LAPORAN PROJEK PERUNDINGAN INDUSTRIAL PROCESS MODELLING & SIMULATION- CC-SISPI (3)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN AKHIR KERJA PERUNDINGAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

INDUSTRIAL PROCESS MODELLING &


TAJUK PROJEK NO VOT
SIMULATION TRAINING

Profesor Madya Mohamad Rizza Bin


KETUA PROJEK FAKULTI CC-SISPI
Othman
1) Dr Abdul Halim Bin Abdul Razik

2) Dr Aainaa Izyan Binti Nafsun

AHLI PROJEK 3) Dr Ashwin Charles Benedict

4) Mohd Masri Bin A Razak

5) Mahadhir Bin Muhammad

NAMA
BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd (BPC)
SYARIKAT
PENDAHULUAN

Pusat Kompetensi untuk Sistem Integrasi Pintar dalam Industri Proses atau
Competence Centre for Smart Integration System in Process Industries (CC-SISPI)
telah melaksanakan sesi latihan berkaitan “Industrial Process Modelling & Simulation
Training” kepada jurutera syarikat BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd (BPC) pada
2-4 dan 8-10 Ogos 2022 bertempat di Makmal CC-SISPI, Universiti Malaysia Pahang
Kampus Gambang. Pada sesi latihan ini, pada jurutera BPC telah dilatih untuk
menggunakan perisian Aspen Plus yang digunakan secara meluas dalam industri
petrokimia. Dalam sesi latihan ini, CC-SISPI menyediakan tenaga pengajar yang
berpengalaman luas dalam penggunaan perisian Aspen Plus ini manakala pihak BPC
telah memberikan komitmen mereka dengan membekalkan lesen perisian tersebut
sepanjang tempoh latihan dijalankan.

Pada sesi latihan pertama, 2-4 Ogos 2022 seramai 12 orang jurutera BPC telah hadir
menjalani latihan manakala pada sesi kedua 8-10 Ogos 2022 dihadiri oleh 8 orang
jurutera BPC. Sesi latihan dijalankan secara teori serta praktikal menggunakan
perisian Aspen Plus. Topik yang terlibat dalam sesi latihan ini adalah:

1) Introduction & Thermodynamic


2) Flowsheeting, Separators and Heat Exchangers
3) Distillation Column
4) Reactors

OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan kepada jurutera BPC berkaitan dengan aplikasi


perisian Aspen Plus yang diguna secara meluas dalam industri petrokimia.
RINGKASAN PROJEK

Perisian Aspen Plus telah digunakan secara meluas dalam proses rekabentuk
industri petrokimia. Perisian ini digunakan untuk menyokong rekabentuk konsep
daripada idea kepada “Basic Engineering Design” dan seterusnya kepada “Detail
Design”. Perisian Aspen Plus ini dapat membantu jurutera merekabentuk kilang
pemprosesan produk kimia dengan mengenalpasti jenis-jenis peralatan yang
diperlukan serta merekabentuk saiz serta lakaran awal lukisan kejuruteraan untuk
keperluan jabatan kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik
dan lain-lain maklumat yang diperlukan.

Dalam sesi latihan ini, pada hari pertama peserta didedah dengan konsep teori bagi
pengenalan perisian Aspen Plus serta berkaitan dengan termodinamik dalam proses
industri. Seterusnya peserta diberikan modul khusus bagi membangunkan model
“Flowsheeting, Separators dan Heat Exchangers”. Pada hari kedua peserta di
tunjukkan kaedah untuk merekabentuk ‘Distillation Column” dan pada hari terakhir
peserta didedahkan dengan rekabentuk “Reactor”. Di akhir sesi latihan ini, peserta
diberikan kajian kes bagi membangunkan satu pakej proses industri kimia
menggunakan perisian Aspen Plus untuk melihat kemampuan para peserta dalam
memahami aplikasi dalam rutin pekerjan mereka di BPC.

Disediakan Oleh

MOHD MASRI BIN A RAZAK


11 Ogos 2022
Sekretariat Program
ASPEN PLUS MODELLING & SIMULATION
BASF PETRONAS CHEMICALS SDN BHD
2-4 AUGUST 2022

NO NAME
1 WAN NUR SOFIA WAN HAMAT @ WAN AHMAD
2 ZAKARIA BIN LATIF
3 ABDUL FATAH BIN ABDUL WAHAB
4 MOHD LAZIM BIN RAMLI
5 SHAHRIZAN BIN RASLI
6 MOHD HAFIZUDDIN BIN HAZIZ
7 SHAHROSSAJJADBIN ABDUL MAJID
8 MOHDMMAD KHALID SAUFI
9 MUHAMMAD AIDIL SHAZUWAN ZAMRI
10 NURUL HANIS JAMALUDDIN
11 CHEN WAI KEAT
12 PETRUS SIWAN IBAI

ASPEN PLUS MODELLING & SIMULATION


BASF PETRONAS CHEMICALS SDN BHD
8-10 AUGUST 2022
NO NAME
1 AL RAZEED BIN ZAMRI
2 MUHAMMAD SYAZWAN BIN SHARANI
3 MOKHTAR BIN CHE MAMAT
4 NUR EZZATU NISWAN BINTI SAMSUDDIN
5 IRZA BINTI HAIRANI
6 JURAIMI B. JAILANI
7 MUHAMMAD IRFAN ISRY BIN ISMAIL
8 MUHAMAD SUFFIAN BIN A RAHMAN
AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH LATIHAN DIJALANKLAN
AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH LATIHAN DIJALANKLAN
INDUSTRIAL PROCESS MODELLING & SIMULATION TRAINING
2-4 OGOS 2022

INDUSTRIAL PROCESS MODELLING & SIMULATION TRAINING


8-10 OGOS 2022

You might also like