Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King

House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-
Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British.

Perjanjian Persekutuan
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-
Disember 1946. Pada akhir mesyuaratnya, Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang
dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.[1]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King
House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja
Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British. Perjanjian ini adalah sebagai
persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian
ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu
dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah
dikembalikan.
Antara 1946-1948, 11 buah negeri ini membentuk tanah jajahan British yang
dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato' Onn
Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang
mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara
rasmi pada 21 Januari 1948.[2]
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri
naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan
Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai
sebahagian daripada Malaya.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel
British pada 31 Ogos 1957.[3] Merujuk kepada Akta
Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula
sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan
Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan
daripada Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965. dan polis
dahulu namanya ialah Polis Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya Police).

You might also like