Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CANOSSA CONVENT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SECARA ONLINE

SEJARAH TINGKATAN SATU

Arahan kepada pelajar :

1. Jawab semua soalan

2. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas kajang anda sendiri.


3. Anda dikehendaki untuk menghantar jawapan dengan mengambil gambar kertas jawapan dan
hantar menerusi telegram.
4. Soalan akan dihantar 10 minit lebih awal sebelum kertas bermula

5. Anda diberi masa tambahan 10 minit selepas masa tamat untuk menghantar jawapan

6. Kertas jawapan anda tidak akan ditanda selepas masa yang dibenarkan telah tamat

1. Perkataan -perkataan berikut berkaitan dengan asal usul sejarah.

> Syajaratun
> Riwayat
> Salasilah
Istilah sejarah tersebut berasal daripada perkataan

A Arab.
B Melayu.
C Inggeris.
D Sanskrit.

2. Pernyataan berikut berkaitan dengan pengertian sejarah.

“Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah


atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami
apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin
kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu
kepada semua bidang”.

Tokoh manakah yang mengemukakan pernyataan tersebut?

A Muhd Yusof Ibrahim


B Prof. Khoo Kay Kim
C Ibn Khaldun
D E.H. Carr

1
3. Pernyataan ini merujuk kepada istilah

Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku. Masa silam
dikaji berdasarkan urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak
mengikut satu garisan lurus.

A Kronologi
B Sebelum Masihi
C Masihi
D Ruang masa

4. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber sekunder?

A Sumber yang bersifat asli


B Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
C Diari pengembara
D Manuskrip yang belum dicetak

Kaedah ini mengandungi tiga tahap iaitu tahap persediaan, rakaman temu bual
dan memproses rakaman

5. Maklumat di atas menunjukkan satu daripada kaedah penyelidikan dalam sejarah. Kaedah ini ialah

A Kaedah Lisan
B Kaedah Bertulis
C Kaedah Arkeologi
D Arkeologi Bawah Air

6. Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. Apakah
sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?

I Tujuan penulisan
II Perbezaan pandangan
III Keterangan lisan
IV Ketiadaan sumber

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

7.
Satu bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang
telah terawet dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan purbakala.

Pernyataan di atas merujuk kepada istilah?

A Sains
B Paleontologi
C Bumi
D Geologi

2
8. Zaman terpenting yang memberikan kesan kepada perubahan bentuk fizikal bumi seperti yang ada
pada hari ini ialah Zaman Air Batu. Apakah yang berlaku pada Zaman Air Batu?

I Suhu bumi menurun


II Paras air batu menurun
III Lapisan air batu menjadi nipis
IV Keluasan air batu meningkat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

9. Zaman Air Batu Akhir mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat membezakannya
dengan zaman-zaman lain.Antara yang berikut, manakah merupakan ciri-ciri kehidupan manusia di
zaman Air Batu Akhir?

I tinggal di kawasan tanah pamah


II hidup secara nomad
III menternak binatang
IV menjalankan kegiatan pertanian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada dua, iaitu

I Zaman Air Batu


II Zaman Air Batu Akhir
III Zaman Batu
IV Zaman Logam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah merupakan tapak yang terkenal dan diiktiraf oleh Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations of Educational, Scientific
and Cultural Organisation- UNESCO) yang terdapat di seluruh dunia.

Sekiranya anda membuat lawatan ke Zhoukoudian, China. Apakah bukti Zaman Prasejarah yang akan
anda temui di sana?

A Rangka manusia- Peking Man


B Lukisan purba
C Catatan harian
D Alatan batu

12. Yang manakah lokasi Zaman Prasejarah terletak di Malaysia?

A. Ban Chiang
B. Gua Padah-lin
C. Gua Liang Bua
D. Lenggong

3
13. Dalam perkembangan Zaman Prasejarah di Asia Tenggara, Zaman Hoabinhian merujuk kepada
zaman…..

A Mesolitik
B Paleolitik
C Neolitik
D Logam

14. Kegiatan utama masyarakat Paleolitik ialah


A berdagang.
B bercucuk tanam.
C menternak binatang.
D memungut hasil hutan.

15. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Zaman Neolitik?


I Berdagang secara tukar barang
II Hidup secara menetap
III Peralatan logam digunakan
IV Kepercayaan animisme

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

Penemuan di Gua Niah


• Kulit siput
• Rangka manusia
16. Senarai di atas merupakan penemuan sewaktu menjalankan aktiviti gali cari.
Penemuan di atas dikenali sebagai

A fosil
B artifak
C Ideofak
D Monumen
17.
Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan

Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian?


A Menggambarkan kedudukan seseorang semasa hidup
B Mempercayai kehidupan selepas mati
C Membuktikan keunikan amalan ritual
D Memberikan penghormatan terakhir

18. Apakah kegiatan ekonomi yang membezakan masyarakat Zaman Logam dengan masyarakat Zaman
Paleolitik?

A Memburu binatang
B Memungut hasil hutan
C Menjalankan kegiatan perdagangan
D Menangkap ikan

4
19.
* Estetika * Geometri * Realisme *Simbolisme

Istilah-istilah di atas merujuk kepada ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah dalam aspek

A Peralatan
B Organisasi sosial
C Kepercayaan
D Kesenian dan Kebudayaan

20. Bukti paling ketara tentang kewujudan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia ialah
penemuan lukisan gua dan ukiran batu.Pilih pernyataan yang benar tentang perkara tersebut.

A Lukisan gua dan ukiran batu ini merupakan cara komunikasi


B lukisan dan ukiran tidak menggambarkan kehidupan harian manusia
C Lukisan gua ini biasanya menggunakan pensel warna
D Ukiran batu banyak ditemukan di Semenanjung Malaysia

21. Apakah maksud istilah hadari?


I Tanah
II Rumah
III Bandar
IV Daerah

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

22. Perkataan ‘ civitas ‘ bermaksud

A bandar
B tatasusila
C kesejahteraan
D kemajuan rohani

23. Mengikut pandangan Islam, tamadun merangkumi…

I pembangunan rohaniah
II pembangunan lahiriah
III kemajuan kebudayaan
IV kehidupan yang makmur

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24. Mengapakah pembentukan bandar dikatakan asas kepada kelahiran tamadun awal dunia ?

A bermulanya sistem tulisan


B pusat kegiatan politik,ekonomi dan kebudayaan
C masyarakatnya bertatasusila
D kegiatan keagamaan

5
25. Yang manakah tuhan yang disembah oleh masyarakat tamadun awal?

I Tuhan batu
II Tuhan bulan
III Tuhan sungai
IV Tuhan air

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

26. Pilih pernyataan yang benar mengenai ciri-ciri sistem tulisan dalam Tamadun Awal dunia?

A Sistem tulisan bermula kira-kira 1000 tahun lalu.


B Penciptaan tulisan membezakan zaman Prasejarah dan Sejarah
C Tulisan zaman Dinasti Shang pada kertas
D Tulisan pertama menggunakan sistem Roman

27. Apakah golongan yang terawal yang menjalankan pemerintahan di negara kota?

A Bangsawan
B Pendeta
C Artisan
D Raja.

28. Apakah sumbangan golongan artisan dalam masyarakat Tamadun Awal dunia?

A Menjadi pengukir
B Menjadi penghibur
C Menjadi petani
D Menjadi pemerintah

29. Mengapakah tamadun awal dunia lahir di lembah sungai?

I sungai membekalkan air bagi tanaman


II sungai merupakan alat perhubungan
III sungai merupakan tuhan mereka
IV sungai merupakan kawasan yang strategik

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

30. Antara yang berikut, manakah tamadun awal yang mempunyai kaitan dengan binaan negara kota
berikut?

Sumer dan Ur

A Tamadun Mesopotamia
B Tamadun Mesir Purba
C Tamadun Indus
D Tamadun Hwang He

6
31. Antara yang berikut, manakah tamadun awal yang mempunyai kaitan dengan Sungai Kuning di
kawasan utara negara China?

A Tamadun Mesopotamia
B Tamadun Mesir Purba
C Tamadun Indus
D Tamadun Hwang He

32. Tamadun manakah yang menggunakan tulisan Hieroglif dalam masyarakat Tamadun Awal?

A Tamadun Mesopotamia
B Tamadun Mesir Purba
C Tamadun Indus
D Tamadun Hwang He

33. Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertanian. Apakah
faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat.

I penciptaan pelbagai peralatan


II pembinaan saliran
III pemerintah yang cekap
IV Sistem undang-undang yang ketat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

34. Apakah fungsi utama pembinaan ziggurat semasa peningkatan Tamadun Mesopotamia?

A Istana raja
B Pasar umum
C Rumah ibadat
D Kajian bintang

35. Apakah kepentingan Sungai Nil kepada tamadun awal Mesir Purba?

I Sumber perhubungan dan pengangkutan


II Sumber makanan
III Sumber perluasan kuasa
IV Sumber pelancongan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

36. Sumbangan terbesar Tamadun Indus kepada dunia ialah

A. Roda
B Sistem tulisan
C Sistem kalender
D Perancangan Bandar

7
37. Antara berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesopotamia dalam aspek teknologi?
I Roda
II Kincir air
III Piramid
IV Kertas

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

38. Apakah eskport utama Tamadun Mesir Purba?

A makanan
B barang logam
C tembikar
D kertas

39. Dari manakah raja dalam Tamadun Huang He mendapat mandat atau kebenaran untuk memerintah?

A Tuhan
B Rakyat
C Pendeta
D Kod Undang-Undang Hammurabi

40. Apakah yang anda pelajari dari pengetahuan kepada perkembangan tamadun awal dunia?

A. menghargai sungai dan sumber alam


B. Sungai tidak penting kepada manusia
C. Setiap tamadun mempunyai sumbangan yang sama
D. Tiada keunikan pada setiap tamadun awal

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

(Pn. Lim Siew Hong) (Pn. Ida Ireena binti Ali) (En Chong Nyong Soon)

Guru Mata pelajaran Ketua Panitia Sejarah GKMP Kemanusiaan

8
KERTAS JAWAPAN

No. soalan Jawapan No.soalan Jawapan

1 21

2 22

3 23

4 24

5 25

6 26

7 27

8 28

9 29

10 30

11 31

12 32

13 33

14 34

15 35

16 36

17 37

18 38

19 39

20 40

You might also like