Kertas 2 PPTTing 4 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Figura yang amat sinonim dengan bidang masakan, Cef Zam sering muncul di kaca-kaca
televisyen, surat-surat khabar, majalah dan di setiap platform media sosial. Kisah kejayaan Cef
Zam telah memberikan satu pencerahan tentang kebenaran pepatah Melayu, iaitu usaha tangga
kejayaan. Hal ini terbukti apabila beliau berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang dan
berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Selepas tamat belajar, beliau pernah
bekerja di hotel-hotel sekali gus pengalaman tersebut banyak membantunya mengendalikan kerja
dalam bidang masakan dan perhotelan. Lebih manis, beliau juga pernah terpilih sebagai duta
produk-produk jenama tempatan dan antarabangsa. Moto hidupnya ialah kita perlu bekerja keras
untuk mencapai kejayaan dan kegagalan pertama tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.
Beliau juga mengingatkan pembaca agar menghormati kedua-dua ibu bapa kerana merekalah
kunci kejayaan anak-anak.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sering Gagal dan Dibuli Mangkin Kejayaan’
oleh Chef Zam, Dewan Siswa, Bil.01/2020

[8 markah]

2. Berdasarkan petikan di bawah, tulis subjek dan predikat bagi ayat yang bergaris tanpa
mengubah maksud asalnya.

Sektor pertanian memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Pihak kerajaan
menggalakkan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam sektor pertanian. Petani telah diberikan
bantuan kewangan dan biji benih oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya, sektor pertanian dapat
menjamin bekalan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang
berpatutan. Beras tempatan yang dihasilkan menjadi sumber makanan utama rakyat Malaysia.

[6 markah]

1
3. Bahan-bahan di bawah mengandungi dua belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan
dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas
kesalahan yang terdapat dalam wawacara. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.,

Bahan 1

Ac Girl Salti : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Fay. Terima kasih kerana
menghabiskan masa saudari untuk diwawancara sempena kejayaan saudari
memperolehi kecemerlangan sehingga berajaya menjadi tokoh murid. Terlebih
dahulu saya ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan saudari?

Fay Augina Terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya. Sebenarnya tiada
Richard Litin : rahsia melainkan usaha yang kuat dalam mencapai cita-cita. Semuanya
bergantung kepada dua prinsip sahaja iaitu disiplin dan usaha.

Ac Girl Salti : Memandangkan banyak pengetahuan dan pengalaman yang sudah saudari timba
di sekolah ini, bolehkah saudari berikan serba sedikit nasihat yang perlu
diteladani oleh semua murid di sini?

Fay Augina Untuk menjadi tokoh murid, seseorang itu seharusnya melakukan semua perkara
Richard Litin : yang baik dan hindar segala yang buruk. Tambahan pula, sokongan dan kata
semangat.-kata semangat daripada semua golongan amat diperlukan. Kita harus
saling nasihat-menasihati agar dapat mendorong kita untuk terus berusaha tanpa
putus asa. Antara tip-tip belajar yang boleh saya kongsikan bersama-sama ialah
saya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar dihadapan.
Sekiranya ada kemushkilan jangan malu bertanya kerana ‘orang yang malu
bertanya akan sesat jalan’.

[12 markah]

2
4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Tatkala itu, Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah
sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “ Hai ibuku, ke
mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis.
Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Pak Sudin dan Mak Leha tidak mempunyai anak, lalu diambil Zur Aiysah sebagai
_______(i)____. Zur Aisyah dijaga dengan baik dan diberi kasih sayang yang sepenuhnya
_______(ii)_________. Namun, apabila dewasa Zur Aisyah tidak mempedulikan ibu ayahnya.
Hal ini menyebabkan hati Pak Sudin dan Mak Leha berkecai ______(iii)__________.

[3 markah]

3
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pembudayaan tabiat membaca dalam kehidupan seseorang bagi melahirkan masyarakat yang
berilmu dan bermaklumat, bukan tugas yang mudah. Dalam memupuk tabiat suka membaca
anak-anak, ibu bapa merupakan insan yang memainkan peranan penting. Ibu bapa mesti menjadi
suri teladan dalam membudayakan amalan ini. Selain itu, ibu bapa perlu membelikan buku
untuk anak-anak atau membawa anak-anak ke perpustakaan. Oleh hal yang demikian, budaya
membaca sememangnya memainkan peranan yang penting dalam memajukan pemikiran
masyarakat dan pembangunan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Pembinaan Tamadun Bangsa Melalui Budaya Membaca'
oleh Muhammad Helmi Ibrahim,
Dewan Siswa, Bil. 12/2018

Bahan 2

Purata membaca golongan remaja pada peringkat persekolahan merosot daripada 12


buah buku kepada lapan buah buku setahun setelah menamatkan pengajian. Keadaan ini
sudah semestinya agak membimbangkan. Dalam hal yang demikian, pihak swasta
mengambil inisiatif dengan memperkenalkan potongan harga sebanyak 50 peratus kepada
pembeli yang berstatus murid atau mahasiswa untuk membeli buku. Pameran buku dan
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula diadakan oleh syarikat-syarikat penerbitan
pada setiap tahun. Pihak kerajaan turut menganjurkan pelbagai kempen membaca.
Komitmen semua pihak tersebut sedikit sebanyak membantu untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan masyarakat dan merancakkan industri buku di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Budaya Membaca Remaja’
Oleh Sham. A Kadir
Dewan Siswa, Bil. 4/2020

4
(i) Berdasarkan Bahan 1. berikan maksud rangkai kata memupuk tabiat.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah untuk memupuk amalan
membaca.
[3 markah]

(iii) Slogan "Membaca Jambatan Ilmu merujuk kepada kepentingan membaca.


Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan membaca?

[3 markah]

(iv) Sejak akhir-akhir ini, minat murid-murid mengunjungi pusat sumber di sekolah anda untuk
membaca dan mencari bahan-bahan rujukan semakin berkurangan.

Sebagai guru pusat sumber, apakah peranan-peranan anda untuk menarik minat murid-murid
supaya mengunjungi pusat sumber?
[4 markah]

5
7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
"Nak bagi hadiah apa dekat guru kelas, Cikgu Zuraini?" Mak Wan Sakinah mengorek
lamunan cucunya. Mungkin Dalila ingin memperkatakan tentang hadiah.
"La nak bagi hadiah kat Cikgu Zuraini. Dia baik dan sentiasa ambil berat. Menjadi pakar rujuk
dan tempat berkongsi masalah." Dalila meluah rasa bersama hujan hati yang selalu bercerita lewat
nada rintiknya.
Terbayang Cikgu Zuraini tempatnya menggantung harapan dan cita-cita sejak arwah mak dan
ayahnya pergi. Cikgu itu seperti bait syair rindunya. Berharap kelak tetap jatuh menitis di hati. Jadilah
orang yang bahagia dan membahagiakan.
Mak Wan Sakinah tersenyum lagi. Cucunya itu seorang yang petah. Beruntung dia mendapat
cucu sedemikian.
Dipetik daripada cerpen 'Sekotak tisu hadiah hari guru'
oleh Pendidik MY,
Majalah Pendidik, Julai 2018

Bahan 2

Guruku

Kau mengajarku berbagai ilmu


Kau memberiku nasihat setiap waktu
Guruku kau ibarat ayah bondaku
Guruku kau jangan lelah mendidikku
Ajarku tentang rasulku
Ajarku tentang perilaku
Guruku jasamu akan kuingat selalu
Terima kasih guruku

Karya: Abd Aziz A.


https://www.sistemguruonline.my

6
(1) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkap mengorek lamunan.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan jasa-jasa seorang guru.
[3 markah]
(iii) Pihak sekolah memberikan sumbangan yang tidak ternilai untuk melahirkan insan yang berjaya
pada masa hadapan.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh murid untuk membalas jasa
pihak sekolah?
[4 markah]
(iv) Ibu bapa sahabat anda menghadapi masalah kewangan untuk menanggung persekolahan anak-
anaknya akibat daripada ayahnya yang diberhentikan kerja dan ibunya pula seorang suri rumah. Sahabat
anda meluahkan hasratnya untuk berhenti sekolah bagi meringankan beban keluarga.
Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu sahabat anda supaya dia dapat
meneruskan persekolahannya?
[4 markah]

7
Soalan 8: Novel
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mungkinkah dia ingat siapa dirinya? Dari mana dia datang? Apakah tujuan hidupnya?

Sudah sebulan lebih "Aqram cuba menjejaki Farisha. Dr.Maxi yang memberikannya tugasan
khas ini. Aqram memulakan pencarian di syarikat lama tempat Farisha bekerja. Maklumat
yang diberikan oleh rakan-rakan lamanya di situ tidak berjaya membantu kerana Farisha
sudah berpindah rumah beberapa kali dan juga menukar nombor telefon. Alamat e-mel yang
lama sudah tidak aktif. Dia juga sudah menghapuskan akaun Facebook Twitter, dan blog
peribadi.

Farisha seperti cuba menyembunyikan diri. Dia tidak pernah menghubungi rakan-rakan di
tempat kerja lama. Ramai yang mengakui kali terakhir mereka bertemu Farisha adalah pada
hari terakhir dia bertugas di situ.

Dipetik daripada Di Sebalik Dinara


Karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Aqram mengambil masa begitu lama untuk
menjejaki Farisha?
[4 Markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) (Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat dijadikan
teladan dalam kehidupan.

8
[6 markah]
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1

Kemalangan jalan raya merupakan masalah serius di Malaysia. Setiap tahun, ribuan orang
terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ramai yang telah kehilangan nyawa. Menurut Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), pada tahun 2020, terdapat 476,196 kemalangan jalan raya berlaku di
Malaysia. Hal ini bermakna, terdapat purata 1,304 kemalangan yang berlaku pada setiap hari. Dalam
usaha mengatasi kemalangan jalan raya, pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang
jalan raya bagi memastikan pengguna sentiasa berwaspada.

Trend peningkatan kes kemalanagan jalan raya ini amat membimbangkan. Antara puncanya
termasuklah pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Sikap
pemandu kenderaan yang mementingkan diri tersebut akan menyusahkan pengguna jalan raya yang
lain. Kebanyakan pemandu kenderaan kurang tidur atau mengantuk semasa memandu. Situasi ini
menyebabkan pemandu hilang fokus ketika memandu terutamanya pada waktu malam. Selain itu,
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan kenderaan mudah terlibat dalam kemalangan. Misalnya
hujan lebat akan menyebabkan permukaan jalan menjadi licin. Oleh hal yang demikian, pengguna
jalan raya perlu memberi perhatian sepenuhnya semasa memandu.

Keadaan tersebut menyebabkan kemalangan jalan raya semakin serius di Malaysia. Papan tanda
keselamatan yang tidak dipasang dengan baik juga turut menyumbang kepada peningkatan
kemalangan jalan raya. Kita semua perlu berusaha untuk mengatasinya. Dengan mengelakkan
penggunaan telefon bimbit semasa memandu, kita oleh membantu mengurangkan bilangan
kemalangan jalan raya dan menyelamatkan nyawa. Kita juga boleh memastikan jalan raya di
Malaysia menjadi lebih selamat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil tindakan untk
mengatasi kemalangan jalan raya.

9
Bahan 2 - Grafik

Bahan 3- Pantun

Indah Cahaya bulan purnama,


Sinari ukiran sentuhan watan,
Jalan raya kemudahan Bersama,
Ikut peraturan demi keselamatan.

Cantik terserla sulaman kebaya,


Selendang kasa hiasan diri,
Berhati-hatilah di jalan raya,
Amal sentiasa usah ingkari.

Kancing berbatu merah geliga,


Tampak ceria molek tersemat,
Nyawa itu amat berharga,
Hargailah ia moga selamat.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

10

You might also like