berdasarkan kehadiran menghadiri kursus pula menunjukkan

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
189

bahawa seramai 268 orang (71.8%) guru menyatakan pernah dan seramai 105 orang (28.2%) guru menyatakan
tidak pernah.

Jadual 3. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan

Bil Kenyataan Min Sisihan Interpretasi


Piawai
1 Saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk 3.90 0.521 Tinggi
melaksanakan aktiviti kokurikulum.
2 Saya tahu tentang perlembagaan persatuan yang saya 3.58 0.584 Sederhana
pimpin.
3 Saya tahu visi dan misi persatuan yang saya pimpin. 3.84 0.489 Tinggi
4 Saya tahu objektif persatuan yang saya pimpin. 4.02 0.486 Tinggi
5 Saya tahu untuk membuat penilaian terhadap 4.38 0.548 Tinggi
penglibatan murid dalam aktiviti persatuan.
6 Saya tahu merekod segala gerak kerja dan kemajuan 4.30 0.529 Tinggi
aktiviti persatuan yang dijalankan dan telah dicapai.
7 Saya tahu membuat rancangan/ takwim tahunan untuk 4.22 0.515 Tinggi
persatuan di bawah pimpinan saya.
8 Saya tahu untuk menyediakan laporan aktiviti 4.13 0.589 Tinggi
persatuan.
9 Saya tahu dalam aspek-aspek keselamatan semasa 4.01 0.607 Tinggi
sesuatu aktiviti dijalankan.
10 Saya tahu tentang undang-undang dan peraturan bagi 3.66 0.831 Sederhana
permainan dan sukan yang saya pimpin.
11 Saya tahu untuk menguruskan penyertaan murid- 3.73 0.777 Tinggi
murid dalam kegiatan pertandingan, lawatan atau
projek yang dijalankan.
12 Saya tahu merancang belanjawan bagi pengurusan 3.87 0.651 Tinggi
kewangan persatuan.
13 Saya tahu menggunakan kemudahan yang ada di 3.98 0.611 Tinggi
sekolah secara optimum.

Keseluruhan 3.97 0.349 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan bahawa setiap item pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada
pada tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah pengetahuan membuat
penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti persatuan (min = 4.38) berada pada tahap tinggi. Manakala
item yang mempunyai min yang paling rendah ialah pengetahuan tentang perlembagaan persatuan yang
dipimpin oleh guru (min = 3.58) berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa
pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi (min = 3.97).

Jadual 4. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek kemahiran
Bil Kenyataan Min Sisihan Interpretasi
Piawai
1 Memimpin dan memberi tunjuk ajar dalam 3.81 0.656 Tinggi
sesuatu aktiviti di bawah pimpinan saya.
2 Mewujudkan suasana yang menyeronokkan serta 3.81 0.635 Tinggi
kreatif dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
3 Melatih murid dalam pengetahuan/ kemahiran 3.84 0.671 Tinggi
asas sesuatu acara kokurikulum.

bersambung…
4 Mengelolakan program atau gerak kerja dalam 3.42 0.794 Sederhana
aktiviti persatuan yang saya pimpin.
5 Memotivasikan murid supaya melibatkan diri 3.72 0.657 Tinggi
dalam aktiviti persatuan.
6 Kemahiran komunikasi interpersonal yang baik 3.99 0.521 Tinggi

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
sambungan…

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)


190

dengan ahli persatuan.


7 Merancang dan menjalankan aktiviti yang 3.75 0.634 Tinggi
pelbagai untuk menarik penyertaan murid.
8 Menyediakan kertas kerja yang komprehensif bagi 3.54 0.738 Sederhana
aktiviti yang ingin dijalankan.
9 Merancang strategi untuk meningkatkan 3.68 0.689 Sederhana
pencapaian murid dalam aktiviti persatuan.
10 Melahirkan murid yang cemerlang dalam 3.56 0.714 Sederhana
pencapaian kokurikulum melalui program yang
saya susun.
11 Membuat penilaian terhadap pencapaian ahli pada 4.08 0.634 Tinggi
setiap penghujung sesi persekolahan.
12 Menyediakan pelan tindakan persatuan yang 3.60 0.663 Sederhana
mantap.
13 Menguruskan pengangkutan, penginapan dan 3.66 0.790 Sederhana
makanan ahli untuk aktiviti persatuan yang
diadakan di luar kawasan sekolah.

Keseluruhan 3.73 0.483 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan bahawa setiap item kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada
pada tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah kemahiran membuat
penilaian terhadap pencapaian ahli pada setiap penghujung sesi persekolahan (min = 4.08) berada pada tahap
tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah kemahiran mengelolakan program atau
gerak kerja dalam aktiviti persatuan yang dipimpin (min = 3.42) berada pada tahap sederhana. Secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada
tahap tinggi (min = 3.73).

Jadual 5. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek sikap

Bil Kenyataan Min Sisihan Interpretasi


Piawai
1 Saya mempunyai kesanggupan untuk meluangkan 3.91 0.698 Tinggi
masa bagi meningkatkan pencapaian dalam
persatuan yang saya pimpin.
2 Saya sanggup melakukan apa sahaja bagi 3.68 0.757 Tinggi
memastikan kejayaan dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum.
3 Saya mempunyai minat terhadap persatuan 3.87 0.705 Tinggi
kokurikulum yang dipertanggungjawabkan kepada
saya.
4 Saya menepati masa apabila melaksanakan aktiviti 3.99 0.563 Tinggi
kokurikulum yang saya pimpin.
5 Saya rasa ada kalanya terbeban apabila 2.41 0.880 Sederhana
mengendalikan aktiviti kokurikulum.
6 Saya menunjukkan kesungguhan dalam 3.98 0.565 Tinggi
melaksanakan aktiviti kokurikulum yang saya
pimpin.
7 Saya memastikan aktiviti persatuan dijalankan 3.98 0.591 Tinggi
mengikut takwim yang ditetapkan.

bersambung…

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
191

sambungan…
8 Saya memastikan kemudahan yang ada di sekolah 4.03 0.586 Tinggi
digunakan secara optimum.
9 Saya sentiasa menggalakkan murid untuk 4.18 0.572 Tinggi
mengembangkan potensi diri dalam aktiviti
kokurikulum.
10 Saya mempunyai inisiatif untuk meningkatkan 4.07 0.570 Tinggi
pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan
kokurikulum.
11 Saya seronok setiap kali mengadakan perjumpaan 3.92 0.518 Tinggi
bersama ahli persatuan.
12 Saya membimbing murid yang lemah supaya 3.75 0.532 Tinggi
mereka tidak disisihkan dalam persatuan.
13 Saya sentiasa mengutip, menandatangani dan 3.82 0.624 Tinggi
merekod semua kad kehadiran ahli pada setiap kali
perjumpaan.

Keseluruhan 3.82 0.371 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan bahawa setiap item sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada
tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah sikap guru yang sentiasa
menggalakkan murid untuk mengembangkan potensi diri dalam aktiviti kokurikulum (min = 4.18) berada pada
tahap tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah sikap guru ada kalanya terbeban
apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum (min = 2.41) berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya
menunjukkan bahawa sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi (min =
3.82).

Berdasarkan analisis yang dibuat, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa tahap kompetensi guru
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah berada pada tahap tinggi (min = 3.84 dan sp =
0.339) seperti Jadual 6 berikut.

Jadual 6. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru


dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap

Kompetensi guru Min Sisihan piawai Interpretasi


Pengetahuan 3.97 0.349 Tinggi
Kemahiran 3.73 0.483 Tinggi
Sikap 3.82 0.371 Tinggi

Keseluruhan 3.84 0.339 Tinggi

Dalam kajian ini, kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum diukur berdasarkan tiga aspek
iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Manakala pencapaian kokurikulum murid diukur berdasarkan
keputusan pencapaian kokurikulum murid Tingkatan 5 di daerah Petaling Perdana bagi tahun 2016 yang
diperoleh dari PPD Petaling Perdana. Analisis kolerasi Pearson dijalankan untuk menentukan hubungan antara
kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Hasil
analisis kolerasi Pearson adalah seperti berikut:

Jadual 7. Hubungan antara kompetensi guru dengan pencapaian kokurikulum murid

Pencapaian Kompetensi
kokurikulum guru
murid
Pencapaian Kolerasi Pearson 1 -.013
kokurikulum murid Sig. (2-hujung) .805
n 373 373
Kompetensi guru Kolerasi Pearson -.013 1
Sig. (2-hujung) .805
n 373 373

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
192

Jadual 7 menunjukkan dapatan ujian kolerasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan kompetensi guru dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Hasil analisis menunjukkan nilai r =
-0.013, n = 373, p = 0.805. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa guru berpendapat mereka mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah
pengetahuan membuat penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti persatuan.Dapatan kajian ini selari
dengan dapatan kajian Nur Asmara Diana (2011) dan Mohamad Najib & Jamaliah (2011) yang mendapati
sampel kajian mereka mempunyai min yang paling tinggi dalam aspek menilai. Hal ini kerana penggunaan
borang penilaian dan cara penilaian yang piawai memudahkan guru-guru menilai murid dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan berdasarkan garis panduan yang jelas dan terperinci. Semakan terhadap buku
rekod penilaian kokurikulum di sekolah dalam kajian yang dijalankan oleh Noor Azzam & Suria (2016)
mendapati terdapat markah yang diperuntukkan untuk murid yang dikumpul melalui kehadiran, jawatan yang
disandang dan juga peringkat pertandingan yang telah dicapai. Ini menunjukkan bahawa guru-guru komited dan
mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membuat penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti
persatuan.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa guru-guru tidak mengambil berat tentang perlembagaan
persatuan yang dipimpin.Ini dapat dilihat melalui item yang mempunyai min yang paling rendah ialah
pengetahuan tentang perlembagaan persatuan yang dipimpin oleh guru berada pada tahap sederhana.Penyelidik
berpendapat guru-guru kurang memahami maksud perlembagaan persatuan yang dipimpin. Perlembagaan
persatuan penting kerana perlembagaan berfungsi sebagai panduan yang menggerakkan persatuan, melicinkan
perjalanan persatuan dan ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan
apabila timbul masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap item kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum berada pada tahap sederhana dan tinggi. Dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian yang
dijalankan oleh Jamalullail & Azhar (2008) tentang faktor-faktor keberkesanan pelaksanaan pengurusan
kokurikulum daripada persepsi guru penolong kanan kokurikulum menunjukkan bahawa guru kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum menghasilkan nilai skor min paling
rendah dalam kajian mereka. Abdul Halim (2005) dalam kajiannya melaporkan bahawa antara masalah-
masalah yang dihadapi guru penasihat ialah kekurangan kemahiran dan pengetahuan bagi mengendalikan
persatuan atau pasukan unit beruniform.Tambah beliau masalah ini timbul akibat daripada kurangnya latihan
yang diperoleh di universiti atau institut perguruan serta kurang pengalaman dalam bidang kokurikulum.

Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah kemahiran membuat penilaian terhadap pencapaian ahli
pada setiap penghujung sesi persekolahan.Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah
kemahiran mengelolakan program atau gerak kerja dalam aktiviti persatuan yang dipimpin berada pada tahap
sederhana.Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran responden dalam mengelolakan program, menyediakan
kertas kerja yang komprehensif, merancang strategi dan melahirkan murid yang cemerlang melalui program
yang disusun masih berada pada tahap sederhana. Hal ini perlu diberi perhatian kerana keberkesanan
pelaksanaan aktviti kokurikulum banyak bergantung kepada guru-guru yang berkelayakan, berkemahiran dan
berpengalaman (Jamalullail & Azhar, 2008); (Ismail Ibrahim, 2007).Justeru, guru-guru perlu didedahkan kepada
program peningkatan profesionalisme dalam bidang kokurikulum bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran
dan pengetahuan untuk menjadikan guru sebagai guna tenaga yang produktif.

Dapatan kajian ini hampir menyamai dapatan kajian oleh Mahamad Amran (2013) yang mengakui bahawa
faktor kelemahan pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah guru tidak mempunyai kemahiran asas dalam
mengendalikan kegiatan kokurikulum. Beliau menjelaskan bahawa kekurangan kemahiran guru dalam
mengelolakan aktiviti merupakan antara penyebab kepada aktiviti yang dijalankan tidak dapat menarik
penglibatan murid dan menjadi punca ketidakhadiran dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini juga menyebabkan
guru-guru gagal menjadi pakar rujuk yang terbaik kepada murid dalam pengendalian aktiviti kokurikulum
(Mohd Nor & Teik Seng, 2012). Perkara ini menjadi faktor murid bosan dan meningkatkan jumlah
ketidakhadiran murid dalam perjumpaan yang diadakan.Penyelidik berpendapat bahawa setiap guru yang telah
mendapat latihan ikhtisas di universiti atau institut perguruan telah mempunyai kemahiran asas untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum.Namun, disebabkan oleh pelantikan dan agihan tugas tidak mengikut
kepakaran dan kemahiran telah menjadi punca guru-guru berasa terbeban dan tidak berminat dengan persatuan
yang dipimpin. Berdasarkan kepada dapatan temu bual hasil kajian oleh Noor Habibah & Mohd Izham (2016),
kejayaan ketiga-tiga sekolah kes adalah disebabkan keupayaan pengetua membuat agihan tugasan mengikut

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
193

kemahiran dan kepakaran para guru. Malah, guru turut diberi peluang untuk memilih unit kokurikulum yang
mereka minat setelah berbincang dengan pengetua.Oleh itu, pemilihan hendaklah dibuat dengan meneliti latar
belakang dan ilmu pengetahuan guru-guru berkenaan dalam bidang kokurikulum bagi memastikan guru benar-
benar kompeten dalam persatuan yang dipimpin.Ini adalah selari dengan Jemaah Nazir Persekutuan (1993) yang
menyatakan bahawa pemilihan guru-guru perlu berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
mereka.

Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap item sikap guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum berada pada tahap sederhana dan tinggi.Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah sikap
guru yang sentiasa menggalakkan murid untuk mengembangkan potensi diri dalam aktiviti kokurikulum berada
pada tahap tinggi.Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah sikap guru ada kalanya
terbeban apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum berada pada tahap sederhana.Secara keseluruhannya
menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat dalam kajian ini bersikap positif dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum iaitu berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini hampir menyamai dapatan kajian yang
dijalankan oleh Yan Fang & Hong Ngee (2013) yang mendapati bahawa secara keseluruhannya guru bersikap
positif terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru-guru menunjukkan tahap kesediaan,
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam mengurus sesuatu aktiviti kokurikulum.Berdasarkan dapatan
kajian mereka, semakin tinggi tahap komitmen dan sikap positif guru, semakin besar sumbangan ke arah
peningkatan prestasi murid dalam program kokurikulum.Ini menunjukkan bahawa sikap positif guru sangat
penting ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum di sekolah.Murid amat memerlukan guru
yang baik dan cekap sebagai pembimbing bagi meningkatkan kualiti serta membawa kepada kejayaan murid.
Untuk menjadi pembimbing yang baik, guru perlu memiliki sifat-sifat seperti kesabaran kesungguhan serta
semangat untuk membantu bagi memajukan murid tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran (Mohamad Najib
& Jamaliah 2011).

Walau bagaimanapun, dapatan kajian Azwan Wamin (2015) menunjukkan bahawa guru menganggap aktiviti
kokurikulum sebagai suatu tugasan yang membebankan. Malah, persepsi guru akan cepat berubah apabila beban
tugas semakin bertambah. Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus dan penting dalam aspek sikap
individu terhadap kerjanya. Aspek sikap guru itu sendiri dilihat dapat mempengaruhi mutu persembahan dan
kualiti tugas guru(Abdul Said & Katriani, 2014). Bebanan kerja yang tinggi akan memberikan rasa tidak puas
hati terhadap kerja yang dilakukan dan akhirnya membawa kepada sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja
akan terhasil (Norashid & Hamzah 2014). Pendapat ini disokong olehIsmail & Mohamad Najib (2003)yang
mendapati bahawa 60.5 peratus reponden dalam kajiannya menunjukkan bantahan dan tentangan terhadap beban
tugas kokurikulum yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah. Responden mengabaikan tugas yang
diberikan kerana menganggap kokurikulum sebagai suatu bebanan.Berdasarkan hasil kajian, pengkaji
berpendapat bahawa guru yang terbeban apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum kurang bersungguh-
sungguh dan tidak bermotivasi dalam melaksanakan tugas mereka. Guru-guru akan mengendalikan aktiviti
kokurikulum sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja bagi memenuhi keperluan tugas yang diamanahkan
kepada mereka. Keadaan ini sekaligus boleh menjejaskan pencapaian kokurikulum murid kerana usaha ke arah
mengembangkan potensi murid ke tahap yang cemerlang tidak begitu dititikberatkan.

Kajian ini mendapati bahawa pencapaian kokurikulum keseluruhan murid Tingkatan 5 di daerah Petaling
Perdana mencatatkan peratusan sebanyak 50.4 peratus iaitu berada pada tahap sederhana. Hasil kajian ini
mengukuhkan lagi dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd Fazli et al. (2013) yang mendapati bahawa
persepsi guru-guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara keseluruhannya berada pada
tahap sederhana. Hasil kajian beliau juga menunjukkan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran sekolah.Semakin baik atau kondusif persekitaran sekolah,
semakin meningkat penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid.Dalam hal ini, peranan guru
penasihat kokurikulum adalah penting untuk mewujudkan satu pencapaian tahap penglibatan kokurikulum
dalam kalangan pelajar yang memuaskan (Mohd Nor & Teik Seng, 2012). Abu Bakar (2007) dalam kajiannya
turut menyokong bahawa peranan guru penasihat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah.Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhannya
mendapati bahawa tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah tinggi, namun
kompetensi guru tidak menunjukkan hubungan dengan pencapaian kokurikulum murid.Penyelidik berpendapat
pencapaian kokurikulum murid agak sukar mencapai ke tahap tinggi kerana penyertaan murid untuk
diketengahkan di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan adalah terhad.Tidak semua murid berpeluang
mewakili sekolah masing-masing melainkan murid tersebut telah digilap bakat sejak dari awal atau guru

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
194

berperanan secara aktif dalam melatih murid sehingga murid benar-benar mampu bersaing di peringkat yang
lebih tinggi.Penyertaan murid juga masih belum mampu meningkatkan pencapaian kokurikulum murid
sekiranya kemenangan tidak diperoleh. Ini kerana pencapaian murid akan meningkat jika murid berupaya
memperoleh tempat dalam setiap pertandingan yang disertai.Kedudukan memperoleh tempat dalam
pertandingan juga diambil kira untuk markah penilaian aktiviti kokurikulum.Oleh yang demikian, pihak sekolah
memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.Berdasarkan hasil dapatan kajian,
beberapa cadangan boleh dipraktikkan bagi meningkatkan pencapaian kokurikulum murid.

Pihak sekolah dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dengan mempelbagaikan program dan aktiviti
dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.Aktiviti yang dijalankan perlu menarik dan sesuai dengan kehendak
murid bagi menggalakkan mereka untuk terus bergerak aktif dalam persatuan atau kelab yang disertai.Aktiviti
yang menarik dan memenuhi kehendak murid dapat meningkatkan kehadiran murid dan seterusnya dapat
meningkatkan peratus markah dalam penilaian aktiviti kokurikulum dari aspek kehadiran murid.Ini kerana aspek
kehadiran murid menyumbang markah tertinggi iaitu 50 peratus dalam penilaian markah kokurikulum.

Selain itu, peningkatan pencapaian kokurikulum murid juga dapat ditingkatkan dengan menghantar penyertaan
murid dalam semua peringkat aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN atau agensi luar yang mendapat
kelulusan JPN.Pihak pentadbir sekolah disarankan supaya tidak menyekat penyertaan murid dalam aktiviti luar
hanya disebabkan masalah kewangan.Oleh kerana masalah kewangan, terdapat sekolah yang tidak menghantar
wakil pasukan sekolah kerana menganggap pasukan tersebut tidak hebat dan mantap serta gagal membawa
kejayaan yang cemerlang. Persepsi ini akan mengakibatkan murid tidak mendapat peluang untuk mencungkil
bakat dan sekaligus menghalang penglibatan murid untuk mewakili sekolah.

Kebanyakan sekolah mengalami masalah kekurangan guru pakar atau jurulatih dalam bidang-bidang tertentu
untuk mengemudi persatuan serta kelab yang dipimpin.Oleh itu, pihak sekolah perlu bijak mencari alternatif
untuk bekerjasama dan berhubung dengan agensi luar bagi mendapatkan tenaga pakar yang boleh membantu
pihak sekolah melatih murid dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.Pihak sekolah juga boleh menggunakan
khidmat sarana ibu bapa bagi membantu pihak sekolah dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan dan pencapaian murid juga banyak dibantu oleh guru-guru yang memimpin persatuan atau
kelab.Justeru, bagi memantapkan kompetensi guru dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah, PPD dan JPN
perlu menyediakan latihan dalam perkhidmatan secara berterusan bagi membantu guru-guru meningkatkan
tahap kompetensi dalam bidang kokurikulum. Pihak sekolah boleh merancang mengadakan latihan dalam
perkhidmatan seperti cara mengelolakan pertandingan atau program bagi memantapkan lagi kemahiran sedia
ada guru. Motivasi dan penghargaan kepada guru secara berterusan juga perlu bagi memberi semangat untuk
guru-guru terus aktif membimbing murid ke arah kejayaan yang cemerlang.

Tahap kompetensi guru yang tinggi masih belum mampu memberikan pencapaian kokurikulum yang cemerlang
di sekolah.Peningkatan pencapaian kokurikulum murid juga bergantung kepada kebolehan, kesungguhan dan
bakat yang ada pada seseorang murid.Selain itu, pihak sekolah turut sama memainkan peranan penting dalam
menggerakkan murid untuk bergiat aktif serta menggalakkan penyertaan murid sebanyak yang boleh dalam
aktiviti kokurikulum bagi membantu meningkatkan pencapaian kokurikulum murid ke tahap tinggi. Justeru,
untuk kajian lanjutan dicadangkan agar mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan murid
dalam bidang kokurikulum di sekolah yang dikategorikan cemerlang dalam pencapaian kokurikulum sangat
sesuai dijalankan supaya usaha-usaha menambahbaik pengurusan dan pengelolaan aktiviti dapat ditingkatkan.

KESIMPULAN
Pelaksanaan kokurikulum yang berkesan bergantung sepenuhnya pada kewibawaan guru penasihat yang
memimpin setiap unit kokurikulum di sekolah (Nur Asmara Diana 2011). Justeru, guru perlu memberi
keutamaan dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum kerana kokurikulum merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan kini.Kecenderungan dan sikap guru yang optimis serta kreatif dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum dapat meningkatkan penglibatan murid malah membantu murid untuk mencapai tahap cemerlang
dalam bidang kokurikulum.Murid memerlukan seseorang yang dapat memimpin dan memandu mereka
menjalankan aktiviti kokurikulum dan seterusnya memantau segala bentuk kegiatan mereka agar gerak kerja
kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sempurna.Fauziah Mohd Sarjan et al. (2010) mengakui bahawa
penglibatan guru secara aktif penggerak kepada peningkatan penglibatan murid sama ada murid baik atau lemah
dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Kajian ini diharapkan dapat memberi input dan membantu semua
pihak khususnya pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum di sekolah masing-masing. Pihak sekolah juga dapat merancang kaedah dan cara untuk

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
195

meningkatkan kompetensi guru bagi memastikan pencapaian yang memberangsangkan dalam kalangan murid
dapat dicapai. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak kementerian untuk merancang
strategi dan program di sekolah-sekolah agar memberi ruang dan peluang kepada murid agar cemerlang dalam
bidang kokurikulum. Kecemerlangan murid dalam bidang kokurikulum bukan sahaja dapat melahirkan murid
yang berpotensi malah matlamat melahirkan murid yang holistik serta seimbang dari segi intelek, emosi,
jasmani dan rohani juga dapat dicapai.

Rujukan
Abdul Halim Abdul Malik. (2005). Faktor-faktor Penghalang Dalam Pengurusan Kokurikulum Di Sebuah
Sekolah Menengah Di Melaka.
Abdul Said Ambotang, & Katriani Maijohn. (2014). Kajian Persepsi Guru Terhadap Agihan Tugas dan
Kepuasan Kerja. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers), 5, 19–33.
Abu Bakar Mohd Hussin. (2007). Kedudukan Kokurikulum di Sekolah: Persepsi Guru dan Pelajar.
Azwan Wamin. (2015). Hubungan Antara Sikap Guru Terhadap Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh di
Negeri Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Buley-Meissner, M. . (2000). The Academy and the Possibility of Belief. Cresskill Hampton Press, Inc.
Creswell, J. W. (2002). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And
Qualitative Research. (N. Upper Saddle River, Ed.). Merrill/ Prentice Hall.
Fauziah Mohd Sarjan, Fatimah Mohd Sarjan, Siti Mizarina Ghazali, & Mohd Noor Hashim. (2010). Penglibatan
Guru Secara Aktif Meningkatkan Penyertaan Pelajar Menerusi Penilaian 10 Peratus Markah Kokurikulum
Melalui Persatuan Kemahiran Hidup: Tinjauan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar, Batu
Pahat, Johor (pp. 379–395).
Hay McBer. (1996). Scaled Competency Dictionary. Boston: Hay McBer.
Ismail Ibrahim. (2007). Amalan Pengurusan Kokurikulum Di Kalangan Guru-guru Di Salah Sebuah Sekolah
Menengah Di Daerah Baling, Kedah.
Ismail Md Yatim, & Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2003). Pengaruh Beban Tugas Guru Terhadap Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah: Satu Kajian Deskriptif di Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor. Universiti
Teknologi Malaysia.
Jamalullail Abdul Wahab, & Azhar A. Kadir. (2008). Faktor-faktor Keberkesanan Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Daripada Persepsi Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah
Hulu Langat, Selangor. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18(1), 21–36
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. (1993). Laporan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Penyelesaian
Masalah dalam Matematik KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jane Teng Yan Fang, & Chuah Hong Ngee. (2013). Teachers’ Attitudes towards Co-curricular Activities in
Selected Schools. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 3(2), 60–70.
Krejcie, R. V., & Morgan. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and
Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Mahamad Amran Kamsi. (2013). Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu
dan Cadangan Penyelesaian. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian.
Mohamad Najib, & Jamaliah Jalaludin. (2011). Komitmen Guru-guru Terhadap Pengurusan Kokurikulum di
Sekolah-sekolah Kebangsaan Negeri Johor. Skudai, Johor.
Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Ke Arah Perkembangan
Kerjaya Guru-guru Novis Di Malaysia. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke
14, Institut Aminuddin Baki.
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia,
38(2), 1–9.
Mohd Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nor Jaafar, & Kung Teik Seng. (2012). Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum. In Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA
pada 7 - 9 Oktober 2012 (pp. 1–11). Hotel Puteri Pasific, Johor Baharu.
Mook Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang
Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menengah Harian. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 3(3), 17–43.
Noor Habibah Kaderan, & Mohd Izham Hamzah. (2016). Amalan-amalan Terbaik Pengetua dalam Proses
Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah di Malaysia. In International Conference on Education and
Regional Development 2016 (pp. 580–591).
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Norashid Othman, & Hamzah Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
196

Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers), 5, 33–57.
http://doi.org/ISSN 1985-3637
Nor Suhara Fadzil, & Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan di Sekolah
Menengah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference
UPI & UPSI (pp. 8–10).
Nur Asmara Diana Abdullah. (2011). Kompetensi Guru Dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruhaiza Rusmin. (2007). Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: News Starits Times Press (M)
Bhd.
Sekaran, & Bougie. (2010). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. Great Britain: John
Wiley & Sons Ltd.
Sutton, F. . (2004). Employer Assessment of Work-Related Competencies and Workplace Adaption of Recent
Cooperative Education Engineering Graduates. University of Louisville.
Zikmund, W. . (2003). Business Research Methods. Ohio: Thompson South-Western.

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

You might also like