Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya
seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Bil. Fonetik Fonologi

1.1. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan
jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum.
bahasa yang dihasilkan. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan
sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.

1.2. Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan
bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir leksikal
atrikulasi, dan fonetik auditori. lain yang membentuk ayat.

1.3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi. Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.

1.4. Bidang fonetik menghasilkan transkripsi Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu
fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.
bahasa.

Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu
berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik
menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal. Dalam pembelajaran bahasa
kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan
menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan
perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar
membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi
bahasa.

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada
‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan
diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa
Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang
bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa
dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian
mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat
komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi
marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim
dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-
bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi
manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

You might also like