Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP KONTEKS & PROSES LATIHAN

MENGAJAR/PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN, FAKULTI


PENDIDIKAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Mohamad Fuad Bin Ishak, Sapie Bin Sabilan, Suhana Bt Mohamed Lip, Zetty Nurzuliana Bt
Rashed & Suziana Hanini Bt Sulaiman

Fakulti Pendidikan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap latihan
mengajar/praktikum program-program Diploma Perguruan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Terdapat tiga fokus utama kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi
guru pelatih terhadap matlamat praktikum yang dilaksanakan. Seterusnya mengenal pasti
persepsi guru pelatih terhadap strategi pelaksanaan praktikum yang dijalankan dan
mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang dilakukan oleh
pensyarah dan guru pembimbing di sekolah. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang telah diberikan kepada seramai
141 orang guru pelatih daripada 604 orang sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada
pelajar sepenuh masa yang telah menjalani latihan mengajar dalam tempoh bermula tahun
2011 sehingga 2014. Data-data yang diperoleh dari soal selidik di analisis mengikut
peratusan dan min dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Science Social
(SPSS 22.0). Hasil kajian menunjukkan bahawa Guru-guru pelatih berpandangan dan
memperakui bahawaprogram praktikum Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan Kolej
Universiti Antarabangsa Selangor yang mereka laksanakan telah dapat mencapai matlamat
praktikum yang digariskan. Guru-guru pelatih juga bersetuju dan memperakui bahawa
strategi perlaksanaan praktikum yang dilaksanakan adalah baik. Selain itu, guru-guru
pelatih juga memperakui proses bimbingan oleh pensyarah dan guru di sekolah adalah baik
namun terdapat kelemahan dari aspek bantuan guru pembimbing kepada guru pelatih dan
perbezaan standart bimbingan antara guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.

Kata kunci : Persepsi, Guru-guru pelatih & Latihan Mengajar/Praktikum,

PENGENALAN

Latihan mengajar/praktikum merupakan salah satu komponen asas yang perlu dilengkapkan
oleh guru-guru pelatih program Diploma Perguruan Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor. Ia penting bagi seseorang guru pelatih sebelum mereka menjadi guru sebenar
dalam sistem pendidikan (Funk & Hoffman, 1982 ; Glikck Man & Bey, 1990 ; Abdul Rauf &
T. Subahan 1991; Hill & Brodin, 2004). Latihan ini memerlukan guru-guru pelatih untuk
mengaplikasikan segala ilmu bidang dan ilmu pedagogi yang telah dipelajari.
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Melalui latihan mengajar/praktikum selama 12 minggu, guru pelatih diharap akan dapat
menunjuk dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan
serta cuba menggunakan segala teori yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus
pendidikan seperti ilmu pendidikan, pedagogi, kurikulum dan ilmu bidang masing-masing.
Sebelum berpraktikum, guru pelatih akan menjalankan satu kajian (Rancangan Orentasi
sekolah) yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai komuniti sistem dan budaya
sekolah (Abdul Hakim Abdullah, 2014) Guru pelatih boleh mengembangkan kecekapan dan
kemahiran mengajar dengan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dalam
pelbagai situasi pengajaran. Semasa pengajaran berlaku, guru pelatih seharusnya meneroka
dan mempraktikkan ilmu pengetahuan untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini membolehkan guru pelatih mengetahui teori pembelajaran yang
digunakan bersesuaian dengan pengetahuan dan aras kefahaman murid. Di samping itu,
latihan mengajar/praktikum yang dilaksanakan di sekolah membolehkan guru pelatih merasai
pengalaman sebenar sebagai seorang guru dan dapat mengenal pasti serta menyelesaikan
masalah atau isu pengajaran dan pembelajaran. Program latihan mengajar/praktikum ini juga
dapat membina sifat jati diri dan sikap positif guru pelatih serta dapat menghayati nilai-nilai
dalam profesion keguruan.

PENYATAAN MASALAH

Latihan mengajar/praktikum fakulti pendidikan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak


tahun 2010. Ia melibatkan guru-guru pelatih daripada tiga program diploma iaitu Diploma
Perguruan (Pendidikan Islam), Diploma Perguruan TASL (Teaching Arabic as a second
Language) dan Diploma Perguruan TESL (Teaching English as a Second Language). Para
pelajar yang mengikuti program Diploma Perguruan di Fakulti Pendidikan KUIS wajib
menjalani kursus praktikum di sekolah yang ditetapkan bagi melengkapkan program diploma
perguruan yang diikuti. Sebelum para pelajar melaksanakan praktikum, menjadi syarat wajib
bagi pelajar sepenuh masa untuk melengkapkan kursus-kursus wajib dalam dan pra syarat
praktikum.

Tujuan praktikum ialah untuk melahirkan guru sekolah dan bukan semata-mata guru bilik
darjah. Oleh kerana itu, praktikum harus dilihat dan dilaksanakan secara menyeluruh dan
bersepadu yang melibatkan usaha sama antara Fakulti Pendidikan dan sekolah. Program
latihan mengajar/praktikum yang dilaksanakan di Fakulti Pendidikan KUIS terbahagi kepada
dua bahagian iaitu:
i. Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai persediaan bagi
pelajar sebelum menjalani praktikum.
ii. Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah.

Manakala penglibatan pihak sekolah dan institusi-institusi berkenaan dalam pelaksanaan


praktikum dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara KUIS dengan
sekolah/institusi pendidikan lain, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan
(ownership) den mengukuhkan konsep pemuafakatan (partnership) bagi membantu
perkembangan profesionaIisme keguruan. Program Latihan Mengajar menyediakan peluang
bagi pelajar mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilken
teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri. Melalui pengalaman ini danproses refleksi,
pelajar akan menghasilkan ilmu binaan (situational knowledge) yang menjadi asas kepada

13
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

pembinaan ilmu profesional keguruan. Melalui program latihan praktik dan sistematik yang
berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan
mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang
berkesan.Dalam pelaksanaan praktikum ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada
penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta
kepakaran antara Fakulti Pendidikan KUIS dan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan
praktikum. Pemuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan
sekolah terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme guru.

Komponen utama yang perlu ada dalam praktikum ialah rancangan orientasi sekolah (ROS),
Pengajaran dan pengalaman bilik darjah, Pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah dan
Pembinaan sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.Bagi guru pelatih diploma
perguruan sepenuh masa, mereka akan menjalani ROS di sekolah yang telah ditetapkan oleh
Fakulti Pendidikan, KUIS selama 2 minggu dan latihan mengajar selama 12 minggu. Pihak
fakulti akan bekerja sama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk proses
penempatan guru pelatih di sekolah-sekolah bawah pentadbiran mereka. Seterusnya taklimat
diberikan kepada guru-guru pelatih, guru-guru pembimbing dan pensyarah-pensyarah
pembimbing berkaitan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Garis panduan ROS dan
Praktikum diberikan kepada guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah supaya matlamat
program praktikum dapat dicapai. Penempatan guru pelatih dibuat secara permuafakatan di
antara fakulti, sekolah dan agensi lain yang berkaitan.Tempoh pelaksanaan adalah selama 12
minggu. Manakala bilangan waktu mengajar yang ditetapkan adalah 10 hingga 12 waktu
seminggu.

Latihan mengajar membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,
kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Latihan
mengajar juga membantu perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan
diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Namun sepanjang tempoh praktikum
yang dijalankan, terdapat beberapa orang guru pelatih yang melakukan beberapa kesalahan
praktikum dan lupa terhadap tujuan mereka berpraktikum di sekolah.

Berdasarkan rekod daripada Ketua Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan dan
penyelaras praktikum terdapat beberapa orang guru pelatih telah melakukan kesalahan.
Mereka telah diberikan notis amaran dan tunjuk sebab atas kesalahan-kesalahan yang
dilakukan seperti tidak menyediakan rekod persediaan, refleksi dan lewat hadir ke sekolah.
Bahkan terdapat juga guru pelatih tidak menghabiskan sesi praktikum mengikut jadual yang
ditetapkan selama 12 minggu. Perkara-perkara ini merupakan faktor utama kemerosotan
pencapaian tugas dalam perkhidmatan awam sebagai sorang guru apabila mereka menjawat
jawatan tersebut (Siddique, 2006) sehingga guru-guru baru khususnya, lupa matlamat untuk
mendidik dan menghabiskan banyak masa dengan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan
dengan pendidikan untuk mengejar kekayaan, kemegahan dan pangkat (Ariffin & Nor’Aini,
2002). Oleh itu, memahami matlamat praktikum semasa latihan mengajar amat penting bagi
melahirkan guru yang memahami tanggungjawab dan tugas sebagai guru.

Terdapat juga permasalahan guru pelatih yang dinyatakan dalam kajian yang lepas. Arif
Saricoban (2010) menyatakan beberapa permasalahan guru pelatih seperti kurangnya bahan
dan peralatan pengajaran dan pembelajaran, buku teks yang kurang menepati keperluan
pelajar dan kurikulum yang kurang menepati keperluan pelajar. Pengalaman pengajaran
dalam tempoh praktikum yang ditetapkan masih belum cukup untuk menjadi guru yang

14
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

sebenar dan perlu usaha berterusan untuk perkembangan profesion keguruan (Abdul hakim
Abdullah, 2014).

Selain isu guru perlatih, permasalahan praktikum juga berlaku dikalangan pensyarah dan guru
pembimbing. Guru pelatih menyatakan bahawa mereka kurang menyenangi dan tidak
mendapat bimbingan yang baik daripada pensyarah dan guru pembimbing di sekolah kerana
kesibukan tugas yang lain.(Mohamad fauzi hamid, 2003; Boz & Boz, 2006). Permasalahan
lain yang berlaku ialah melibatkan strategi pelaksanaan pentadbiran praktikum yang
diuruskan oleh pihak fakulti. Ia meliputi penetapan tempoh masa praktikum, penempatan di
sekolah rendah agama negeri, taklimat dan panduan kepada guru pelatih dan kerjasama pihak
sekolah atau jabatan pendidikan negeri dalam pelaksanaan praktikum.

Bimbingan secara klinikal dalam penyeliaan pengajaran telah wujud sejak lahirnya sistem
pelajaran yang meluas. Berbagai bentuk penyeliaan telah diamalkan, berasaskan andaian-
andaian tertentu. Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, dengan
penulisan dan amalan Cogan (1973) dan Goldhammer (1969). Pada peringkat awal, mereka
mengutarakan idea bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan
penyeliaan melalui kegiatan-kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk “merawat”
kelemahan-kelemahan dalam pengajaran guru yang telah dikenal pasti setelah mereka
diperhatikan semasa mereka menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh
dikatakan sebagai proses pembetulan. Fokus bimbingan adalah kepada teknik pengajaran dan
tidak secara langsung kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses ialah data yang
konkrit yang didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran
dan bukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan.

Ia merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri seperti pemerhatian pengajaran


secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar
dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran. Kualiti guru pelatih dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat diawasi, dididik dan dipertingkatkan oleh pensyarah atau guru
pembimbing. Semasa penyeliaan dibuat, segala perlakuan guru sama ada positif atau negatif
akan dicatat, tidak kira perbuatan, pertuturan atau tabiat. Cara ini memastikan guru mendapat
maklum balas yang jelas dan segera daripada penyelia tentang kekuatan dan kelemahannya.
Laporan dan teguran yang berterus terang daripada penyelia membolehkannya membaiki
pengajarannya. Pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan guru pelatih bersama-sama
akan dapat berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran,memperkembangkan
potensi dan kemahiran serta mempertingkatkan kualiti guru pelatih dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Maklum balas daripada guru pembimbing, pensyarah dan guru pelatih dijadikan sebagai
ukuran untuk penambahbaikan dan memberi peluang antara mereka untuk membuat
keputusan tentang amalan-amalan yang boleh diteruskan, disemak semula dan perubahan
yang perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Langkah-
langkah dalam aktiviti bimbingan dalam pencerapan klinikal seperti persidangan pra
pemerhatian, pemerhatian di bilik darjah, analisis selepas pemerhatian, sidang pasca
pemerhatian dan analisis sidang pasca pemerhatian.

Segala permasalahan yang berlaku mempunyai implikasi terhadap guru pelatih, institusi
pendidikan dan profesion keguruan. Sehubungan itu, kajian perlu dilakukan dari sudut
persepsi guru pelatih yang bertujuan menambah baik latihan mengajar dalam program

15
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Diploma Perguruan (TASL), Diploma Perguruan (TESL) dan Diploma Perguruan Pendidikan
Islam.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru pelatih terhadap latihan mengajar/praktikum
program Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS). Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa objektif khusus ditetapkan dalam
kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti persepsi guru pelatih terhadap konteks berkaitan perlaksanaan


matlamat praktikum.
2. Mengenalpasti persepsi guru pelatih terhadap konteks berkaitan strategi
perlaksanaan praktikum.
3. Mengenalpasti persepsi guru pelatih terhadap proses berkaitan bimbingan dalam
penyeliaan praktikum.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

a. Apakah persepsi guru pelatih terhadap pencapaian matlamat perlaksanaan latihan


mengajar/ praktikum?
b. Apakah persepsi guru pelatih terhadap strategi perlaksanaan praktikum?
c. Apakah persepsiguru pelatih terhadap tahap bimbingan dalam penyeliaan pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing?

BATASAN KAJIAN

Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan.


1. Persepsi berkaitan konteks dan proses Latihan mengajar Program Diploma
Perguruan melibatkan pencapaian matlamat, strategi pelaksanaan praktikum dan
proses bimbingan dan penyeliaan guru pelatih di sekolah.
2. Kajian tertumpu kepada persepsi guru pelatih terhadap penilaian konteks dan proses
pelaksanaan latihan mengajar program Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan
KUIS.
3. Responden kajian ini adalah guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS secara
sepenuh masa.
4. Kajian ini tidak mengkaji persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran di
peringkat sekolah menengah di negeri Selangor.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengunakan kaedah tinjauan dalam bentuk kuatitatif. Data yang dikumpul dan
dianalisis daripada pelbagai tempat lapangan. Menurut Merriam (1998) dalam Kamarul Azmi

16
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

(2010), data seperti ini dapat meningkatkan lagi kesahan luaran atau generalisasi dapatan
kajian. kajian ini menggunakan menggunakan instrumen soal selidik terhadap guru pelatih
kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohamad Najib, 1999)yang
bertujuan untuk mencapai keseluruhan objektif kajian iaitu mengenalpasti persepsi guru
pelatih terhadap konteks berkaitan perlaksanaan matlamat praktikum, strategi perlaksanaan
praktikum dan proses berkaitan bimbingan dan penyeliaan praktikum program-program
Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan. Ia bertujuan untuk melihat permasalahan yang
berlaku ketika pelaksanaan praktikum di sekolah.

Data-data ini dianalisis secara deskriptif (Mohamad Najib Abdul Ghafar 1999) untuk
menghasilkan dapatan yang kemudian digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian
dalam persepsi guru pelatih terhadap konteks yang melibatkan kesesuaian aspek matlamat
dan dan sttategi pelaksanaan praktikum. Seterusnya persoalan persepsi proses yang dikaji dari
aspek bimbingan/penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing di sekolah.

Dapatan kajian yang diperolehi boleh dijadikan panduan atau asas kepada Fakulti Pendidikan,
KUIS dalam mengesan keberkesanan program latihan guru/praktikum yang disediakan bagi
tujuan pemantapan dan penambahbaikan.Selain itu, hasil kajian ini juga akan memberikan
indikator dari sudut pandangan guru pelatih dalam mengesan pencapaian matlamat dan
strategi pelaksanaan praktikum serta tahap bimbingan dan penyeliaan kepada guru-guru
pelatih di sekolah. Hasil dari kajian dan cadangan yang dikemukan akan memberikan ruang
penambahbaikan kepada pihak Fakulti Pendidikandan memperbaiki kelemahan-kelemahan
serta memantapkan lagi pelaksanaan latihan guru dan praktikum sedia ada.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Dalam kajian ini, populasi adalah terdiri 604 orang daripada guru pelatih sepenuh masa yang
mewakili pelajar Diploma Perguruan Pendidikan Islam, TESL dan TASL yang telah
menjalani latihan praktikum bermula daripada Januari 2011 sehingga Januari 2014. Manakala
sampel ialah ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan
parameter populasi. Maka dengan menggunakan Jadual Krejcie, R.V dan Morgan (1970),
(education and psikologi measurement) 1000 populasi :120 sampel, maka kajian ini
mengambil sampel sebanyak 141 orang bagi pelajar kohort 1 hingga kohort 7 program
Diploma Perguruan (TASL), Diploma Perguruan (TESL) dan Diploma Perguruan
(Pendidikan Islam) yang telah ditempatkan praktikum mereka di Sekolah Rendah Agama,
Sekolah Rendah Agama Integrasi dan sekolah Kelas Asas Fardu Ain Jabatan Agama Islam
Selangor serta dua sekolah rendah agama di wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan satu
sekolah rendah agama di Putrajaya. Uma 2003 menyarankan penggunaan jadual Krejcie dan
Morgan (1970) sebagai model terbaik dalam membuat saiz sampel.

INSTRUMEN KAJIAN

Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan instumen soal selidik yang diedarkan
kepada responden. Ia bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih menyeluruh dan
melibatkan responden yang lebih ramai bagi membuat penilaian terhadap latihan mengajar
program diploma perguruan (Sabitha Marican 2005). Manakala cadangan jawapan yang
dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat (Mohamad Najib 1999).

17
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik yang
menggunapakai model penilaian(CIPP) Stufflebeam, D.L. (2000).

Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian
A ialah latarbelakang responden, manakala bahagian B pula aspek persepsi melalui penilaian
oleh responden berdasarkan konteks dan proses. Bahagian A merupakan demografi
responden atau guru-guru pelatih yang dibina untuk mendapatkan maklumat berkaitan
jantina, umur, program pengajian yang diambil, taraf pendidikan, pencapaian Himpunan
Purata Nilai Gred (HPNG) terakhir, status pengulangan kursus atau semester pengajian,
pembiayaan pengajian terakhir dan nama dan alamat sekolah praktikum. Maklumat berkaitan
program pengajian yang diambil diperlukan kerana pengkaji menilai tiga program yang
ditawarkan iaitu Diploma Perguruan Pendidikan Islam, Diploma Perguruan (TESL) dan
Diploma Perguruan (TASL). Manakala maklumat pencapaian Himpunan Purata Nilai Gred
(HPNG) terakhir dan status pengulangan kursus atau semester pengajian diperlukan untuk
melihat faktor pencapaian akademik dalam penilaian Latihan Praktikum guru-guru pelatih.
Selain itu, faktor tajaan pengajian juga diambil kira dala menilai faktor bebanan terdahap
guru-guru pelatih dan maklumat sekolah pula untuk melihat faktor kemudahan frasarana,
sistem pentadbiran dan kelayakan guru ikhtisas, status sekolah bandar dan luar bandar di
sekolah Rendah agama (SRA), Sekolah Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) dan Sekolah Rendah
agama Intergrasi (SRAI) bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Bahagian B pula menilai dari dua aspek utama iaitu persepsi terhadap konteks dan proses
latihan mengajar/praktikum yang dijalankan. Aspek konteks bertujuan menilai persepsi guru
pelatih terhadap matlamat dan strategi pelaksanaan praktikum. Manakala persepsi terhadap
proses dalam praktikum bertujuan melihat tahap bimbingan daripada guru-guru pembimbing
dan pensyarah-pensyarah pembimbing. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden
secara terus. Semua maklumat yang telah diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan
telah ditukar dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan Statistical Package For Science
Social (SPSS 22.0). Perangkaan ini telah diproses dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan
kajian.

Pengkaji menggunakan Pentaksiran skor min untuk menganalisa data-data yang didapati dari
instrumen soal selidik ini. Pentaksiran skor min adalah berasaskan pentaksiran Nunnaly dan
Bernstein (1994) dengan mengintepretasikan min persepsi guru pelatih terhadap item yang
dikemukakan kepada mereka.

Jadual 1 : Jadual Penentuan Min


BIL NILAI MIN ARAS
1 4.01 hingga 5.00 Tinggi
2 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
3 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
4 1.00 hingga 2.00 Rendah
Sumber : Nunnaly & Bernstein (1994)

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dilaksanakan bagi
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Ianya juga bertujuan mendapatkan
maklum balas mengenai kemungkinan pelajar menghadapi masalah dalam memahami ayat
yang terkandung dalam instrumen kajian. Menerusi kajian rintis, kefahaman guru praktikum
18
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

berkenaan arahan dan bahasa yang digunakan dalam set soal selidik boleh dikenal pasti.
Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang guru pelatih Fakulti Pendidikan, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Bagi mendapatkan nilai ketekalan item dalam instrumen yang dibuat, nilai Alpha berasaskan
keefisienan Cronbach digunakan (Kamarul Azmi 2010). Ia merupakan kaedah pengukuran
nilai kebolehpercayaan yang selalu digunakan bagi set soal selidik. Maka bagi tujuan kajian
ini, klasifikasi indeks kebolehpercayaan oleh Babbie (1990) serta digunakan oleh Azhar
Ahmad (2006) dan Kamarul Azmi (2010).

Jadual 2 : Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Alpha Cronbach


Indikator Nilai Alpha Cronbach
Sangat Tinggi > 0.90
Tinggi 0.70-0.89
Sederhana 0.30-0.69
Rendah < 0.30
Sumber : Kirk (1984) dan Babie (1992)

Hasil analisis yang dilakukan mendapati nilai pekali alpha bagi tahap kebolehpercayaan
borang soal selidik yang digunakan adalah tinggi melebihi 0.70. Dapatan ini dinyatakan
seperti dalam jadual dibawah.

Jadual 3 : Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach Instrumen Persepsi


Latihan Mengajar Guru

Bahagian B Bilangan Item Nilai Alpha


Penilaian Konteks 8 0.748
Penilaian Proses 6 0.750

Hasil analisis kebolehpercayaan alpha cronbach mendapati penilaian konteks berada pada
nilai alpha 0.758 (Tinggi) dan penilaian proses berada pada nilai alpha 0.750 (Tinggi).

ANALISIS DATA & DAPATAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mengenal
pasti persepsi guru pelatih Diploma Perguruan Bahasa Arab (TASL), Diploma Perguruan
(TESL) dan Diploma Perguruan Pendidikan Islam (FP) terhadap program praktikum yang
dilaksanakan. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai
digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Taksiran skor
min dan kekerapan digunakan bagi menentukan tahap persepsi guru pelatih dalam latihan
mengajar.

19
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

a. Profil Latar Belakang Responden Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 141 orang guru pelatih Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor dari beberapa buah sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Latar
belakang sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 4 : Profil latar belakang responden kajian.


Demografi Kekerapan Peratusan
Umur
16-20 tahun 21 14.9%
21-25 tahun 115 81.6%
26-30 tahun 2 1.4%
31-35 tahun 3 2.1%
Jantina
Lelaki 32 22.7%
Perempuan 109 77.3%

Program
Diploma Perguruan (TASL) 7 5.0%
Diploma Perguruan (TESL) 34 24.1%
Diploma Perguruan (PI) 100 70.9%

Taraf Pendidikan
SPM 32 22.7%
STPM/STAM 4 2.8%
Diploma 105 74.5%

Pernah Mengulang Kursus


46 32.6%
Tidak 95 67.4%

Jadual 4 menunjukkan bahawa dalam kajian ini melibatkan seramai 21 orang (14.9%) guru
yang berumur 16-20 tahun, dan 115 orang (81.6%) guru yang berumur 21-25 tahun
selebihnya 2 orang yang berumur 26-30 tahun (1.4%) dan 3 orang (2.1%) guru yang
berumur 31-35. Seramai 32 orang guru lelaki (22.7%) dan 109 orang guru perempuan
(77.3%). Selanjutnya seramai 7 orang guru yang mengikuti program sebagai Diploma
Perguruan (TASL) (5.0%) dan 34 orang guru (24.1%) dengan program Diploma Perguruan
(TESL), serta seramai 100 orang berpendidikan dengan jurusan Diploma Perguruan Islam
(PI) (70.9%). Seterusnya beberapa orang guru juga pernah mengulang kursus, iaitu 46 orang
guru (32.6%) menyatakan pernah mengulang kursus dan seramai 95 orang guru (67.4%)
menyatakan tidak pernah mengulang kursus.

b. Persepsi Guru Pelatih terhadap Konteks Berkaitan Pencapaian Matlamat


Praktikum

Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
tahap persepsi guru pelatih terhadap matlamat latihan mengajar. Hasil analisis deskriptif
tersebut seperti Jadual 6.2 berikut.

20
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Jadual 5 :Persepsi Guru Pelatih Terhadap Matlamat ProgramPraktikum

Bil Item 1 2 3 4 5 Min S.P Interprestasi


1 Matlamat program perguruan - - 4 44 93 Tinggi
adalah untuk mempraktikkan (2.8%) (31.2%) (66.0%) 4.63 0.54
peranan guru sebagai Mu’allim,
Murabbi, Mudarris, Muaddib,
Mubaligh dan Mursyid.

2 Matlamat praktikum ialah guru - - 6 41 94 4.62 0.57 Tinggi


pelatih dapat mengamalkan (4.3%) (29.1%) (66.7%)
pengetahuan, kemahiran dan
nilai keguruan secara reflektif
dalam situasi sebenar bilik
darjah.

3 Matlamat praktikum sesuai - - 4 52 85 4.57 0.55 Tinggi


dengan keperluan Diploma (2.8%) (36.9%) (60.3%)
Perguruan di Fakulti
Pendidikan, KUIS.

4 Matlamat praktikum sesuai - - 6 55 80 4.52 0.58 Tinggi


dengan Falsafah Pendidikan (4.3%) (39.0%) (56.7%)
Kebangsaan.
Purata skor min 4.58 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan bahawa setiap item dalam persepsi terhadap matlamat dan hasil
pembelajaran praktikum atau program berada pada tahap tinggi. Item yang mempunyai min
yang paling tinggi ialah matlamat program perguruan adalah untuk mempraktikkan peranan
guru sebagai mu’allim, murabbi, mudarris, muaddib, mubaligh dan mursyid (min = 4.63; SP
= 0.54). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 93 orang (66.0%)
guru menyatakan sangat setuju, seramai 44 orang (31.2%) guru menyatakan setuju, seramai
empat orang (2.8%) guru menyatakan sederhana setuju. Manakala item yang mempunyai min
yang paling rendah ialah matlamat praktikum sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(min = 4.52; SP = 0.58). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 80
orang (56.7%) guru menyatakan sangat setuju, seramai 55 orang (39.0%) guru menyatakan
setuju, seramai 6 orang (4.3%) guru menyatakan sederhana setuju. Persepsi berkaitan item
matlamat praktikum menunjukkan berada pada tahap tinggi dengan (min 4.62SP = 0.57).
Seramai 94 orang (66.7%) sangat bersetuju, 41 orang (29.1%) bersetuju dan 6 orang (4.3%)
sederhana setuju dengan kenyataan yang dinyatakan. Manakala item Matlamat praktikum
sesuai dengan keperluan Diploma Perguruan di Fakulti Pendidikan, KUIS di tahap yang
ketiga dengan (min 4.57SP = 0.55). Seramai 85 orang responden (60.3%) sangat bersetuju,
52 (36.9%) orang bersetuju dan 4 (2.8%) sederhana setuju.
Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru pelatih program Diploma Perguruan KUIS
bersetuju bahawa praktikum mencapai matlamat yang diharapkan. Aspek mempraktikkan
peranan guru sebagai Mu’allim, Murabbi, Mudarris, Muaddib, Mubaligh dan Mursyid sangat
penting dalam melahirkan generasi berilmu dan beriman selaras dengan item yang keempat
iaitu matlamat praktikum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu,
latihan mengajar di sekolah memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan
dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran generik dan membentuk sikap serta

21
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

nilai keguruan secara reflektif sesuai dengan profesion guru (Heppner, 1994; Cameron,
Lovertt & Berger, 2007). Kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru pelatih mengiktiraf
program praktikum sesuai dengan keperluan Diploma Perguruan.

c. Persepsi Guru Pelatih terhadap Konteks Berkaitan Strategi Pelaksanaan


Praktikum
Jadual 6 : Strategi Pelaksanaan Praktikum
Bil Item 1 2 3 4 5 Min S.P Interpertasi
1 Tempoh praktikum 1 16 67 57 4.28 0.69 Tinggi
dapat mencapai (0.7%) (11.3) (47.5%) (40.4%)
matlamat objektif
praktikum.

2 Latihan praktikum 9 63 69 4.43 0.61 Tinggi


memenuhi keperluan (6.4%) (44.7%) (48.9%)
guru pelatih dalam
program perguruan.

3 Buku manual 2 21 59 59 4.24 0.75 Tinggi


praktikum yang (1.4%) (14.9%) (41.8%) (41.8%)
disediakan
mempunyai maklumat
praktikum yang
mencukupi.

4 Wujud kerjasama di 3 1 17 57 63 4.25 0.85 Tinggi


antara Fakulti (2.1%) (0.7%) (12.1%) (40.4%) (44.7%)
Pendidikan dengan
pihak sekolah dan
Jabatan Pendidikan
Negeri.
Purata skor min 4.29 Tinggi

Jadual 6 menunjukkan bahawa keseluruhan dalam persepsi guru pelatih terhadap strategi
pelaksanaan praktikum berada pada tahap tinggi (min 4.29). Item yang mempunyai min yang
paling tinggi ialah latihan praktikum memenuhi keperluan guru pelatih dalam program
perguruan (min = 4.43; SP = 0.61). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa
seramai 69 orang (48.9%) guru menyatakan sangat setuju, seramai 63 orang (44.7%) guru
menyatakan setuju, seramai sembilan orang (6.4%) guru menyatakan sederhana setuju.
Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah buku manual praktikum yang
disediakan mempunyai maklumat praktikum yang mencukupi (min = 4.24; SP = 0.75). Dari
segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 59 orang (41.8%) guru
menyatakan sangat setuju, seramai 59 orang (41.8%) guru menyatakan setuju, seramai
21orang (14.9%) guru menyatakan sederhana setuju dan dua orang guru (1.4%) menyatakan
tidak setuju. Walau bagaimanapun ia masih berada ditahap interpertasi yang tinggi. Hasil
kajian menunjukkan, tempoh praktikum dapat mencapai matlamat praktikum dengan min
sebanyak 4.28. Seramai 57 (40.4%) responden sangat bersetuju, 67 (47.5%) orang bersetuju
16 (11.3%) orang sederhana setuju dan 1 (0.7%) orang tidak bersetuju. Item kerjasama antara
pihak fakulti, sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri menunjukkan min sebanyak 4.25.
Seramai 63 (44.7%) orang responden sangat bersetuju, 57 (40.4%) orang bersetuju, 17

22
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

(12.1%) orang sederhana setuju,1 (0.7%) tidak bersetuju dan 3 (2.1%) orang sangat tidak
bersetuju.

Hasil kajian menunjukkan persepsi guru pelatih terhadap strategi pelaksanaan praktikum
adalah baik. Mereka berpuas hati dalam kebanyakan item yang dinyatakan. Latihan yang
diberikan semasa mereka melaksanakan praktikum sangat memenuhi keperluan untuk
menjadi guru terlatih. Di samping tempoh masa yang telah ditetapkan selama 12 minggu
oleh pihak fakulti adalah sesuai dengan program Diploma Perguruan.Ini kerana sebelum guru
pelatih melaksanakan latihan mengajar, mereka telah didedahkan melalui taklimat praktikum
dan manual yang telah diberikan. Seterusnya rancangan orientasi sekolah (ROS) selama 2
minggu memberi pengalaman secara langsung mengenai budaya dan suasana sekolah.
Pihak fakulti mewujudkan kerjasama dengan pihak sekolah dan jabatan pendidikan bagi
melancarkan proses praktikum guru-guru pelatih. Antara hubungan kerjasama ialah
kebenaran menempatkan guru, lantikan guru pembimbing, pemantauan dan bimbingan guru
pelatih. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih bersetuju dengan
wujudnya kerjasama tersebut.

d. Persepsi Guru Pelatih terhadap Proses Berkaitan Bimbingan dan Penyeliaan


Guru Pelatih Praktikum

Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan bagi menentukan
persepsi guru pelatih dalam proses bimbingan. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti
berikut.

Jadual 7 : Persepsi Terhadap Bimbingan dan Penyeliaan


Bil Item 1 2 3 4 5 Min S.P Interprestasi
1 Saya diberi taklimat yang jelas 1 - 10 71 59 4.33 0.67 Tinggi
berkaitan dengan praktikum. (0.7%) (7.1%) (50.4%) (41.8%)

2 Saya mendapat bimbingan - 5 10 64 62 4.30 0.75 Tinggi


yang mencukupi daripada (3.5%) (7.1%) (45.4%) (44.0%)
pensyarah dan guru
pembimbing.

3 Saya tidak berpuas hati cara 56 48 18 11 8 2.06 1.16 Rendah


bimbingan pensyarah dan guru (39.7%) (34.0%) (12.8%) (7.8%) (5.7%)
pembimbing berbeza.

4 Saya diberi maklumbalas yang 1 4 17 64 55 4.19 0.81 Tinggi


jelas setelah sesi penyeliaan (0.7%) (2.8%) (12.1%) (45.4%) (39.0%)
dilaksanakan.

5 Sesi debriefing sangat - 5 12 69 55 4.23 0.75 Tinggi


membantu saya dalam sesi (3.5%) (8.5%) (48.9%) (39.0%)
praktikum.

6 Guru pembimbing kurang 57 43 15 15 11 2.15 1.28 Rendah


membantu dalam sesi (40.4%) (30.5%) (10.6%) (10.6%) (7.8%)
praktikum.
Purata skor min 3.54 Sederhana

Jadual 7 menunjukkan bahawa keseluruhan item dalam persepsi bimbingan dan penyeliaan
berada pada tahap sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah saya diberi

23
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

taklimat yang jelas berkaitan dengan praktikum iaitu (min = 4.33; SP = 0.67). Dari segi
kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 59 orang (41.8%) guru menyatakan
sangat setuju, seramai 71 orang (50.4%) guru menyatakan setuju, seramai 10 orang (7.1%)
guru menyatakan sederhana setuju, seorang guru (0.7%) menyatakan sangat tidak setuju.
Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah saya tidak berpuas hati cara
bimbingan pensyarah dan guru pembimbing berbeza, (min = 2.06; SP = 1.16). Dari segi
kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai lapan orang (5.7%) guru menyatakan
sangat setuju, seramai 11 orang (7.8%) guru menyatakan setuju, seramai 18 orang (12.8%)
guru menyatakan sederhana setuju, 48 orang guru (34.0%) menyatakan tidak setuju dan
seramai 56 orang guru (39.7%) menyatakan sangat tidak setuju. Item guru pelatih mendapat
bimbingan yang mencukupi daripada pensyarah dan guru pembimbing di tahap yang tinggi
dengan min 4.30. Seramai62(44.0%) orang responden sangat bersetuju, 64 (45.4%) orang
bersetuju, 10(7.1%) orang sederhana setuju dan 5(3.5%) orang tidak bersetuju. Item guru
pelatih diberi maklumbalas yang jelas setelah sesi penyeliaan dilaksanakan ditahap min
4.19.Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 55 (39.0%) orang
sangat bersetuju, 64 (45.4%) orang bersetuju, 17(12.1%) orang sederhana setuju, 4(2.8%)
orang tidak bersetuju dan 1 (0.7%) sangat tidak bersetuju. Selain itu, sebanyak 96.5% guru
pelatih bersetuju dengan sesi debriefing sangat membantu dalam sesi praktikum dengan min
yang tinggi 4.23. Seramai 55(39.0%) orang responden sangat bersetuju, 69(48.9%) orang
bersetuju, 12(8.5%) orang sederhana setuju dan 5(3.5%) orang tidak bersetuju. Item yang
terakhir ialah guru pembimbing kurang membantu dalam sesi praktikumdengan min yang
diperolehi sebanyak 2.15. Pecahan kekerapan pula seramai 11(7.8%) orang sangat bersetuju,
15(10.6%), orang bersetuju, 15 (10.6%) orang sederhana setuju, 43(30.5%) tidak bersetuju
dan 57(40.4%) orang bersetuju.

Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru pelatih bersetuju dengan taklimat yang
diberikan berkaitan praktikum. Taklimat yang jelas penting kepada guru pelatih memahami
proses praktikum yang mereka laksanakan. Informasi yang tepat sebelum memulakan sesi
praktikum dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan isu-isu dan permasalahan yang
dihadapi oleh guru pelatih. kefahaman mereka diteguhkan lagi dengan program debriefing
yang diadakan pada minggu ke tujuh pertengahan sesi praktikum. Segala permasalahan
dibincangkan dan diselesaikan pada program tersebut. Selain itu, guru-guru pelatih bersetuju
dengan maklum balas yang jelas selepas sesi penyeliaan yang dijalankan. ini menunjukkan
bahawa guru dan pensyarah pembimbing melaksanakan sidang pasca pemerhatian dan
analisis sidang pasca pemerhatian dalam penyeliaan kepada guru pembimbing. perkara ini
mesti dilaksanakan untuk membantu guru pelatih mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
dalam pengajaran yang dilakukan.

Guru-guru pelatih juga mendapat bimbingan yang mencukupi dari kalangan pensyarah dan
guru pembimbing di sekolah. namun terdapat segelintir guru pelatih yang tidak mendapat
bimbingan yang baik. Ini disebabkan terdapat guru pembimbing di sekolah dari kalangan
guru besar yang sibuk dengan tugas pentadbiran. Begitu juga keadaan dalam kalangan
pensyarah yang menjawat jawatan ketua jabatan di fakulti. Kekangan tugas menyebabkan
mereka tidak dapat memberi bimbingan sepenuhnya kepada guru-guru pelatih praktikum. Ini
menyebabkan sebahagian guru-guru pelatih bersetuju guru-guru pembimbing kurang
membantu dalam sesi praktikum yang dijalankan. Perkara ini yang dinyatakan oleh Mohamad
fauzi hamid (2003) dan Boz & Boz (2006) guru-guru pelatih kurang menyenangi dan
mendapat bimbingan daripada guru pembimbing di sekolah.

24
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Selain itu, guru-guru pelatih berpandangan terdapat perbezaan atau jurang kaedah penilaian
bimbingan guru pembimbing dengan pensyarah pembimbing. Ini disebabkan perbezaan
pengalaman membuat bimbingan dan penyeliaan serta latar belakang pendidikan antara guru
pembing dan pensyarah pembimbing. terdapat juga pensyarah pembimbing yang tidak
mempunyai ikhtisas pendidikan tetapi disokong dengan latihan pengalaman mengajar di
sekolah selama 3 bulan. Oleh yang demikian, penempatan di sekolah-sekolah kebangsaan
diperlukan kerana kelebihan dari aspek bilangan guru-guru terlatih yang ramai, kemudahan
prasarana yang lengkap dan pengalaman pentadbiran, budaya pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza dengan sekolah rendah agama negeri.

RUMUSAN & CADANGAN

Hasil dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut ;


a. Guru-guru pelatih berpandangan dan memperakui bahawa program praktikum
Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Antarabangsa Selangor yang
mereka laksanakan telah dapat mencapai matlamat praktikum yang digariskan.
b. Guru-guru pelatih bersetuju dan memperakui bahawa strategi perlaksanaan praktikum
yang dilaksanakan adalah baik.
c. Guru-guru pelatih juga memperakui proses bimbingan oleh pensyarah dan guru di
sekolah adalah baik namun terdapat kelemahan dari aspek bantuan guru pembimbing
kepada guru pelatih dan perbezaan standart bimbingan antara guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing.

Oleh itu, beberapa cadangan adalah seperti berikut;

a. Perlaksanaan praktikum perlu mengikut amalan terbaik dari institut pengajian tinggi
atau institut pendidikan guru berdasarkan penyelidikan dan kajian-kajian yang telah
dijalankan.
b. Menambah baik sisitem pengurusan praktikum di fakulti pendidikan khususnya dari
aspek penyelarasan stardart bimbingan dan penyeliaan.
c. Pihak Fakulti Pendidikan perlu mengadakan kerjasama disemua peringkat seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah-sekolah agama negeri yang lain.
d. Menambah penempatan guru pelatih praktikum di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.

PENUTUP
Profesion perguruan merupakan tugas yang mencabar dan memerlukan kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Oleh itu, aspek kepuasan bekerja perlu diutamakan dalam kalangan
guru bagi mencapai pendidikan yang berkualiti serta menangani tekanan dan isu-isu dalam
pekerjaan.

Isu kepuasan bekerja guru perlu dipandang serius kerana bidang pendidikan yang sentiasa
ditambahbaik dan dipertingkatkan mutunya supaya selari dengan keperluan dan kepentingan
semua pihak yang terlibat. Usaha meningkatkan mutu pendidikan perlu dicapai dengan usaha
serta penglibatan semua pihak merangkumi penglibatan pihak kementerian, sekolah dan
individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan
status pendidikan dalam negeri serta negara. Pengkaji mencadangkan supaya kadar elaun

25
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

guru KAFA serta Ketua guru KAFA dinaikkan bagi memastikan kualiti dan kesinambungan
prestasi berterusan dalam kalangan guru-guru KAFA di negeri Selangor.

RUJUKAN

Abdul Hakim Abdullah (2014) Pengembangan Sikap Positif dan Kemahiran Profesional Serta
Permasalahan Semasa Praktikum dalam Kalangan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan-Dekan IPTA. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd Meerah.(1991) Isu-isu Latihan Mengajar. Petaling
Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Arif Saricoban (2010). Problem Encountered by Student-Teachers During Their Practicum


Studies. Procedia Social and Behavioral Science. 707-711

Azhar Ahmad (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah. Tesis Phd. Bangi
:Universiti Kebangsaan Malaysia

Babbie (1990). Survey Research Methods (2nd Ed.) Belmont, CA : Wadsworth.

Boz, N. & Boz, Y. (2006). Do Prospective Teachers Get Enough Experience in School
Placement?. Journal For Education For Teaching, 3(4) 353-356

Cameron M. L. & Berger J. G.(2007). Starting Out in Teaching: Surviving or Thriving as a


New Teacher. New Zealand Councill For Edcation & Research 3, 32-37.

Funk, F & J. Hoffman (1982) The Co-Operating Teacher as Most Significant Other : A
Competent Humanist. Action in Teacher Education, 42, 31-38

Garis Panduan Praktikum. (2005). Latihan Perguruan Praperkhidmatan Mode Latihan


Perguruan Berasaskan Sekolah. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
Malaysia (Berkuatkuasa Mulai Mac 2005).

Glikck Man G. & Bey T.(1990). Supervision in W.R.Haouston (Ed.) Handbook of Research
in Teacher Education. New York : Macmillan

Goldhammer (1969).Clinical Supervision. New York : Holt, Rinehart and Winston Inc.

KamarulAzmi (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia:


Satu Kajian Kes. Tesis Phd. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Education and Psichologycal Measurement. 30, 607-610

Heppner, M. J.(1994). An Empirical Investigation of the Effects of a Teaching Practicum on


Prospective Faculty. Journal Of Counseling & Development, 72. 500-507.

26
Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3(2) 2015

Hill & Brodin K.L.(2004). Physical Education Teachers Perceptions of The Adequecy of
University Course work in Preparation for Teaching. Physical Educator, 61(2), 74-87.

Merriam, S.B (1998), Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
Revised and Expended From Case Study Research in Education. San Francisco :
Jossey- Bass Publishers.

Mohamad fauzi hamid (2003). Masalah Praktikum di Kalangan Guru-Guru Pelatih Institut
Perguruan Darul Aman. Tesis Sarjana Sintok :Universiti Utara Malaysia

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bharu : Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Nunnlaly, J.C., & Bernstein. 1994. Psychometric Theory (3rd ed.). New York : McGraw-Hill.

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor : Pearson
Prentice Hall.

Siddique, N.A., (2006). Public Management Reform in Malaysia: Recent Initiatives and
Experiences. International Journal of Public Sector Management 19 (4)-339-358.

Tajul Ariffin & Nor’Aini (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia (Pendekatan
Bersepadu). Selangor : As-Syabab Media.

Uma Sekaran (2003). Research Metode for Business. A Skill Building Approach. 4th edition.
John Willey & Son, Inc : United States of America.

27

You might also like