Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

050422-07-0718

7.0. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah kuantitatif dan
kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan objektif kajian. Bagi
mencapai kedua-dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi
telegram dalam kalangan pelajar tingkatan 6 serta mengkaji faktor penggunaan
meluas aplikasi telegram dalam kalangan pelajar SMK Simpang Empat.Pengkaji telah

menggunakan kaedah kuantitatif dan transkrip untuk mendapatkan responden . Selain


itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik sebagai satu
kaedah yang tepat untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, pengkaji juga
menggunakan reka bentuk kajian, instrumen kajian, teknik menganalisis data dan cara

mempersembahkan data untuk memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan
betul.

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dan transkrip. Kajian
tinjauan secara kuantitatif ialah kaedah mengumpulkan maklumat dengan mengajukan
soalan kepada responden manakala kajian tinjauan berbentuk transkrip pula ialah
kaedah menemu bual responden bagi mendapatkan maklumat secara tepat. Kajian ini
adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi telegram dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 serta mengkaji faktor penggunaan meluas aplikasi telegram dalam
kalangan pelajar SMK Simpang Empat.

7.2 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep


yang berkaitan dengan sikap,persepsi,pandangan dan keterangan latar belakang

7.2.1 Soal selidik

Kaedah soal selidik merupakan instrumen yang paling popular dalam kajian
tinjauan. Soal selidik merupakan alat ukur yang paling praktikal dan berkesan bagi
050422-07-0718

kajian tinjauan, terutamanya jika melibatkan populasi yang besar. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik bagi meninjau penggunaan meluas aplikasi
telegram dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Simpang Empat. Pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden dalam kalangan pelajar
tingkatan 6 di SMK Simpang Empat. Data yang dikutip daripada responden melalui
borang soal selidik yang telah diedarkan akan memudahkan pengkaji untuk
menganalisis pendapat responden terhadap penggunaan meluas aplikasi telegram
dalam kalangan pelajar tingkatan 6 SMK Simpang Empat.

Borang soal selidik yang diedarkan terdiri daripada item yang ringkas dengan
perkataan yang mudah difahami. Pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif
dengan pemilihan jawapan YA atau TIDAK selain menggunakan kaedah skala Likert
bagi memudahkan responden dalam menjawab item soal selidik yang diberikan.
Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri
daripada soalan-soalan berkaitan demografi responden; Bahagian B pula
mengandungi tujuh item soalan untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi
telegram dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Simpang Empat manakala di
Bahagian C pula mengandungi tujuh item soalan yang menjurus kepada faktor-faktor
penggunaan meluas aplikasi telegram dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK
Simpang Empat.

7.2.2 Temu bual

Instrumen temu bual mempunyai dual peringkat iaitu secara formal dan tidak
formal.Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan
bantuan komputer. Kaedah yang digunakan adalah tidak formal iaitu secara
bersemuka yang melibatkan beberapa orang pelajar tingkatan 6 di SMK Simpang
Empat. Kaedah ini dijalankan untuk mengajukan soalan yang penting dengan jelas
dan tepat serta menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.

7.2.3 Rujukaan

Instrumen rujukan utama ialah bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku, kamus


dan sumber internet yang berkaitan dengan kesan penggunaan aplikasi telegram
kepada pelajar tingkatan 6 dan faktor-faktor penggunaan meluas aplikasi telegram
dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Simpang Empat.Sumber rujukan adalah
penting bagi melihat hasil capstan terdahulu.
050422-07-0718

7.3 Persampelan

Persampelan merupakan kumpulan manusia, institusi,tempat,atau fenomena


yang menjadi sumber informasi yang diperlukan untuk mengkaji. Pemilihan kajian ini
adalah secara rawak daripada satu kumpulan yang dikenal pasti. Rasponden kajian ini
terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 6 SMK Simpang Empat. Mereka terdiri 14
orang lelaki dan 16 orang perempuan dari SMK Simpang Empat yang akan diambil
sebagai responden. .Responden pula adalah terbatas iaitu hanya pelajar tingkatan 6
sekolah SMK Simpang Empat sahaja boleh mengisi borang soal selidik dengan
lengkap pada hari kajian dijalankan. Sample kajian dijalankan 30 orang pelajar dan 30
borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak untuk mendapatkan
data yang lebih tepat dan jelas. Dalam penggunaan data kuantitatif pula, 3 orang akan
dipilih sebagai informen untuk ditemu bual.

7.4 Kaedah Menganalisis ,Memproses dan Mempersembahkan Data

7.4.1 Kaedah Penganalisasian Data

Dengan ini, selepas semua jawapan soal selidik kajian tinjauan dikumpul dan
direkodkan ialah merumus kesemua maklum balas responden supaya dapat
menghasilkan satu kesimpulan. Kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif
untuk menganalisis data kaedah soal selidik dan temu bual.Selain itu pengkaji juga
menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan skala likert 5 aras seperti
berikut:

Skala Likert Peringkat


1 Sangat setuju
2 Setuju
3 Kurang setuju
4 Tidak setuju
5 Sangat tidak setuju
050422-07-0718

7.4.2 Cara Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir kajian ini, maklumat yang diperolehi daripada kaedah
temu bual dan borang soal selidik akan diproses dan dianalisis. Seterusnya data yang
diperoleh tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf bar dan carta pai dengan
menggunakan perisian Microsof Word dan Microsoft Excel supaya mendapat
gambaran yang lebih jelas.

You might also like