USAHAWAN BERJAYA TAN SRI SYED MOKHTAR AL – BUKHARY

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

USAHAWAN BERJAYA :

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-


BUKHARY
PENDAHULUAN

Usahawan atau “entrepreneur” diterjemahkan daripada perkataan Perancis iaitu


“entrepremdre” yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai
seorang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko dalam perniagaan yang
diceburinya. Keusahawanan pula bermaksud perilaku atau gaya usahawan bertindak terhadap
peluang,memulakan perniagaan,mengembangkan perniagaan dan mempertahankan daya maju
perniagaan yang diterokai.

Daripada pengertian diatas, jelas menunjukkan bahawa bidang keusahawanan bukan sesuatu
perkara yang mudah.namun begitu, ramai orang yang menceburi bidang ini dek kerana pasarannya
yang luas di samping peluang yang banyak. Tetapi hari ini ramai yang mampu bergelar usahawan
tapi masih belum mampu mencipta nama sebagai usahawan berjaya. Kenapa?

Usahawan-usahawan yang berjaya pada hari ini juga seperti usahawan yang lain. Bermula
dari bawah. Namun yang membezakan mereka ialah sikap dan ciri-ciri yang ada pada diri mereka
dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Bagi menerangkan lebih lanjut, kami akan menulis satu penulisan kes ringkas tentang seorang
usahawan berjaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Penulisan ini akan
menerangkan perkara-perkara berkaitan diri beliau dan perniagaan beliau.
USAHAWAN BERJAYA : TAN SRI SYED MOKHTAR AL – BUKHARY

1.1. LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL – BUKHARY

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilahirkan pada 12 Disember 1951 di Kampung hutan
Kerian,Alor Setar,Kedah, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan Syed Nor Al-Bukhary
dan Sharifah Rokiah Bt Syed Mohamed. Asal-usul keluarga beliau adalah dari Hadhramaut,Yemen.
Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Bt Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-
Bukhary. Hasil perkahwinan tersebut beliau telah dikurniakan 5 orang anak.

Sebelum bapanya menetap di kedah, bapanya telah mengembara ke Asia Tengah untuk
berniaga, seterusnya ke Thailand. Pada tahun 40-an, bapanya telah mengambil keputusan untuk
menetap di Alor Setar,Kedah. Bapanya telah berkahwin pada tahun 1946. Hasil daripada
perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 7 orang anak dan Tan Sri Syed Mokhtar merupakan anak
ketiga. Beliau hidup dalam keadaan serba kekurangan hingga rumah kayunya tidak mempunyai
kelengkapan seperti katil,meja ataupun kerusi.

Oleh kerana keadaan keluarga beliau yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar
membantu ibunya menanam sayur-sayuran. Sayur-sayuran ini akan dijual di pasar di Jalan Telok
Wan Jah bagi menampung pendapatan keluarga yang tidak mencukupi. Selain itu, beliau turut
menjual roti canai di pasar tersebut. Semasa waktu rehat di sekolah, ayahnya akan menemui beliau di
sekolah dan meminta beliau membuat simpan kira. Manakala selepas waktu sekolah, beliau
membantu mengembala haiwan ternakan ayahnya di pusat kuarantin berdekatan dengan Stesen
Keretapi Alor Setar. Beliau banyak menimba pengalaman ketika melakukan kerja-kerja tersebut.
1.2. JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pada awal pembabitan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam dunia perniagaan, jenis
perniagaa yang dimiliki beliau ialah pemilikan tunggal. Hal ini dapat dibuktikan melalui pernigaan
jualan daging mentah dan dan perkhidmatan pengangkutan (Syarikat Pengangkutan Sentosa).

Namun,seiring dengan peredaran zaman, perniaggan beliau turut berkembang maju. Oleh
yang demikian, jenis pemilikan perniagaan juga berubah. Beliau mula memiliki perniagaan syarikat
sendirian berhad dan syarikat awam berhad.

Antara Jenis pemilikan Syarikat sendirian berhad yang dimiliki beliau adalah Bukhary Sdn.
Bhd,Bukhary (KL) Sdn. Bhd, Susu Mas Sdn. Bhd,Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd dan Amtek
Garment Sdn. Bhd.Manakala bagi pemilikan jenis syarikat berhad pula ialah, MPH Group Malaysia
Berhad, Malakkoff Berhad, MMC Corporation dan DRB-Hicom.

1.3. INDUSTRI YANG DICEBURI

- Perniagaan Runcit

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memulakan langkah beliau dalam bidang perniagaan
dengan menjual daging kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar. Pada
1972, beliau telah mendapat permit bagi 4 buah lori Kelas A dan telah membuat pinjaman dengan
pihak MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas itu, beliau telah membuka
syarikat pengangkutan iaitu Syarikat Pengangkutan Sentosa. Lori-lori yang dibeli digunakan untuk
memulakan perniagaan beras.

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli kedai yang pertama di Jalan Telok Wan
Jah. Pada tahun berikutnya pula, beliau telah menubuhkan Syarikat Shah dan telah memohon lessen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan
Dasar Ekonomi Baru. Beliau Juga mempunyai kepentingan 100% dalam syarikat peruncitan dan
pengedaran buku di Malaysia melalui syarikat MPH Group Malaysia Berhad.

- Syarikat Usahasama

Selain perniagaan runcit, beliau turut menceburi Syarikat usahasama. Beliau turut
menubuhkan syarikat usahasama dengan dua orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee (pedagang
beras) dan Chong Tan (pengilang beras). Syarikat usahasama itu dinamakan sebagai Bukhary Sdn.
Bhd. Pada tahun 1977 beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dan beroperasisi rumah kedai
empat tingkat di Jalan Pahang. Syarikat ini diberi kontrak untuk membekalkan teh,tepung
coklat,tepung susu,beras dan minyak sapi.
Pada tahun 1979 pula beliau telah menubuhkan syarikat usahasama Susu Mas Sdn. Bhd
dengan New Zealand Milk Production. Produk yang dipasarkan oleh syarikat ini menggunakan
jenama Fernleaf dan Anchor. Beliau juga telah menubuhkan kilang Amtek Holding bagi
mengeluarkan kasut dan Kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian

- Penswastaan Pelabuhan

Tan Sri Syed Bukhari telah menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker
kapal dibawah polisi CABOTAGE. Seterusnya beliau telah membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Devolopment. Selain itu beliau
juga telah membeli Johor Port dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. melalui tender menerusi
program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Beliau juga telah menubuhkan
syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd dengan Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd serta
syarikat pPerancis, Oneo apabila bekalan air turut diswastakan

- Kejuruteraan

Dalam bidang ini pula, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli syarikat kejuruteraan MMC
Corporation daripada Permodalan Nasional Berhad. MMC telah mendapat kontrak untuk membina
lebuh raya Pantai Timur. Selain itu beliau juga memiliki saham dalam Malakoff Berhad Iaitu syarikat
pembekalan elektrik dan gas. Beliau juga telah membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding
bhd melalui syarikat DRB-Hicom.

1.4. PRODUK / PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Tan Sri Syed Mokhtar telah menceburi pelbagai jenis bidang perniagaan. Oleh itu, Produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan juga banyak.Semasa awal-awal pembabitannya beliau
menjadikan daging mentah sebagai produk jualannya.

Apabila perniagaannya mula berkembang,beliau telah menawarkan pelbagai jenis produk dan
perkhidmatan. Melalui bidang peruncitan beliau telah menawarkan beberapa produk iaitu barang
keperluan harian seperti beras (BERNAS), gula (Bukhary Sdn. Bhd.) susu, tepung coklat,tepung
susu, dan minyak sapi (Bukhary (KL) Sdn, Bhd.). Selain itu pelbagai barangan dibawah jenama
Fernleaf dan Anchor juga merupakan produk hasil syarikat usahasama Susu Mas dan New Zealand
Milk Products.

Selain produk makanan, Tan Sri Syed Mokhtar juga terlibat dalam produk pakaian. Antara
yang ditawarkan ialah kasut melalui kilang Amtek Holdings dan pakaian melalui kilang Oriental
Garments Uniform Division. Kini, anak syarikat Amtek Holdings iaitu Amtek Shoes mengeluarkan
kasut tentera dan pakaian jenama Lee Coopers dan Lois. Manakala Amtek Garments Snd. Bhd. bagi
pasaran eksport. Di samping itu, beliau turut menawarkan produk buku dibawah syarikat MPH Group
Malaysia Berhad.

Tan Sri Syed Mokhtar juga menawarkan khidmat perumahan di Alor Setar yang dikelola di
bawah syarikat Bukhary Development. Beliau juga menawarkan perkhidmatan di Pelabuhan Tanjung
Pelepas hingga mampu meyakinkan dua syarikat perkapalan antarabangsa dari Denmark dan Taiwan
di samping menyediakan perkhidmatan elektrik dan gas menerusi syarikat Malakoff Berhad. Akhir
sekali, syarikat DRB-Hicom, milik beliau turut menawarkan perkhidmatan automotif dan servis.

1.5. BAGAIMANA BERMULA

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kerugian ekoran
daripada wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand,kedah dan Perlis.
Semua binatan ternakan mati begitu sahaja.

Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar telah mengambil alih perniagaan bapanya dan beliau
membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau bermula dengan
menjual daging secara kecil-kecilan. Beliau mendapatkan stok-stok daging dari pekan di sekitar Alor
Setar. Beliau telah membeli daging-daging yang tidak terjual di pekan tersebut lalu membungkusnya
bersama ais dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Beliau berjaya dalam perniagaan ini sekaligus memberi dorongan pada dirinya untuk memajukan diri
dalam bidang perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.
Pada tahun 1972 beliau berjaya mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A. Beliau mendapat bantuan
pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada pihak MARA. Berbekalkan pinjaman tersebut, beliau telah
membeli dua buah lori Mercedes 911S. Beliau menggunakan lori-lori tersebut bagi memulakan
perniaggan beras. Inilah permulaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary terlibat dalam bidang
perniagaan. Bermula dengan membantu ibu dan bapanya, beliau terus berusaha memajukan diri
melalui bidang ini.

1.6. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memulakan pesekolahan beliau di Alor Setar. Namun
begitu, ketika usia 9 tahun, beliau telah dihantar untuk menetap bersama pakciknya iaitu Syed Omar
di Johor Bahru. Beliau menetap bersama pakciknya daripada darjah 4 sehingga tingkatan 2. Tan Sri
Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
pengajian beliau hingga tingkata 5 di Sekolah Saint Michael’s.
Pendidikan tertinggi beliau hanya setakat tingkatan 5 sahaja dan tidak pernah masuk ke
universiti. Hal ini disebabkan oleh kehidupan keluarganya yang serba kekurangan. Namun begitu,
perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk melakar kejayaan. Bahkan banyak
daripada pengetahuan adalah hasil pengalaman yang beliau perolehi sepanjang membantu ibu dan
bapanya ketika beliau masih muda lagi.

1.7. SEJARAH KEJAYAAN/KEGAGALAN

Setiap usahawan pasti akan melalui kegagalan dan kejayaan dalam menguruskan perniagaan
mereka. Begitu juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau juga pernah melalui sisi gelap
sebuah kegagalan, namun bangkit untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

Kegagalan yang pertama dialami oleh Tan Sri Syed Mokhtar ialah ketika penternakan lembu
ayahnya terpaksa ditutup akibat wabak kaki dan mulut. Biarpun perniagaan ini dimiliki bapanya,
namun beliau adalah orang yang sentiasa membantu bapanya mengusahakan penternakan ini. Selain
itu beliau juga pernah mengalami kerugian dalam perniagaan perkapalan yang diceburinya. Jumlah
kerugian beliau ialah USD 400,000.

Namun kegagalan yang dihadapi bukan penghalang untuk beliau mengecapi nikmat kejayaan.
Sepanjang bergelar usahawan, beliau telah banyak menempa kejayaan dalam perniagaan yan
diceburinya. Antara kejayaan beliau ialah menubuhkan Syrikat Bukhary (beras dan gula),
menubuhkan Susu Mas Sdn. Berhad. Syarikat ini berkerjasama dengan New Zealand Milk Products
yang dipasarkan dibawah jenama Fernleaf, menubuhkan dua Syarikat PakaianAmtek Holding dan
Oriental Garments Uniform Dvidion, telah memenangi kontrak untuk menghasilkan uniform askar
daripada Menteri Pertahanan dengan membekalkan 100,000 kasut dan 330,000 uniform askar kepada
Angkatan Tentera Malaysia dan memiliki 100% kepentingan dalam MPH Group Malaysia Berhad.

Selain itu, beliau juga telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada serata dunia sepanjang
bergelar usahawan. Antara anugerah yang diterima ialah ‘Malaysia’s Chosen One’- Majalah Time
(2002), Muzium Kesenian Islam- Montblanc Arts&Patronage Award daripada Paris-based
Montblanc Cultural Foundation (2003), Pencalonan Top 20 Progressive Asians oleh Majalah World
Business (20 Mei 2007), Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah, Panglima Setia Mahkota
(TanSri) –Persekutuan dan Tokoh maal hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong.
1.8. MASALAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI

Setiap yang berjaya pada hari ini pasti ada cabaran yang pernah ditempuhi satu masa dahulu.
Begitu juga Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kejayaan dan kesengan yang dikecapi hari ini
bukanlah datang bergolek,tapi dengan kerja keras. Beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya.
Beliau Berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan hingga perlu membantu ibunya
menanam dan menjual sayur-sayuran demi menampung perbelanjaan keluarga.. Beliau turut merasai
perit-jerih hidup sebagai orang susah. Namun beliau tidak menjadikan kesusahan itu sebagai halanga.
Biarpun dek kerana miskin, beliau tidak mampu meneruskan pengajian di peringkat lebih
tinggi,beliau tetap bersemangat untuk berjaya.

Cabaran yang beliau hadapi tidak berhenti disitu. Perniagaan ternakan yang diusahakan ayah
beliau turut mengalami kemerosotan akibat wabak kaki dan mulut yang melanda. Ini adalah tamparan
hebat buat dirinya. Namun beliau tidak mudah melatah. Beliau mencari peluang perniagaan lain yang
boleh diceburi. Hasilnya, beliau menjadi penjual daging mentah.

Tahun demi tahun, perniagaan beliau berkembang melalui bidang peruncitan. Seiring dengan
perkembangan perniagaan beliau,cabarannya juga semakin hebat. Mengakui pernah beberapa kali
ditipu dalam urusan perniagaan tidak membuatkan semangatnya lemah. Malah beliau terus berusaha
mencari dan mencipta peluang untuk terus bersaing.

Beliau melibatkan diri dalam perniagaan perkapalan dan berjaya menubuhkan Bukhary
Shipping serta memiliki kapal yang diberi nama Angsa Mas. Namun cabaran sedia menanti. Kapal
yang dibeli itu terpaksa dijual semula dengan harga lebih murah dan mengakibatkan kerugian bernilai
USD 400,000. Tetapi beliau tidak menjadikan ia noktah dalam perniagaan beliau. Terus berusaha dan
kerja keras, akhirnya beliau berjaya melakar kejayaan yang gemilang hingga hari ini.

1.9. SIKAP/CIRI/PERSONALITI

Setiap usahawan mempunyai sikap dan personality yang tersendiri. Begitu juga dengan Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau mempunyai sikap dan personality yang boleh dijadikan ikutan
oleh generasi masa kini yang inigin melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai pakej lengkap seorang usahawan berjaya yang
patut dicontohi. Antara ciri-ciri usahawan yang ada pada diri beliau ialah, kemampuan beliau melihat
dan mengambil peluang. Perkara ini dapat dilihat apabila kerajaan menjalankan Dasar Ekonomi Baru
yang menggalakkan Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau mengambil peluang ini
dengan melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan dengan modal pinjaman dari pihak Mara.
Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga seorang usahwan yang proaktif. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan kejayaan beliau menghadapi satu demi satu cabaran dalam bidang perniagaan.
Bermula dengan menjual daging,beliau terus berusaha mendalami bidang perniagaan dengan lebih
mendalam lagi. Beliau juga seorang usahawan yang sanggup mengambil risiko terbuka. Hal ini dapat
kita lihat apabila beliau mengambil keputusan untuk menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Perkara ini adalah sesuatu yang berisiko besar untuk mengalami kerugian. Namun, dengan
keberanian beliau mengambil risiko ini, beliau berjaya memajukan Tanjung Pelepas dalam kadar
masa yang singkat.

Dari segi personaliti pula, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang yang sangat
merendah diri. Biarpun kekayaannya sangat banyak, namun beliau sentiasa mengingatkan dirinya
bahawa ini semua dari Allah. Beliau juga adalah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.hal
ini boleh dibuktikan dengan sikap beliau yang sangat berhati-hati dalam soal pembelian dan
pengambilalihan kepentinga dalam sesebuah syarikat atau projek. Beliau tidak hanya melihat pada
keuntungan semata-mata tetapi turut memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera.
Di samping itu, beliau adalah seorang yang sangat pemurah.Perkara ini boleh dilihat dengan
penubuhan Yayasan Bukhary. Beliau berkongsi rezeki dengan membantu golongan yang tidak
berkemampuan melalui yayasan tersebut secara percuma. Dapat kita lihat, selain bijak dalam
merencana perniagaan, seseorang usahawan itu juga perlu mempunyai nilai-nilai murni seperti diatas
bak kata pepatah “ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”.
PENUTUP

Berdasarkan penulisan kes ringkas diatas, dapatlah disimpulkan bahawa setiap orang yang
menceburi bidang ini memerlukan sikap yang positif bagi memastikan mereka sentiasa berdaya saing
dan terus maju sekaligus mencipta nama sebagai usahawan berjaya.

Namun perlu diingtkan bahawa bidang ini bukan semudah yang disangka. Untuk berada
dipuncak,para usahawan perlu berkerja keras dan bersungguh-sungguh membina tapak dibawah. Para
usahawan juga perlu sedar bahawa tiada istilah “jalan pintas” untuk berjaya.

Diharapkan melalui kisah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ini, kita boleh mengambil
teladan dan tauladan sekaligus mempraktikkan dalam kehidupan seharian walau apa jua bidang yang
diceburi.

Sekian.

You might also like