3. BAHAN PEMBENTANGAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN SALAH LAKU BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj. Kami : PPDKMY. 80-4/1/1 (30)


Tarikh : 06 Mei 2024.

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda/Yan.

Tuan,

HEBAHAN BAHAN PERSEMBAHAN SLAID SESI LIBAT URUS PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN SALAH LAKU
BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA/YAN SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, PPD Kuala
Muda/Yan telah mengadakan sesi libat urus pengurusan dan pencegahan salah laku buli dan salah laku
seksual di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Kuala Muda/Yan
secara dalam talian tahun 2024 pada 22 April 2024 yang lalu.

3. Sehubungan itu, semua pengetua dan guru besar diwajibkan menjalankan sesi libat urus bersama
guru dan ibu bapa di sekolah selepas sesi libat urus bersama PPD dijalankan. Bersama-sama surat ini
dilampirkan bahan pembentangan yang telah dikemaskini untuk disampaikan kepada semua warga sekolah
termasuk ibu bapa dan penjaga murid. Sesi libat urus yang telah dijalankan hendaklah didokumentasikan
sebagai rujukan dan perhatian pihak PPD, JPN dan KPM di masa akan datang.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Mohamad Satir bin Hamid, Penolong PPD PPP Hal Ehwal
Murid (Pegawai Meja Sahsiah Murid) melalui talian 04-4212370 (samb.163)/0175682960. Kerjasama dan
keprihatinan tuan dalam membangunkan modal insan cemerlang didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI)


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
s.k : 1. Fail Timbul

You might also like