Minit Mesyuarat Koko

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.1/2023


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MERSING,
86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM.

HARI : SELASA
TARIKH : 14 MAC 2023
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MUSYAWARAH SMK SRI MERSING
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Hal-hal lain
5.0 Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan aluan pengerusi (Haji Kamarudzaman bin Abdul Mubin)


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat kokurikulum dengan kata aluan dan membaca surah Al-Fatihah.
Pengerusi meminta GPK Kokurikulum untuk meneruskan pembentangan berkaitan unit kokurikulum.

2.0 Pembentangan dan pengesahakan minit mesyuarat (Dr. Hajah Hafiza Aini bt Hasan)
2.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko) memulakan mesyuarat dengan mengucapkan
ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru tingkatan pada mesyuarat kali ini.

2.2 GPK Koko meminta setiausaha kokurikulum untuk memulakan mesyuarat dengan pembentangan
minit mesyuarat yang lepas. Setiausaha membentangkan dan meminta dua orang guru untuk
mengesahkan dan menyokong minit mesyuarat yang telah dibuat oleh setiausaha. Cikgu Marzuki bin
Muali telah mengesahkan minit mesyuarat dan Cikgu Norhidayu binti Muliar telah menyokong minit
tersebut.

2.3 GPK Koko menegaskan sebagai sebuah keluarga yang menyahut baik seruan kerajaan dan pihak
pengurusan, kita akan maksimumkan kejayaan dan meminimumkan kegagalan. Mengikut Akta 550,
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Jadi, semua guru
wajib untuk mengikuti semua aktiviti yang dilaksanakan dan menyertai sebarang aktiviti kokurikulum
yang dipilih.
(Tindakan : Semua guru)
2.4 GPK Koko menegaskan hala tuju pengurusan kokurikulum adalah berdasarkan SKPMG standard 3.
Beliau mengharapkan semua aspek pengurusan dalam standard 3.2.1 akan memperolehi 90 markah
keatas. Selain itu, bagi standard 3.2.2, 3.2.3 dan 3.2.4, beliau meminta semua guru untuk meningkatkan
pencapaian sebanyak 80%, peningkatan kehadiran sebanyak 95% dan mencapai 100% laporan
direkodkan dalam buku laporan aktiviti kokurikulum. Beliau menegaskan buku tersebut dibeli dengan
harga RM 16.50 sebiji, jadi rugi bagi unit kokurikulum jika cikgu tidak menggunakan buku tersebut
dengan baik.
(Tindakan : Semua guru)
2.5 Bagi unit uniform, hala tuju yang diingakan adalah 100% cikgu dapat memakai baju unit uniform
semasa perhimpunan bulanan kokurikulum dan semasa hari Rabu, juga 80% murid dapat memakai t-
shirt unit uniform pada hari tersebut. Bagi sukan permainan pula, hala tuju adalah mendapat sekurang-
kurangnya tempat ketiga peringkat daerah. Tetapi GPK Koko menyatakan sekolah kita telah melepasi
target tersebut kerana pada tahun 2022, banyak kejayaan anak murid SMK Sri Mersing yang telah
mengharumkan nama sekolah dengan mendapat pelbagai tempat teratas kejohanan peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Tahniah buat semua guru.
(Tindakan : Semua guru)
2.6 Bagi PAJSK pula, GPK Koko menyatakan target bagi tahun 2023 adalah meningkatkan markah
murid dengan mendapat markah A dan B. Guru boleh menganjurkan pelbagai pertandingan dan meminta
murid untuk menyertai supaya mereka dapat markah yang baik dalam PAJSK mereka. Guru juga tidak
boleh sebarang letak markah PAJSK murid, haruslah seiring dengan penyertaan dan pencapaian murid
tersebut supaya adil kepada semua murid.
(Tindakan : Semua guru)
2.7 GPK Koko memaklumkan buat pengetahuan semua guru, pemantauan di peringkat sekolah akan
berlangsung sepanjang tahun. Jadi, mohon guru sentiasa bersedia dengan apa yang sepatutnya.
(Tindakan : Semua guru)

2.8 GPK Koko juga memaklumkan kepada semua guru penasihat unit kokurikulum; setiap unit
kokurikulum mestilah mempunyai perancangan tahunan bagi sesi 23/24 ini sekurang-kurangnya untuk
15 kali perjumpaan. Sebarang perjumpaan bersama atau ceramah tidak akan diambil kira sebagai
perjumaan unit kokurikulum. Semua guru penasihat diberi masa selama dua minggu untuk menyediakan
dan menyiapkan rancangan tahunan unit masing-masing. Perlu menghantar rancangan tahunan dan
nama ahli unit masing-masing pada minggu yang ketiga.
(Tindakan : Semua penyelaras unit dan guru penasihat)
2.9 GPK Koko menegaskan berkaitan peranan dan tanggungjawab guru penasihat adalah perlu
merancang aktiviti, melaksanakan, merekodkan data, menganalisis data serta mengambil tindakan
susulan. Semua guru penasihat boleh merancang untuk membuat rancangan tahunan berdasarkan contoh
yang telah diberikan. Semua guru penasihat juga boleh membuat rancangan tahunan dengan melihat
elimen penerapan nilai sivik dalam kokurikulum, KBAT dalam kokurikulum serta PikeBM.
(Tindakan : Semua guru penasihat)

2.10 GPK Koko memaparkan GPS keseluruhan PAJSK untuk dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2021,
sekolah kita telah mendapat GPS sebanyak 2.45 manakala tahun 2022 adalah 2.28. Beliau mencabar
semua guru untuk tingkatkan GPS sebanyak 2.00 untuk tahun 2023. GPS ini boleh dicapai dengan cara
yang tersusun kerana kita sudah mempunyai rancangan tahunan yang boleh diikut dan guru penasihat
sudak maklum akan kerja masing-masing. Tidak mustahil untuk kita capai GPS 2.0 tersebut.
(Tindakan : Semua guru)

2.11 GPS bagi kelab persatuan bagi tahun 2022 pula adalah 2.43, sukan permainan 2.42 dan unit
beruniform adalah 2.61. Disini dapat dilihat unit beruniform paling corot kerana kurang penyertaan
daripada murid. Semua guru perlu menambah nilai pada murid supaya aktifkan unit beruniform
memperolehi markah yang lebih baik.
(Tindakan : Semua guru)

2.12 Pecahan gred markah PAJSK untuk semua murid tingkatan 1 hingga 5 majoritinya berada di gred
B. GPK Koko meminta semua guru untuk bantu murid sekolah kita untuk tingkatkan gred A dan
minimum gred B sahaja.
(Tindakan : Semua guru)

2.13 GPK Koko menyatakan sekolah kita masih lagi gagal mendapat penarafan cemerlang KBAT. Oleh
itu, semua guru seharusnya membudayakan KBAT dalam semua aktiviti kokurikulum. Selain membuat
takwim, GPK Koko menyarankan semua guru penasihat untuk membuat RPH aktiviti kokurikulum dan
selitkan aktiviti KBAT, PAK-21, i-think, pembelajaran terbeza, dan juga PBD. Aktiviti berteraskan
KBAT boleh dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sekiranya aktiviti KBAT boleh dirancang
lebih daripada 2 kali sangat digalakkan. Merancang awal aktiviti akan menjadikan guru lebih bersedia
dan mendapat hasil aktiviti yang berkualiti serta objektif tercapai.
(Tindakan : Semua guru)
2.14 Guru juga disarankan untuk meransang murid bagi menjana idea supaya dapat mengaplikasikan
dan mereka cipta kemahiran yang mereka sudah pelajari semasa aktiviti kokurikulum di sekolah dan
hasil produk mereka dapat ditonjolkan kepada murid yang lain serta menjadi contoh teladan yang baik.
(Tindakan : Semua guru)

3.0 Perkara berbangkit


- Tiada

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pengerusi memaklumkan pada hari pertama persekolahan semua guru dan murid diminta untuk
memakai pakaian unit beruniform kerana hari Ahad tersebut merupakan Ahad minggu ketiga.
(Tindakan : Semua guru)

5.0 Ucapan penangguhan


Pengerusi menutup majlis dengan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah
hari. Guru-guru bersurai.

Disediakan oleh Unit Kokurikulum SMK Sri Mersing.

You might also like