Kertas Kerja Pemulihan Bersama Ibu Bapa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tarikh

27 Julai 2023 – 24 Ogos 2023


KERTAS KERJA
Program “Cakna, Carre” Pemulihan Khas SK Pulau Manis
Sesi Akademik 2023/ 2024

1.0 PENGENALAN
Kelas pemulihan merupakan kelas yang menempatkan murid yang belum menguasai
kemahiran asas dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam
mempercepat proses untuk penguasaan 3M ini, satu program telah dirancang bagi
membantu murid-murid yang terlambat dalam menguasai kemahiran ini.

Program ini dilaksanakan melalui penglibatan ibu bapa dengan memberi penerangan
perjalanan program pemulihan, input baru berkenaan masalah yang dapat di kesan
di kelas pemulihan dan tindakan susulan sekiranya murid masih tidak menguasai
asas 3M.

2.0 OBJEKTIF
Objektif program ini antaranya ialah:
2.1 Menerangkan proses aliran yang dijalankan di kelas pemulihan.
2.2 Memberi pendedahan terutamanya berkaitan perkembangan pembelajaran
murid semasa di sekolah dan berganding bahu untuk bersama-sama melaksanakan
intervensi di rumah.
2.3 Menguar-uarkan program-program yang dijalankan dalam kelas pemulihan
yang melibatkan kemenjadian murid.
2.4 Melancarkan program bantu baca di rumah yang melibatkan ibu bapa dalam
peningkatan bacaan murid pemulihan di rumah.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua Ibu Bapa dan Murid Pemulihan SK Pulau Manis
Lihat Lampiran C
a) Lelaki - 13 orang
b) Perempuan – 5 orang
Jumlah - 8 orang
4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
TARIKH PELAKSANAAN DAN TEMPAT
Tarikh : 26 September 2023
Tempoh : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Seri SISMA, SK Pulau Manis

Masa Aktiviti
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Bacaan Doa
8.45 pagi Kata aluan Guru Besar
9.00 pagi Taklimat daripada Guru Pemulihan
Pelancaran Program Bacaan Di Rumah / Gimik
(Murid membaca dihadapan)
- Edaran buku bacaan di rumah dan
penerangan penulisan rekod

9.50 pagi Sesi bimbingan bacaan kepada ibu bapa


10.15 pagi Kudapan
10.40 pagi Slot “Seronoknya PPKI” oleh Cg Nazimi Izzad (Guru
Pendidikan Khas)

11.30 pagi Penyampaian hadiah cabutan bertuah


11.45 pagi Bersurai

5.0 JAWATANKUASA KERJA

Lihat Lampiran A

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Lihat Lampiran B

7.0 ULASAN JPN/ PPD (SEKIRANYA PERLU)


- Tiada
8.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang dapat memberikan impak yang maksima dalam menaikkan prestasi
sekolah di samping dapat mengurangkan kadar murid keciciran dalam pembelajaran.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………………… ………………………………………………..
(MUHAMMAD THOHA BIN MAT ALI) (HASHIM BIN AWANG)
Penyelaras Program Pemulihan Khas Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pulau Manis. SK Pulau Manis.
Tarikh : Tarikh :
Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM “CAKNA, CARRE” PEMULIHAN KHAS


SESI 2023/2024
Pengerusi : Cg Supian bin Mamat (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Cg Hashim bin Awang (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Cg Hayati binti Abdullah (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Us. Muhammad Fahmi bin Mansor (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Cg. Muhammad Thoha bin Mat Ali (Penyelaras Unit Pemulihan)

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM “CAKNA, CARRE” PEMULIHAN KHAS


SESI 2023/ 2024
BIL JAWATANKUASA NAMA AJK PERINCIAN TUGAS
1. PA sistem dan Siaraya Cg Mohd. Naimi bin Mohd Nasir Cg Mengendalikan
Muhammad Thoha bin Mat Ali kelancaran PA sistem
ketika program

2. Bacaan doa Ust Mohd Romaizi bin Membaca doa pada


Mamat@Mohammad Nor majlis

3 Pendaftaran Cg Wan Ruzlia binti Wan Abdullah Menguruskan pendaftaran


ibu bapa
4. Persiapan tempat / Ustzh Rosmaimi binti Mamat Menyediakan tempat
Kudapan Ibu bapa Ustzh Sharifah Zawiah binti Tg Abd yang sesuai
Rahman

5. Slot Pendidikan Khas Cg Nur Fazura binti Salleh Pengacara majlis


6. Pamplet / Buku Program Cg Muhammad Thoha bin Mat Ali Menyediakan banting
dan Banting pelancaran dan pamplet
7. Fotografi Cg. Razimah binti Abdullah Mengambil gambar
sepanjang majlis berjalan
8. Dokumentasi Cg Muhammad Thoha bin Mat Ali Menyediakan laporan
dokumentasi dalam
tempoh 2 minggu selepas
program

Lampiran B

IMPLIKASI KEWANGAN PROGRAM “CAKNA, CARRE” PEMULIHAN KHAS SESI 2023/ 2024
SUMBER KEWANGAN

1 Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA) RM108.00


2 Kumpulan Wang Kerajaan – Faedah Bank RM30.00
3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM150.00

Jumlah Keseluruhan RM288.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA DESKRIPSI JUMLAH

1. MAKAN / MINUM PESERTA RM6.00 X 18 RM108.00

2. BUNTING PELANCARAN RM30.00 X 1 RM30.00


CABUTAN BERTUAH (SUMBANGAN RM30.00 X 5
3. RM150.00
PIBG)
JUMLAH KESELURUHAN RM 288.00
Kertas Kerja
Program “Cakna, Carre” Pemulihan Khas
Sesi 2023/ 2024
____________________________________________________________
_

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Cadangan Program Cakna, Carre Pemulihan Khas


Sesi 2023/ 2024

atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Cadangan Program Cakna, Carre Pemulihan Khas
Sesi 2023/ 2024
Ulasan :
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………….

___________________
(SUPIAN BIN MAMAT)
Guru Besar
SK Pulau Manis
Tarikh :

You might also like