Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 63

MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 1 daripada 63

MODUL SAINS
SVM TAHUN 2 SEMESTER 3
NAMA KURSUS DAN KOD KURSUS: SAINS (A04301)
MUKA CADANGAN MINGGU /
STANDARD KANDUNGAN
SURAT JAM
1.0 MIKROORGANISMA
1.1 Dunia Mikroorganisma 2 – 17
1.2 Mikroorganisma Berfaedah 18 – 20
5 MINGGU / 10 JAM
1.3 Pencegahan Dan Rawatan Penyakit 21 – 26
Yang Disebabkan Oleh
Mikroorganisma
2.0 NUTRISI DAN TEKNOLOGI MAKANAN
2.1 Gizi Seimbang Dan Nilai Kalori 27 – 31
2.2 Keperluan Nutrien Oleh Tumbuhan 32 – 35 5 MINGGU / 10 JAM
2.3 Teknologi Pengeluaran Makanan 36 – 40
2.4 Teknologi Pemprosesan Makanan 41 – 44
3.0 KELESTARIAN ALAM SEKITAR
3.1 Pencemaran Alam Sekitar 45 – 49
3 MINGGU / 6 JAM
3.2 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan 49 – 51
Alam Sekitar
4.0 CAHAYA DAN OPTIK
4.1 Pembentukan Imej Oleh Kanta 52 – 59 4 MINGGU / 8 JAM
4.2 Peralatan Optik 59 – 63
JUMLAH 17 MINGGU / 34 JAM

NAMA PELAJAR
NO. KAD
PENGENALAN
KURSUS / KELAS 2 SVM ___________ KOHORT

NAMA PENSYARAH
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 2 daripada 63

1.0 MIKROORGANISMA
1.1 DUNIA MIKROORGANISMA
1.1.1 BERKOMUNIKASI MENGENAI MIKROORGANISMA
1. Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Mikroorganisma hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop.
2. Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia manakala sesetengahnya berbahaya
kepada manusia.
3. Apa itu Flora Normal?
Mikroorganisma yang ditemukan pada organisma termasuklah manusia dan haiwan dan tidak
menyebabkan penyakit.
Rajah di bawah menunjukkan flora normal yang terdapat pada manusia.

BAHAGIAN ATAS SALUR


KULIT
PERNAFASAN
• Staphylococcus sp.
• Staphylococcus sp.
• Corynebacterium sp.
• Streptococcus sp.

Corynebacterium sp.
Streptococcus sp.

USUS KECIL
URETRA • Escherichia coli
• Staphylococcus sp. • Lactobacillus sp.
• Corynebacterium sp. • Streptococcus sp.

Staphylococcus sp. Escherichia coli

Lactobacillus sp.

4. Kepentingan flora normal kepada kesihatan manusia ialah:


(a) flora normal bersaing dengan patogen untuk mendapatkan nutrien dan menghalang
pembentukan koloni patogen.
(b) flora normal terdiri daripada bakteria yang mensintesiskan vitamin B12 dan vitamin K.
(c) flora normal merangsang pertumbuhan tisu badan seperti tisu di dalam salur pencernaan.
(d) flora normal merangsang pembentukan antibodi yang melawan patogen dan penyakit.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 3 daripada 63

PENGELASAN MIKROORGANISMA
Terdapat lima kumpulan mikroorganisma:
(i) Bakteria (ii) Virus (iii) Fungi (iv) Alga (v) Protozoa

BAKTERIA
KAPSUL wujud pada sesetengah
bakteria bagi melindungi dinding sel NUKLEUS mengawal aktiviti sel

MEMBRAN SITOPLASMA
PLASMA Terdiri daripada glikogen,
protein dan lemak

FLAGELUM –
untuk pergerakan DINDING SEL tegap dan kukuh
menyebabkan bentuknya tetap

Rajah : Struktur Bakteria

CIRI HURAIAN
• Mikroorganisma unisel (satu sel) yang sangat seni
SAIZ • Saiz : 0.2 µm – 10 µm
• Dapat dilihat melalui mikroskop cahaya kuasa tinggi

Bentuk Kelas Contoh

Sfera Kokus

Rod Basilus

BENTUK

Berpilin /
Spirilum
berlengkar

Koma
(batang Vibrio
melengkung)

• Bakteria boleh hidup sebagai Parasit, Saprofit atau Autotrof untuk memperoleh
makanan atau nutrien.
• Bakteria Parasit – mendapat makanan daripada perumahnya. Bakteria ini
CARA menyebabkan penyakit pada haiwan atau tumbuhan.
PEMAKANAN
/ NUTRISI • Bakteria Saprofit – mendapat makanan daripada organisma mati seperti bangkai
haiwan dan kayu reput.
• Bakteria Autotrof – mempunyai klorofil. Oleh itu, membuat makanan sendiri
melalui fotosintesis
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 4 daripada 63

CIRI HURAIAN
• Bakteria terdapat di merata-rata tempat seperti di udara, air, tanah, makanan,
HABITAT
tumbuhan, haiwan, organisma mati.
• Bakteria membiak secara aseks iaitu melalui belahan dedua.

Rajah: Belahan dedua (pembiakan aseks)


• Bakteria juga membiak secara seks melalui konjugasi.
Tiub
Plasmid konjugasi Kromosom
1. Pembentukan tiub konjugasi

2. Pertemuan antara dua sel


CARA
PEMBIAKAN
3. Pemindahan bahan genetik
berlaku apabila sebahagian
plasmid didermakan

4. Sel anak dengan kandungan


genetik yang sama

Sel penderma Sel penerima


Rajah: Konjugasi (pembiakan seks)

Plasmid merupakan gelang kromosom kecil yang mampu bereplikasi secara


bebas dan bertanggungjawab untuk memindahkan bahan genetik semasa
konjugasi bakteria berlaku.

• Bakteria seperti Bacillus anthracis


dapat bertahan dalam persekitaran
ekstrem seperti kawasan yang terlalu
panas atau terlalu sejuk, kemarau dan
kekurangan makanan dengan
membentuk endospora.
• Endospora ialah spora yang terbentuk
CIRI Rajah: Endospora Bacillus anthracis
di dalam sel bakteria dan mempunyai
ISTIMEWA
permukaan perlindungan yang kuat.
Permukaan perlindungan endospora ini
akan pecah apabila kawasan
persekitaran endospora menjadi sesuai
untuk pertumbuhan dan seterusnya
bercambah untuk membentuk bakteria
baharu yang kemudiannya membiak.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 5 daripada 63

VIRUS
CIRI HURAIAN
• Mikroorganisma paling seni
SAIZ • Saiz : kurang 0.5 µm
• Hanya dapat dilihat melalui mikroskop elektron (kuasa tinggi)
• Virus terdiri daripada bebenang asid nukleik (asid deosiribonukleik (DNA)) atau
STRUKTUR
asid ribonukleik (RNA) yang dilindungi oleh lapisan protein. Lapisan protein ini
ASAS
dikenali sebagai kapsid yang menentukan bentuk virus.

Bentuk Contoh

RNA

Lapisan protein
Sfera

Virus influenza

RNA

Lapisan protein
Heliks

BENTUK
Virus mozek

DNA
Polihedral

Glikoprotein
Adenovirus

Lapisan protein
DNA
Kompleks

Bakteriofaj
(gabungan heliks dan polihedral)

• Semua virus merupakan parasit yang boleh menyebabkan penyakit.


CARA • Virus tidak memakan. Namun demikian, virus menggunakan bahan di dalam sel
PEMAKANAN hidup (perumah) untuk menggandakan bilangannya dengan pantas (replikasi).
/ NUTRISI • Apabila sel hidup (perumah) mati, virus akan berpindah ke sel hidup yang lain.
Disebabkan perlakuan ini, virus boleh mendatangkan penyakit kepada perumahnya.
• Dalam sel hidup yang disebut sebagai perumah.
HABITAT • Luar sel hidup membentuk hablur.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 6 daripada 63

CIRI HURAIAN
• Virus tidak menunjukkan ciri hidup di luar perumah kerana tidak menjalankan
respirasi, perkumuhan, pertumbuhan dan tidak bergerak balas terhadap rangsangan.
• Virus membiak dengan cara menjangkiti sel perumahnya samada bakteria, haiwan
dan tumbuhan.
• Rajah di bawah menunjukkan urutan proses pembiakan bakteriofaj dengan
menjangkiti bakteria iaitu sel perumahnya.

Rajah sebelah: Urutan


proses pembiakan
bakteriofaj di dalam sel
bakteria

CARA
PEMBIAKAN

FUNGI (ATAU KULAT)


CIRI HURAIAN
• Fungi mempunyai saiz yang berbeza-beza.
• Fungi makroskopik seperti cendawan boleh dilihat dengan mata kasar.
• Fungi mikroskopik seperti yis dan mukor mempunyai saiz antara 10 µm hingga
100 µm hanya dapat dilihat melalui mikroskop.
• Fungi mikroskopik seperti mukor lazimnya wujud berkoloni atau berkumpulan dan
boleh dilihat dengan mata kasar sebagai tompok putih kehijauan.

SAIZ

Cendawan Yis Tompok putih kehijauan


(koloni mukor)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 7 daripada 63

• Fungi unisel seperti yis mempunyai bentuk sfera kecil.


• Fungi multisel seperti mukor terdiri daripada sporangium yang berbentuk sfera dan
hifa (bentuk bebenang).

BENTUK

Yis Mukor
• Fungi ialah tumbuhan ringkas yang tidak mempunyai
klorofil. Oleh itu, kulat tidak dapat membuat makanan
secara fotosintesis.
• Fungi hidup sebagai saprofit dan parasit.
CARA
• Fungi Saprofit seperti mukor memperoleh nutrien
PEMAKANAN
daripada bahan organik yang mereput seperti organisma
/ NUTRISI
yang telah mati.
• Fungi Parasit seperti Trichophyton rubrum memperoleh
nutrien daripada perumahnya seperti kulit manusia yang
dijangkiti athelete’s foot. athelete’s foot
• Kawasan lembap dan gelap.
HABITAT
• Boleh dijumpai di atas roti, buah-buahan, pada kulit manusia, haiwan atau tumbuhan.
• Fungi unisel seperti yis membiak
secara aseks melalui pertunasan.
• Fungi multisel seperti mukor
membiak secara:
(a) Aseks melalui pembentukan
spora.
Spora merupakan sel
mikroskopik yang dibebaskan Rajah: Pertunasan dalam yis
oleh sporangium. Spora yang
CARA sangat halus dan ringan
PEMBIAKAN lazimnya dibawa oleh angin ke
persekitaran yang sesuai dan
bercambah tanpa
persenyawaan.
(b) Seks melalui konjugasi
Dalam proses konjugasi,
pertemuan hifa berlaku dan
gamet dihasilkan. Persenyawaan
gamet menghasilkan mukor
Rajah: Pembiakan aseks dan seks dalam mukor
yang baharu.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 8 daripada 63

ALGA
CIRI HURAIAN
• Alga mempunyai saiz yang berbeza-beza.
• Alga makroskopik seperti alga laut boleh dilihat dengan mata kasar.
• Alga mikroskopik seperti Chlamydomonas sp. dan Spirogyra sp. mempunyai saiz
antara 1 µm hingga beberapa ratus µm hanya dapat dilihat melalui mikroskop.

SAIZ

Alga laut Chlamydomonas sp. Spirogyra sp.


• Kebanyakan alga mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil termasuk alga
unisel seperti Chlamydomonas sp. dan alga multisel seperti Spirogyra sp.

BENTUK

Chlamydomonas sp. Spirogyra sp.

CARA • Alga jenis Autotrof. Kehadiran klorofil dalam kebanyakan alga berwarna hijau
PEMAKANAN membolehkan alga menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanannya
/ NUTRISI sendiri.
• Alga boleh dijumpai di kawasan seperti air tawar, air masin, tanah lembap dan kulit
HABITAT
pokok yang terdedah kepada cahaya matahari.
• Alga seperti Chlamydomonas sp. membiak secara aseks melalui belahan dedua dan
juga membiak secara seks melalui konjugasi. Alga seperti Spirogyra sp. membiak
secara seks melalui konjugasi.

CARA
PEMBIAKAN

Rajah: Pembiakan aseks dan seks dalam Chlamydomonas sp.


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 9 daripada 63

PROTOZOA
CIRI HURAIAN
• Mikroorganisma unisel (satu sel) dan terbesar.
• Kita boleh memerhatikan protozoa dengan menggunakan mikroskop cahaya
SAIZ
berkuasa rendah.
• Saiz protozoa: 5 µm – 250 µm
• Protozoa mempunyai nukleus dan sitoplasma yang diselaputi oleh membran sel.
• Rupa bentuk protozoa berbeza-beza.
- Contoh : Amoeba sp. tidak mempunyai bentuk yang tetap. Bentuknya sentiasa
berubah-ubah apabila bergerak.
- Contoh : Paramecium sp. berbentuk seperti selipar dan bergerak menggunakan silia.

BENTUK

Plasmodium sp.
Amoeba sp.
Paramecium sp.

• Protozoa mengamalkan nutrisi yang pelbagai jenis.


• Contoh protozoa:
(a) Euglena sp. mendapat nutrisi melalui fotosintesis. (Protozoa Autotrof)
(b) Plasmodium sp. hidup sebagai parasit iaitu mendapat makanan dalam
organisma hidup. (Protozoa Parasit)
(c) Paramecium sp. menggunakan silia untuk bergerak dan memasukkan makanan
ke dalam badannya. (Protozoa Parasit)
(d) Amoeba sp. menggunakan unjuran sitoplasma yang dikenali sebagai
pseudopodium atau ‘kaki palsu’ untuk bergerak dan mengepung makanan
semasa fagositosis. (Protozoa Parasit)
CARA
PEMAKANAN
/ NUTRISI

Rajah: Fagositosis dalam Amoeba sp.

• Protozoa hidup dalam air seperti kolam air tawar, sungai dan air laut.
HABITAT • Sesetengah protozoa hidup di tempat lembap seperti tanah lembap dan di dalam
sel hidup sebagai parasit.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 10 daripada 63

CIRI HURAIAN
• Paramecium sp. dan Amoeba sp. membiak secara aseks melalui belahan dedua. Sel
induk membahagi dua untuk membentuk dua sel anak dengan bahan genetik yang
serupa dengan sel induk.
• Paramecium sp. juga membiak secara seks melalui konjugasi. Dua Paramecium sp.
bertaup dan pertukaran bahan genetik berlaku.
Paramecium sp. Amoeba sp.

CARA
PEMBIAKAN

Rajah: Belahan dedua bagi


Paramecium sp. dan
Amoeba sp. Rajah: Pembiakan seks
Paramecium sp. melalui
konjugasi

LATIHAN PENGUKUHAN 1.1.1


1. Namakan lima kumpulan mikroorganisma yang kamu pelajari.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
2. Baca petikan di bawah:
Terdapat mikroorganisma yang tinggal di dalam badan manusia seperti di ruang mulut, usus, kulit
dan sistem pembiakan. Mikroorganisma tersebut tidak berbahaya dan mungkin membawa manfaat.
Apakah nama mikroorganisma tersebut?

___________________________________________________________________________________
3. Nyatakan cara pemakanan umum mikroorganisma berikut samada saprofit, parasit atau autotrof.

(a) Virus: ________________________ (d) Protozoa: ____________________________

(b) Alga: _________________________ (e) Fungi: _______________________________

(c) Bakteria : _____________________


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 11 daripada 63

4. Bakteria dapat dikelaskan berdasarkan bentuknya. Nyatakan bentuk-bentuk bakteria.

5. Nyatakan mikroorganisma berdasarkan penerangan yang diberikan.


PENERANGAN MIKROORGANISMA
(a) Mikroorganisma yang paling seni
(b) Organisma yang mempunyai dinding sel tetapi tidak berklorofil
(c) Hanya dapat dilihat melalui mikroskop elektron
(d) Mikroorganisma akuatik unisel atau multisel yang mempunyai kloroplas
(e) Organisma unisel yang paling banyak ditemui di Bumi
(f) Mikroorganisma yang mempunyai klorofil dan menjalankan fotosintesis
(g) Wujud sebagai hablur di luar perumah (hidupan)
(h) Bakteriofaj termasuk di dalam kumpulan mikroorganisma …
(i) Amoeba sp. termasuk di dalam kumpulan mikroorganisma …
(j) Chlamydomonas sp. termasuk di dalam kumpulan mikroorganisma …
(k) Paramecium sp. termasuk di dalam kumpulan mikroorganisma …

6. Nyatakan jenis pembiakan aseks. Kemudian, kelaskan mikroorganisma itu mengikut jenis pembiakan
aseks.
Pembentukan spora Penggandaan diri (replikasi) Belahan dedua Pertunasan
Virus Bakteria Mukor Amoeba Paramecium Yis

sporangium
spora

hifa
tunas
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 12 daripada 63

1.1.2 MENJALANKAN EKSPERIMEN BAGI MENUNJUKKAN KEWUJUDAN MIKROORGANISMA


TUJUAN: (2) Langkah-langkah berikut dijalankan:
Untuk membandingkan pertumbuhan bakteria (a) Seluruh permukaan agar-agar nutrien steril di
pada agar-agar nutrien steril yang dicoret dalam piring Petri A dicoret dengan jari tangan
dengan: yang tidak dibasuh seperti ditunjukkan dalam
(a) jari tangan yang tidak dibasuh Rajah 1.1.2 (b).
(b) jari tangan setelah dibasuh dengan air sahaja (b) Tangan dibasuh dengan air dan langkah 2 (a)
(c) jari tangan setelah dibasuh dengan sabun dan diulangi dengan menggantikan piring Petri A
air dengan piring Petri B.
(c) Tangan dibasuh dengan sabun dan air dan
PERNYATAAN MASALAH:
langkah 2 (a) diulangi dengan menggantikan
Bagaimanakah tahap kebersihan jari tangan yang
piring Petri A dengan piring Petri C.
mencoret permukaan agar-agar nutrien steril
(d) Piring Petri D tidak dicoret dengan jari tangan.
mempengaruhi kadar pertumbuhan bakteria
(3) Piring Petri A, B, C dan D ditutup, kemudian
pada permukaan agar-agar nutrien steril
dilekatkan dengan pita selofan. Setiap piring Petri
tersebut?
itu diterbalikkan seperti Rajah 1.1.2 (c).
HIPOTESIS:
Apabila tahap kebersihan jari tangan yang
mencoret permukaan agar-agar nutrien steril
bertambah, pertumbuhan bakteria pada
permukaan agar-agar nutrien steril itu akan
berkurang.
PEMBOLEH UBAH:
(a) dimanipulasikan: kebersihan jari tangan yang
(4) Piring Petri A, B, C dan D disimpan secara terbalik
mencoret agar-agar nutrien steril
di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama
(b) bergerak balas: bilangan koloni bakteria pada
tiga hari.
agar-agar nutrien steril
(5) Selepas tiga hari, Piring Petri A, B, C dan D
(c) dimalarkan: suhu persekitaran
dikeluarkan dari almari tersebut.
BAHAN DAN RADAS: (6) Koloni bakteria di dalam setiap piring Petri
Agar-agar nutrien steril, pita selofan, pen diperhatikan. Pemerhatian direkodkan di dalam
penanda, empat piring Petri steril dengan jadual samada tiada koloni, koloni yang sedikit atau
penutup berlabel A, B, C dan D dan silinder koloni yang banyak.
3
penyukat steril (10 cm )
PEMERHATIAN:
PROSEDUR: Piring Permukaan agar-agar Bilangan koloni
(1) Radas disusun dan disediakan seperti yang Petri nutrien bakteria
ditunjukkan dalam Rajah 1.1.2 (a). Dicoret dengan jari tangan
A
yang tidak dibasuh
Dicoret dengan jari tangan
A B B yang dibasuh dengan air
sahaja
10 cm3 agar-agar Dicoret dengan jari tangan
nutrien steril C yang dibasuh dengan
C D sabun dan air
Tidak dicoret dengan jari
D
Rajah 1.1.2 (a) tangan

KESIMPULAN:
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 13 daripada 63

PERBINCANGAN EKSPERIMEN 1.1.2


1. Agar-agar nutrien dan piring Petri disterilkan untuk membunuh bakteria.
2. (a) Piring Petri ditutup dan dilekatkan dengan pita selofan untuk memerangkap bakteria dalam piring
Petri.
(b) Piring Petri berkeadaan terbalik untuk mencegah air yang terkondensasi daripada jatuh ke atas
permukaan agar-agar yang akan mempengaruhi pertumbuhan bakteria pada permukaan agar-agar
tersebut.
(c) Piring Petri disimpan dalam almari yang gelap untuk mengelakkan cahaya terutama cahaya
matahari yang akan merencatkan pertumbuhan bakteria.
3. (a) Piring Petri A mempunyai bilangan koloni bakteria yang paling banyak. Agar-agar nutrien dicoret
oleh jari tangan yang tidak dibasuh mempunyai bilangan bakteria yang paling banyak.
(b) Piring Petri C mempunyai bilangan koloni bakteria yang paling sedikit. Agar-agar nutrien dicoret
oleh jari tangan yang dibasuh dengan sabun dan air mempunyai bilangan bakteria yang paling sedikit.
4. Agar nutrien steril pada piring Petri D berfungsi sebagai kawalan untuk membandingkan keputusan
eksperimen.
5. Koloni bakteria bertumbuh pada agar-agar nutrien dalam piring Petri D. Ini kerana bakteria wujud di
dalam udara. Oleh kerana permukaan agar-agar nutrien adalah terdedah kepada udara, maka bakteria
dalam udara tumbuh dan membentuk koloni pada agar-agar nutrien dalam piring Petri D.

1.1.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN


MIKROORGANISMA
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA
Jadual di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma dan
penerangannya.
PENERANGAN MIKROORGANISMA
• Kadar pertumbuhan mikroorganisma meningkat dengan kehadiran
nutrien yang cukup dan faktor lain yang sesuai.
Nutrien • Kadar pertumbuhan mikroorganisma akan terencat walaupun dengan
kehadiran nutrien, apabila faktor lain seperti kelembapan, cahaya, suhu
dan nilai pH adalah terhad.
• Keadaan yang lembap sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan
mikroorganisma.
Kelembapan • Persekitaran yang kering menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan
merencatkan pertumbuhannya.
• Mikroorganisma yang mempunyai klorofil seperti alga memerlukan
cahaya untuk menjalankan fotosintesis.
Cahaya • Mikroorganisma seperti bakteria dan fungi bertumbuh dengan lebih baik
dan cepat dalam keadaan gelap.
• Pendedahan kepada cahaya ultraungu akan membunuh mikroorganisma.
• Suhu 35°C hingga 40 °C adalah suhu optimum bagi pertumbuhan
mikroorganisma.
Suhu • Suhu yang terlalu rendah akan merencatkan pertumbuhan
mikroorganisma.
• Suhu yang terlalu tinggi akan membunuh mikroorganisma.
• Nilai pH 7 (pH neutral) adalah nilai pH optimum bagi pertumbuhan
mikroorganisma.
Nilai pH • Terdapat juga mikroorganisma yang boleh hidup di persekitaran yang
sedikit berasid atau beralkali.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 14 daripada 63

EKSPERIMEN 1.1.3: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA


A. MENGKAJI KESAN NUTRISI TERHADAP (5) Hujung dawai gelung tersebut digunakan untuk
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA memindahkan kultur bakteria ke atas agar-agar nutrien
TUJUAN: steril dengan cara melumurkan kultur bakteria secara
Untuk mengkaji kesan nutrisi terhadap pertumbuhan zigzag ke atas agar-agar nutrien steril di dalam piring
bakteria Bacillus sp. petri A seperti Rajah 1.1.3 (c).
PERNYATAAN MASALAH:
Rajah 1.1.3 (c)
Apakah kesan nutrien terhadap pertumbuhan bakteria
Bacillus sp.?
HIPOTESIS:
Bacillus sp. memerlukan nutrien untuk pertumbuhan.
PEMBOLEH UBAH:
(a) dimanipulasikan: kehadiran nutrien
(b) bergerak balas: bilangan koloni Bacillus sp. (6) Langkah 2 hingga 5 diulang untuk petri B.
(c) dimalarkan: larutan kultur Bacillus sp. (7) Piring Petri A dan B ditutup dan penutup dilekatkan
dengan pita selofan seperti Rajah 1.1.3 (d).
BAHAN DAN RADAS:
Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien
steril, agar-agar tanpa nutrien steril, pita selofan, dua
piring Petri steril dengan penutup berlabel A dan B dan
dawai gelung.
PROSEDUR:
(1) Satu piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-
agar nutrien steril dan berlabel A disediakan.
Kemudian, satu piring Petri yang mengandungi 10 Rajah 1.1.3 (d)
cm3 agar-agar tanpa nutrien steril dan berlabel B (8) Piring Petri A dan B diterbalikkan seperti Rajah 1.1.3 (e).
disediakan.
(2) Hujung dawai gelung disterilkan dengan
memanaskannya dalam nyalaan penunu Bunsen
sehingga dawai gelung membara seperti Rajah
1.1.3 (a).

Rajah 1.1.3 (e)


(9) Piring Petri A dan B disimpan secara terbalik pada suhu
bilik selama tiga hari di dalam almari yang gelap.
(10) Selepas tiga hari, piring Petri A dan B dikeluarkan dari
almari tersebut.
(11) Bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri
Rajah 1.1.3 (a) diperhatikan dan dihitung. Pemerhatian direkodkan
(3) Selepas hujung dawai gelung disteril, hujung dalam jadual. Tiada koloni, sedikit koloni atau banyak
dawai gelung dialihkan daripada nyalaan penunu koloni dicatat.
Bunsen. Dawai gelung steril dibiarkan menyejuk
PEMERHATIAN:
pada suhu bilik.
(4) Hujung dawai gelung dicelupkan ke dalam larutan Piring Kehadiran nutrien dalam Bilangan koloni
kultur bakteria Bacillus sp. seperti Rajah 1.1.3 (b). Petri agar-agar bakteria
A Ada
B Tiada
PERBINCANGAN:
(1) Semakin banyak bilangan koloni bakteria, semakin tinggi
kadar pertumbuhan bakteria.
(2) Nutrien dalam agar-agar adalah makanan yang
membolehkan proses pertumbuhan bakteria berlaku.
KESIMPULAN:

Rajah 1.1.3 (b)


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 15 daripada 63
B. MENGKAJI KESAN KELEMBAPAN TERHADAP PERBINCANGAN:
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA Agar-agar nutrien yang dikeluarkan dari ketuhar perlu
disejukkan terlebih dahulu sebelum larutan kultur bakteria
TUJUAN:
Bacillus sp. dituang ke atas agar-agar nutrien mengelakkan
Untuk mengkaji kesan kelembapan terhadap
bakteria Bacillus sp. terbunuh oleh haba agar-agar nutrien
pertumbuhan bakteria Bacillus sp.
yang panas.
PERNYATAAN MASALAH: KESIMPULAN:
Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Hipotesis diterima. Kelembapan yang rendah merencatkan
bakteria Bacillus sp.? pertumbuhan bakteria Bacillus sp.
HIPOTESIS:
C. MENGKAJI KESAN CAHAYA TERHADAP
Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan
bakteria Bacillus sp.
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA
TUJUAN:
PEMBOLEH UBAH:
Untuk mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan
(a) dimanipulasikan: kelembapan nutrien
bakteria Bacillus sp.
(b) bergerak balas: bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan: isipadu larutan kultur Bacillus sp. dan PERNYATAAN MASALAH:
suhu persekitaran Apakah kesan cahaya terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
HIPOTESIS:
BAHAN DAN RADAS:
Cahaya merencatkan pertumbuhan bakteria Bacillus sp.
Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien
steril yang lembap, pita selofan, dua piring Petri steril PEMBOLEH UBAH:
dengan penutup berlabel C dan D, dawai gelung dan (a) dimanipulasikan: kehadiran cahaya
ketuhar. (b) bergerak balas: bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan: isipadu larutan kultur Bacillus sp. dan
PROSEDUR:
suhu persekitaran
(1) Dua piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-
agar nutrien steril disediakan dan dilabel sebagai BAHAN DAN RADAS:
C dan D. Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril,
(2) Piring Petri D yang mengandungi agar-agar pita selofan, dua piring Petri steril dengan penutup berlabel
nutrien steril dipanaskan di dalam ketuhar E dan F dan dawai gelung.
sehingga kering. Piring Petri dikeluarkan dari PROSEDUR:
ketuhar untuk disejukkan pada suhu bilik. (1) Dua piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar
(3) Langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.1.3 A) diulang nutrien steril disediakan dan dilabel sebagai E dan F.
dengan cara menggantikan piring Petri A dan B (2) Langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.1.3 A) diulang dengan
dengan piring Petri C dan D. cara menggantikan piring Petri A dan B dengan piring
(4) Piring Petri C dan D ditutup dan penutup Petri E dan F.
dilekatkan dengan pita selofan seperti (3) Piring Petri E dan F ditutup dan penutup dilekatkan
Rajah 1.1.3 (f). dengan pita selofan.
(4) Piring Petri E disimpan (secara terbalik) di dalam almari
yang gelap dan piring Petri F disimpan (secara terbalik)
di kawasan yang cerah seperti tempat yang
berhampiran dengan tingkap selama tiga hari seperti
Rajah 1.1.3 (g).

Rajah 1.1.3 (f)


(5) Piring Petri C dan D disimpan secara terbalik pada
suhu bilik selama tiga hari di dalam almari yang
Rajah 1.1.3 (g)
gelap. (5) Selepas tiga hari, piring Petri E dikeluarkan dari almari
(6) Selepas tiga hari, piring Petri C dan D dikeluarkan tersebut dan piring Petri F yang berhampiran dengan
dari almari tersebut. tingkap diambil.
(7) Bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring (6) Bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri
Petri diperhatikan dan dihitung. Pemerhatian diperhatikan dan dihitung. Pemerhatian direkodkan
direkodkan dalam jadual. Tiada koloni, sedikit dalam jadual. Tiada koloni, sedikit koloni atau banyak
koloni atau banyak koloni dicatat. koloni dicatat.
PEMERHATIAN: PEMERHATIAN:
Piring Kelembapan agar- Bilangan koloni Piring Kehadiran Bilangan koloni
Petri agar nutrien bakteria Petri Cahaya bakteria
C Tinggi E Tiada
D Rendah F Ada
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 16 daripada 63
PERBINCANGAN: (6) Bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri
Piring Petri F tidak diletakkan di bawah cahaya diperhatikan dan dihitung. Pemerhatian direkodkan
matahari kerana haba daripada cahaya matahari akan dalam jadual. Tiada koloni, sedikit koloni atau banyak
membunuh bakteria Bacillus sp. dan mempengaruhi koloni dicatat.
keputusan eksperimen ini.
PEMERHATIAN:
KESIMPULAN: Piring
Hipotesis diterima. Cahaya merencatkan Suhu (°C) Bilangan koloni bakteria
Petri
pertumbuhan bakteria Bacillus sp.
G 30 (suhu bilik)
H 5
D. MENGKAJI KESAN SUHU TERHADAP
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA I 70
TUJUAN: PERBINCANGAN:
Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan Bakteria Bacillus sp.tidak disimpan dalam inkubator yang
bakteria Bacillus sp. bersuhu tinggi kerana suhu yang tinggi akan membunuh
PERNYATAAN MASALAH: bakteria Bacillus sp. dan kajian pertumbuhannya tidak
Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan dapat dilakukan.
bakteria Bacillus sp.? KESIMPULAN:
HIPOTESIS:
Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling pesat pada
suhu bilik.
E. MENGKAJI NILAI pH TERHADAP PERTUMBUHAN
PEMBOLEH UBAH: MIKROORGANISMA
(a) dimanipulasikan: suhu
(b) bergerak balas: bilangan koloni Bacillus sp. TUJUAN:
(c) dimalarkan: isipadu larutan kultur Bacillus sp. Untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan
bakteria Bacillus sp.
BAHAN DAN RADAS:
Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien PERNYATAAN MASALAH:
steril, pita selofan, dua piring Petri steril dengan Apakah kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
penutup berlabel G, H dan I dan dawai gelung. HIPOTESIS:
PROSEDUR: Pertumbuhan bakteria Bacillus sp. adalah paling pesat pada
(1) Tiga piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar- nilai pH 7.
agar nutrien steril disediakan dan dilabel sebagai PEMBOLEH UBAH:
G, H dan I. (a) dimanipulasikan: nilai pH
(2) Langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.1.3 A) diulang (b) bergerak balas: bilangan koloni Bacillus sp.
dengan cara menggantikan piring Petri A dan B (c) dimalarkan: isipadu larutan kultur Bacillus sp. dan
dengan piring Petri G, H dan I. suhu persekitaran
(3) Piring Petri G, H dan I ditutup dan penutup
dilekatkan dengan pita selofan. BAHAN DAN RADAS:
(4) Piring Petri G disimpan (secara terbalik) di dalam Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril,
almari yang gelap pada suhu bilik, piring Petri H asid hidroklorik cair (nilai pH kurang daripada 7), larutan
disimpan (secara terbalik) di dalam peti sejuk pada natrium hidroksida cair (nilai pH lebih daripada 7), air suling
suhu 5 °C dan piring Petri I disimpan (secara (nilai pH 7), pita selofan, tiga piring Petri steril dengan
terbalik) di dalam inkubator pada suhu 70 °C penutup berlabel J, K dan L, tiga bikar, tiga dawai gelung dan
selama tiga hari seperti Rajah 1.1.3 (h). tiga picagari.
PROSEDUR:
(1) Susunan radas seperti Rajah 1.1.3 (i) disediakan.

Rajah 1.1.3 (h)


(5) Selepas tiga hari, piring Petri G dikeluarkan dari
almari yang gelap, piring Petri H dari peti sejuk Rajah 1.1.3 (i)
dan piring Petri I dari inkubator.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 17 daripada 63
(2) Langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.1.3 A) diulang (6) Bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri
dengan cara menggantikan piring Petri A dan B diperhatikan dan dihitung. Pemerhatian direkodkan
dengan piring Petri J, K dan L. dalam jadual. Tiada koloni, sedikit koloni atau
(3) Piring Petri J, K dan L ditutup dan penutup banyak koloni dicatat.
dilekatkan dengan pita selofan seperti
PEMERHATIAN:
Rajah 1.1.3 (j).
Piring Bilangan koloni
Nilai pH
Petri bakteria
J 7
K Kurang dari 7
L Lebih dari 7
PERBINCANGAN:
Aktiviti harian yang mengaplikasikan kesan nilai pH
terhadap bakteria adalah seperti membasuh dengan
Rajah 1.1.3 (j)
menggunakan larutan sabun mempunyai nilai pH yang
(4) Piring Petri J, K dan L disimpan (secara terbalik)
tinggi untuk merencatkan atau membunuh bakteria.
pada suhu bilik selama tiga hari di dalam almari
yang gelap. KESIMPULAN:
(5) Selepas tiga hari, piring Petri J, K dan L dikeluarkan /
dari almari tersebut.

LATIHAN PENGUKUHAN 1.1.3


1. Namakan lima faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________
2. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria,
Bacillus sp.
Keadaan bubur nutrien di dalam tabung uji P, Q dan R
diperhatikan selepas tiga hari. Keputusan eksperimen ini
direkodkan dalam jadual.
Tabung Keadaan bubur nutrien
Suhu (°C)
uji selepas tiga hari
P 5 Sedikit keruh
Q 35 Keruh
R 75 Sedikit keruh

(a) Nyatakan satu pemerhatian pada bubur (c) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam
nutrien yang telah disimpan pada suhu 37 °C eksperimen ini.
selama tiga hari. (i) Pemboleh ubah dimanipulasikan

____________________________________ ____________________________________

(b) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini. (ii) Pemboleh ubah bergerak balas

____________________________________ ____________________________________
(d) Nyatakan satu inferens yang dapat dibuat
____________________________________
berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen ini.
____________________________________
_______________________________________

_______________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 18 daripada 63

1.2 MIKROORGANISMA BERFAEDAH


1.2.1 MEWAJARKAN APLIKASI MIKROORGANISMA BERFAEDAH DALAM KEHIDUPAN
Aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan harian.

Lactobacillus bulgaricus Bifidobacteria sp. Lactobacillus subtilis


Minuman (yogurt) Barangan kulit

Pencernaan haiwan
Perindustrian Pertanian

Aplikasi
Yis mikroorganisma
berfaedah
Makanan (roti) Bifidobacteria sp.

Hormon seperti insulin Bakteria penitritan

Perubatan

Nitrosomonas sp. Nitrobacter sp.


DNA rekombinan E.coli sp.
Vaksin
Antibiotik seperti penisilin

Penicillium chrysogenum Rotavirus Salmonella sp. Poliovirus

LATIHAN PENGUKUHAN 1.2.1


1. Namakan dua contoh mikroorganisma berfaedah dalam setiap bidang yang berikut:

(a) Perubatan : _____________________________________________________________________

(b) Pertanian : ______________________________________________________________________

(c) Perindustrian : ___________________________________________________________________


2. Namakan contoh makanan dan minuman yang menggunakan mikroorganisma dan namakan
mikroorganisma itu.

(a) Makanan:__________________________ mikroorganisma ______________________________

(b) Minuman:__________________________ mikroorganisma ______________________________


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 19 daripada 63

1.2.2 MENJANA IDEA POTENSI KEGUNAAN MIKROORGANISMA DALAM BIOTEKNOLOGI DAN


KELESTARIAN ALAM SEKITAR
1. Perkembangan dan kemajuan dalam
bioteknologi terutama bioteknologi
hijau telah menjana dan menjayakan
idea potensi penggunaan
mikroorganisma untuk menghasilkan
ekoenzim melalui penapaian sisa
pertanian dan merawat sisa
kumbahan.
2. Ekoenzim terhasil daripada sisa
pertanian seperti buah-buahan atau
sayur-sayuran yang diolah melalui Rajah: Sisa buah-buahan digunakan untuk
penapaian. menghasilkan ekoenzim
Larutan Pembersih Ekoenzim
1. Penggunaan larutan ekoenzim sebagai pembersih bahan berminyak merupakan suatu aplikasi
Teknologi Hijau dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa melalui bahagian rawatan dan
pemprosesan di Malaysia.
2. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara larutan pembersih ekoenzim dengan pencuci
kimia sebagai pembersih bahan berminyak.

(a) Larutan pembersih ekoenzim (b) Bahan pencuci kimia

Jenis pencuci
Aspek
Larutan pembersih ekoenzim Bahan pencuci kimia
Proses penghasilan Penapaian sisa pertanian Penggunaan bahan kimia
Enzim dalam ekoenzim Surfaktan dalam bahan pencuci
Tindakan terhadap lemak dan
menguraikan lemak dan gris kimia mengemulsikan lemak
gris
kepada molekul yang lebih kecil dan gris kepada buih
Tidak perlu disental kerana
Mudah digunakan lemak dan gris mudah Perlu disental dengan kuat
ditanggalkan
Molekul kecil yang dihasilkan Buih yang dihasilkan oleh
Saliran tersumbat oleh enzim tidak surfaktan menyumbatkan
menyumbatkan saliran saliran
Kos Rendah Tinggi
Penghasilan sisa Kurang Banyak
Alam sekitar Mesra alam Mencemarkan alam sekitar
Jadual: Perbezaan antara larutan pembersih ekoenzim dengan bahan pencuci kimia
Aspek
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 20 daripada 63

Serum Bakteria Lactobacillus sp.


pencuci
1. Serum bakteria Lactobacillus sp.
Larutan pembersih ekoenzim Bahan pencuci kimia
digunakan untuk merawat air sisa dan
enap cemar dalam sistem saliran seperti
longkang atau saliran di kawasan kantin
sekolah atau restoran.
2. Ini kerana, semburan serum bakteria
Lactobacillus sp. pada sistem saliran
longkang dapat menanggalkan enap
cemar dengan lebih mudah tanpa
disental, merawat sisa kumbahan dan
merupakan kaedah pembersihan yang Rajah: Serum bakteria Lactobacillus sp.
mesra alam.
3. Kegunaan serum bakteria Lactobacillus sp. yang lain adalah:
(a) menyingkirkan bau busuk
(b) merawat sisa kumbahan
(c) menghasilkan enzim
(d) membuat baja kompos
(e) membantu pencernaan haiwan ternakan
(f) memajukan industri perikanan

LATIHAN PENGUKUHAN 1.2.2


1. (a) Apakah itu ekoenzim?
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
(b) Berikan dua contoh kegunaan ekoenzim?
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

2. (a) Rajah di atas menunjukkan sejenis bakteria. Namakan jenis bakteria ini.

_______________________________________________________________________________
(b) Berikan tiga kegunaan bagi serum yang dihasilkan menggunakan bakteria yang dinyatakan dalam
soalan 2 (a).

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 21 daripada 63

1.3 PENCEGAHAN DAN RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA


1.3.1 MENJELASKAN KONSEP ‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT’ PENYAKIT YANG
DIBAWA OLEH MIKROORGANISMA
1.3.2 MENERANGKAN TEKNIK ASEPTIK DALAM PENGAWALAN PENYEBARAN MIKROORGANISMA
Selain mikroorganisma berfaedah, wujud juga mikroorganisma berbahaya yang dikenali sebagai
patogen yang dapat menyebabkan penyakit. Contohnya, coronavirus adalah patogen baharu
yang menyebabkan penyakit COVID-19.
TEKNIK ASEPTIK
1. Teknik aseptik merujuk kepada prosedur kesihatan yang dijalankan untuk menghalang
jangkitan patogen atau menyingkirkan patogen yang sedia ada.
2. Oleh yang demikian, teknik aseptik adalah bertepatan dengan ungkapan ‘mencegah lebih baik
daripada merawat’. Hal ini bermaksud mencegah seseorang daripada dijangkiti oleh patogen
adalah lebih baik daripada merawat seseorang yang telah dijangkiti oleh patogen tersebut.
3. Teknik aseptik yang digunakan ialah:
(a) Pensterilan (d) Penggunaan disinfektan
(b) Penggunaan antiseptik (e) Pendidihan
(c) Penggunaan sinaran (f) Penggunaan antibiotik

PENSTERILAN
Pensterilan bermaksud proses membunuh atau menyingkirkan mikroorganisma daripada
sesuatu objek atau persekitaran. Kaedah-kaedah pensterilan adalah seperti berikut:

HABA
Suhu di dalam autoklaf yang melebihi 130 °C dapat
(contoh:
membunuh mikroorganisma dan sporanya.
autoklaf)

BAHAN
Larutan sabun yang mempunyai nilai pH yang
KIMIA
tinggi dapat membunuh mikroorganisma dan
(contoh:
sporanya.
sabun)

SINARAN
(contoh: Sinaran ultraungu merupakan sinaran mengion
sinar yang dapat membunuh mikroorganisma.
ultraungu)

TEKANAN
Tekanan tinggi di dalam periuk tekanan
TINGGI
meningkatkan takat didih cecair. Cecair yang
(contoh:
mendidih pada takat didih yang lebih tinggi dapat
periuk
membunuh mikroorganisma.
tekanan)

PENAPIS
Penapis P100 digunakan untuk menghalang zarah-
(contoh:
zarah termasuklah mikroorganisma dengan saiz
penapis
lebih daripada 0.3 µm.
P100)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 22 daripada 63
ANTISEPTIK

(a) Acriflavine (ubat kuning) (b) Povidone (c) Alkohol isopropil 70 %


Gambar: Jenis antiseptik yang disapu
Antiseptik merupakan bahan kimia yang dapat disapukan pada permukaan kulit manusia atau luka
untuk mencegah jangkitan patogen. Contoh antiseptik ialah acriflavine (ubat kuning), povidone dan
alkohol isopropil 70% (IPA).
Sesetengah antiseptik seperti acriflavine dan povidone dapat membunuh mikroorganisma dan
sesetengah lagi antiseptik seperti profl avine menyekat atau menghalang pertumbuhan
mikroorganisma. Alkohol isopropil 70 % dapat digunakan sebagai antiseptik dan agen pensterilan.

SINARAN DISINFEKTAN

Sinaran mengion seperti sinar ultraungu, sinar- Disinfektan merupakan bahan kimia yang
X dan sinar gama dapat digunakan untuk digunakan pada benda bukan hidup seperti
membunuh mikroorganisma. Sinaran-sinaran cadar, tandas dan kolam renang untuk
ini menembusi ke dalam sel mikroorganisma membunuh mikroorganisma terutamanya
dan memusnahkannya. Sebagai contoh, sinar patogen. Disinfektan tidak sesuai digunakan pada
ultraungu digunakan untuk membunuh kulit atau luka. Contoh disinfektan yang lazim
mikroorganisma di dalam bilik bedah. digunakan dalam kehidupan harian ialah bahan
peluntur, hidrogen peroksida dan cecair.
PENDIDIHAN
ANTIBIOTIK
Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan
bakteria seperti kolera, pneumonia dan tibi. Antibiotik tidak
berkesan untuk merawat jangkitan virus seperti demam, selesema
dan batuk.
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan
untuk membunuh bakteria.
Pendidihan air pada suhu Kerintangan antibiotik adalah bahaya kerana boleh menyebabkan
100 °C lazimnya digunakan kita mudah terdedah kepada lebih banyak penyakit termasuk
untuk membunuh jangkitan bakteria.
mikroorganisma pada objek Punca berlaku kerintangan antibiotik ialah:
kegunaan harian seperti - penggunaan antibiotik yang berlebihan.
botol susu, jarum suntikan - pengambilan antibiotik tanpa mengikut tempoh masa yang
dan peralatan doktor gigi. ditetapkan.
- penggunaan antibiotik yang tidak tepat.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 23 daripada 63

LATIHAN PENGUKUHAN 1.3.1 DAN 1.3.2


1. Berikan tiga contoh teknik aseptik.
__________________________________________________________________________________
2. Nyatakan konsep teknik aseptik.
__________________________________________________________________________________
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara antiseptik dan disinfektan.
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

1.3.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN MENGKAJI KESAN ANTIBIOTIK TERHADAP PERTUMBUHAN BAKTERIA


TUJUAN: Untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik (penisilin) terhadap pertumbuhan bakteria
Bacillus sp.)
PERNYATAAN MASALAH: Apakah kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria?
HIPOTESIS: Semakin tinggi kepekatan antibiotik, semakin rendah pertumbuhan bakteria.
PEMBOLEH UBAH:
(a) dimanipulasikan: kepekatan antibiotik
(b) bergerak balas: luas kawasan putih
(c) dimalarkan: Jenis bakteria (Bacillus sp.)
BAHAN: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, empat ceper kertas turas
berdiameter 6 mm, larutan penisilin dengan kepekatan yang berlainan seperti 10%, 20% dan 30% (atau
ceper kertas turas berdiameter 6 mm dan tiga ceper penisilin yang berkepekatan berlainan seperti 10,
20 dan 30 unit penisilin), air suling, pen penanda dan pita selofan.
RADAS: Piring Petri dengan penutup, picagari, forseps steril dan kertas grid lut sinar
PROSEDUR:
(1) Radas disusun dan disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.3 (a).

Rajah 1.3.3 (a)


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 24 daripada 63

(a) 1 cm3 larutan kultur bakteria Bacillus sp. dituangkan ke atas agar-agar nutrien steril di dalam
sebuah piring Petri.
(b) Forseps steril digunakan untuk meletakkan ceper kertas turas yang direndam dalam air suling dan
larutan penisilin dengan kepekatan 10%, 20% dan 30% ke atas agar-agar nutrien dan kultur
bakteria Bacillus sp. di dalam piring Petri seperti Rajah 1.3.3 (a).
(2) Piring Petri ditutup dengan penutup yang kemudiannya dilekatkan dengan pita selofan. Setiap piring
Petri itu diterbalikkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.3 (b).

Rajah 1.3.3 (b)


(3) Piring Petri yang terbalik itu disimpan pada suhu bilik selama tiga hari di dalam almari yang gelap.
(4) Selepas tiga hari, piring petri dikeluarkan dari almari tersebut.
(5) Kawasan jernih yang mengelilingi setiap ceper kertas turas diperhatikan. Pemerhatian dilakarkan.
(6) Luas kawasan jernih diukur dengan menggunakan kertas grid lut sinar.

PEMERHATIAN:

Kepekatan antibiotik Luas kawasan jernih


(%) (cm2)

0
10
20
30

PERBINCANGAN EKSPERIMEN 1.3.3


1. Dalam eksperimen ini, ceper kertas turas yang direndamkan dalam air suling digunakan sebagai kawalan.
2. Kawasan jernih pada agar-agar nutrien merupakan kawasan tanpa bakteria atau kawasan pertumbuhan
bakteria yang terencat. Oleh itu, kawasan jernih yang terbentuk mengelilingi ceper turas yang
mengandungi penisilin menunjukkan tindakan penisilin yang merencat pertumbuhan bakteria atau
membunuh bakteria.
3. Kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas yang mengandungi penisilin berpekatan tinggi
adalah lebih besar daripada kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas yang mengandungi
penisilin berpekatan rendah. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kepekatan penisilin, semakin
besar perencatan berlaku pada pertumbuhan bakteria yang ditindakkan oleh penisilin.
KESIMPULAN:
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 25 daripada 63

1.3.4 BERKOMUNIKASI TENTANG KAEDAH RAWATAN PENYAKIT BERJANGKIT


Imbas kembali penyakit berjangkit yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 2.
Rajah di bawah menunjukkan contoh penyakit berjangkit dan patogen.

Penyakit berjangkit

seperti

Pneumonia Athlete’s foot Kayap

disebabkan oleh disebabkan oleh disebabkan oleh

Streptococcus pneumoniae Trichophyton rubrum Varicella-zoster


(bakteria) (fungi) (virus)

dirawat dengan dirawat dengan dirawat dengan

Antibiotik Antifungal Antiviral


Contoh: Contoh: Contoh:
Penisilin Clotrimazole Acyclovir

Rajah: Penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral dalam rawatan penyakit berjangkit
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 26 daripada 63

LATIHAN PENGUKUHAN 1.3.4


1. Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit yang berikut:
(a) athlete’s foot

________________________________________________________________________________
(b) pneumonia

________________________________________________________________________________
(c) kayap

_________________________________________________________________________________

2. Rajah 1 menunjukkan keputusan suatu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan
antibiotik yang berbeza terhadap pertumbuhan bakteria.

(a) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.

_______________________________________________________________________________

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.

_______________________________________________________________________________

(i) Pemboleh ubah dimalarkan

_____________________________________________________________________________

(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan

_____________________________________________________________________________

(c) Apakah kesan antibiotik berdasarkan eksperimen ini?

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 27 daripada 63

2.0 NUTRISI DAN TEKNOLOGI MAKANAN


2.1 GIZI SEIMBANG DAN NILAI KALORI
2.1.1 MEMERIHALKAN GIZI SEIMBANG
1. Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan
oleh badan seseorang dalam kuantiti yang betul.
2. Karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air merupakan tujuh kelas
makanan tersebut.
3. Jadual di bawah menunjukkan kelas makanan dan fungsinya.
KELAS MAKANAN FUNGSI
PROTEIN Untuk proses pertumbuhan dan menggantikan tisu yang rosak
KARBOHIDRAT Membekalkan sumber tenaga (sumber tenaga utama)
LEMAK Membekalkan tenaga sekiranya badan kekurangan karbohidrat
VITAMIN Mengekalkan kesihatan badan
MINERAL Melindungi badan daripada penyakit
PELAWAS Melancarkan sistem pencernaan dan perkumuhan
AIR Membantu tindak balas kimia di dalam tubuh badan
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang seseorang bagi membekalkan keperluan
tenaga (kalori) adalah seperti berikut:
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI GIZI KEPERLUAN TENAGA (KALORI)
SEIMBANG
pesakit kebiasaannya kurang aktif dan kurang menggunakan
Kesihatan tenaga. Namun begitu, makanan pesakit mestilah tinggi
kandungan nutrien untuk membantu proses penyembuhannya
individu yang melakukan aktiviti fizikal atau pekerjaan yang
berat seperti atlet atau petani memerlukan lebih banyak tenaga
Aktiviti / Pekerjaan
berbanding dengan individu yang tidak melakukan kerja berat
seperti kerani
lelaki memerlukan lebih banyak tenaga daripada perempuan
Jantina
kerana lelaki lebih aktif
individu yang berada di kawasan beriklim sejuk memerlukan
Iklim
lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu badannya
individu bersaiz besar memerlukan lebih tenaga kerana mereka
Saiz badan
mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi
orang muda memerlukan lebih banyak tenaga berbanding
Umur
orang tua kerana orang muda lebih aktif
5. Gizi yang tidak seimbang iaitu kekurangan atau berlebihan mana-mana kelas makanan boleh
menyebabkan malnutrisi. Beberapa contoh masalah kesihatan akibat malnutrisi ialah:
MASALAH KESIHATAN MASALAH KESIHATAN
SIMPTOM SIMPTOM
DAN PUNCA DAN PUNCA

● Perut
Bengkak di
membengkak
leher
● Lemah

GOITER KWASYIORKOR
(Kekurangan iodin) (Kekurangan protein)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 28 daripada 63

MASALAH KESIHATAN MASALAH KESIHATAN


SIMPTOM SIMPTOM
DAN PUNCA DAN PUNCA

● Lemah dan
● Tulang dehidrasi
lembut dan ● Kurang
membengkak berat badan
● Tumbesaran yang teruk
membantut ● Tumbesaran
terbantut
RIKET MARASMUS
(Kekurangan vitamin D) (Kekurangan semua kelas makanan)
Jadual: Contoh masalah kesihatan, punca dan simptom penyakit tersebut

Konsep Pinggan Sihat Malaysia


1. Konsep Pinggan Sihat Malaysia adalah seperti berikut:
(a) Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi dan roti.
(b) Suku pinggan diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
(c) Separuh pinggan diisi dengan buah dan sayur.
Isi separuh pinggan
dengan buah dan sayur.

Isi suku pinggan dengan nasi Isi suku pinggan dengan


atau sumber karbohidrat ikan atau sumber protein
yang lain. yang lain.

Rajah: KKM telah memperkenalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia

2.1.2 MENENTUKAN JUMLAH NILAI KALORI YANG DIAMBIL DALAM DIET


1. Semasa proses respirasi sel, makanan yang dimakan akan dioksidakan. Tenaga kimia dalam
makanan ditukarkan menjadi tenaga haba.
2. Nilai kalori (atau nilai tenaga) bagi suatu makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan
apabila satu gram (1 g) makanan dioksida / dibakar dengan lengkap.
3. Unit kalori makanan dapat diukur dengan unit kalori (cal), kilokalori (kcal), joule (J) atau
kilojoule (kJ).
4. Unit S.I bagi nilai kalori ialah joule per kilogram (J kg-1)

1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)


1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule (kJ)
= 4200 joule (J)

Contoh
(a) 5 kalori = ___________________ = ________________
(b) Nilai kalori makanan biasanya terdapat pada pembungkus makanan.
Jika nilai kalori mee segera bagi sajian setiap pek = 451 kcal. Maka, nilai kalori mee
segera bagi sajian setiap pek dalam joule ialah:

_______________________ x __________________ = _____________________


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 29 daripada 63
5. Jadual menunjukkan keperluan kalori oleh individu yang berlainan.
Keperluan tenaga
Individu
harian (kJ/hari)
Bayi yang baru lahir 2000
Kanak-kanak (5 – 7 tahun) 7500
Lelaki (15 – 18 tahun) 12600 Nota:
Perempuan (15 – 18 tahun) 9240 Setiap sampel makanan
Perempuan mengandung 10000 mempunyai nilai kalori yang
Pekerja pejabat 11000 berbeza merujuk kepada:
http://mynutri.moh.gov.my
Pekerja yang melakukan kerja berat 15000

Pengukuran Nilai Kalori Dalam Makanan


1. Kalorimeter bom dalam rajah adalah radas yang digunakan
untuk mengukur nilai kalori makanan.
2. Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori dalam karbohidrat,
lemak dan protein yang diukur dengan menggunakan
kalorimeter bom.
Kelas makanan Karbohidrat Lemak Protein
Nilai kalori (kJ g-1) 16.7 37.6 16.7
Jadual: Nilai kalori bagi karbohidrat, lemak dan protein Rajah: Kalorimeter bom
Makanan Yang Berlainan Dan Anggaran Nilai Kalori
1. Makanan yang berlainan jenis mempunyai nilai kalori yang berbeza mengikut kuantiti kelas
makanan seperti karbohidrat, lemak dan protein yang terkandung dalam makanan tersebut.
2. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh makanan dan anggaran nilai kalorinya.
Jenis Nilai kalori Nilai kalori Jenis Nilai kalori Nilai kalori
makanan (kJ g-1) (kJ/100 g) makanan (kJ g-1) (kJ/100 g)
Nasi 15.04 1504 Ikan bilis 9.37 937
Roti putih 10.60 1060 Tauhu 22.93 2293
Telur ayam 6.65 665 Epal 1.93 193
Mentega 31.22 3122 Oren 1.47 147
Marjerin 32.22 3222 Tomato 0.97 97
Tepung susu 13.79 1379 Gula 16.50 1650
Minyak sawit 38.00 3800 Ubi kentang 33.00 3300
Daging lembu 13.11 1311 Kobis 0.34 34
Daging ayam 8.27 827 Timun 0.55 55

LATIHAN PENGUKUHAN 2.1.1 DAN 2.1.2


1. Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang?
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi gizi seimbang seseorang bagi membekalkan keperluan
tenaga (kalori).
__________________________________________________________________________________
3. Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori untuk tiga jenis makanan.
Makanan Nilai kalori makanan per gram (kJ g-1) Seorang lelaki mengambil 50 g
Capati 3.0 capati, 200 g susu dan 50 g oren.
Susu 2.7 Hitung jumlah nilai kalori yang
Oren 2.0 diambil oleh lelaki itu.
Penyelesaian
Jumlah nilai kalori = __________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 30 daripada 63

4. Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori untuk tiga jenis makanan.


Makanan Nilai kalori (kJ per 100 g) Seorang lelaki mengambil 50 g
Capati 300 capati, 200 g susu dan 50 g oren.
Susu 270 Hitung jumlah nilai kalori yang
Oren 200 diambil oleh lelaki itu.
Penyelesaian
Jumlah nilai kalori = __________________________________________________________________

2.1.3 MEWAJARKAN KESAN PENGAMBILAN JUMLAH KALORI YANG TIDAK MENEPATI KEPERLUAN
INDIVIDU
1. Jumlah kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan kita seharusnya menepati
keperluan diri bagi mengekalkan kesihatan yang baik.
2. Rajah di bawah menunjukkan dua contoh masalah kesihatan kesan daripada pengambilan
jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu.

Individu kurang berat badan kerana jumlah Individu obes kerana jumlah kalori makanan
kalori makanan yang diambil tidak mencukupi yang diambil adalah berlebihan

Rajah: Contoh kesan pengambilan jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu

3. Individu yang kurang berat badan mungkin mengalami masalah kesihatan berikut:
(a) Pertumbuhan badan merosot (c) Sistem imunisasi badan yang lemah
(b) Tulang mudah patah (d) Keguguran rambut
4. Individu yang obes mungkin mengalami masalah kesihatan berikut:
(a) Risiko menghidap serangan jantung (c) Sakit sendi
(b) Masalah pernafasan (d) Hipertensi (tekanan darah tinggi)

Corak Pemakanan Masyarakat Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kesihatan


1. Kesihatan badan manusia dipengaruhi oleh:
(a) pengambilan jumlah kalori
(b) corak pemakanan seperti waktu makan
(c) jenis makanan
2. Amalan corak pemakanan yang tidak sihat seperti makan pada waktu yang tidak sewajarnya di
pelbagai jenis restoran makanan yang beroperasi 24 jam boleh menyebabkan masalah kesihatan
seperti malnutrisi, obesiti, anoreksia, arteriosklerosis, diabetes melitus (kencing manis), tekanan
darah tinggi, trombosis, strok dan serangan penyakit jantung.
3. Jadual di bawah menunjukkan punca beberapa masalah kesihatan serta kesannya terhadap individu.
Masalah kesihatan Punca Kesan
Risiko menghidap penyakit seperti
Mengambil makanan tinggi kalori
Obesiti kencing manis, tekanan darah tinggi
untuk jangka masa yang panjang.
dan penyakit jantung.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 31 daripada 63

Penyakit psikologi iaitu pesakit


Anoreksia Nervosa menahan diri daripada makan untuk Malnutrisi dan boleh maut.
kelihatan cantik.
● Lumen arteri menjadi sempit dan
Pemendapan kolestrol pada dinding menyebabkan tekanan darah tinggi.
Aterosklerosis
arteri. ● Meningkatkan risiko penyakit
jantung dan strok.
Mengambil makanan atau minuman ● Menjejaskan penglihatan, kesihatan
Diabetes Melitus yang tinggi kandungan gula untuk ginjal dan sistem saraf.
jangka masa yang panjang. ● Luka lambat sembuh.
Tekanan Darah Mengambil makanan tinggi
Meningkatkan risiko penyakit jantung
Tinggi kandungan garam untuk jangka masa
dan strok.
(Hipertensi) yang panjang.

4. Makanan rapu dan makanan segera yang selalu diiklankan di media merupakan jenis makanan yang
kurang sihat seperti rajah di bawah.

Rajah: Kesan makanan segera dan makanan rapu

LATIHAN PENGUKUHAN 2.1.3


1. Padankan masalah kesihatan disebabkan gaya hidup dengan corak pemakanan yang tidak sihat.
(a) Gizi kekurangan satu atau lebih nutrien.
Berat badan berlebihan disebabkan makan Obesiti
(b)
secara berlebihan. Anoreksia
Penyakit psikologi yang menyebabkan terlalu
(c) Malnutrisi
menahan makan.
Pemendapan kolestrol pada dinding arteri Arteriosklerosis
(d) menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit Tekanan Darah Tinggi
jantung dan strok.
Kencing Manis
(e) Pengambilan gula berlebihan.
(f) Pengambilan garam berlebihan.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 32 daripada 63

2.2 KEPERLUAN NUTRIEN OLEH TUMBUHAN


2.2.1 MENJELASKAN DENGAN CONTOH FUNGSI MAKRONUTRIEN DAN MIKRONUTRIEN KEPADA
TUMBUHAN
1. Selain manusia dan haiwan, tumbuhan juga memerlukan nutrien untuk pertumbuhan,
perkembangan dan pembiakan. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dapat dikelaskan
kepada makronutrien dan mikronutrien.

Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan

MAKRONUTRIEN MIKRONUTRIEN

Nutrien yang diperlukan oleh Nutrien yang diperlukan oleh


tumbuhan dalam kuantiti yang banyak tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit
CONTOH CONTOH
• NITROGEN (N) • FOSFORUS (P) • BORON (B) • FERUM (Fe)
• KALIUM (K) • MAGNESIUM (Mg) • KUPRUM (Cu) • MOLIBDENUM (Mo)
• KALSIUM (Ca) • SULFUR (S) • MANGAN (Mn) • ZINK (Zn)
• OKSIGEN (O) • KARBON (C)
• HIDROGEN (H)

Rajah: Pengelasan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan

Makronutrien: unsur (atau mineral) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang BANYAK.
Makronutrien Fungsi

• Mensintesis protein, klorofil, enzim dan asid nukleik


Nitrogen
• Membantu pertumbuhan dahan dan daun
(N)
• Meningkatkan pengeluaran buah dan biji benih

Fosforus • Mensintesiskan protein dan asid nukleik


(P) • Menggalakkan pembahagian sel untuk penghasilan bunga dan buah

• Mensintesiskan protein
Kalium
• Menggalakkan pembahagian sel tumbuhan
(K)
• Memperkuat daya ketahanan terhadap jangkitan penyakit
Magnesium
• Komponen penting dalam klorofil
(Mg)
Kalsium • Mensintesiskan gentian gelendong semasa pembahagian sel
(Ca) • Membantu pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar

• Mensintesiskan protein dan klorofil


Sulfur
• Membantu perkembangan buah
(S)
• Menggalakkan pembahagian sel tumbuhan

Oksigen
• Terlibat dalam respirasi sel tumbuhan untuk menghasilkan tenaga
(O)

Karbon (C) & • Membina gula atau kanji semasa fotosintesis


Hidrogen (H) • Membina selulosa
Jadual: Contoh makronutrien dan fungsinya
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 33 daripada 63

Mikronutrien: unsur (atau mineral) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang SEDIKIT.
Mikronutrien Fungsi
Boron • Mensintesiskan klorofil dan dinding sel
(B) • Membantu pembentukan buah dan biji benih
Ferum • Membantu pertumbuhan bahagian pokok yang muda
(Fe) • Membantu respirasi sel
Kuprum
• Terlibat dalam fotosintesis dan respirasi
(Cu)
Molibdenum • Mensintesiskan protein
(Mo) • Membantu pertumbuhan tumbuhan
Mangan • Terlibat dalam fotosintesis dan respirasi
(Mn) • Membantu pembentukan asid amino
Zink • Membantu sintesis protein dan pembentukan klorofil
(Zn) • Membantu pembentukan daun
Jadual: Contoh mikronutrien dan fungsinya

Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus dan Kalium terhadap Pertumbuhan Tumbuhan


Kesan kekurangan makronutrien nitrogen, fosforus dan kalium adalah seperti ditunjukkan dalam rajah
di bawah.
TUMBUHAN NORMAL TUMBUHAN KEKURANGAN NITROGEN
• Pertumbuhan • Pertumbuhan
normal tumbuhan terbantut
• Batang • Penghasilan buah
tumbuhan kuat dan bunga terbantut
• Penghasilan • Pertumbuhan akar
buah dan normal
bunga normal • Daun di bahagian atas
• Pertumbuhan lebih kecil dan mudah
akar normal gugur
• Daun di bahagian bawah
berwarna kuning (klorosis)

TUMBUHAN KEKURANGAN FOSFORUS TUMBUHAN KEKURANGAN KALIUM


• Pertumbuhan • Pertumbuhan tumbuhan
tumbuhan terbantut terbantut
• Batang tumbuhan • Batang tumbuhan lemah
lemah • Penghasilan bunga
• Penghasilan bunga berkurang dan buah
dan buah terhenti terhenti
• Pertumbuhan akar • Pertumbuhan akar
merosot berkurang
• Daun di bahagian • Daun di bahagian atas
atas lebih kecil dan bertompok perang
berwarna ungu • Daun di bahagian bawah
• Daun di bahagian layu dengan tisu mati di
bawah berwarna hijau tepi daun
kebiruan dan
bergulung

Rajah: Kesan kekurangan nitrogen, fosforus dan kalium terhadap pertumbuhan tumbuhan
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 34 daripada 63

2.2.2 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI KESAN KEKURANGAN MAKRONUTRIEN KEPADA


TUMBUHAN
TUJUAN: PEMBOLEH UBAH:
Untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien iaitu (a) dimanipulasikan: Jenis larutan kultur
nitrogen, fosforus dan kalium terhadap pertumbuhan (b) bergerak balas: Pertumbuhan tumbuhan
tumbuhan. (c) dimalarkan: isipadu larutan kultur, saiz dan jenis
PERNYATAAN MASALAH: anak benih, cahaya dan suhu
Apakah kesan kekurangan makronutrien (nitrogen, BAHAN: Air suling, larutan kultur lengkap, larutan kultur
fosforus dan kalium) terhadap pertumbuhan tanpa nitrogen, larutan kultur tanpa fosforus, larutan
tumbuhan? kultur tanpa kalium, anak benih jagung, kertas hitam dan
HIPOTESIS: kapas
Kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan RADAS: tabung didih, tiub penghantar, pam udara dan
kalium) merencatkan pertumbuhan tumbuhan. gabus.

Rajah 2.2.2
PROSEDUR:
1. Susunan radas seperti Rajah 2.2.2 disediakan.
2. Susunan radas diletakkan di kawasan yang bercahaya seperti tempat yang berdekatan dengan tingkap makmal
sains yang disinari oleh cahaya matahari.
3. Udara dipamkan ke dalam larutan kultur pada setiap tabung didih selama 5 minit setiap hari.
4. Larutan kultur di dalam setiap tabung uji ditukar sekali seminggu dengan jenis larutan kultur yang sama.
5. Selepas dua minggu, keadaan anak benih dari segi saiz tumbuhan, warna daun dan pertumbuhan akar
diperhatikan dan dicatat.
PEMERHATIAN:
Pertumbuhan tumbuhan
Kekurangan
Jenis larutan kultur Saiz Warna Pertumbuhan
nutrien
tumbuhan daun akar
Larutan kultur lengkap
Larutan kultur tanpa nitrogen
Larutan kultur tanpa fosforus
Larutan kultur tanpa kalium
KESIMPULAN: Hipotesis diterima. Kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) merencatkan
pertumbuhan tumbuhan.
PERBINCANGAN:
1. Tabung uji dibalut dengan kertas hitam untuk menghalang cahaya masuk ke dalam larutan kultur di dalam
tabung didih. Larutan kultur yang terdedah kepada cahaya menggalakkan pertumbuhan alga. Alga menyerap
nutrien dalam larutan kultur dan akan menjejaskan keputusan eksperimen.
2. Tiub penghantar yang disambungkan ke pam udara membekalkan oksigen bagi respirasi akar anak benih.
3. Larutan kultur dalam setiap tabung uji ditukar sekali seminggu dengan jenis larutan kultur yang sama untuk
menggantikan makronutrien yang telah diserap oleh anak benih.
4. Faktor-faktor selain daripada nutrien yang mempengaruhi pertumbuhan anak benih termasuklah suhu
persekitaran, kelembapan udara dan keamatan cahaya.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 35 daripada 63

LATIHAN PENGUKUHAN 2.2.1 DAN 2.2.2


1. (a) Apakah maksud makronutrien? Namakan lima contoh makronutrien.
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
(b) Apakah maksud mikronutrien? Namakan lima contoh mikronutrien.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

2. Padankan makronutrien dengan kesan kekurangannya dalam pertumbuhan tumbuhan.


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 36 daripada 63

2.3 TEKNOLOGI PENGELUARAN MAKANAN


2.3.1 BERKOMUNIKASI MENGENAI CARA MENINGKATKAN SUMBER, KUALITI MAKANAN DAN
KUANTITI PENGELUARAN MAKANAN
1. Teknologi pengeluaran makanan diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah kekurangan
bekalan makanan sedunia.
2. Langkah-langkah yang diambil dalam teknologi pengeluaran makanan ialah:
(a) Meningkatkan kualiti makanan
(b) Meningkatkan kuantiti pengeluaran makanan
(c) Menghasilkan dan menggunakan baka yang bermutu
(d) Menggunakan pelbagai jenis teknologi moden

Cara Meningkatkan Kualiti Makanan dan Kuantiti Pengeluaran Makanan Negara


(a) Penggunaan baka yang bermutu
(b) Penggunaan teknologi moden
(c) Pendidikan dan bimbingan untuk petani
(d) Penyelidikan dan pembangunan
(e) Penggunaan tanah dan kawasan perairan secara optimum
(f) Pengurusan tanah yang cekap
Penggunaan Baka yang Bermutu
1. Penggunaan baka yang bermutu bertujuan untuk mempelbagaikan sumber makanan,
meningkatkan kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan negara.
2. Contoh-contoh baka bermutu yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti makanan dan
kuantiti pengeluaran makanan adalah seperti berikut:
Kelapa sawit tenera
- berbuah lebat
- mempunyai isirung
yang besar
- sabut yang tebal
- tempurung yang nipis
- kandungan minyak
yang tinggi
Lembu Mafriwal
Belimbing Bintang Mas - menghasilkan susu yang banyak
(MSTAR 1, MARDI) - sesuai hidup di kawasan beriklim
- berwarna kuning tropika
keemasan
- manis
- rangup
- tidak kelat

Betik Eksotika
- bersaiz besar
Ayam Akar Putra
- mempunyai isi
- membesar dengan cepat
yang manis
- daging mempunyai tekstur yang
menyerupai ayam kampung

3. Baka tanaman dan haiwan ternakan yang bermutu diperoleh melalui:


(a) teknologi pengklonan (c) kejuruteraan genetik
(b) kacukan (d) teknologi mutagenesis
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 37 daripada 63
4. Ciri-ciri baka yang bermutu ialah:
Daging, susu
Penjagaan
dan buah
Hasil yang mudah dan kos
yang lebih
banyak penjagaan
bermutu
rendah

Cepat Rintangan yang tinggi


CIRI-CIRI terhadap penyakit, serangga
tumbuh dan
BAKA YANG perosak dan cuaca melampau
matang
BERMUTU

Penggunaan Teknologi Moden


Teknologi moden diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan seperti
berikut:
Mesin pengisar dan mesin pengisi cecair mempercepat pemprosesan dan
Mesin
pengeluaran makanan.
Pengklonan mengekalkan dan menambahbaik ciri-ciri pada baka tanaman dan
Pengklonan
haiwan ternakan.
Traktor, jentolak dan jentuai mempercepat proses penanaman dan
Jentera
pemungutan hasil pertanian.
Pemindahan embrio, pengklonan dan kejuruteraan genetik digunakan untuk
Bioteknologi
meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan.
Dron digunakan untuk menyembur pestisid ke kawasan yang luas pada kadar
Dron
yang cepat sekaligus menjimatkan masa dan mengurangkan kos tenaga kerja.

Pendidikan dan Bimbingan untuk Petani


Agensi atau institusi yang memberikan
pendidikan dan bimbingan kepada petani
dalam bidang pertanian seperti
penggunaan baka yang bermutu dan
teknologi moden untuk meningkatkan
kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran
makanan negara ialah:
(a) Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan
(b) Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI)
(c) Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB)
(d) Advanced Biotechnology and
Breeding Centre (ABBC)

Penyelidikan dan Pembangunan


1. Penyelidikan dan pembangunan untuk
meningkatkan kualiti makanan dan kuantiti
pengeluaran makanan dijalankan secara Rajah: Satu produk
berterusan di seluruh dunia untuk mengatasi inovatif untuk
masalah kekurangan makanan global. melembutkan daging
2. Beberapa buah universiti di Malaysia turut (hasil penyelidikan
pelajar Fakulti Sains dan
menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Teknologi Makanan,
dalam usaha meningkatkan kualiti makanan dan UPM Malaysia)
kuantiti pengeluaran makanan.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 38 daripada 63
Penggunaan Tanah dan Kawasan Perairan secara Optimum
1. Penggunaan tanah dan kawasan perairan perlu dilaksanakan secara optimum kerana keluasan tanah
pertanian dan kawasan perairan yang sesuai adalah terhad.
2. Antara cara mengoptimumkan penggunaan tanah dan kawasan perairan untuk meningkatkan hasil
pertanian dan penternakan adalah seperti berikut:
• mengusahakan tanah yang terbiar supaya menjadi tanah atau kawasan yang sesuai bagi aktiviti
pertanian atau penternakan menyuburkan kawasan tandus.
• mengusahakan kolam perlombongan yang terbiar supaya menjadi kawasan yang sesuai bagi
aktiviti akuakultur air tawar
• mengusahakan kawasan tanah paya yang mudah dibanjiri air laut supaya menjadi kawasan
yang sesuai bagi aktiviti akuakultur marin
• membina empangan dan tali air untuk tanah pertanian atau penternakan yang kekurangan
bekalan air

Penggunaan Tanah yang Cekap


1. Antara kepentingan pengurusan tanah yang cekap ialah untuk:
(a) Mengekalkan kesuburan tanah
(b) Meningkatkan kualiti hasil tanaman
(c) Meningkatkan kuantiti hasil tanaman
2. Pendekatan untuk pengurusan tanah yang cekap adalah seperti rajah di bawah:
Pengurusan Tanah yang Cekap

Penggiliran tanaman Tanaman campuran Penanaman teres

• Penggiliran tanaman merupakan • Dalam suatu kawasan • Penanaman


amalan menanam beberapa jenis pertanian, beberapa jenis secara teres
tanaman yang berbeza secara bergilir. tanaman dapat ditanam membantu
• Kaedah semula jadi ini sesuai untuk bersama-sama. mengurangkan
mengekalkan kesuburan tanah • Kaedah ini dapat memastikan hakisan tanah.
pertanian. kesuburan tanah.

LATIHAN PENGUKUHAN 2.3.1


1. Isi maklumat yang betul tentang cara-cara untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan.
Penggunaan teknologi moden Penggunaan tanah yang cekap
Penggunaan tanah dan kawasan pengairan secara optimum Penyelidikan dan pembangunan
Penggunaan baka bermutu Pendidikan dan bimbingan untuk petani

(a) Pembiakbakaan terpilih dapat menghasilkan tanaman atau ternakan yang berkualiti tinggi seperti
kelapa sawit tenera.

_______________________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 39 daripada 63

(b) Kolej Vokasional menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam meningkatkan kualiti makanan
dan kuantiti pengeluaran makanan.

_________________________________________________________________________________
(c) Penggunaan jentera moden dan penghasilan baka baik melalui pengklonan dan bioteknologi.

_________________________________________________________________________________
(d) Kursus teknik dan kaedah moden diberikan seperti penggunaan biji benih dan baja yang berkualiti
tinggi.

_________________________________________________________________________________
(e) Pelbagai pendekatan seperti tanaman campuran, pengiliran tanaman dan penanaman teres.

_________________________________________________________________________________
(f) Agensi kerajaan seperti FELCRA dan FELDA memajukan tanah terbiar untuk tujuan penanaman dan
penternakan.

_________________________________________________________________________________
2. (a) Namakan dua teknologi moden yang digunakan untuk penanaman tanaman tanpa tanah.

_______________________________________________________________________________
(b) Apakah teknologi moden yang diaplikasikan untuk memperoleh baka tanaman dan haiwan
ternakan yang bermutu?

_______________________________________________________________________________

2.3.2 MENILAI PENGGUNAAN RACUN SERANGGA DAN KAWALAN BIOLOGI DALAM MENINGKATKAN
KUALITI DAN KUANTITI PENGELUARAN MAKANAN
Penggunaan Racun Serangga
1. Proses penghapusan serangga perosak tanaman seperti belalang, siput dan tikus dijalankan
untuk menjaga kualiti dan kuantiti hasil tanaman.
2. Kebaikan dan keburukan penggunaan racun serangga ialah:
KEBAIKAN KEBURUKAN
• Kebiasaannya tidak mempengaruhi • Mencemarkan alam sekitar
kadar pertumbuhan tumbuhan • Mencemarkan tanah dan hasil pertanian
• Mudah digunakan • Menyebabkan perosak tanaman menjadi lebih
• Dapat diaplikasikan pada kawasan berdaya tahan
yang luas dengan menggunakan • Membunuh cacing tanah dan mikroorganisma
dron atau kapal terbang kecil berfaedah dalam tanah

Kawalan Biologi
1. Kawalan biologi merupakan kaedah yang
mengaplikasikan interaksi antara organisma
seperti mangsa-pemangsa dan parasitisme
yang boleh digunakan untuk mengawal Rajah: Burung hantu
perosak tanaman di sesuatu habitat. jelapang memburu
tikus untuk dijadikan
sebagai makanan
(Jenis interaksi:
Mangsa-pemangsa)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 40 daripada 63
2. Contoh kawalan biologi ialah:
(a) menggunakan burung hantu
dan ulat untuk memburu dan
memakan tikus di ladang
kelapa sawit.
(b) memelihara ikan di dalam
kolam untuk memakan
jentik-jentik.
(c) menggunakan kumbang
ladybird bagi memakan Rajah: ikan memakan Rajah: Ladybird memakan perosak
perosak tumbuhan, afid jentik-jentik tumbuhan, afid
(d) menggunakan penyengat yang
bertelur dalam telur rama-rama

3. Kelebihan dan kelemahan kawalan biologi ialah:


KELEBIHAN KELEMAHAN
• Lebih mesra alam • Mengambil masa yang panjang untuk mengurangkan populasi
• Tidak mencemarkan perosak tanaman.
alam sekitar • Sukar meramalkan hasil kawalan biologi yang melibatkan
• Tidak memudaratkan organisma hidup.
kesihatan organisma • Memerlukan perancangan dan pengurusan yang lebih teliti dan
lain kecuali perosak berkesan.
tumbuhan • Mengganggu keseimbangan ekosistem jika populasi spesies
• Lebih murah pemangsa atau parasit menjadi tidak terkawal.

LATIHAN PENGUKUHAN 2.3.2


1. (a) Apakah kawalan biologi?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
(b) Beri satu contoh kawalan biologi.

__________________________________________________________________________________

2. Tandakan (√) kesan-kesan buruk penggunaan racun serangga dalam pertanian.

Menyebabkan pencemaran tanah Membunuh organisma lain selain perosak

Menyebabkan pemanasan global Meningkatkan daya tahan perosak

Mencemarkan hasil makanan Menyebabkan pencemaran air

3. Berikan dua kelebihan penggunaan racun serangga.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 41 daripada 63

2.4 TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN


2.4.1 BERKOMUNIKASI MENGENAI TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN
1. Kebanyakan bahan makanan mentah yang diubah kepada bentuk lain melalui teknologi
pemprosesan makanan dapat bertahan lama, lebih enak, menarik dan mudah dicernakan.
2. Contoh teknologi pemprosesan makanan ialah:
Memasak
• Kaedah: Pemprosesan makanan dengan cara
memanaskan bahan makanan melalui teknik seperti
celur, goreng, panggang, pengasapan, rebus, tumis,
bakar dan kukus.
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
kaedah memasak: kari ayam, ikan goreng, ayam
panggang, nasi, sayur-sayuran dan kuih-muih.

Penapaian
• Kaedah: Proses penguraian bahan kompleks kepada
bahan yang lebih ringkas melalui tindakan bakteria,
yis atau mikroorganisma berfaedah yang lain.
Contohnya, penapaian glukosa melalui tindakan yis
digunakan dalam pembuatan roti.
yis
Glukosa ---------> Etanol + Karbon dioksida
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
penapaian: kicap, kimchi, tempe, yogurt dan tapai

Pendehidratan atau pengeringan


• Kaedah: Air disingkirkan daripada makanan melalui
pendehidratan atau penyejatan dengan menjemur
di bawah cahaya matahari, mengeringkan dengan
nyalaan api atau asap dan mengeringkan di dalam
ketuhar.
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
pendehidratan atau pengeringan: udang kering,
sotong kering, ikan kering, buah-buahan kering,
bijirin, cendawan dan susu tepung

Pempasteuran
• Kaedah: Cecair dipanaskan pada suhu di bawah
takat didih cecair untuk membunuh patogen dan
kemudian disejukkan dengan cepat.
Contohnya, susu segar dipanaskan pada suhu 63°C
selama 30 minit atau pada suhu 72°C selama 15 saat
dan kemudian disejukkan serta-merta.
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
pempasteuran: susu, produk tenusu dan jus buah-
buahan
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 42 daripada 63
Pengetinan
• Kaedah: Makanan disimpan di dalam tin yang telah disteril
dan dipanaskan pada suhu yang tinggi melebihi 115°C di
bawah tekanan tinggi untuk membunuh mikroorganisma
dan sporanya. Udara di dalam tin yang mengandungi makanan
yang disterilkan itu dikeluarkan sebelum dipaterikan. Tin ini
kemudiannya dipanaskan semula untuk membunuh sebarang
mikroorganisma yang masih ada sebelum disejukkan dengan
cepatnya.
• Contoh produk makanan yang diproses melalui pengetinan:
daging, sup, kacang, ikan, buah-buahan, sos dan susu di dalam
tin

Penyejukbekuan
• Kaedah: Makanan disimpan pada suhu 0°C atau lebih
rendah supaya dapat tahan lebih lama.
Contohnya, daging disejukbekukan pada suhu antara –18°C
hingga –24°C.
Pada suhu yang kurang daripada –18°C:
- tindakan enzim terhenti
- pertumbuhan dan
- pembiakan mikroorganisma terencat
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
penyejukbekuan: makanan laut, daging, ayam dan ikan

Penyinaran
• Kaedah: Makanan didedahkan pada sinaran mengion
seperti sinar gama, sinar ultraungu dan sinar-X untuk
membunuh mikroorganisma seperti Salmonella sp.
dan Campylobacter sp. dalam daging mentah dan
serangga seperti kutu dalam beras, yang merosakkan
makanan berkenaan.
Sinaran mengion juga dapat memperlahankan proses
percambahan biji benih, pertunasan sayur-sayuran
berubi dan pematangan buah-buahan.
• Contoh produk makanan yang diproses melalui
penyinaran: sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan

Pembungkusan vakum
• Kaedah: Udara disingkirkan daripada bekas atau beg
plastik yang digunakan untuk membungkus makanan
sebelum bungkusan itu ditutup dengan ketatnya.
Ketiadaan udara di dalam bungkusan dapat mencegah
pertumbuhan mikroorganisma di dalam bungkusan
dan memberhentikan pengoksidaan makanan.
• Contoh produk makanan yang menggunakan
pembungkusan vakum: kacang, beras, durian dan
sayur-sayuran
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 43 daripada 63

Bahan Kimia yang digunakan dalam Pemprosesan Makanan dan Impaknya terhadap Kesihatan
Bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan adalah seperti jadual di bawah.
Contoh bahan kimia
Bahan kimia Fungsi Contoh makanan
(semula jadi atau buatan)
Makanan laut,
Garam (semula jadi)
sayur-sayuran
• Mencegah pertumbuhan
Gula (semula jadi) Buah-buahan
dan pembiakan
Cuka (semula jadi / buatan) Makanan yang dijeruk
mikroorganisma
Natrium nitrit dan
Pengawet • Mengurangkan kerosakan natrium nitrat (buatan)
Daging, sosej
makanan
Jus buah-buahan, sos
• Menjadikan makanan tahan Asid benzoik (buatan)
tomato
lebih lama Asid borik (buatan) Mi, bebola ikan
Sulfur dioksida (buatan) Kordial buah-buahan
Daun pandan, kunyit, susu, Kuih-muih,
karamel, santan minuman, gula-gula,
• Menambah warna dalam
(semula jadi) nasi kunyit, aiskrim
makanan
Pewarna Tartrazina (buatan)
Minuman ringan,
• Menjadikan makanan
gula-gula
kelihatan lebih menarik
Sunset yellow (buatan) Kordial (oren)
Karmoisin (buatan) Kordial (merah)
Karbon diaktifkan Minyak sawit,
• Melunturkan warna asal
(semula jadi) gula tebu
Peluntur makanan yang tidak
Benzoil peroksida Gula, beras putih,
dikehendaki
(buatan) tepung, bihun
• Meningkatkan rasa makanan Gula, garam, cuka,
Kuih-muih, kek,
• Menjadikan makanan lebih daun pandan, vanila
aiskrim
Perisa sedap dan wangi (semula jadi)
• Menambah rasa semula jadi Mononatrium glutamat Mi segera, kicap soya,
makanan (MSG) (buatan) kerepek kentang
Kanji (semula jadi) Sos cili, sos tomato
• Mencegah pemendapan Gelatin (semula jadi) Jeli
butiran dalam makanan cair Aiskrim, sup segera,
Penstabil Agar-agar (semula jadi)
• Membaiki tekstur dan jeli
memekatkan makanan Aiskrim, gula-gula,
Gam akasia (semula jadi)
jeli
Gula, gula melaka, madu Kuih-muih, kek,
(semula jadi) minuman
• Menjadikan makanan
Pemanis Aspartam (buatan) Kordial, minuman, jem
dan minuman lebih manis
Sorbitol Makanan untuk pesakit
(buatan) diabetes melitus
• Memperlahankan Asid askorbik,
Minyak masak
pengoksidaan makanan vitamin C (semula jadi)
berlemak Tokoferol, vitamin E
Antioksidan • Mencegah warna buah Marjerin, biskut
(semula jadi)
dan sayur-sayuran daripada Hidroksianisol terbutil
Pil vitamin
bertukar menjadi perang (buatan)
• Mengemulsikan bahan Lesitin daripada kuning
yang tidak bercampur telur atau kacang soya Aiskrim, coklat
seperti lemak dan air dalam (semula jadi)
Pengemulsi makanan Pektin (semula jadi) Mayones, puding
• Membaiki kehomogenan, Asid lemak seperti
kestabilan dan tekstur Monogliserida (semula jadi), Yogurt, keju
makanan magnesium stearat (buatan)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 44 daripada 63

Impak penggunaan bahan kimia secara berlebihan dalam pemprosesan makanan terhadap manusia
adalah seperti jadual di bawah.
Bahan kimia Impak kepada Kesihatan
• Kanser • Mengganggu sistem pencernaan manusia
Pengawet • Alergi, ruam dan kegatalan kulit • Kecacatan fetus di dalam kandungan ibu
• Merosakkan hati dan ginjal
• Kanser • Keracunan makanan
Pewarna
• Merosakkan hati dan ginjal • Kemandulan
Peluntur • Kanser • Keracunan makanan
• Kanser • Tekanan darah tinggi
Perisa • Merosakkan hati dan ginjal • Kerencatan otak pada kanak-kanak
• Sakit jantung
• Kanser • Diabetes melitus
Pemanis • Alergi, ruam dan kegatalan kulit • Obesiti
• Merosakkan hati dan ginjal
• Alergi, ruam dan kegatalan kulit • Merencatkan pertumbuhan badan
Antioksidan
• Merosakkan hati dan ginjal

LATIHAN PENGUKUHAN 2.4.1


1. Apakah pemprosesan makanan?

__________________________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga tujuan memproses makanan?

__________________________________________________________________________________
3. Namakan tiga kaedah pemprosesan makanan?

__________________________________________________________________________________
4. Nyatakan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan yang berikut.

(a) Nasi kerabu: ______________ (b) Sos tomato: _______________ (c) Gula: ________________
5. Kenal pasti bahan kimia dalam pemprosesan makanan yang boleh menyebabkan penyakit.

Kandungan bahan kimia


• Pengawet • Perisa
• Pewarna • Antioksidan
• Peluntur • Pemanis

(a) Kemandulan: ______________________ (b) Kecacatan fetus: ____________________________

(c) Menyebabkan kecacatan otak terutama pada kanak-kanak: ______________________________

(d) Menyebabkan kanser, merosakkan hati dan ginjal: _____________________________________

_______________________________________________________________________________

(e) Menyebabkan keracunan makanan: _________________________________________________

(f) Menyebabkan tekanan darah tinggi: _________________________________________________

(g) Menyebabkan ruam: ______________________________________________________________


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 45 daripada 63

3.0 KELESTARIAN ALAM SEKITAR


3.1 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
3.1.1 MENERANGKAN JENIS DAN PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. Pencemaran alam sekitar merupakan perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi yang tidak
dikehendaki dalam komponen alam sekitar iaitu udara, air dan tanah.
2. Kesan buruk pencemaran alam sekitar termasuklah:
(a) kemudaratan dan ketidakselesaan kepada semua hidupan.
(b) isu alam sekitar seperti banjir kilat dan perubahan iklim.
3. Jadual menunjukkan jenis dan punca pencemaran alam sekitar.
Jenis pencemaran
Punca pencemaran alam sekitar
alam sekitar
• Pembakaran bahan api fosil dan biojisim, gas ekzos automobil,
pereputan bahan dan sisa organik yang membebaskan gas rumah
hijau dan pelbagai jenis gas toksik seperti sulfur dioksida ke dalam
udara
• Pencemaran udara semula jadi
– letusan gunung berapi
– pembakaran hutan
Pencemaran udara
– ribut debu
– sisa organik yang mereput
• Pencemaran udara buatan manusia
– gas ekzos daripada alat atau kenderaan bermotor
– relau bagas
– stesen jana kuasa terma
– industri dan tapak pelupusan sampah

• Sisa
– air sisa
– sisa domestik seperti detergen dan kumbahan
– sisa pepejal seperti sampah sarap
Pencemaran air – bahan buangan industri seperti logam berat (kuprum, merkuri,
plumbum) dan bahan kimia
• Bahan kimia yang digunakan dalam pertanian seperti baja kimia dan
racun perosak
• Tumpahan minyak oleh kapal di laut

• Penggunaan baja dan racun serangga yang berlebihan


• Pengurusan sisa pepejal (sampah sarap) yang kurang sesuai
Pencemaran tanah • Hujan asid
• Sisa nuklear
• Sisa elektronik

• Penyahhutanan
• Aktiviti perindustrian
• Bangunan bercermin
Pencemaran terma - Pantulan sinaran cahaya matahari dari satu bangunan bercermin ke
satu lagi bangunan bercermin menyebabkan haba terperangkap lalu
memanaskan udara persekitaran
• Pembakaran bahan api dalam kenderaan atau mesin
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 46 daripada 63

Hujan asid
1. Gas yang berasid di dalam udara boleh bertindak balas dengan oksigen dan air untuk membentuk asid.
Persamaan perkataan seperti berikut:
Sulfur dioksida + Oksigen → Sulfur trioksida Nitrogen monoksida + Air → Asid nitrus

Sulfur trioksida + Air → Asid sulfurik Nitrogen dioksida + Air → Asid nitrik

2. Asid-asid ini larut dalam air hujan dan turun ke Bumi dalam bentuk hujan asid.

Rajah: Pembentukan hujan asid

3. Kesan hujan asid – mengakis kulit manusia, pokok mati, merosakkan bangunan, tanah tidak subur.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global


1. Kesan rumah hijau penting untuk memanaskan permukaan Bumi bagi kemandirian hidup. Gas rumah
hijau yang utama ialah karbon dioksida. Gas ini akan memerangkap haba di dalam atmosfera hingga
menyebabkan kesan rumah hijau.
2. Namun, peningkatan penghasilan gas rumah hijau daripada pembakaran bahan api fosil, pembakaran
terbuka dan penyahutanan telah memerangkap lebih banyak haba yang menyebabkan peningkatan
suhu Bumi, suatu fenomena yang disebut pemanasan global.

3. Antara kesan pemanasan global Pantulan ke


ialah: angkasa lepas
(a) Aras laut meningkat akibat Haba daripada sinar
pencairan glasier dan ais di Matahari digunakan untuk
kawasan Artik dan Antartika. Radiasi solar
memanaskan Bumi
(b) Banjir di kawasan rendah
akibat kenaikan aras laut.
Tenaga suria yang
(c) Perubahan iklim dan cuaca.
dipantul dalam atmosfera
(d) Tanah menjadi kering,
bentuk sinar
kemarau dan ribut taufan.
inframerah diserap
oleh gas rumah hijau
terutama karbon
dioksida

Rajah: Kesan Rumah Hijau


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 47 daripada 63

3.1.2 MENGKAJI TAHAP PENCEMARAN AIR DARIPADA SISA DOMESTIK


Tahap Pencemaran Air Daripada Sisa Domestik
1. Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan parameter pencemaran udara yang diukur
untuk menentukan tahap pencemaran udara.
2. Biochemical Oxygen Demand (BOD) pula merupakan parameter pencemaran air yang
diukur untuk menentukan tahap pencemaran air.
3. Biochemical Oxygen Demand (BOD) ialah jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh
mikroorganisma seperti bakteria untuk menguraikan bahan organik di dalam suatu sumber air.
4. Semakin tinggi BOD bagi suatu sampel air,
(a) Semakin banyak mikroorganisma yang berada dalam sampel air itu.
(b) Semakin tinggi tahap pencemaran air bagi sampel air itu.
5. Penentuan tahap pencemaran air dalam sampel air berdasarkan BOD dengan cara
mengukur masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur setelah
dicampurkan dengan sampel air tersebut.
(a) Apabila larutan metilena biru dimasukkan ke dalam sesuatu sampel air yang tercemar
yang mengandungi kandungan oksigen terlarut yang rendah, warna biru larutan
metilena biru akan luntur dengan cepatnya.
(b) Semakin tinggi tahap pencemaran air, semakin singkat masa yang diambil untuk
warna larutan metilena biru luntur.
6. Eutrofikasi ialah respons ekosistem
terhadap penambahan ion fosfat
dan ion nitrat (daripada detergen,
baja dan sampah) ke dalam suatu
ekosistem akuatik.
Pertumbuhan alga yang pesat dalam
air yang mengandungi bekalan ion
nitrat yang berlebihan adalah satu
contoh eutrofikasi.
Kesan negatif eutrofikasi
termasuklah pengurangan
kandungan oksigen dalam air yang
boleh menyebabkan kematian
haiwan dan tumbuhan akuatik. Rajah: Kesan Eutrofikasi

Kaedah Pembersihan Air yang Tercemar dengan Penggunaan Teknologi Hijau


Penggunaan Bebola Lumpur
Mikroorganisma Efektif (Effective
Microorganism, EM)
Usaha mereka cipta kaedah pembersihan
air yang tercemar dengan penggunaan
Teknologi Hijau merupakan satu proses
yang berterusan di Malaysia.
Antara kaedah Teknologi Hijau yang
digunakan untuk merawat air sungai
yang tercemar di Malaysia termasuklah
penggunaan bebola lumpur
mikroorganisma efektif (Effective
Microorganism, EM) seperti gambar di Gambar: Bebola Lumpur Mikroorganisma
sebelah. Efektif (Effective Microorganism, EM)
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 48 daripada 63
INFO SAINS
Mikroorganisma efektif (EM) terdiri daripada tiga jenis mikroorganisma yang berikut:
Bakteria asid laktik seperti Bakteria fotosintetik seperti Yis (Saccharomyces
Lactobacillus casei Rhodopseudomonas palustris cerevisiae)
Bakteria Lactobacillus casei merawat sisa Bakteria fotosintetik menggunakan bahan Yis menghasilkan bahan
kumbahan, menyingkirkan bau busuk air, organik untuk mensintesis bahan yang keperluan bagi
merencatkan pertumbuhan mikroorganisma berguna seperti asid amino dan gula untuk pertumbuhan
berbahaya dan memudahkan pereputan bahan pemakanan haiwan dan tumbuhan akuatik. tumbuhan hijau.
organik.

LATIHAN PENGUKUHAN 3.1.1 DAN 3.1.2


1. Apakah eutrofikasi dan nyatakan jenis pencemaran yang dihubungkaitkan dengan eutrofikasi.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
2. Rajah di bawah menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar akibat haba yang terperangkap oleh
gas Q di lapisan atmosfera Bumi.
(a) Apakah gas Q dan namakan fenomena yang
berlaku.

______________________________________

______________________________________
(b) Nyatakan kesan buruk fenomena yang
dinyatakan kepada alam sekitar.

Ais di kawasan kutub ____________ dan paras

air laut _____________. Kawasan rendah di tepi

pantai _______________________ air.


(c) Tandakan ( ✓ ) aktiviti manusia yang meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera.
Pembalakan Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)
Pembakaran terbuka Pembakaran bahan api fosil

3. Apakah Biochmical Oxygen Demand (BOD). Apakah hubungkait antara BOD dengan tahap
pencemaran air bagi sesuatu sampel air?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
4 (a) Namakan mikroorganisma yang digunakan untuk membuat bebola lumpur mikroorganisma efektif.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 49 daripada 63

(b) Bagaimanakah mikroorganisma efektif merawat air yang tercemar?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3.2 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


3.2.1 MENERANGKAN PERANAN SETIAP INDIVIDU DALAM MENGURUS SUMBER SEMULA JADI UNTUK
MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR
Berdasarkan rajah sebelah, jawab soalan-
soalan yang berikut.
• Apakah yang dapat diperhatikan mengenai
kandungan karbon dioksida dalam
atmosfera dari tahun 2006 hingga 2019?
• Apakah kesan buruk kandungan karbon
dioksida yang tinggi dalam atmosfera?
• Mengapakah setiap individu perlu
memainkan peranan untuk
mengurangkan kandungan karbon dioksida
dalam atmosfera?
Graf kandungan karbon dioksida dalam atmosfera
Antara penyebab yang mengganggu keseimbangan alam ialah pembebasan gas karbon dioksida
yang berpunca daripada aktiviti manusia. Maka, sebaiknya Teknologi Hijau diamalkan dalam
kehidupan seharian kita.
Aplikasi Teknologi Hijau (telah dibincangkan: rujuk Modul Sains SVM Tahun 1 Semester 1 / muka surat 25 – 35)
(a) Penggunaan kereta hibrid
• Kereta hibrid ialah kereta yang menggunakan lebih
daripada satu sumber tenaga untuk
menggerakkannya.
• Kereta ini menggunakan sama ada minyak petrol
atau diesel bersama-sama dengan sebuah motor
elektrik.
• Kereta hibrid menjimatkan penggunaan minyak
petrol dan kurang membebaskan karbon dioksida
berbanding kereta biasa. Rajah: Kereta hibrid

(b) Teknologi solar


• Teknologi solar adalah teknologi yang dicipta untuk
panel solar
mendapat tenaga daripada cahaya Matahari.
• Tenaga solar digunakan untuk pemanasan air,
pemanasan bangunan dan memasak.
• Tenaga elektrik terhasil daripada tenaga solar
dengan terciptanya panel solar.
• Penggunaan teknologi solar dapat mengurangkan
penggunaan arang batu yang membebaskan
karbon dioksida semasa menjanakan tenaga
elektrik. Rajah: panel solar
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 50 daripada 63
(c) Pembinaan bangunan hijau
• Bangunan hijau ialah bangunan yang menekankan aspek-aspek seperti penelitian kualiti yang baik
terhadap alam sekitar dan bangunan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan air dan tenaga
elektrik yang cekap serta pengurusan sisa pepejal yang baik.

(d) Penggunaan biodiesel


• Biodiesel digunakan sebagai sumber tenaga bagi menyahut seruan mengurangkan pelepasan
karbon. Biodiesel adalah campuran minyak kelapa sawit dan diesel. Sebagai contoh, biodiesel B10
mengandungi 10% minyak kelapa sawit dan 90% diesel.
• Penggunaan biodiesel ini mesra alam disebabkan kandungan karbon yang dilepaskan adalah
sedikit berbanding pembakaran menggunakan petrol dan diesel.

(e) Emisi Sifar Karbon (Zero Carbon Emission)


• Emisi sifar karbon bermaksud semua pembebasan gas rumah hijau yang dilakukan oleh manusia
mesti disingkirkan dari atmosfera. Dengan cara ini, manusia akan neutral karbon dan suhu global
(pemanasan global) dapat distabilkan.
• Antara cara yang dilakukan untuk mencapai emisi sifar karbon ialah eco-currency dan Teknologi
Emisi Negatif.
Apakah eco-currency?
- Bolehkah kita menilai harga sebatang pokok yang berusia 100 tahun? Adalah RM100000, RM100
atau RM0?
- Projek ECO-currency memperkenalkan mata wang bagi nilai persekitaran. Selain Ringgit Malaysia,
Dolar Amerika, Won Korea dan lain-lain, terdapat juga ECO, iaitu mata wang yang mewakili nilai-
nilai persekitaran dalam bidang ekonomi.
- Melalui mata wang ECO ini, setiap individu yang menyumbang kepada kelestarian alam akan
dibayar atau dinilai mengikut aktiviti yang mereka lakukan.
- Harapannya, peningkatan hubungan antara bidang ekonomi dan persekitaran akan dapat
membantu dalam menyelesaikan krisis alam seperti yang berlaku sekarang.

Teknologi Emisi Negatif


1. Teknologi Emisi Negatif merupakan
teknologi yang menyingkirkan
kandungan karbon dioksida dalam
atmosfera. Ini bermaksud, teknologi ini
berupaya mengurangkan kandungan
karbon dioksida dalam atmosfera.
2. Mikroalga yang lazim digunakan dalam
Teknologi Emisi Negatif ialah mikroalga
marin, iaitu alga mikroskopik yang Gambar foto: mikroalga marin di bawah
hidup, tumbuh dan membiak dengan mikroskop elektron.
banyaknya dalam air laut.
3. Mikroalga marin sesuai digunakan
dalam Teknologi Emisi Negatif kerana
mikroalga ini mengurangkan kandungan
karbon dioksida dalam atmosfera
melalui proses fotosintesis.

Gambar foto: Loji mikroalga yang


digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 51 daripada 63

LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.1


1. Apakah Teknologi Emisi Negatif?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
2. Berikan satu contoh mikroorganisma yang digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif.

__________________________________________________________________________________
3. Apakah hubung kait antara teknologi solar dengan emisi sifar karbon?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
4. Teknologi hijau kini telah diutamakan untuk mengurus sumber semula jadi bagi mengekalkan
keseimbangan alam sekitar. Berdasarkan penerangan, kenal pastikan jenis teknologi hijau yang
digunakan untuk mengurangkan kandungan karbon dioksida di atmosfera.

Kereta hibrid Teknologi solar Mikroalga Biodiesel


Emisi Sifar Karbon Bangunan hijau

(a) (b)

Organisma ini digunakan dalam Kenderaan ini menggunakan


Teknologi Emisi dua atau lebih jenis kuasa
Negatif untuk mengurangkan seperti menggabungkan enjin
kandungan karbon petrol atau diesel dengan
dioksida di atmosfera. motor elektrik.

(c) (d)

Bahan api ini boleh diperoleh Tenaga cahaya ditukarkan


daripada tumbuhan atau kitar kepada tenaga elektrik dan
semula ke atas minyak tenaga haba.
tumbuhan.

(e) (f)

Gas rumah hijau di udara Menanam tumbuhan hijau


disingkirkan dengan pada bangunan untuk
menanam lebih banyak mengurangkan pembebasan
tumbuhan hijau. gas rumah hijau.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 52 daripada 63

4.0 CAHAYA DAN OPTIK


4.1 PEMBENTUKAN IMEJ OLEH KANTA
4.1.1 MEMERIHALKAN KANTA CEMBUNG SEBAGAI KANTA PENUMPU DAN KANTA CEKUNG SEBAGAI
KANTA PENCAPAH
KANTA CEMBUNG DAN KANTA CEKUNG
1. Kanta merupakan medium lut sinar seperti kaca atau plastik yang mempunyai satu atau dua
permukaan melengkung.
2. Kanta dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bentuk geometri permukaan melengkung.
Kanta cembung (Kanta penumpu atau kanta positif)

Cembung atau dwicembung Planocembung Meniskus cembung atau meniskus positif

Kanta cekung (Kanta pencapah atau kanta negatif)

Cekung atau dwicekung Planocekung Meniskus cekung atau meniskus negatif

f = 10 cm f = -8 cm
Sinar cahaya selari yang melalui kanta Sinar cahaya selari yang melalui kanta
cembung akan menumpu dan bersilang cekung seolah-olah mencapah dari titik
pada titik fokus, F, selepas dibias di dalam fokus, F, selepas dibias di dalam kanta.
kanta. Oleh itu, kanta cembung dikenali Oleh itu, kanta cembung dikenali sebagai
sebagai kanta penumpu. kanta pencapah.
Titik fokus, F, bagi kanta cembung adalah Titik fokus, F, bagi kanta cekung adalah
nyata kerana sinar cahaya yang melalui maya kerana sinar cahaya yang melalui
kanta cembung menumpu pada F. Maka, kanta cekung mencapah seolah-olah dari
panjang fokus, f, bagi kanta cembung F. Maka, panjang fokus, f, bagi kanta
adalah positif. cekung adalah negatif.
Contoh: Contoh:
Panjang fokus, f, kanta cembung = 10 cm Panjang fokus, f, kanta cekung = -8 cm
Jadual 4.1.1: Kanta cembung (penumpu) dan kanta cekung (pencapah)
* Guna Kit Sinar Optik untuk menunjukkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung sebagai
kanta pencapah. Tunjukkan juga kepada pelajar di mana titik fokus bagi kanta cembung dan kanta cekung.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 53 daripada 63

4.1.2 MENENTUKAN PANJANG FOKUS BAGI SUATU KANTA CEMBUNG MENGGUNAKAN OBJEK JAUH
ISTILAH-ISTILAH OPTIK

Istilah optik Penerangan


Titik pada pusat kanta. Sinar cahaya yang melalui pusat optik tidak
Pusat optik, O
terbias.
Paksi utama Garis lurus yang melalui pusat optik sesuatu kanta dan titik fokus, F.
Garis lurus yang menerusi pusat optik dan berserenjang dengan paksi
Paksi kanta
utama.
• Bagi kanta cembung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu
tempat penumpuan sinar cahaya selari dengan paksi utama selepas
Titik fokus, F melalui kanta.
(Rujuk Jadual 4.1.1) • Bagi kanta cekung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu
sinar cahaya selari dengan paksi utama seolah-olah mencapah dari
titik ini selepas melalui kanta.
Panjang fokus, ƒ Jarak antara titik fokus, F dengan pusat optik.
Jarak objek, u Jarak antara objek dengan pusat optik.
Jarak imej, ν Jarak antara imej dengan pusat optik.
Jadual 4.1.2: Istilah optik dan penerangannya
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 54 daripada 63

Aktiviti Makmal: Menentukan Panjang Fokus Kanta Cembung Menggunakan Objek Jauh
TUJUAN: Menentukan panjang fokus kanta cembung
BAHAN DAN RADAS: Pembaris meter, skrin putih, kanta cembung tebal dan nipis, pemegang kanta
PROSEDUR:

(1) Radas disusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah.


(2) Satu kanta cembung tebal diletakkan pada pemegang kanta.
(3) Kanta cembung itu diletakkan di hadapan satu skrin putih.
(4) Kanta itu diarahkan pada suatu objek jauh.
(5) Skrin dilaraskan supaya satu imej yang tajam terbentuk.
(6) Jarak antara kanta cembung diukur dengan skrin (imej).
(7) Langkah 2 hingga 6 diulang dengan menggunakan kanta cembung nipis.

KEPUTUSAN:
Ketebalan kanta cembung Panjang fokus (cm)
Kanta Cembung Tebal

Kanta Cembung Nipis

PERBINCANGAN:
1. Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian bagi aktiviti ini.
Kanta cembung yang lebih tebal mempunyai panjang fokus yang lebih ______________________
ATAU
Kanta cembung yang lebih nipis mempunyai panjang fokus yang lebih ______________________
2. Nyatakan hubungan antara ketebalan kanta cembung dengan panjang fokusnya.
Semakin tebal kanta cembung, semakin ________________ panjang fokusnya.
ATAU
Semakin nipis kanta cembung, semakin ________________ panjang fokusnya.

KESIMPULAN: Kanta cembung tebal mempunyai panjang fokus yang __________________ manakala

kanta cembung nipis mempunyai panjang fokus yang __________________


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 55 daripada 63

4.1.3 MENENTUKAN CIRI IMEJ MELALUI GAMBARAJAH SINAR UNTUK IMEJ YANG DIBENTUK OLEH
KANTA CEMBUNG DAN KANTA CEKUNG
GAMBARAJAH SINAR – dibina / dilukis untuk menentukan kedudukan dan ciri imej yang terbentuk
oleh kanta pada kedudukan objek yang berbeza.
CIRI-CIRI IMEJ
1 NYATA atau MAYA
2 SONGSANG atau TEGAK
SAIZ SAMA DENGAN OBJEK atau SAIZ LEBIH BESAR DARI OBJEK atau SAIZ LEBIH KECIL
3
DARI OBJEK
• IMEJ NYATA – imej yang terhasil dari kanta boleh dilihat di atas skrin.
• IMEJ MAYA – imej yang terhasil dari kanta tidak boleh dilihat di atas skrin.

AKTIVITI 1: Melukis gambarajah sinar bagi kanta cembung


Satu objek setinggi 5 cm berada di atas paksi utama diletakkan pada jarak objek, u cm dari kanta
cembung. Kanta cembung itu mempunyai panjang fokus, f, 10 cm.
Lukis gambarajah sinar di atas kertas graf bagi jarak objek, u berikut:
(i) u = 25 cm
(ii) u = 20 cm Skala
(iii) u = 15 cm 2 kotak : 5 cm
(iv) u = 10 cm
(v) u = 5 cm
Tentukan kedudukan imej dan ciri imej yang terbentuk oleh kanta cembung itu.
Penyelesaian
(i) u = 25 cm (objek lebih jauh dari 2F)
Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej

Imej di • Nyata
Objek lebih
antara F • Songsang
jauh dari 2F dan 2F • Dikecilkan

Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek lebih jauh dari 2F
Kanta cembung

Objek F 2F
O
2F F
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 56 daripada 63
(ii) u = 20 cm (objek pada 2F)
Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej

• Nyata
• Songsang
Objek
Imej di 2F • Sama saiz
pada 2F dengan
objek

Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek pada 2F


Kanta cembung

Objek F 2F
O
2F F

(iii) u = 15 cm (objek di antara F dengan 2F)


Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej

Imej lebih • Nyata


Objek lebih
jauh dari • Songsang
jauh dari 2F 2F • Dibesarkan

Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek di antara F dengan 2F


Kanta cembung

Objek
F 2F
O
2F F
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 57 daripada 63
(iv) u = 10 cm (objek pada F)
Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej

• Maya
Objek Imej di
• Tegak
pada F infiniti
• Dibesarkan

Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek pada F


Kanta cembung

Objek 2F
F
2F F O

(v) u = 5 cm (objek di antara F dengan pusat optik)


Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej
Objek di
antara F
dengan
pusat optik Jarak imej • Maya
lebih jauh • Tegak
(digunakan dari F • Dibesarkan
sebagai
kanta
pembesar)
Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek di antara F dengan pusat optik

Kanta cembung

Objek

2F F O F 2F
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 58 daripada 63
AKTIVITI 2: Melukis gambarajah sinar bagi kanta cekung
Kedudukan Kedudukan Ciri-ciri
Gambar rajah sinar
objek imej imej

Objek lebih
jauh dari 2F

Di antara F • Maya
dengan • Tegak
pusat optik • Dikecilkan

Objek di
antara F
dengan
pusat optik

Nota: Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cekung bagi mana-mana jarak objek ialah:
MAYA, TEGAK, DIKECILKAN, BERADA DI ANTARA F DENGAN PUSAT OPTIK
Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek jauh dari 2F
Kanta cekung

Objek
O

2F F F 2F

Cuba lukis rajah sinar di atas: kedudukan objek di antara F dengan pusat optik
Kanta cekung

Objek

2F F F 2F
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 59 daripada 63

LATIHAN PENGUKUHAN 4.1.1, 4.1.2 DAN 4.1.3


1. Namakan jenis kanta di dalam objek berikut:

(a) Mata manusia: _______________________ (b) Kamera telefon pintar: _____________________

(c) Cermin mata bagi membetulkan rabun jauh: ____________________________________

(d) Cermin mata bagi membetulkan rabun dekat: ___________________________________

(e) Mikroskop: _________________________ (f) Teleskop: __________________________

2. Nyatakan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung pada kedudukan objek
berikut:
KEDUDUKAN OBJEK DAN JENIS
CIRI-CIRI IMEJ
KANTA
Objek pada F dari
kanta cembung
Objek di antara F dengan 2F
dari kanta cembung
Objek di antara F dengan pusat
optik dari kanta cembung
Objek pada 2F dari
kanta cembung
Objek pada 2F dari
kanta cekung

4.2 PERALATAN OPTIK


4.2.1 MEMERIHALKAN PEMBENTUKAN IMEJ AKHIR OLEH TELESKOP DAN MIKROSKOP
1. Kegunaan peralatan optik lazimnya dihubungkaitkan dari segi:
(a) Jenis imej: Imej nyata atau imej maya
Contoh: Imej nyata dalam kamera, imej maya dalam cermin mata
(b) Saiz imej: Imej dikecilkan atau imej dibesarkan
Contoh: Imej dikecilkan oleh kamera, imej dibesarkan oleh mikroskop
2. Gambar rajah sinar pada muka surat 55 – 58 menunjukkan bahawa saiz imej yang dibentuk
oleh sesuatu kanta bergantung pada kedudukan objek dari pusat kanta.

Kanta pembesar
Teleskop
Mikroskop
Gambar foto menunjukkan tiga peralatan optik. Perihalkan ciri-ciri imej akhir yang
dibentuk oleh tiga peralatan optik ini.
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 60 daripada 63
PEMBENTUKAN IMEJ AKHIR OLEH MIKROSKOP
Perhatikan dua gambar rajah sinar dalam Rajah 1 di bawah.
(a) Objek di antara F dengan 2F (b) Objek di antara F dengan pusat optik, O

Kedudukan imej: Imej lebih jauh dari 2F Kedudukan imej: Imej lebih jauh dari F
Ciri-ciri imej: • Nyata Ciri-ciri imej: • Maya
• Songsang • Tegak
• Dibesarkan • Dibesarkan
Rajah 1: Gambar rajah sinar bagi pembentukan imej oleh kanta objek dan kanta mata mikroskop
Berdasarkan pemahaman anda tentang dua gambar rajah sinar dalam Rajah 1, pembentukan imej akhir
oleh mikroskop ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2: Gambar rajah sinar yang menunjukkan pembentukan imej akhir dalam mikroskop

Cuba lukis rajah sinar pembentukan imej akhir dalam mikroskop

Kanta objek Kanta mata

Objek Fo Fe Fe
Fo
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 61 daripada 63
MENENTUKAN KUASA PEMBESARAN MIKROSKOP

Kuasa pembesaran mikroskop = Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata

Contoh soalan:
Gambar foto menunjukkan sebuah
mikroskop dengan kanta mata yang
mempunyai kuasa pembesaran 4 kali
dan kanta objek yang mempunyai
kuasa pembesaran 40 kali.
Hitung kuasa pembesaran mikroskop.
Penyelesaian
Kuasa pembesaran mikroskop
= Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata

= _____________ x _________________ = ___________________

PEMBENTUKAN IMEJ AKHIR OLEH TELESKOP


Perhatikan dua gambar rajah sinar dalam Rajah 3 di bawah.

Kedudukan imej: Imej di F Kedudukan imej: Imej di infiniti


Ciri-ciri imej: • Nyata Ciri-ciri imej: • Maya
• Songsang • Tegak
• Dikecilkan • Dibesarkan
Rajah 3: Gambar rajah sinar bagi pembentukan imej oleh kanta objek dan kanta mata teleskop
Berdasarkan pemahaman anda tentang dua gambar rajah sinar dalam Rajah 3, pembentukan imej akhir
oleh teleskop ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Gambar rajah sinar yang menunjukkan pembentukan imej akhir dalam teleskop
MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 62 daripada 63
Cuba lukis rajah sinar pembentukan imej akhir dalam teleskop

fo fe

Sinar tuju selari


dari objek yang jauh
Fo
Fo Fe
Imej pertama,Io Fe

Kanta objek Kanta mata


Imej akhir maya
di infiniti, I

Pada pelarasan normal, jarak di antara kanta objek dan kanta mata = ƒo + ƒe
di mana ƒo = panjang fokus kanta objek,
ƒe = panjang fokus kanta mata
supaya imej dilihat dalam keadaan yang lebih selesa.

4.2.2 BERKOMUNIKASI TENTANG APLIKASI KANTA DALAM PERALATAN OPTIK


Kamera DSLR Kamera litar tertutup
(digital single-lens reflex) Kamera pengintip di
(CCTV)
dengan dua kanta berbeza dalam alat keselamatan
beresolusi tinggi

Panjang fokus kanta dalam Perkembangan teknologi dalam bidang optik membolehkan
kamera DSLR mempengaruhi ketebalan kanta yang digunakan dalam peralatan optik seperti
medan penglihatan. telefon pintar dan televisyen litar tertutup (closed-circuit
Semakin pendek panjang television, CCTV) menjadi setebal beberapa milimeter sahaja.
fokus kanta, semakin luas Kajian optik telah berjaya membina kanta rata atau flat lens
medan penglihatan. yang setebal beberapa mikron sahaja (1 mikron = 0.001 mm).
Apakah kesan kanta rata terhadap saiz dan ketebalan telefon
pintar?
Ketebalan dan saiz kamera dalam telefon pintar dan kamera
pengintip dalam alat keselamatan yang menggunakan kanta nipis
akan berkurang.

Gambar foto: Contoh peralatan optik yang menggunakan aplikasi kanta


MODUL SAINS TAHUN 2 SVM SEMESTER 3 Muka: 63 daripada 63

Imej kamera yang dibentuk menggunakan kanta Imej kamera yang dibentuk menggunakan kanta
dengan panjang fokus 600 mm dari jarak 200 m. dengan panjang fokus 1200 mm dari jarak 200 m.
Gambar foto: Imej yang terbentuk menggunakan panjang fokus yang berbeza
LATIHAN PENGUKUHAN 4.2.1 DAN 4.2.2
1. Berdasarkan alatan optik yang dinyatakan, jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Mikroskop
(i) Tandakan ( ✓ ) kanta yang mempunyai jarak fokus yang lebih panjang.
Kanta mata Kanta objek
(ii) Tandakan ( ✓ ) ciri-ciri imej akhir yang terbentuk, seperti yang diperhatikan oleh pemerhati.
dibesarkan songsang nyata dikecilkan maya

(b) Teleskop
(i) Tandakan ( ✓ ) kanta yang mempunyai jarak fokus yang lebih panjang.
Kanta mata Kanta objek
(ii) Tandakan ( ✓ ) ciri-ciri imej akhir yang terbentuk, seperti yang diperhatikan oleh pemerhati.
dibesarkan songsang nyata dikecilkan maya

2. Mengapakah telefon pintar mempunyai beberapa kamera?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

- MODUL SAINS SVM TAHUN 2 SEMESTER 3 TAMAT -

You might also like