Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 1 daripada 54

MODUL SAINS
SVM TAHUN 1 SEMESTER 2
NAMA KURSUS DAN KOD KURSUS: SAINS (A04201)
MUKA CADANGAN MINGGU /
STANDARD KANDUNGAN
SURAT JAM
1.0 KIMIA INDUSTRI
1.1 Aloi 2–4
3 MINGGU / 6 JAM
1.2 Kaca dan Seramik 4–7
1.3 Polimer 7 – 11
2.0 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN
KESIHATAN
2.1 Perubatan Tradisional dan
Perubatan Moden 11 – 14 3½ MINGGU / 7 JAM
2.2 Radikal Bebas 14 – 16
2.3 Bahan Antioksidan 16 – 19
2.4 Produk Kesihatan 19 – 20
3.0 DAYA DAN GERAKAN
3.1 Gerakan Linear 21 – 31
4 MINGGU / 8 JAM
3.2 Graf Gerakan Linear 32 – 35
3.3 Jisim dan Inersia 36 – 39
4.0 TENAGA NUKLEAR
4.1 Penggunaan Sumber Tenaga
Nuklear 40
4.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 41 – 43 3½ MINGGU / 7 JAM
4.3 Impak Penggunaan Tenaga
Nuklear 43 – 45
4.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 45
5.0 DAYA DAN TEKANAN
3 MINGGU / 6 JAM
5.1 Tekanan Dalam Bendalir 46 – 54
JUMLAH 17 MINGGU / 34 JAM

NAMA PELAJAR
NO. KAD
PENGENALAN
KURSUS / KELAS 1 SVM _________ KOHORT

NAMA PENSYARAH
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 2 daripada 54

1.0 KIMIA INDUSTRI


1.1 ALOI
1.1.1 MENYATAKAN MAKSUD DAN MEMBERI CONTOH ALOI BERDASARKAN KOMPOSISI UNSUR
DAN ALOI
1. Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam
mengikut peratusan yang tertentu.
2. Terdapat beberapa jenis aloi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti keluli,
piuter, gangsa, loyang dan duralumin.
3. Jadual di bawah menunjukkan komposisi, sifat dan kegunaan aloi-aloi tersebut.

ALOI KOMPOSISI SIFAT KEGUNAAN


● Membina bangunan
dan jambatan
● Besi 99%
KELULI ● Keras dan kuat ● Membuat badan
● Karbon 1%
kenderaan dan
landasan kereta api
● Kuat ● Membuat kunci,
● Kuprum 75% ● Permukaan berkilat tombol pintu, alatan
LOYANG
● Zink 25% ● Mudah ditempa muzik seperti trompet
● Warna keemasan dan sebagainya.
● Aluminium 95%
● Ringan ● Membuat badan
● Kuprum 3%
DURALUMIN ● Kuat pesawat, kapal
● Magnesium 1%
● Tahan kakisan terbang dan sebagainya.
● Mangan 1%
● Timah 96% ● Membuat barangan
● Permukaan berkilau.
PIUTER ● Kuprum 3% perhiasan seperti
● Tahan kakisan
● Antimoni 1% bingkai gambar
● Keras ● Membuat tugu, ukiran
● Kuprum 88%
GANGSA ● Tahan kakisan logam, duit syiling,
● Timah 12%
● Warna yang menarik pingat dan sebagainya.
Jadual: Komposisi, sifat dan kegunaan aloi
4. Mengapakah aloi dihasilkan?
- Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis.
- Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita.
- Maka proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen.
5. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis. Lapisan atom logam
tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 3 daripada 54

6. Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam
tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen.
7. Hal ini demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah
lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen.

Atom logam asing


Atom-atom asing menghalang atom-atom logam tulen
daripada menggelongsor atas satu sama lain.

Atom logam tulen

1.1.2 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MEMBANDING CIRI ALOI DENGAN LOGAM TULENNYA
EKSPERIMEN 1.1.2 (A) 3. Pemberat dilepaskan supaya terhentak ke atas
Tujuan: Mengkaji perbezaan kekerasan antara bola keluli yang dilekatkan pada bongkah
aloi dengan logam tulen. kuprum.
Pernyataan masalah: 4. Diameter lekuk yang terbentuk diperhati dan
Adakah aloi lebih keras berbanding dengan diukur pada permukaan bongkah kuprum
logam tulen? menggunakan pembaris.
5. Langkah 2 hingga 4 diulang sebanyak dua kali
Hipotesis: Aloi lebih keras daripada logam tulen. lagi pada permukaan yang berlainan untuk
Pemboleh ubah: mendapatkan diameter purata lekuk pada
(a) dimanipulasikan : jenis bongkah bongkah kuprum.
(b) bergerak balas : diameter lekukan 6. Langkah 2 hingga 5 diulang dengan
(c) dimalarkan : ketinggian pemberat, menggantikan bongkah kuprum dengan
jisim pemberat bongkah gangsa.
Bahan: Bongkah kuprum, bongkah gangsa, pita Keputusan:
selofan, benang Diameter lekuk (cm) Purata
Bongkah
Radas: Bola keluli, pemberat (1 kg), kaki retort 1 2 3 diameter (cm)
dan pengapit, pembaris meter.
Kuprum
Prosedur:
1. Susunan radas disediakan seperti yang Gangsa
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Perbincangan:
1. Bongkah gangsa lebih keras dan lebih kuat
daripada bongkah kuprum.
Benang 2. Susunan atom bagi bongkah kuprum boleh
Pemberat dirujuk pada muka surat 2, No.5. Manakala
(1 kg) susunan atom bagi bongkah gangsa boleh dirujuk
pada muka surat 3, No.7.
Pembaris 3. Diameter lekuk bagi kedua bongkah boleh
meter Kaki berbeza kerana bongkah kuprum hanya atom
retort logam tulen menyebabkan ianya lebih lembut
Bola keluli
manakala bongkah gangsa mempunyai atom
asing menyebabkan ianya lebih keras.
Pita selofan
Kesimpulan:
Bongkah
kuprum
2. Pemberat 1 kg digantung setinggi 50 cm
dari bongkah kuprum.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 4 daripada 54
EKSPERIMEN 1.1.2 (B)
Tujuan: Mengkaji perbezaan ketahanan terhadap
kakisan antara aloi dan logam tulen. Tabung
Pernyataan masalah: uji
Adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan
berbanding dengan logam tulen? Air
Hipotesis: Paku keluli lebih tahan terhadap
kakisan berbanding dengan paku besi. Paku Paku
besi keluli
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : jenis paku
(b) bergerak balas : kehadiran lapisan perang 4. Kedua-dua tabung uji diletakkan di rak tabung
pada paku uji di atas meja makmal dan dibiarkan selama
(c) dimalarkan : saiz paku, jenis larutan, seminggu.
jangka masa eksperimen 5. Selepas seminggu, pemerhatian direkodkan.
Bahan: Paku besi, paku keluli, air Keputusan:
Radas: Tabung uji, rak tabung uji Kehadiran lapisan perang
Jenis paku
Prosedur: pada paku
1. Tabung uji sebagai P dan Q dilabelkan. Paku besi
2. 10 ml air dimasukkan ke dalam tabung uji P Paku keluli
dan Q. Kesimpulan:
3. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji P
dan paku keluli dimasukkan ke dalam tabung
uji Q.

1.1.3 MEWAJARKAN KEGUNAAN ALOI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


1. Aloi mempunyai kegunaan tertentu berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat padanya.
2. Keluli digunakan dalam pembinaan bangunan pencakar langit kerana sifatnya yang keras
dan tahan kakisan.
3. Badan kapal terbang diperbuat daripada duralumin yang ringan dan kuat.
4. Beberapa alatan muzik diperbuat daripada loyang yang berkilat dan tahan kakisan.
5. Terdapat beberapa jenis unsur logam dan bukan logam yang menunjukkan sifat
superkonduktor pada suhu yang rendah dan dicampurkan untuk membuat aloi
superkonduktor.
6. Superkonduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang
tinggi tanpa rintangan.
7. Superkonduktor juga berupaya untuk menolak medan magnet dan menyebabkan bahan
superkonduktor terapung apabila diletakkan di atas magnet.

Rajah: Keretapi Maglev di Jepun bergerak Rajah: Cip-cip komputer yang lebih
dengan kelajuan 581 km/j. Ini kerana cepat dan bersaiz kecil dapat dihasilkan
keretapi ini bergerak dalam keadaan dengan penggunaan superkonduktor.
terapung disebabkan penggunaan magnet
superkonduktor.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 5 daripada 54

LATIHAN PENGUKUHAN 1.1.1, 1.1.2 DAN 1.1.3


1. Berikan dua jenis aloi yang mengandungi logam kuprum.

___________________________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga tujuan pengaloian.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
3. Apakah aloi yang digunakan untuk membuat badan kapal terbang? Jelaskan sebab aloi itu dipilih.

___________________________________________________________________________________

1.2 KACA DAN SERAMIK


1.2.1 MEMERIHALKAN KOMPONEN KACA DAN SERAMIK
APAKAH KACA?
1. Kaca dipercayai mula digunakan sekitar 5000 tahun S.M. Kaca diperbuat daripada silika.
2. Silika ialah sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di
dalam pasir.
3. Silika tulen dileburkan sekitar 1500 oC sehingga menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca.

Silika Botol kaca

4. Terdapat beberapa jenis kaca yang dibuat dalam industri. Jadual 1.2 menunjukkan jenis
kaca dengan komposisi serta ciri-cirinya.
KACA KOMPOSISI CIRI-CIRI
KACA SILIKA ● Tahan haba
● Silika
TERLAKUR ● Lengai terhadap bahan kimia
● Silika ● Takat lebur yang rendah
KACA PLUMBUM ● Plumbum (II) oksida ● Mempunyai indeks biasan yang
● Natrium oksida tinggi
● Silika ● Ketahanan yang sangat tinggi
KACA ● Boron oksida terhadap haba an bahan kimia
BOROSILIKAT ● Natrium oksida berbanding dengan kaca soda
● Aluminium oksida kapur
● Silika
KACA SODA ● Takat lebur rendah
● Kalsium karbonat
KAPUR ● Mudah dibentuk
● Natrium karbonat
Jadual 1.2: Jenis kaca dengan komposisi dan ciri-cirinya
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 6 daripada 54

APAKAH SERAMIK?
1. Seramik terdiri daripada bahan bukan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba pada suhu
yang tinggi.
2. Seramik diperbuat daripada tanah liat. Komponen utama dalam tanah liat ialah aluminium silikat.
3. Seramik tahan haba dan tekanan yang tinggi.
4. Seramik juga sangat keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia dan tidak berkarat.
5. Selain itu, seramik juga merupakan penebat haba dan elektrik yang baik.

Aluminium silikat Pinggan mangkuk seramik

1.2.2 MENERANGKAN DENGAN CONTOH APLIKASI KACA DAN SERAMIK


1.2.3 MEWAJARKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN KACA DAN SERAMIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Keistimewaan ciri-ciri kaca menjadikannya sesuai untuk dibuat pelbagai jenis barang. Yang
berikut menunjukkan beberapa contoh aplikasi kaca.

Radas makmal seperti Tingkap kaca Prisma kaca yang Penutup kaca mentol
bikar dan kelalang kon yang lutsinar diperbuat daripada kaca biasanya diperbuat
diperbuat daripada kaca membenarkan plumbum digunakan daripada kaca soda
borosilikat kerana ciri cahaya masuk untuk mengkaji kapur kerana cirinya
ketahanannya yang sangat ke dalam rumah. penyebaran cahaya yang tahan haba dan
tinggi terhadap haba dan kerana mempunyai mudah dibentuk.
bahan kimia. indeks biasan yang tinggi.

Seramik diaplikasikan dalam pembuatan pelbagai jenis barangan. Yang berikut menunjukkan
beberapa contoh aplikasi seramik.

Pinggan mangkuk Jubin seramik digunakan Seramik digunakan Pasu bunga


diperbuat daripada sebagai lantai kerana dalam pembuatan seramik adalah
seramik kerana cirinya yang berkilau gigi palsu kerana ciri keras dan kuat.
cirinya yang tahan menjadikan lantai seramik yang keras
haba dan tidak kelihatan bersih dan dan kuat serta
terkakis. cantik. lengai terhadap
bahan kimia.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 7 daripada 54

LATIHAN PENGUKUHAN 1.2.1, 1.2.2 DAN 1.2.3


1. Apakah komponen utama kaca dan seramik?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga aplikasi kaca dan seramik.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

1.3 POLIMER
1.3.1 MENERANGKAN POLIMER SEMULA JADI DAN POLIMER SINTETIK

Rajah: Contoh barangan polimer


APAKAH POLIMER?
1. Polimer ialah molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit
molekul kecil.
2. Unit-unit molekul kecil yang membentuk polimer ini dikenali sebagai monomer.
3. Polimer dapat dikelaskan kepada polimer semua jadi dan polimer sintetik.
POLIMER
MONOMER KEGUNAAN
Polimer SEMULA JADI
semula jadi
Kanji Glukosa ● Memberikan tenaga
ialah polimer
yang wujud Protein Asid amino ● Membina sel dan tisu badan
secara semula
jadi ● Membuat produk
Getah asli Isoprena
berasaskan getah
Jadual: Polimer semula jadi

POLIMER
MONOMER KEGUNAAN
SINTETIK
Polimer ● Membuat botol plastik, beg
Politena Etena
sintetik ialah plastik, baldi
polimer ● Membuat bekas
buatan Polistrena Stirena pembungkusan peralatan
manusia yang elektrik
menggunakan ● Membuat cermin pesawat,
Perspeks Metil metaklirat
bahan kimia tingkap kenderaan
● Membuat sarung tangan,
Getah sintetik Neoprena
tayar kereta, tapak kasut
Jadual: Polimer sintetik
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 8 daripada 54

1.3.2 MENERANGKAN PROSES PEMPOLIMERAN PENAMBAHAN


PROSES PEMPOLIMERAN DAN PENYAHPOLIMERAN
1. Polimer dihasilkan melalui proses pempolimeran.
2. Proses pempolimeran ialah proses pencantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia
untuk menghasilkan polimer yang bermolekul besar berbentuk rantai.
3. Penyahpolimeran pula merujuk proses apabila molekul polimer berbentuk rantai dipisahkan
kepada monomer-monomernya melalui tindak balas kimia.

pempolimeran

penyahpolimeran
Monomer Polimer
Rajah: Proses pempolimeran dan penyahpolimeran
4. Pempolimeran yang melibatkan monomer jenis yang sama dengan pemecahan ikatan
ganda dua menjadi ikatan tunggal dikenali sebagai pempolimeran penambahan.
5. Politena ialah salah satu contoh polimer yang dihasilkan melalui proses pempolimeran
penambahan daripada monomernya, iaitu etena.

Rajah: Proses pempolimeran penambahan

1.3.3 BERKOMUNIKASI MENGENAI CIRI DAN PROSES PEMVULKANAN GETAH


GETAH ASLI
1. Susu getah asli atau disebut lateks didapati apabila batang pokok getah ditoreh.
2. Susu getah asli diproses menjadi getah asli. Polimer semula jadi ini banyak menyumbang
kepada peningkatan ekonomi negara kita.
3. Antara ciri getah asli ialah kenyal, lembut, tidak tahan haba, penebat elektrik yang baik
serta tidak telap udara.

TINDAKAN ASID DAN ALKALI TERHADAP LATEKS


1. Di dalam lateks, terdapat molekul-molekul getah berbentuk rantai yang diselaputi oleh satu
lapisan membran protein.
2. Terdapat cas-cas negatif yang mengelilingi permukaan luar membran tersebut. Hal ini
menyebabkan molekul getah menolak antara satu sama lain. Maka, lateks kekal wujud
sebagai cecair.
3. Bagaimanakah lateks dapat ditukarkan kepada bentuk pepejal?
Apabila asid ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidrogen yang bercas positif daripada asid
akan meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein. Tanpa cas-cas negatif
tersebut, molekul-molekul getah akan berlanggar antara satu sama lain. Hal ini akan
menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan saling
berbelit lalu membentuk gumpalan pepejal.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 9 daripada 54

Rajah: Penggumpalan lateks oleh asid


4. Jika lateks dibiarkan tanpa ditambah asid, lama–kelamaan, lateks itu akan menggumpal juga akibat
daripada tindakan bakteria yang menghasilkan asid dan meneutralkan membran protein molekul
getah. Jadi, bagaimanakah lateks dikekalkan dalam bentuk cecair?
5. Apabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidroksida daripada alkali akan meneutralkan ion
hidrogen daripada asid. Tanpa asid, cas-cas negatif kekal pada membran protein dan molekul getah
tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar. Maka, molekul getah akan kekal dalam
keadaan cecair.

Rajah: Tindakan alkali ke atas lateks

PEMVULKANAN GETAH
1. Sifat semula jadi getah asli yang lembut dan tidak tahan haba adalah tidak sesuai jika digunakan
untuk membuat bahan seperti tayar kenderaan.
2. Oleh sebab suhu di Malaysia sentiasa panas, sekiranya tayar diperbuat daripada getah asli, tayar
itu akan menjadi lembik dan mencair apabila terkena permukaan jalan raya yang panas.
3. Jadi, bagaimanakah sifat getah asli dapat dipertingkatkan untuk menjadikannya sebagai bahan
yang sesuai untuk pelbagai jenis barangan?
Proses pemvulkanan boleh membaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat. Pemvulkanan ialah
proses pemanasan getah bersama sulfur. Melalui proses pemvulkanan, atom-atom sulfur
ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai. Getah yang
diperoleh melalui proses ini disebut getah tervulkan.

Rajah: Pemvulkanan getah


MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 10 daripada 54

4. Struktur molekul bagi getah tervulkan dilihat mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer getah,
manakala bagi getah asli tidak.
5. Hal ini disebabkan oleh atom sulfur yang ditambah menghasilkan rangkai silang antara rantai
polimer getah.
6. Oleh sebab itu, apabila daya dikenakan, rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor
dan apabila haba dikenakan, struktur molekul getah tervulkan sukar diputuskan. Maka, getah
tervulkan adalah lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.
7. Ciri-ciri getah tervulkan:
(a) Tahan terhadap haba.
(b) Keras dan lebih kenyal.
(c) Penebat elektrik yang baik.
(d) Tidak mudah teroksida di udara.
(e) Tidak bertindak balas dengan asid dan alkali.
(f) Tidak telap terhadap cecair dan udara.
8. Getah tervulkan sesuai digunakan untuk membuat tayar kenderaan, sarung tangan getah dan tapak
kasut.

Rajah: Beberapa barangan yang dihasilkan daripada getah tervulkan

LATIHAN PENGUKUHAN 1.3.1, 1.3.2 DAN 1.3.3


1. Namakan dua polimer semula jadi dan sintetik serta monumernya.

Polimer semula jadi Monumer Polimer sintetik Monumer

2. Bandingkan sifat getah asli dan getah tervulkan.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
3. Huraikan cara menghasilkan getah tervulkan daripada getah asli.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 11 daripada 54

2.0 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN


2.1 PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN MODEN
2.1.1 MENERANGKAN CIRI PERUBATAN TRADISIONAL DAN MODEN
Apabila kita sakit, kita perlu mendapatkan rawatan perubatan dan mengambil ubat untuk
menyembuhkan diri. Apakah kaedah perubatan yang boleh kita lakukan untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit?

CIRI-CIRI PERUBATAN TRADISIONAL DAN MODEN


1. Kaedah perubatan yang patut anda ketahui ialah perubatan tradisional dan perubatan moden.
2. PERUBATAN TRADISIONAL ialah kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan serta khusus mahupun gabungan bagi
diagnosis dan merawat penyakit.
3. Setiap kaum di Malaysia mengamalkan kaedah perubatan tradisional yang tersendiri.
4. Antara ciri-ciri perubatan tradisional adalah seperti berikut:
(a) Rawatan menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuhan dan haiwan.
(b) Keberkesanan rawatannya lebih perlahan dan memakan masa.
(c) Diwarisi dan diamalkan turun-temurun.
(d) Pembuktian keberkesanan secara pengalaman.
(e) Kos rawatan yang rendah.
5. PERUBATAN MODEN merujuk kepada campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains
yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan
bidang-bidang seperti perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam
mengubati penyakit dan merawat kecederaan.
6. Antara ciri-ciri perubatan moden adalah seperti berikut:
(a) Rawatan menggunakan ubat-ubatan sintetik.
(b) Menggunakan kaedah moden seperti pembedahan, rawatan laser dan radioterapi.
(c) Rawatannya adalah lebih berkesan dan lebih cepat.
(d) Pembuktian keberkesanan secara klinikal.
(e) Kos rawatan yang mahal.

2.1.2 MENERANGKAN UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN


MODEN
1. Anda telah mengetahui dua kaedah perubatan. Mari kita kenali ubat-ubatan yang digunakan
dalam perubatan tradisional dan perubatan moden.
2. Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah
penyakit. Ubat dan rawatan ini perlulah didapatkan daripada pihak-pihak yang bertauliah.
3. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan
haiwan tanpa diproses secara kimia.
4. Ubat ini diamalkan sejak zaman dahulukala. Bagaimanakah tumbuhan atau haiwan ini
digunakan dalam merawat penyakit?
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 12 daripada 54

5. Beberapa contoh ubat tradisional yang kita tahu:

Pokok bunga raya Kuinina Halia


Daunnya melegakan sakit Kulit pokok Cinchona sp. Melegakan bengkak dan sengal-
kepala dan merawat digunakan untuk membuat sengal pada badan serta
masalah keguguran rambut. ubat penyakit malaria menghilangkan angin dalam badan.

Aloe vera (lidah buaya) Ginseng


Lendiran daripada daunnya disapu Herba yang popular digunakan dalam
pada kulit untuk mengurangkan perubatan tradisional kaum Cina untuk
kesakitan kulit akibat selaran matahari memelihara kesihatan badan.
(sunburn) atau terkena benda panas.

6. Ubat moden ialah ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran
secara meluas.
7. Ubat moden disediakan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan.
8. Bergantung pada penggunaannya, ubat moden dikelaskan kepada tiga jenis iaitu analgesik,
antibiotik dan psikoteraputik.

Analgesik
● Ubat ini berfungsi untuk melegakan kesakitan.
● Contoh analgesik adalah seperti aspirin,
parasetamol dan kodeina

Antibiotik
● Ubat ini berfungsi untuk membunuh atau menghalang
pertumbuhan bakteria berjangkit.
● Ubat ini dihasilkan daripada kumpulan mikroorganisma seperti
fungus atau bakteria yang boleh melawan bakteria penyebab
penyakit.
● Ubat ini boleh dihasilkan melalui sintesis bahan kimia.
● Ubat ini perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan untuk
memastikan bakteria dihapuskan.
● Contoh antibiotik adalah penisilin dan streptomisin.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 13 daripada 54
Psikoteraputik
● Ubat ini digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik.
● Ubat ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan perlu
mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor kerana boleh
menyebabkan perubahan perasaan, pemikiran dan kelakuan
seseorang.
● Ubat ini boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Stimulan
Ubat ini merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan
perasaan pesakit. Contoh ubat: amfetamina.
(b) Antidepresan
Ubat ini berfungsi untuk mengawal keadaan kemurungan.
Contoh ubat: imipramin dan amitriptilin.
(c) Antipsikotik
Ubat penenang. Contoh ubat: trankuiliser, barbiturat, dozapin
dan haloperidol.

2.1.3 MEWAJARKAN PENGGUNAAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN MODEN


2.1.4 MENAAKUL MENGENAI PENGGUNAAN UBATAN DARI SUMBER SEMULA JADI DAN BUATAN
MANUSIA DALAM PERAWATAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN

PENGGUNAAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN MODEN


1. Perubatan tradisional dan perubatan moden adalah saling melengkapi antara satu sama lain.
Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

PENGGUNAAN UBATAN BUATAN MANUSIA DAN UBATAN DARIPADA SUMBER SEMULA JADI
1. Ubat dihasilkan daripada dua sumber iaitu sama ada buatan manusia (sintetik) atau
daripada sumber semula jadi.
2. Ubat tradisional biasanya diperoleh daripada sumber semula jadi, manakala kebanyakan ubat
moden dihasilkan oleh manusia dengan menyediakan sebatian kimia yang mempunyai
struktur molekul yang sama atau hampir sama dengan struktur molekul bahan aktif dalam
sesuatu ubat tradisional.
3. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan ciri antara ubat-ubatan tersebut.

UBAT BUATAN MANUSIA UBAT DARIPADA SUMBER SEMULA JADI


Dihasilkan di makmal dan dikomersilkan
secara besar-besaran untuk kegunaan ramai. Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan.
(Contoh: Vitamin C dalam bentuk pil dijual (contoh: vitamin C daripada buah)
di farmasi)
Perlu diambil secara berterusan (biasanya Perlu diambil atau diamalkan secara
untuk penyakit kronik) atau berhenti apabila berterusan dalam jangka masa yang lama
telah sembuh. supaya berkesan.
Bukti penyembuhan berdasarkan ujian Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan
klinikal. pengalaman orang terdahulu.
Berisiko mendapat kesan sampingan jika: Berisiko mendapat kesan sampingan jika:
● digunakan tanpa nasihat daripada doktor. ● digunakan tanpa nasihat daripada doktor.
● pesakit tidak mengikut dos yang betul. ● pesakit tidak mengikut dos yang betul.
Jadual: Perbandingan ciri antara ubatan buatan manusia dan ubatan daripada sumber
semula jadi
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 14 daripada 54

2.1.5 MERUMUSKAN KESAN PENYALAHGUNAAN UBAT-UBATAN


1. Ubat mesti digunakan dengan tujuan yang betul iaitu untuk menyembuhkan penyakit.
2. Penyalahgunaan ubat berlaku apabila seseorang menggunakan ubat-ubatan dengan cara
yang salah seperti menggunakan ubat bukan untuk tujuan menyembuhkan penyakit dan
mengambil ubat tidak mengikut preskripsi doktor.
3. Hal ini mengakibatkan risiko kesan sampingan. Kesan sampingan ialah kesan yang tidak
diingini daripada penggunaan ubat.
4. Jadual menunjukkan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan.
PENYALAHGUNAAN UBAT-UBATAN KESAN
Kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Kesan jangka panjang seperti ketagihan.
Mengambil ubat bukan untuk tujuan
Contoh: Ubat batuk
perubatan.
Penggunaan ubat tidak mengikut peringkat Boleh menyebabkan kematian atau kesan
umur yang ditetapkan. sampingan yang membahayakan pesakit.
Pengambilan ubat yang tidak mengikut dos Boleh menyebabkan rintangan ubat dan
yang ditetapkan contoh seperti antibiotik, ubat mendatangkan kesan sampingan kepada
batuk dan paracetamol. pesakit.
Boleh mendatangkan kesan sampingan seperti
Penggunaan ubat tanpa preskripsi doktor.
alahan atau menyebabkan kematian.

LATIHAN PENGUKUHAN 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 2.1.4 DAN 2.1.5


1. Nyatakan dua kaedah perubatan yang diamalkan pada masa kini.

(a) _________________________________ (b) ___________________________________


2. Nyatakan tiga jenis ubat moden dan berikan contoh bagi setiap satunya.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

2.2 RADIKAL BEBAS


2.2.1 MENDEFINISIKAN RADIKAL BEBAS
Akhir-akhir ini, perkataan ‘radikal bebas’ sering kali muncul di dalam surat khabar atau majalah-
majalah, disebutkan di dalam iklan di televisyen dan dibahaskan di ceramah-ceramah kesihatan.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan radikal bebas? Apakah kesannya terhadap
kesihatan manusia?
RADIKAL BEBAS ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan
atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan selalu berusaha untuk mengambil
elektron dari atom atau molekul lain.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 15 daripada 54

2.2.2 MENAAKUL MENGENAI KESAN RADIKAL BEBAS TERHADAP KESIHATAN MANUSIA


KESAN RADIKAL BEBAS TERHADAP KESIHATAN MANUSIA
1. Proses pengoksidaan ialah tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas
mengalami kehilangan elektron.
2. Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi di dalam badan menghasilkan radikal
bebas. Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk menghasilkan lebih banyak
radikal bebas.
3. Metabolisme dan keradangan adalah antara dua faktor dalaman yang menghasilkan radikal
bebas di dalam badan. Ini ditunjukkan pada Rajah 2.2a.
FAKTOR DALAMAN

Rajah 2.2(a): Faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan manusia
4. Terdapat juga faktor luaran yang mempengaruhi jumlah radikal bebas di dalam badan seperti
asap rokok, pendedahan kepada radiasi, cahaya matahari dan pencemaran udara. Ini
ditunjukkan pada Rajah 2.2b. Radikal bebas yang terlalu banyak di dalam badan akan
menjejaskan kesihatan manusia.

FAKTOR LUARAN

Rajah 2.2b: Faktor luaran yang menghasilkan radikal bebas dan menyerang sel-sel badan manusia
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 16 daripada 54

5. Radikal bebas merosakkan struktur DNA kita dengan mengambil elektron daripada molekul yang
membina DNA. Hal ini membentuk bahan karsinogen yang mungkin menyebabkan mutasi dan
kanser. Radikal bebas juga:
(a) menyebabkan penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan.
(b) merosakkan buah pinggang, hati dan peparu.
(c) menyebabkan penuaan awal seperti wajah berkedut dan rambut beruban.

LATIHAN PENGUKUHAN 2.2.1 DAN 2.2.2


1. Apakah maksud radikal bebas?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
2. Nyatakan dua ciri radikal bebas.

(a) _____________________________________ (b) ____________________________________


3. Namakan satu struktur dalam sel badan manusia yang menghasilkan radikal bebas?

_________________________________________________________________________________
4. Namakan satu struktur dalam sel badan manusia yang dirosakkan oleh radikal bebas?

_________________________________________________________________________________

2.3 BAHAN ANTIOKSIDAN


2.3.1 MEMERIHALKAN BAHAN ANTIOKSIDAN
1. Definisi Bahan Antioksidan: bahan yang menghalang radikal bebas daripada melakukan
proses pengoksidaan.
2. Bahan antioksidan boleh mendermakan elektron untuk menghentikan proses pengoksidaan
tanpa berubah menjadi radikal bebas.

3. Bahan ini melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap
sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.
4. Badan kita berupaya menghasilkan bahan antioksidan, namun apabila usia meningkat,
keupayaan ini akan berkurang. Oleh itu, kita perlu mendapatkan bahan antioksidan melalui
makanan. Apakah contoh bahan anti oksidan yang terdapat dalam makanan?

Beta karotena biasanya ditemui dalam


kebanyakan makan yang berwarna merah,
kuning atau jingga seperti lobak merah,
mangga dan ubi keledek.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 17 daripada 54

Lutien sering dikaitkan dengan mata yang sihat. Bahan


antioksidan ini terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam
sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan
brokoli.

Likopena ialah bahan antioksidan yang ditemui dalam


buah-buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato,
apricot, limau gedang dan oren.

Vitamin C ialah vitamin larut air yang juga dikenal sebagai


asid askorbik. Bahan antioksidan ini terdapat dalam buah-
buahan sitrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi,
kubis, lada hijau dan bijirin

Vitamin E juga dikenal sebagai alfa-tokoferol ialah bahan


antioksidan yang terdapat dalam pelbagai jenis minyak
termasuklan minyak kelapa sawit, minyak germa gandum,
minyak jagung dan minyak kacang soya. Bahan ini juga
ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang dan mangga.

Rajah: Bahan-bahan antioksidan dalam makanan

2.3.2 MENERANGKAN TINDAKAN BAHAN ANTIOKSIDAN KE ATAS RADIKAL BEBAS


Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang boleh diperoleh dari sintesis kimia atau tumbuhan
semula jadi. Apabila bahan antioksidan bertindak balas dengan radikal bebas, sebatian yang
lebih stabil akan terhasil dan seterusnya menghentikan proses pengoksidaan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGOKSIDAAN MAKANAN


Proses pengoksidaan boleh berlaku kepada makanan yang terdedah kepada udara. Proses ini
menyebabkan buah-buahan seperti epal dan pisang menjadi perang apabila dibiarkan terdedah
kepada udara.

Pisang selepas Pisang dibiarkan


dipetik terdedah kepada udara

Rajah: Pengoksidaan pada epal dan pisang


MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 18 daripada 54

Berdasarkan pengetahuan anda tentang tindakan bahan antioksidan, bagaimanakah proses pengoksidaan
makanan dilambatkan? Mari kita jalankan Eksperimen 2.3.3
2.3.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENGOKSIDAAN MAKANAN
EKSPERIMEN 2.3.3 1. Empat jenis larutan disediakan seperti yang
Tujuan: Mengkaji kesan jenis larutan yang ditunjukkan dalam rajah.
berbeza terhadap pengoksidaan buah epal. 2. Sebiji epal dipotong kepada lima hirisan yang
Pernyataan masalah: sama besar. Satu daripada hirisan epal itu
Apakah cara untuk melambatkan proses diletakkan ke dalam piring petri sebagai
pengoksidaan buah epal? kawalan.
Hipotesis: Larutan yang mengandungi bahan 3. Dengan forceps, setiap hirisan epal yang lain
antioksidan dapat melambatkan proses direndamkan ke dalam larutan gula, jus limau,
pengoksidaan buah epal. larutan natrium bikarbonat dan larutan garam
biasa masing-masing seperti dalam rajah.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : jenis larutan 4. Selepas satu minit, hirisan epal daripada
(b) bergerak balas : perubahan warna hirisan empat larutan diletakkan ke dalam piring Petri
epal dan dibiarkan terdedah kepada udara selama
(c) dimalarkan : suhu persekitaran, 15 minit.
saiz hirisan 5. Selepas 15 minit, perubahan yang berlaku
Bahan: Buah epal, larutan gula, jus limau, larutan kepada hirisan epal yang direndamkan ke
natrium bikarbonat, larutan garam biasa dalam empat jenis larutan dengan epal yang
tidak direndamkan di dalam mana-mana
Radas: Piring petri, bikar, forceps
larutan diperhatikan dan dicatatkan.
Prosedur:
Keputusan:
Perubahan warna
Jenis larutan
hirisan epal
Larutan gula
Jus limau
Larutan natrium
bikarbonat
Larutan garam biasa

Kesimpulan:

Soalan merujuk kepada Eksperimen 2.3.3


1. Hirisan epal yang manakah yang tidak berubah menjadi perang?

_______________________________________________________________________________
2. Bagaimanakah hirisan epal boleh menjadi perang?

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 19 daripada 54

LATIHAN PENGUKUHAN 2.3.1 DAN 2.3.2


1. Apakah maksud bahan antioksidan?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
2. Berikan dua contoh bahan antioksidan yang terdapat dalam makanan.

(a) _____________________________________ (b) ____________________________________


3. Huraikan tindakan bahan antioksidan ke atas radikal bebas?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

2.4 PRODUK KESIHATAN


2.4.1 MENERANGKAN MAKSUD BAHAN AKTIF DALAM PRODUK KESIHATAN
Kini, semakin banyak produk kesihatan dihasilkan dan dijual di pasaran. Namun, adakah semua
produk itu baik untuk kesihatan dan dapat menyembuhkan penyakit? Apakah kandungan yang
terdapat di dalam produk itu? Bagaimanakah kita dapat mengetahui keberkesanan produk-
produk kesihatan ini?
BAHAN AKTIF DALAM PRODUK KESIHATAN
Semua produk kesihatan, sama ada dalam bentuk pil, serbuk atau losyen mengandungi bahan aktif
yang memainkan peranan dalam memberikan kesan kepada pengguna produk. Apakah maksud
bahan aktif?
Bahan aktif ialah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan
terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.

Rajah: Contoh produk kesihatan berserta label bahan aktif


Bahan aktif akan memberikan kesan atau tujuan yang sama walaupun digunakan dalam produk
dengan jenama yang berbeza. Kadangkala, dua atau lebih bahan aktif tidak boleh digunakan
bersama kerana boleh bertindak balas dan menghasilkan kemudaratan kepada kesihatan.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 20 daripada 54

2.4.2 MEWAJARKAN PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN YANG TERDAPAT DALAM PASARAN

1. Pengguna boleh memilih pelbagai jenis produk kesihatan yang terdapat di pasaran Malaysia.
2. Antara tujuan permintaan terhadap produk kesihatan adalah seperti berikut:

TUJUAN
PENGGUNAAN
PRODUK KESIHATAN

Suplemen untuk Mengekalkan kesihatan


membantu memulihkan dengan meningkatkan
penyakit. imunisasi badan.

Makanan tambahan
untuk melengkapkan
amalan pemakanan yang
tidak seimbang.

LATIHAN PENGUKUHAN 2.4.1 DAN 2.4.2


1. Apakah produk kesihatan?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

2. Apakah yang dikatakan bahan aktif dalam produk kesihatan?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

3. Berikan dua faktor kewajaran penggunaan produk kesihatan di Malaysia.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

4. Berikan dua faktor kewajaran penggunaan produk kesihatan di Malaysia.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 21 daripada 54

3.0 DAYA DAN GERAKAN


3.1 GERAKAN LINEAR
3.1.1 MENERANGKAN PERBEZAAN ANTARA JARAK DAN SESARAN SERTA UNIT UKURAN DALAM
KEHIDUPAN HARIAN
JARAK DAN SESARAN
● Jarak ialah jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek.
● Diukur dalam meter (m)

● Sesaran ialah jarak suatu objek dari titik mula sehingga titik akhir pada satu garis lurus.
● Diukur dalam meter (m)

● Jarak dan sesaran merupakan kuantiti yang boleh diukur.

ALAT PENGUKURAN UNTUK MENGUKUR JARAK

Pembaris meter Road meter Laser range meter

CONTOH 1: Seorang pekerja sedang bergerak ke kilang menggunakan motorsikal. Berapakah


jarak dan sesaran yang dilalui oleh pekerja itu?

PENYELESAIAN

Jarak =__________________

Sesaran =__________________

CONTOH 2: Seorang lelaki berjalan 5 m ke timur, 3 m ke selatan, 5 m ke barat dan akhirnya 3 m


ke utara. Tentukan jarak dan sesaran lelaki itu.
PENYELESAIAN
PENYELESAIAN
(a) Jarak perjalanan lelaki itu = panjang lintasan

= ______________________________ = ____________

(b) Sesaran lelaki itu = jarak objek dari TITIK MULA sehingga
TITIK AKHIR pada satu garis lurus

= _______________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 22 daripada 54

Contoh 3 dan Contoh 4 perlu menggunakan Info ini


MAGNITUD sesaran:
guna Teorem Pithagoras

CONTOH 3: Sebuah kereta bergerak 4 km ke timur dan kemudiannya 3 km ke utara. Tentukan:


(a) jarak kereta bergerak (b) sesaran kereta.
Penyelesaian
Lukiskan gambar rajah pergerakan (b) Sesaran = √𝒂𝟐 + 𝒃𝟐
kereta itu.
= √ 𝟐+ 𝟐

= √ +

= √

(a) Jarak = ________________________ = ________________

= ________________________

CONTOH 4: Sebuah kereta bergerak 4 km ke utara dan kemudiannya 5 km ke timur. Tentukan:


(a) jarak kereta bergerak (b) sesaran kereta.
Penyelesaian
Lukiskan gambar rajah pergerakan (b) Sesaran = √𝒂𝟐 + 𝒃𝟐
kereta itu.
= √ 𝟐+ 𝟐

= √ +

= √

(a) Jarak = ________________________ = ________________

= ________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 23 daripada 54

LATIHAN PENGUKUHAN 3.1.1


1. Kaji peta di bawah.

Ukur jarak dan sesaran di antara lokasi berikut menggunakan pembaris.


(a) Kampung Nerek ke Kampung Chenor (c) Kampung Awah ke Kampung Nerek

Jarak = ______________________ Jarak = ______________________

Sesaran = ____________________ Sesaran = ____________________


(b) Kampung Awah ke masjid (d) Kampung Jengka ke Kampung Nerek

Jarak = ______________________ Jarak = ______________________

Sesaran = ____________________ Sesaran = ____________________

2. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan A, B, C dan D bagi seorang pelari pada beberapa masa
yang berlainan. Setelah berlari dari A ke D melalui B dan C, dia berpatah balik ke B.
Tentukan jarak dan sesaran pelari itu.

Penyelesaian

Jarak = __________________________________ Sesaran = ____________________________

= __________________________________ = ____________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 24 daripada 54

3.1.2 MENJELASKAN DENGAN CONTOH MAKSUD LAJU, LAJU PURATA, HALAJU DAN PECUTAN SERTA
UNIT UKURANNYA DALAM KEHIDUPAN HARIAN
1. LAJU ditakrifkan sebagai kadar perubahan JARAK. LAJU PURATA ialah kadar perubahan
jumlah jarak yang dilalui.

𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤


Laju = Laju purata =
𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚

𝐦
Unit = = m s-1 (meter per saat)
𝐬
Contoh 1: Soalan melibatkan laju dan laju purata
Rajah di bawah menunjukkan seorang pelajar berlari sejauh 100 m dalam masa 10 s.

10 saat
6 saat
2 saat

0m 10 m 50 m 100 m
A B C
Tentukan:
(a) Laju pelari pada kedudukan A (c) Laju purata pelari tersebut.
𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤
Laju purata =
𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚
Laju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚

= ________________

(b) Laju pelari pada kedudukan B


= ________________

𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 Contoh 2: Usain Bolt memecah rekod dunia


Laju = = dalam acara pecut 100 m dengan masa 9.58 s.
𝐦𝐚𝐬𝐚
Berapakah laju puratanya.
𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤
Laju purata =
𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚
= ________________

= ________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 25 daripada 54

HALAJU
1. HALAJU ditakrifkan sebagai kadar perubahan SESARAN.
𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Halaju =
𝐦𝐚𝐬𝐚
𝐦
Unit = = m s-1 (meter per saat)
𝐬

Contoh 1: Rajah di bawah menunjukkan sebuah kereta sedang bergerak dari O ke C.


0m 20 m 40 m 60 m
2 saat 2 saat 2 saat
O A B C

Tentukan:
(a) Halaju kereta dari titik O ke A. (c) Halaju kereta dari titik O ke C.

𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Halaju = = Halaju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚

= _____________ ke arah ____________


= _____________ ke arah ____________ * Apabila objek bergerak pada arah berlawanan
(patah balik), maka halaju objek itu ditulis
(b) Halaju kereta dari titik A ke B. dengan tanda negatif.
Contoh: Berpandukan soalan 1 di atas, tentukan
halaju kereta itu jika ianya berpatah
𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 balik dari C ke O.
Halaju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚
𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Halaju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚

= _____________ ke arah ____________

= _______________ ke arah _____________

Contoh 2: Rajah di bawah menunjukkan Penyelesaian


sebuah motosikal mengambil masa 5 s
untuk bergerak dari X ke Y. 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Halaju = =
Tentukan halaju motorsikal itu. 𝐦𝐚𝐬𝐚
Arah gerakan

20 m = ________________ ke arah _____________


X Y
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 26 daripada 54

PECUTAN
1. Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan apabila halaju objek itu bertambah terhadap masa.
2. PECUTAN ditakrifkan sebagai kadar perubahan HALAJU.
𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮
Pecutan = 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥

𝐇𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 (𝒗) − 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐀𝐰𝐚𝐥 (𝒖) 𝐯−𝐮


Pecutan, a =
𝐦𝐚𝐬𝐚 (𝒕)
a=
𝐭

Unit = m s-2 (meter per saat per saat)

3. PECUTAN POSITIF: Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan positif jika halaju objek itu sentiasa
bertambah.

0s 2s 4s 6s
Contoh 1: Rajah di atas menunjukkan sebuah motorsikal sedang bergerak.
Tentukan pecutan motorsikal itu.
Penyelesaian

𝐯−𝐮
a= = = ___________________
𝐭

4. PECUTAN NEGATIF / NYAHPECUTAN: Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan negatif atau
nyahpecutan jika halaju objek itu sentiasa berkurang.

0s 2s 4s 6s
Contoh 2: Rajah di atas menunjukkan sebuah motorsikal sedang bergerak.
Tentukan nyahpecutan motorsikal itu.
Penyelesaian

𝐯−𝐮
a= = = ___________________
𝐭
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 27 daripada 54

3.1.3 MENYELESAIKAN MASALAH YANG MELIBATKAN LAJU, LAJU PURATA, HALAJU DAN PECUTAN
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Soalan 1 Soalan 3
Seorang murid telah menyertai acara larian 100 Berapakah pecutan Usain Bolt jika berlari dari
m. Dia telah mencatatkan masa 12.58 saat dalam keadaan pegun dan mencecah halaju 10.44 m s-1
acara tersebut. Berapakah laju puratanya di garisan penamat 100 m dalam tempoh 9.58 s?
lariannya? Penyelesaian
Penyelesaian u = ________________, v = ________________

𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 t = ______________


Laju purata = =
𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚

𝐯−𝐮
-
= ___________________
a= =
𝐭
Soalan 2

A C B a = ________________
Sebuah kereta bergerak dari titik A ke titik B yang Soalan 4
berjarak 800 m dalam masa 40 saat. Kemudian, 150 m
kereta itu berpatah balik dari titik B ke titik C S T
pada jarak 300 m dalam masa 15 saat.
100 m 100 m
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan laju?
R U
_____________________________________
Syafiq berlari dari titik mula R ke S yang terletak
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan halaju? pada jarak 100 m utara dari R. Dia berlari pula
ke arah T, 150 m pada arah timur dari S. Dia
_____________________________________ meneruskan lariannya ke arah U, 100 m pada
(c) Berapakah laju kereta itu pada titik B? arah selatan dari T. Jumlah masa yang diambil
olehnya ialah 60 saat. Hitungkan:
(a) Jarak.
𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤
Laju = = = ______________
𝐦𝐚𝐬𝐚 = __________________________ = _________
(b) Laju purata
(d) Tentukan jumlah sesaran yang dilalui kereta
itu. 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤
Laju purata = =
Sesaran = ________________________________ 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚

= _____________________ = ___________________
(e) Berapakah halaju kereta itu? (c) Sesaran = ___________________________

𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
(d) Halaju
Halaju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Halaju = =
𝐦𝐚𝐬𝐚

= _____________________
= _______________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 28 daripada 54

3.1.4 MEMBEZAKAN JENIS GERAKAN LINEAR


Menentukan sesaran, halaju dan pecutan menggunakan pita detik dan jangka masa detik

Kertas karbon Pin pengetar

Pita detik
• Jangka masa detik adalah alat yang digunakan untuk
mengkaji gerakan. Kertas karbon
• Ia berfungsi seperti jam iaitu alat pengukuran masa. Selain
daripada itu, ia dapat digunakan untuk menentukan
SESARAN, HALAJU dan PECUTAN objek.
• Ia menggunakan arus ulang alik, menyebabkan jarumnya
bergetar dengan frekuensi 50 Hz.
Ini bermaksud, getaran jarumnya menghasikan titik pada Pin pengetar
pitak detik sebanyak 50 titik dalam 1 saat.
• 1 DETIK – selang masa di antara dua titik berturutan. Pita detik

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 50 detik = 1 saat
𝟏
1 detik = saat = 0.02 saat
𝟓𝟎

n detik = 0.02 saat x n

Analisis corak pergerakan pita detik


arah
arah gerakan arah
gerakan gerakan

HALAJU SERAGAM PECUTAN NYAHPECUTAN


Analisis pita detik dalam menentukan sesaran, halaju dan pecutan suatu objek
(1) Tentukan sesaran dan halaju dari pita detik di bawah Penyelesaian
Sesaran = ukur guna pembaris X ke Y
Arah gerakan
= ______________ cm

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬
X Y
𝟏
* Ingat: 1 detik = saat = 0.02 saat = __________ cm s-1
𝟓𝟎
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 29 daripada 54
(2) Tentukan pecutan dari pita detik di bawah Penyelesaian
Arah gerakan Langkah 3: Cari masa

masa = ( ) x 0.02 s

= __________ saat
2.5 cm 0.5 cm
Penyelesaian Langkah 4: Masukkan maklumat
dalam rumus pecutan
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
Pecutan = 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
𝐦𝐚𝐬𝐚
Pecutan =
𝐦𝐚𝐬𝐚
Langkah 1: Cari halaju awal
=
𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= _____________ cm s-1

Langkah 2: Cari halaju akhir

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= _____________ cm s-1

(3) Tentukan pecutan dari pita detik di bawah Langkah 3: Cari masa
Arah gerakan
masa = ( ) x (10 x 0.02 s)

= ______________ saat

Langkah 4: Masukkan maklumat


0.5 cm 2.5 cm
dalam rumus pecutan
Penyelesaian
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
Pecutan =
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐚
Pecutan =
𝐦𝐚𝐬𝐚
=
Langkah 1: Cari halaju awal

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= ________________ cm s-1

Langkah 2: Cari halaju akhir

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= ________________ cm s-1
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 30 daripada 54

(4) Tentukan pecutan dari pita detik di bawah Penyelesaian


Panjang / cm Langkah 2: Cari halaju akhir

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
8 Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬
7
6 = ______________ cm s-1

5 Langkah 3: Cari masa


4
3 masa = ( ) panjang pita x ( 5 x 0.02 s)
2
= ______________ saat
1
0 Masa / s Langkah 4: masukkan maklumat dalam
rumus pecutan
Penyelesaian
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
Pecutan =
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐚
Pecutan =
𝐦𝐚𝐬𝐚
=
Langkah 1: Cari halaju awal

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= ______________ cm s-1

AKTIVITI: Menjalankan aktiviti mengkaji jenis gerakan dan menentukan halaju dan pecutan
troli menggunakan jangka masa detik.

ARAHAN: Lekatkan pita detik anda pada muka surat 31. Seterusnya tentukan PECUTAN TROLI tersebut.
Tunjukkan jalan pengiraan anda muka surat 31.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 31 daripada 54
Arah gerakan

Lekatkan pita detik anda di sini

Penyelesaian Langkah 4: Masukkan maklumat


dalam rumus pecutan
𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
Pecutan =
𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫−𝐡𝐚𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥
Pecutan =
𝐦𝐚𝐬𝐚
Langkah 1: Cari halaju awal
=
𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= ________________ cm s-1

Langkah 2: Cari halaju akhir

𝐒𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐜𝐦
Halaju = =
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬

= ________________ cm s-1

Langkah 3: Cari masa

masa = ( )x( )

= ______________ saat
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 32 daripada 54

3.2 GRAF GERAKAN LINEAR


3.2.1 MENYATAKAN MAKSUD JENIS GERAKAN DARI GRAF GERAKAN LINEAR UNTUK
MENENTUKAN JARAK, SESARAN, HALAJU, HALAJU PURATA DAN PECUTAN
Rajah menunjukkan sebuah kereta bergerak dari 0 m
hingga 500 m dalam masa 50 s. Pergerakan kereta ini
boleh digambarkan dalam GRAF GERAKAN iaitu:
graf sesaran-masa, halaju-masa dan pecutan-masa

GRAF SESARAN-MASA
1. Kecerunan graf sesaran-masa mewakili HALAJU OBJEK.
2. Rajah di bawah menunjukkan LIMA BENTUK graf sesaran-masa.
(a) Sesaran, m (c) Sesaran, m

0 Masa, s 0 Masa, s
ANALISIS GRAF ANALISIS GRAF
- Kecerunan graf = HALAJU - Kecerunan graf = HALAJU
- Objek dalam keadaan PEGUN / - Objek bergerak dengan HALAJU SERAGAM
TIDAK BERGERAK atau PECUTAN SIFAR (Objek berpatah balik)
Contoh: Cari halaju objek pada graf di atas. Contoh: Cari halaju objek pada graf di atas
Penyelesaian Penyelesaian
𝒚𝟐−𝒚𝟏 𝒚𝟐−𝒚𝟏
Kecerunan graf = = Kecerunan graf = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏 𝒙𝟐−𝒙𝟏

= _________________ = ______________

(b) Sesaran, m (d) Sesaran, m

0 Masa, s
0 Masa, s
ANALISIS GRAF
ANALISIS GRAF - Objek bergerak dengan PECUTAN SERAGAM
- Kecerunan graf = HALAJU
- Objek bergerak dengan HALAJU SERAGAM (e) Sesaran, m
atau PECUTAN SIFAR.
Contoh: Cari halaju objek pada graf di atas.
Penyelesaian
𝒚𝟐−𝒚𝟏
Kecerunan graf = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏 0 Masa, s
ANALISIS GRAF
= ______________ - Objek bergerak dengan NYAHPECUTAN SERAGAM
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 33 daripada 54

GRAF HALAJU-MASA
1. Kecerunan graf halaju-masa mewakili PECUTAN OBJEK.
2. Luas di bawah graf mewakili SESARAN OBJEK.
3. Rajah di bawah menunjukkan ENAM BENTUK graf halaju-masa.
(a) Halaju, m s-1 (b) Halaju, m s-1

Masa, s 0 Masa, s
0

ANALISIS GRAF ANALISIS GRAF


- Kecerunan graf = PECUTAN - Kecerunan graf = PECUTAN
- Objek bergerak dengan HALAJU SERAGAM atau - Objek bergerak dengan PECUTAN SERAGAM
PECUTAN SIFAR
Contoh: Cari pecutan objek pada graf di atas.
Contoh: Cari pecutan objek pada graf di atas. Penyelesaian
Penyelesaian 𝒚𝟐−𝒚𝟏
𝒚𝟐−𝒚𝟏 Kecerunan graf = =
Kecerunan graf = = 𝒙𝟐−𝒙𝟏
𝒙𝟐−𝒙𝟏

= _________________
= _________________
- Luas di bawah graf = SESARAN
- Luas di bawah graf = SESARAN Contoh: Cari sesaran objek pada graf di atas.
Contoh: Cari sesaran objek pada graf di atas. Penyelesaian
Penyelesaian
Sesaran = Sesaran =

(c) Halaju, m s-1 - Luas di bawah graf = SESARAN


Contoh: Cari sesaran objek pada graf di atas.
Penyelesaian
= ________________
Sesaran =

(d) Halaju, m s-1


0 Masa, s

ANALISIS GRAF
- Kecerunan graf = PECUTAN
- Objek bergerak dengan NYAHPECUTAN
SERAGAM
Contoh: Cari pecutan objek pada graf di atas. 0 Masa, s
Penyelesaian ANALISIS GRAF
𝒚𝟐−𝒚𝟏
Kecerunan graf = = - Kecerunan graf = PECUTAN = 0 m s-2
𝒙𝟐−𝒙𝟏 - Luas di bawah graf = SESARAN = 0 m
- Objek dalam keadaan PEGUN /
= __________________ TIDAK BERGERAK

- Luas di bawah graf = SESARAN


Contoh: Cari sesaran objek pada graf di atas.
Penyelesaian
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 34 daripada 54
(e) (f)
Halaju, m s-1 Halaju, m s-1

0 Masa, s 0 Masa, s
ANALISIS GRAF ANALISIS GRAF
- Objek bergerak dengan PECUTAN - Objek bergerak dengan PECUTAN
BERTAMBAH BERKURANG

LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.1


1. Huraikan pergerakan objek dari AB, BC dan 2. Kira halaju objek dari AB, BC dan CD bagi graf
CD bagi graf sesaran-masa di bawah. sesaran – masa di bawah.
Sesaran, m Sesaran, m
B C
B C
10

A D
0 A D
Masa, s
0 2 4 8 Masa, s
PENYELESAIAN

AB: ____________________________________ PENYELESAIAN


* Kecerunan graf sesaran-masa = HALAJU
____________________________________
𝒚𝟐−𝒚𝟏
____________________________________ Halaju AB = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏

BC: ____________________________________ = _____________m s-1

____________________________________
𝒚𝟐−𝒚𝟏
____________________________________ Halaju BC = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏

CD: ____________________________________ = _________m s-1

____________________________________

____________________________________ 𝒚𝟐−𝒚𝟏
Halaju CD = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏

= _________m s-1
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 35 daripada 54
3. Huraikan pergerakan objek dari AB, BC dan 4. Kira pecutan objek dari AB, BC dan CD bagi graf
CD bagi graf halaju-masa di bawah. halaju – masa di bawah.
Halaju, m s-1 Halaju, m s-1

B C B C
10

A A D
0 D Masa, s 0 2 4 8 Masa, s

PENYELESAIAN
PENYELESAIAN
* Kecerunan graf halaju-masa = PECUTAN
AB: ____________________________________
𝒚𝟐−𝒚𝟏
Pecutan AB = =
____________________________________ 𝒙𝟐−𝒙𝟏

= _________m s-2
BC: ____________________________________
𝒚𝟐−𝒚𝟏
____________________________________ Pecutan BC = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏

= _________m s-2
CD: ____________________________________
𝒚𝟐−𝒚𝟏
____________________________________ Pecutan CD = =
𝒙𝟐−𝒙𝟏
5. Kira sesaran objek dari AB, BC dan CD bagi
= _________m s-2
graf halaju-masa di bawah.
Halaju, m s-1 6. Huraikan pergerakan objek dari KL, LM dan
6.
MN bagi graf halaju-masa di bawah
B C Halaju, m s-1
10
L

A D
0 2 4 8 Masa, s
Masa, s
PENYELESAIAN 0
K M N
* Luas di bawah graf halaju-masa = SESARAN
PENYELESAIAN
Sesaran AB = ½ x __________ x __________
KL: _____________________________________
= ________________ m
_____________________________________

Sesaran BC = ___________ x ____________ LM: ____________________________________

= ________________ m _____________________________________

MN: ____________________________________
Sesaran CD = ½ x __________ x __________
_____________________________________
= ________________ m
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 36 daripada 54

3.3 JISIM DAN INERSIA


3.3.1 MENERANGKAN JISIM
1. JISIM ialah kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek.
2. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).
3. Nilai jisim bagi sesuatu objek itu tetap jika kuantiti jirim di dalam objek itu tidak berubah.

3.3.2 MENERANGKAN DENGAN CONTOH MAKSUD INERSIA


1. INERSIA ialah kecenderungan suatu objek untuk mengekalkan keadaan asalnya, sama ada
pegun atau bergerak.
2. Inersia bukan kuantiti fizik, maka tidak boleh diukur, tiada nilai dan tiada unit.
3. Inersia terbahagi kepada dua:
(a) Inersia pegun
(b) Inersia bergerak
4. Contoh situasi yang melibatkan inersia pegun:

Apabila kadbod disentap dengan laju, Apabila bas tidak bergerak (pegun),
duit syiling akan terjatuh ke dalam gelas. penumpang di dalam bas itu juga tidak
Inersia duit syiling itu mengekalkan bergerak. Apabila bas itu memulakan
keadaan asal duit syiling, iaitu keadaan pergerakan secara mendadak, badan
pegun. Duit syiling itu tidak bergerak penumpang bergerak ke belakang. Inersia
bersama kadbod, sebaliknya jatuh ke penumpang itu mengekalkan keadaan asal
dalam gelas akibat daya graviti. penumpang, iaitu keadaan pegun. Maka,
penumpang itu meneruskan gerakannya ke
belakang.
5. Contoh situasi yang melibatkan inersia bergerak:

Apabila bas bergerak, penumpang di dalam bas Apabila kereta berhenti secara tiba-
itu juga bergerak bersama-sama. Apabila bas itu tiba, penumpang terhumban ke
diberhentikan secara tiba-tiba, badan hadapan kerana inersia gerakan
penumpang kekal bergerak ke hadapan. Inersia penumpang cuba mengekalkan
penumpang itu mengekalkan keadaan asal keadaan gerakannya.
penumpang, iaitu keadaan bergerak. Maka,
penumpang itu meneruskan gerakannya ke
hadapan.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 37 daripada 54

6. Inersia sejajar dengan Hukum Gerakan Newton Pertama oleh Sir Isaac Newton.
7. Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan
asalnya, iaitu sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju malar (dalam garis lurus) jika tiada
daya luar yang bertindak terhadapnya.

HUBUNGAN ANTARA JISIM DENGAN INERSIA


1. Inersia sesuatu objek dipengaruhi oleh jisim objek tersebut. Semakin besar jisim sesuatu objek,
semakin besar inersia objek tersebut.

Objek berjisim besar yang pegun adalah Objek berjisim kecil yang pegun adalah senang
sukar untuk menggerakkannya. Ini kerana untuk menggerakkannya. Ini kerana inersia
inersia pegunnya adalah besar. pegunnya adalah kecil.

Objek berjisim besar yang sedang bergerak Objek berjisim kecil yang sedang bergerak
adalah sukar untuk menghentikannya. Ini adalah senang untuk menghentikannya. Ini
kerana inersia gerakannya adalah besar. kerana inersia gerakannya adalah kecil.

Jisim troli yang kosong adalah lebih kecil, Jisim troli yang dipenuhi dengan barang adalah
maka inersianya juga lebih kecil. Hal ini lebih besar. Oleh itu, inersianya adalah lebih
menjadikan troli itu mudah digerakkan besar. Troli itu lebih susah untuk digerakkan
dari keadaan asalnya. dari keadaan asalnya.

Rajah: Situasi yang menunjukkan hubungan antara jisim dengan inersia


2. Hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji menggunakan neraca inersia. Neraca inersia dicipta
oleh pihak NASA untuk menentukan jisim objek di stesen angkasa lepas.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 38 daripada 54

3.3.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA JISIM DAN INERSIA
EKSPERIMEN 3.3.3
2. Bilah gergaji diapit dengan pengapit-G pada
Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim
kaki meja secara mengufuk dengan ketat.
dengan inersia.
3. Letakkan seketul plastisin dengan jisim 30 g
Pernyataan masalah: diletak pada hujung bilah gergaji itu.
Adakah jisim objek mempengaruhi inersia 4. Hujung bilah gergaji dengan plastisin itu
objek tersebut? disesarkan sedikit dan lepaskannya supaya
Hipotesis: Semakin besar jisim sesuatu objek, berayun secara mengufuk.
semakin besar inersia objek tersebut. 5. Masa yang diambil bagi 10 ayunan lengkap
dicatat menggunakan jam randik dan direkod
Pemboleh ubah: di dalam jadual.
(a) dimanipulasikan : jisim plastisin 6. Tempoh, T, untuk satu ayunan lengkap dikira.
(b) bergerak balas : tempoh ayunan 7. Langkah 3 hingga 6 diulang menggunakan
(c) dimalarkan : panjang bilah gergaji plastisin yang berjisim 40 g, 50 g, 60 g dan 70 g.
yang berayun,
Keputusan:
bentuk plastisin
Bahan: plastisin Tempoh ayunan
Masa 10
Radas: pengapit-G, bilah gergaji, jam randik, lengkap,
Jisim, m (g) ayunan
𝐭
penimbang elektronik lengkap, t (s) T= (s)
𝟏𝟎
Prosedur:
30
1. Radas disusun seperti yang ditunjukkan 40
dalam rajah di bawah. 50
60
70
Analisis data: Plotkan graf T melawan jisim
plastisin pada sehelai kertas graf.
Kesimpulan:
Semakin bertambah jisim suatu objek, semakin
bertambah inersia objek tersebut. Hipotesis
Rajah: Susunan radas neraca inersia diterima.

Graf T melawan jisim plastisin NOTA TAMBAHAN: Radas untuk eksperimen inersia boleh
juga seperti di bawah.
T (s)

Pastikan skala
seragam

Jisim (a) dimanipulasikan: jisim pemberat


0 plastisin, g (b) bergerak balas : tempoh ayunan
(c) dimalarkan : amplitud ayunan, kekerasan bilah keluli
Perhatian ketika memplot graf: Radas: Neraca inersia, pengapit-G, pemberat piawai, jam randik
- tajuk graf ditulis. Prosedur:
- paksi dan unit betul. 1. Susun radas seperti rajah.
- skala seragam. 2. Pemberat berjisim 30 g diletakkan pada hujung neraca.
3. Hujung bilah keluli dengan pemberat itu disesarkan secara
- saiz graf melebihi 75% daripada
mendatar dan dilepaskan supaya berayun.
kertas graf yang diberi. 4. Masa untuk 10 ayunan lengkap diukur dengan jam randik.
5. Langkah 2 hingga 4 diulang untuk pemberat 40 g, 50 g, 60 g
dan 70 g.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 39 daripada 54

3.3.4 BERKOMUNIKASI TENTANG KESAN INERSIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Anda telah mengetahui bahawa inersia dipengaruhi oleh jisim sesuatu objek. Inersia boleh
memberikan kesan positif dan kesan negatif dalam kehidupan.

Rajah: Kesan positif inersia.

Rajah: Kesan negatif inersia dan cara mengatasinya.

CIRI KESELAMATAN DALAM KENDERAAN YANG BERKAITAN DENGAN INERSIA


1. Apabila kereta berhenti secara mendadak, inersia penumpang akan menghumbankan mereka ke
depan. Ini kerana, inersia gerakannya cuba mengekalkan gerakannya ke depan.
2. Ciri-ciri keselamatan yang digunakan dalam kenderaan ialah:
(i) TALI PINGGANG KELEDAR – Melindungi pemandu dan penumpang daripada kecederaan
apabila kereta berhenti secara tiba-tiba atau berlanggar.
(ii) ALAS KEPALA – melindungi leher pemandu atau penumpang daripada tertolak ke belakang
apabila kereta dilanggar dari belakang.
(iii) BEG UDARA – Beg udara akan terkeluar secara automatik dan menghalang pemandu
dan penumpang daripada tercedera.

LATIHAN PENGUKUHAN 3.3.1, 3.3.2, 3.3.3 DAN 3.3.4


1. Nyatakan maksud inersia.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

2. Nyatakan hubungan antara jisim dengan inersia.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 40 daripada 54

4.0 TENAGA NUKLEAR


4.1 PENGGUNAAN SUMBER TENAGA NUKLEAR
4.1.1 MENERANGKAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR BAGI NEGARA YANG TELAH DIKENAL PASTI
1. Bahan api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan api fosil yang semakin
berkurangan untuk menjana tenaga elektrik kerana sumber tenaga ini lebih murah dan
mampu menghasilkan tenaga elektrik yang berterusan.
2. Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga mereka. Mengapakah negara-negara ini menggunakan tenaga nuklear
berbanding dengan sumber tenaga lain?

KEGUNAAN TENAGA NUKLEAR


(a) Tenaga elektrik (d) Satelit dan roket
(b) Pertanian (e) Kapal selam
(c) Perubatan (f) Senjata nuklear

KEBAIKAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

(a) Menjana tenaga elektrik yang lebih banyak daripada jumlah bahan yang sedikit.
(b) Kurang pencemaran udara.
(c) Tidak membebaskan gas rumah hijau.
(d) Kos operasi lebih murah.
(e) Tidak memerlukan kawasan yang luas.

KEBURUKAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR


(a) Boleh menyebabkan kemalangan seperti letupan atau kebocoran bahan radioaktif.
(b) Sisa nuklear mengandungi kadar radiasi yang tinggi dan sukar dilupuskan.
(c) Risiko terdedah kepada sinaran radioaktif.
(d) Sisa radioaktif boleh mencemarkan alam sekitar.
(e) Penyalahgunaan tenaga nuklear sebagai senjata.

LATIHAN PENGUKUHAN 4.1.1


1. Nyatakan tiga kegunaan tenaga nuklear.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
2. Nyatakan satu kebaikan dan keburukan penggunaan tenaga nuklear.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 41 daripada 54

4.2 PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR


4.2.1 MEMERIHALKAN PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR MELALUI PEMBELAHAN NUKLEUS DAN
PELAKURAN NUKLEUS
Tenaga nuklear dihasilkan melalui dua proses iaitu melalui pembelahan nukleus dan pelakuran
nukleus.
PEMBELAHAN NUKLEUS
Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada
dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.
• Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus
radioaktif yang berat seperti uranium-235.
• Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus
yang lebih ringan dan stabil.
• Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.
• Pembelahan nukleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan
membelah nukleus berjisim besar yang baharu. Tindak balas ini disebut sebagai tindak balas
berantai.

hasil
pembelahan

tenaga
dibebaskan
Tindak
balas
neutron berantai
neutron
nukleus tidak pembelahan
stabil nukleus
(Uranium-235) hasil
pembelahan

Rajah: Proses pembelahan nukleus uranium-235

PELAKURAN NUKLEUS
Pelakuran nukleus merupakan satu proses percantuman atau penggabungan dua nukleus
radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan
tenaga.
• Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium (isotop hidrogen)
bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat.
• Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi. Proses ini membebaskan tenaga nuklear yang
lebih banyak berbanding dengan pembelahan nukleus.

Deuterium Helium

TENAGA
Pelakuran

Tritium Neutron Rajah: Pelakuran dua isotop hidrogen


MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 42 daripada 54

4.2.2 MEMERIHALKAN PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DARIPADA TENAGA NUKLEAR


Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk menjana tenaga elektrik. Penjanaan tenaga elektrik
daripada tenaga nuklear ini dilakukan di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear. Sebuah stesen
jana kuasa nuklear terdiri daripada reaktor nuklear dan penjana. Reaktor nuklear menghasilkan
jumlah tenaga yang besar.
Proses penjanaan tenaga elektrik yang berlaku di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear adalah
seperti berikut:

Rod pengawal boron Turbin Penjana elektrik


Mengawal kadar tindak Apabila turbin diputarkan Menjanakan arus elektrik melalui
balas pebelahan nukleus oleh aliran stim, magnet di proses aruhan elektromagnet
dengan menyerap neutron dalam penjana diputarkan apabila magnet berputar dalam
yang berlebihan suatu gegelung

Stim panas
Pencawang elektrik
kepada pengguna

Moderator grafit Gas


Memperlahankan panas
neutron
Air panas Menara
penyejukan
Gas Gas
sejuk sejuk Gas Pam
sejuk Air sejuk

Reaktor

Rod bahan api uranium Perisai konkrit Agen penyejuk Kondensor


Membebaskan tenaga Mengelakkan Menyerap Menyejuk dan
haba melalui kebocoran haba hasil mengkondensasikan stim
pembelahan nukleus sinaran tindak balas menjadi air
untuk memanaskan gas radioaktif nuklear
yang mengalir melalui daripada reaktor
teras reaktor
Rajah: Stesen jana kuasa tenaga nuklear

4.2.3 MEWAJARKAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR BAGI NEGARA YANG MENGGUNAKANNYA


Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-negara di dunia sebagai sumber
alternatif tenaga elektrik. Terdapat beberapa sebab mengapa negara-negara ini memilih tenaga
nuklear sebagai sumber tenaga negara mereka.

KURANG SUMBER TENAGA LAIN


• Kebanyakan negara yang menggunakan tenaga nuklear kurang sumber tenaga lain seperti
arang batu dan petroleum. Kos yang amat tinggi diperlukan jika mereka mengimport
sumber tenaga ini dari negara lain. Oleh itu, mereka perlu menggunakan sumber tenaga
lain seperti tenaga nuklear.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 43 daripada 54

KELUASAN NEGARA YANG BESAR SERTA KEPADATAN PENDUDUK YANG TINGGI


• Negara China contohnya adalah sangat besar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga mampu untuk
menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka.

SUMBER PENDAPATAN NEGARA


• Reaktor nuklear di Slovakia contohnya mampu menghasilkan tenaga elektrik yang melebihi
keperluan negaranya. Oleh itu, mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada negara-
negara jiran dan mampu mendapat keuntungan yang lumayan.

TEKNOLOGI YANG CANGGIH


• Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara yang menggunakan tenaga
nuklear. Hasilnya kini, mereka telah berjaya memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu
mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reaktor nuklear. Contohnya seperti pembinaan
Makmal Nasional Argonne yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

LATIHAN PENGUKUHAN 4.2.1, 4.2.2 DAN 4.2.3


1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

(a) Proses___________________________nukleus berlaku apabila satu______________________

membedil satu nukleus berjisim besar dan ____________________ kepada dua nukleus baharu

berjisim lebih kecil yang hampir sama serta stabil dengan pembebasan____________________.

(b) Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada ____________________ yang tinggi sahaja.

4.3 IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR


4.3.1 MENCERITAKAN IMPAK PENGGUNAAN SENJATA NUKLEAR KEPADA HIDUPAN DAN
PERSEKITARAN
Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat memberikan manfaat
kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab tenaga nuklear semakin banyak digunakan di
seluruh dunia, kita perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan dan
persekitaran.

IMPAK PENGGUNAAN SENJATA NUKLEAR


Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga nuklear dijanakan untuk
menghasilkan bom. Hasil sampingan daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu
plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom.
Dunia telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila tenaga nuklear digunakan
untuk menghasilkan senjata nuklear. Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia
Kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 44 daripada 54
Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua
• Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom “Little Boy” telah digugurkan oleh pihak tentera Amerika
Syarikat di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti satu lagi bom atom “Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos
1945.
• Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan satu gelombang letupan yang amat kuat sehingga
mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam secara serta-merta.
• Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar raya itu menjadi amat panas sehingga mencairkan
struktur besi.
• Letusan bom nuklear juga menggangu keadaan atmosfera kesan daripada gelombang yang terhasil di
samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan.
• Pada ketika itu, seluruh sistem perhubungan di bandar raya itu terputus.

Sebelum Selepas
Gambar foto: Kesan pengeboman di Hiroshima
Kini, sudah banyak negara yang mula mencipta dan mengeluarkan senjata nuklear masing-masing.
Namun, mereka masih terikat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear yang mengawal dan
tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan senjata nuklear dengan sewenang-wenangnya.

4.3.2 MERUMUSKAN IMPAK UJIAN NUKLEAR KE ATAS PERSEKITARAN


Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan sama ada senjata
itu berfungsi atau tidak. Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah
laut. Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran.
Ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi terhadap tanah dan sumber
air. Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga pencemaran yang teruk. Bagi
manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear boleh menyebabkan
kesan somatik dan kesan genetik.

Kesan penyebaran radiasi


daripada ujian nuklear

Kesan somatik Kesan genetik

• Keletihan • Kecacatan pada


• Loya bayi
• Katarak • Mutasi sel
• Leukemia • Kanser
• Keguguran rambut

Rajah: Kesan penyebaran radiasi daripada ujian


nuklear
Gambar foto: Ujian nuklear di laut dan
darat
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 45 daripada 54

LATIHAN PENGUKUHAN 4.3.1 DAN 4.3.2


1. Nyatakan tiga kesan buruk yang boleh berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
2. Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

4.4 TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA


4.4.1 MEWAJARKAN PEMBINAAN STESEN JANAKUASA NUKLEAR DI MALAYSIA
1. Kita telah mengetahui manfaat dan kesan buruk penggunaan tenaga nuklear. Di Malaysia,
70% daripada sumber tenaganya dijana daripada gas asli. Petroleum, gas asli dan arang
batu merupakan sumber bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
2. Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa faktor perlu diambil kira
seperti:
• bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan habis dan kosnya
semakin meningkat.
• kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan
sumber bahan api fosil.
• kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat strategik.
Kawasan mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan
berlaku.
• kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar
daripada sumber bahan api fosil.
LATIHAN PENGUKUHAN 4.4.1
1. Nyatakan dua sumber tenaga utama di Malaysia pada masa ini.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
2. Nyatakan dua faktor yang perlu diambil kira bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa
nuklear.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 46 daripada 54

5.0 DAYA DAN TEKANAN


5.1 TEKANAN DALAM BENDALIR
5.1.1 MENJELASKAN KONSEP TEKANAN DALAM BENDALIR DALAM SUATU SISTEM YANG TERTUTUP

Gambar foto: Jek Hidraulik


Gambar foto menunjukkan jek hidraulik yang digunakan untuk menaikkan sebuah kereta yang
berat semasa menukar tayar kereta yang pancit.
Bagaimanakah alat yang sekecil ini berupaya menaikkan kereta yang berat itu?
Apakah prinsip yang terlibat?
Alat ini beroperasi berdasarkan kesan tekanan dalam bendalir hidraulik dalam sesuatu sistem
tertutup. Sistem tertutup merupakan suatu sistem fizikal di mana jirim tidak dapat masuk atau
keluar daripada sistem tersebut.

x x+d
y y+d
z z+d

(a) Tiada tekanan tambahan (b) Tekanan tambahan


dikenakan ke atas air dikenakan ke atas air

Rajah: Penyebaran tekanan seragam pada air di dalam botol plastik bertutup

Berdasarkan Rajah (a), air dari lubang paling bawah terpancut paling jauh berbanding dengan
air dari lubang di bahagian atas disebabkan oleh tekanan dalam air.
Jika daya dikenakan ke atas permukaan air dengan memampatkan botol plastik bertutup, air
dari setiap lubang akan terpancut lebih jauh dengan jarak tambahan yang sama seperti Rajah (b).

PRINSIP PASCAL menyatakan bahawa penyebaran tekanan yang dikenakan pada sesuatu
bendalir (cecair atau gas) dalam satu sistem tertutup adalah secara seragam pada keseluruhan
bendalir tersebut ke semua arah.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 47 daripada 54
AKTIVITI SOALAN
Menerangkan prinsip Pascal dengan 1. Bagaimanakah air yang terpancut dari kelalang
menggunakan peralatan Pascal. melalui liang halus keluar pada semua arah?
Terangkan jawapan anda.
Radas:
Kelalang bulat berliang halus dengan
______________________________________________
omboh dan bikar yang besar.
Arahan: ______________________________________________
1. Jalankan aktiviti ini secara
berkumpulan. ______________________________________________
2. Sediakan susunan radas seperti dalam
rajah. ______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________
2. Lakarkan corak air terpancut dari liang halus
pada kelalang dalam rajah di bawah.
3. Tarik omboh sehingga air memenuhi
kelalang.
4. Keluarkan kelalang dari bikar dan tolak
omboh ke dalam kelalang.
5. Perhatikan dan lakarkan arah air
terpancut dari liang halus pada
kelalang.

PRINSIP OPERASI SISTEM HIDRAULIK


1. Prinsip asas dalam sistem hidraulik ialah pemindahan tekanan ke semua arah berdasarkan
prinsip Pascal.
2. Sistem hidraulik digunakan untuk membuat kerja berat seperti menghasilkan daya output yang besar
untuk mengangkat beban yang berat.
3. Empat prinsip asas sistem hidraulik iaitu:
(a) Cecair tidak mempunyai bentuk.
(b) Cecair tidak boleh dimampatkan.
(c) Memindahkan tekanan ke semua arah.
(d) Mampu menjalankan kerja berat.
4. Kaji dan fahamkan rajah pada muka surat 48 berikut yang menunjukkan operasi sistem hidraulik.
5. Sistem hidraulik terdiri daripada dua silinder beromboh dengan luas permukaan yang berlainan.
Bendalir yang lazim digunakan ialah minyak atau air.
Kenapa air atau minyak digunakan?
Minyak atau air digunakan kerana tidak mempunyai bentuk tetap dan tidak boleh dimampatkan.
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 48 daripada 54

Beban
10 N

DAYA INPUT Luas = 2 cm2 Luas = 100 cm2 DAYA OUTPUT


dikenakan ke Omboh Omboh yang besar
atas omboh dihasilkan
kecil pada omboh
menghasilkan besar
tekanan Pemindahan tekanan secara seragam
melalui bendalir
Rajah: Operasi sistem hidraulik

6. Mengikut prinsip Pascal, tekanan yang dikenakan oleh omboh kecil adalah SAMA dengan
tekanan yang dihasilkan pada omboh besar.

Tekanan pada omboh kecil = Tekanan pada omboh besar


Daya input Daya output
=
Luas omboh kecil Luas omboh besar
10 N Daya output
=
2 cm2 100 cm2
10 N x 100 cm2
Daya output =
2 cm2

= 500 N

Contoh 1 : Satu sistem hidraulik mempunyai dua Contoh 2 : Satu sistem hidraulik mempunyai dua
omboh dengan luas permukaan 1 m2 dan 20 m2 omboh dengan luas permukaan 1 m2 dan 200 m2
masing-masing. Berapakah daya yang boleh masing-masing. Berapakah daya yang boleh
dikenakan oleh sistem ini jika daya pada omboh dikenakan oleh sistem ini jika daya pada omboh
kecil (daya input) ialah 100 N? kecil (daya input) ialah 100 N?
Penyelesaian Penyelesaian
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 49 daripada 54

5.1.2 BERKOMUNIKASI MENGENAI APLIKASI PRINSIP PASCAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Sistem hidraulik diaplikasikan untuk melakukan kerja berat dengan menggunakan daya yang kecil. Tiga contoh
aplikasi prinsip Pascal dalam kehidupan seharian ialah jek hidraulik, brek hidraulik dan kerusi rawatan gigi.
SISTEM JEK HIDRAULIK
1. Jek hidraulik digunakan untuk mengangkat beban berat seperti kereta di bengkel membaiki kereta.
2. Dalam sistem jek hidraulik, tuas ditolak ke bawah dan ke atas secara berulang-ulang untuk menolak
omboh besar yang berbeban ke atas dengan injap pelepas tertutup. Sebaliknya, apabila injap pelepas
terbuka, omboh besar yang berbeban akan turun kembali ke kedudukan asalnya.
3. Operasi sistem jek hidraulik:
(a) Menambah ketinggian omboh besar yang berbeban.

Rajah 1: Omboh besar dinaikkan


(b) Mengekalkan ketinggian atau kedudukan omboh besar.

Rajah 2: Kedudukan omboh besar dikekalkan

(c) Menambah ketinggian omboh besar yang berbeban

Rajah 3: Omboh besar kembali ke kedudukan asalnya


MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 50 daripada 54

SISTEM BREK HIDRAULIK


1. Brek hidraulik digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan beroda seperti
kereta yang bergerak.
2. Operasi sistem brek hidraulik:

Brek cakera pada RODA DEPAN Brek gelendong pada RODA BELAKANG
1. Pedal brek yang ditekan menolak omboh silinder utama ke dalam dan mengenakan tekanan ke
atas minyak brek.
2. Tekanan ini dipindahkan secara seragam oleh minyak brek melalui paip logam ke silinder brek
pada roda depan dan belakang.
3. Tekanan ini menolak omboh dalam silinder 3. Tekanan ini menolak omboh dalam silinder
brek yang menolak pad brek lalu tertekan ke brek yang menolak kasut brek lalu menekan
atas piring keluli pada brek cakera. pelapik brek pada brek gelendong.
4. Daya geseran antara pad brek dengan piring 4. Daya geseran antara pelapik brek dengan
keluli memperlahankan atau memberhentikan gelendong brek memperlahankan atau
putaran roda depan. memberhentikan putaran roda belakang.

KERUSI RAWATAN GIGI


1. Kerusi rawatan gigi dihubungkaitkan dengan
sistem hidraulik.
2. Perhatikan kerusi rawatan gigi (gambar foto).
Kemudian, perhatikan dan fahamkan pula
aplikasi prinsip Pascal dalam kerusi rawatan
gigi seperti dalam video berikut.

Gambar foto: Kerusi rawatan gigi


MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 51 daripada 54

5.1.3 MENJELASKAN PERKAITAN HALAJU BENDALIR DENGAN TEKANAN

PRINSIP BERNOULLI menyatakan bahawa semakin bertambah halaju bendalir, semakin


berkurang tekanan di kawasan tersebut.
ATAU semakin berkurang halaju bendalir, semakin bertambah tekanan di kawasan tersebut.

CONTOH FENOMENA MELIBATKAN PRINSIP BERNOLLLI

Apabila udara ditiup merentangi kertas di atas meja, hujung yang jauh terangkat ke atas.
Penjelasan: Semakin bertambah halaju udara di kawasan atas kertas, semakin berkurang tekanan di
kawasan tersebut. Maka, tekanan di bawah kertas yang lebih tinggi menolak kertas ke atas.

Apabila udara ditiup melalui dua keping kertas yang dipegang tegak pada kaki retort, hujung yang jauh
didapati bergerak ke arah mendekati satu sama lain.
Penjelasan: Semakin bertambah halaju udara yang melalui dua keping kertas, semakin berkurang tekanan di
kawasan tersebut. Maka, tekanan di luar yang lebih tinggi menolak kertas mendekati satu sama lain.

Apabila udara ditiup melalui corong turas yang


ditelangkupkan dan mengandungi sebiji bola ping
pong di dalamnya, bola ping pong itu didapati
berada tetap di dalam corong turas yang
ditelangkupkan itu.
Penjelasan: Semakin bertambah halaju udara di
bahagian atas bola ping pong, semakin berkurang
tekanan di kawasan tersebut. Maka, tekanan
atmosfera yang lebih tinggi di bahagian bawah
menolak bola ping pong itu ke atas.

PERKAITAN HALAJU BENDALIR DENGAN TEKANAN MENGUNAKAN TIUB VENTURI


1. Perhatikan perkaitan antara halaju bendalir dengan tekanan pada Rajah 1 dan Rajah 2.
2. Rajah 1 menunjukkan bahawa tekanan bendalir di P1, P2 dan P3 adalam SAMA kerana bendalir tidak
mengalir.

Rajah 1: Tekanan bendalir adalah SAMA pada bendalir yang tidak mengalir
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 52 daripada 54

3. Rajah 2 menunjukkan tiub Venturi iaitu tiub tidak seragam dengan bahagian tengah lebih sempit.
4. Dalam Rajah 2, apabila bendalir mula mengalir, halaju bendalir di P2 adalah lebih tinggi daripada
halaju bendalir di P1 dan P3. Semakin sempit bahagian tiub Venturi, semakin rendah tekanan
dalam bendalir yang melalui bahagian yang sempit ini. Hal ini dikenali sebagai kesan Venturi.

Rajah 2: Kesan Venturi dan Prinsip Bernoulli

PRINSIP BERNOULLI menyatakan bahawa semakin bertambah halaju bendalir (melalui


kawasan sempit), semakin berkurang tekanan di kawasan tersebut.

AKTIVITI PEMERHATIAN
Menerangkan prinsip Bernoulli dengan
menggunakan tiub Venturi.
Bahan / radas:
Air, Tiub Venturi, tiub getah dan klip.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara
berkumpulan.
2. Sediakan susunan radas seperti dalam
rajah. Rajah (a) Rajah (b)
SOALAN
1. Nyatakan hubungan antara halaju bendalir dengan
tekanan berdasarkan pemerhatian dalam Rajah (a)
dan Rajah (b).

______________________________________________

______________________________________________

3. Tutup klip. Kemudian buka pili dan ______________________________________________


biarkan tiub X, Y dan Z diisi dengan air.
4. Perhatikan dan banding ketinggian ______________________________________________
aras air dalam tiub X, Y dan Z. 2. Namakan kesan perubahan pada tekanan dalam
5. Lakarkan pemerhatian anda pada bendalir yang mengalir melalui bahagian tiub Venturi
Rajah (a). yang lebih sempit. Namakan prinsip yang terlibat.
6. Buka klip dan pili supaya air mengalir
ke dalam singki melalui tiub kaca ______________________________________________
secara berterusan.
7. Ulang langkah 4. Lakarkan ______________________________________________
pemerhatian anda pada Rajah (b).
______________________________________________

______________________________________________
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 53 daripada 54

5.1.4 BERKOMUNIKASI MENGENAI APLIKASI PRINSIP BERNOULLI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa bendalir yang bergerak dengan halaju tinggi akan
menghasilkan tekanan yang lebih rendah pada kawasan tersebut.
BENTUK AEROFOIL SAYAP KAPAL TERBANG PENUNU BUNSEN

HELIKOPTER DRON

GARISAN KESELAMATAN DI TEPI LANDASAN STESEN KERETA API

Aliran udara adalah berhalaju tinggi dan tekanan udara adalah rendah di kawasan antara kereta api
yang bergerak laju dengan orang yang berdiri berdekatan.
Besar kemungkinan, jika terdapat orang yang berdiri melepasi garisan keselamatan, orang itu akan
ditolak oleh daya ke arah kereta api yang sedang bergerak. Oleh itu, elakkan berdiri melepasi garisan
keselamatan.
Rajah: Prinsip Bernoulli dalam kehidupan seharian
MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 Muka: 54 daripada 54
LATIHAN PENGUKUHAN 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3 DAN 5.1.4
1. Nyatakan maksud prinsip Pascal.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
2. Nyatakan dua prinsip asas sistem hidraulik.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
3. Berikan dua contoh aplikasi prinsip pascal dalam kehidupan seharian.

_________________________________________________________________________________
4. Nyatakan maksud prinsip Bernoulli.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
5. Rajah menunjukkan angin yang bertiup kuat di atas satu puncak bumbung menyebabkan bumbung
itu terangkat. Situasi ini boleh diterangkan oleh prinsip Bernoulli.
(a) Terangkan bagaimana bumbung boleh terangkat ke atas
apabila angin bertiup dengan kelajuan yang sangat tinggi.
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________

____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
______________________________________________________________________
____________________________________________________
______________________________________________________________________
(b) Berikan satu cadangan bagaimana cara untuk mengelakkan bumbung dari terangkat ketika
____________________________________________________
ribut berlaku.
____________________________________________________
____________________________________________________________________________

- MODUL SAINS SVM TAHUN 1 SEMESTER 2 TAMAT -

You might also like