Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Firdaus Mustaqim Bin Syahmi

120817-12-0231
SK Mak Lagam/TBA2051
Kitar semula menjaga alam sekitar

Bumi diciptakan oleh tuhan untuk manusia sejagat, bagi menjalankan aktiviti seharian,
bekerja dan sebagainya. Namun, manusia kebanyakannya lupa tentang nikmat ini.
Manusia selalu membuat kerosakan di muka bumi ini. Mereka sering melakukan
aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar seperti menebang pokok, membuang
sampah sarap dan sebagainya.Oleh itu, kita harus menjaga alam sekitar agar kekal
hijau untuk generasi akan datang.
Salah satu cara yang terbaik adalah kitar semula. Kitar semula ialah proses
menukar bahan buangan kapada bahan baharu. Proses ini biasanya dilakukan untuk
menghasilkan tenaga baru daripada bahan buangan.
Sebagai contoh bahan buangan yang perlu dikitar semula ialah plastik, kerana
jumlah bilangan plastik meningkat setiap tahun dan akan menyebabkan pencemaran
dilaut. Ini disebabkan oleh proses pembuangan sampah yang salah oleh manusia.
Pencemaran ini dapat mengancam populasi haiwan laut yang hampir pupus seperti
penyu dan akan menjejaskan sektor pelancongan.
Selain itu, contoh bahan buangan yang perlu dikitar semula ialah kertas kerana
dengan mengitar semula kertas kita dapat mengurangkan aktiviti pembalakan hutan.
Jika bumi kekurangan pokok bumi akan menjadi semakin panas, proses penukaran
karbon diaksida kepada oksigen akan terjejas dan akan menyebabkan kesan rumah
hijau.
Akhir sekali, contoh bahan buangan yang perlu dikitar semula ialah sisa makanan.
Dipetik daripada akhbar Berita Harian mengatakan lebih 90,000 tan sisa makanan
dibuang pada bualan Ramadhan 2024. Sisa makanan yang dibuang dengan cara
yang salah menyebabkan pembaziran dan pecemaran bau yang tinggi. Salah satu
cara untuk mengurangkan pencemaran ini adalah sisa-sisa makanan perlu melalui
proses pereputan dan menjadikanya baja kompos untuk sektor petanian.
Kesimpulanya, dengan proses ini kita dapat menghijaukan dan melestarikan alam
sekitar. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menguatkuasa undang-undang kitar semula
dan mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai untuk generasi akan
datang.

297 patah perkataan

You might also like