Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA

(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)

Pemula (Penghidup) motor arus ulangalik


Apakah Pemula (Penghidup) Motor?
Alat kawalan bagi motor yang bekerja secara elektromekanikal (elektrik + mekanikal).

Pemula digunakan untuk melindungi sesebuah motor daripada bahaya arus tinggi semasa mula-mula
dihidupkan. la juga bertujuan:-

 Memula dan menghentikan motor


 Mengurang dan menghadkan atau merendahkan arus mula (starting current) kepada satu
nilai yang kecil bagi sebuah motor yang besar (kecuali D.O.L starter).
 Mengelakkan motor hidup semula secara sendiri iaitu kendalian tanpa volt (No Volt) setelah
berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
 Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh
(remote control).
 Mengadakan perlindungan dari beban lampau (overload) seperti arus terlampau tinggi.
 Mengadakan perlindungan kepanasan terlampau tinggi (over heating).
 Perlindungan motor secara terus ke talian adalah lebih berkesan dengan menghadkan alat-
alat perlindungan dan kawalan di dalam sistem penghidup motor.

Pertimbangan yang perlu dibuat semasa melakukan sambungan pendawaian di motor ialah kadaran
voltan yang diberikan kepada gelungan belitan motor dan juga sistem voltan yang ada.

Bagi motor yang lebih kecil daripada 0.37 kW (0.5hp), bahaya arus mula tidak ketara. Maklumat-
maklumat tersebut boleh didapati pada plat nama motor berkenaan.
Mengikut peraturan IEE A63 - 65, setiap motor hendaklah menghadkan alat-alat kawalan yang
berikut:-

• Kawalan henti dan hidup.


• Pengasing.
• Pelindung (arus Iampau dan tanpa volt).

Sebuah pemula yang Iengkap biasanya mempunyai kawalan seperti yang dinyatakan. Terdapat
beberapa jenis pemula motor arus ulangalik, ada yang dikendalikan dengan tangan dan ada yang
dikendalikan secara automatik. Di antara pemula yang lazim digunakan bagi satu fasa ialah:

• Pemula Talian Terus (Direct On Line Starter).


>Hp hingga 3 Hp (0.37 kW hingga 2.2 kW).

1
Komponen yang terdapat pada sesuatu panel:

1. Punatekan (Push Button).


2. Geganti beban lampau (OverLoad Relay).
3. Geganti lewat masa (Time Delay Relay).
4. Penyentuh (Contactor).
5. Sesentuh Tambahan.
- sesentuh tambahan terbuka (Normally Open).
- sesentuh tambahan tertutup (Normally Close).

Lampu
Penunjuk
Pemutus litar /
MCB
Penyentuh
/ Contactor

Tapak timer
Geganti Beban / Base timer
Lampau /
Over Load Relay Punat
Tekan
ON &
Punca penyambungan OFF
ke motor

Contoh gambar menunjukkan komponen yang terdapat pada penghidup motor

2
PUNATEKAN (push button)

Ada beberapa jenis punatekan elektrik yang mana digunakan untuk mengawal pengaliran
arus di dalam sesebuah litar. Pengendalian bagi mana-mana pasang atau beberapa pasang
penyentuh/sesentuh ialah:

a. Untuk menyambung, iaitu membolehkan pengaliran arus.


b. Untuk memutus, iaitu menyekat pengaliran arus.

Punat tekan

SIMBOL
Skru pengunci
pada panel bord
PB-1 ( STOP )

PB-2 ( START )

Punca penyambungan
punat tekan

Rajah punat tekan jenis STOP /


OFF

3
Penyentuh (contactor).

Penyentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet. Elektromagnet mempunyai
gelung dimana litarnya dilengkapkan dengan satu punatekan, suis had apung atau mana-mana alat
kawalan yang lain.

Arus akan mengalir ke dalam gelung dan menghasilkan uratdaya magnet yang mana akan menarik
angkir supaya ia bergerak dari keadaan membuka kepada menutup. Sesentuh-sesentuh suis
dihubungkan secara mekanikal ke angkir supaya apabila angkir bergerak kepada keadaan menutup,
la juga akan menutup sesentuh tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna dan
mengeluarkan bunyi bising ketika penyentuh sedang beroperasi. Antara sebab-sebab itu ialah:-

i. Voltan kendalian terlalu rendah.


ii. Gelung yang salah pemasangannya.
iii. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus.
iv. Kotor, karat dan lain-lain di atas permukaan magnet. Ini menyebabkan angkir tidak dapat
menutup sepenuhnya.
v. Bahagian-bahagian yang bergerak menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian, oleh
itu pergerakan bagi angkir sepenuhnya terhalang.
vi. Pemasangan penyentuh tidak betul.

Sesentuh / Contacts

Teras
Besi
Gegelong / Coil
Pelapik getah

Rajah Bahagian Dalam Sesentuh / Contactor

4
SESENTUH LITAR
KAWALAN

LAZIM BUKA

SESENTUH UTAMA

LAZIM TUTUP

Gambar Sesentuh / SIMBOL


Contactor

Sesentuh (contacts).

Sesentuh bagi penyentuh ialah bahagian pembawa arus yang terdekat kepada perlengkapan litar
kuasa ke motor apabila penyentuh menutup. Bahagian penyentuh yang tidak bergerak dilekatkan ke
tapak penyentuh, bahagian sesentuh yang bergerak dicantumkan kepada satu bar atau pembawa
sesentuh yang digerakkan oleh angkir. Jika sesentuh itu membuka suis dinamakan sesentuh sedia
buka (normally open), jika sesentuh Itu tertutup sebelum penyentuh bertenaga dinamakan sesentuh
sedia tutup (normally close).

Sesentuh
tambahan tertutup

Sesentuh utama
Sesentuh
tambahan terbuka

5
DALAM KEADAAN NORMAL KETIKA GEGELUNG BERTENAGA

Sesentuh
Sesentuh

N/C
N/O
N/O N/C

Angker
Angker

Apabila Angker dalam keadaan normal, Apabila Angker turun


Teras besi Sesentuh sedia tutup berada dalam kebawah kedudukkan
Teras besi
keadaan tutup dan sesentuh sedia buka sesentuh telah berubah dari
berada dalam keadaan buka. sedia buka ke sedia tutup dan
sedia tutup kepada buka.
Gegelong / Coil
Gegelong / Coil

Teras besi

Teras besi
Bekalan 240V masuk ke
Bekalan 240V masuk ke gegelong / Coil
gegelong / Coil

Rajah keadaan dalam contactor ketika tanpa bekalan dan mendapat bekalan

Sesentuh Tambahan (Auxilliary Contacts)

Sebagai tambahan kepada sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus motor, penyentuh
biasanya mempunyai sesentuh tambahan. Sesentuh tambahan ini tidak dibentuk untuk membawa
arus motor tetapi hanya arus kawalan. la boleh jadi sesentuh sedia buka atau sedia tutup dan
biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh (contactor) yang lain apabila kawalan turutan
diperlukan, contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang
sama. Sesentuh tambahan juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan isyarat.

6
Pelindung (protector).

• Arus Lebihan Dan Pelindung Arus Lebihan.


Arus lebihan berlaku apabila arus di dalam satu Iitar menaik kepada satu nilai yang lebih tinggi
daripada biasa. Ini disebut litar pintas (kadangkala sebahagian kerosakan tebatan lilitan motor juga
menghasilkan arus lebihan yang terhad. Arus ini mampu membawa kepada litar pintas). Pelindung
arus lebihan dibekalkan oleh fius ataupun pemutus litar. Pelindung arus lebihan juga menjadi
sebahagian komponen kawalan.

• Pelindung Beban Lampau.


Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan boleh tahan lama, maka satu
pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan. Sesebuah motor elektrik jika dilakukan
boleh mengendali lebih daripada kadar keupayaannya. la boleh mendapat beban lampau disebabkan
oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau talian yang terbuka dalam sistem berbagai
fasa yang mana akan menghasilkan kendalian-kendalian sefasa. Semasa beban lampau berlaku
pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang berlebihan dimana akan menyebabkan terlalu
panas. Oleh kerana kepanasan yang terik akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor
tersebut yang dengan sendirinya merosakkan motor itu.

Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban lampau dipasang
pada penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus berlaku. Geganti beban
lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu motor daripada mengeluarkan arus
yang berlebihan. Geganti beban lampau jenis 'thermo' - peka atau elemen magnet disambungkan
sama ada terus ke talian motor atau secara tidak langsung melalul alatubah. Geganti beban lampau
bekerja untuk menghilangkan tenaga elektrik terhadap penghidup atau menghentikan sesebuah
motor itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.

N/O

Bekalan dari MCB

N/O
N/C
Kabel
penyambungan

N/C
Ke Lampu Ke punat tekan henti
Trip

Rajah atas menunjukkan Over Load yang terdiri dari empat terminal

7
Kegunaan : Sebagai terminal menyambung ke motor
Terdapat 2 jenis tindakan iaitu :
1) Tindakan haba
2) Tindakan magnet
2 4 6

T1 T2 T3
95 - Common/utama
95/97 - dalam keadaan N/O
96 98 97 95
95/98 - dalam keadaan N/O
95/96 - dalam keadaan N/C

Suis Reset

Ke punat Ke punat
tekan henti Dari MCB tekan henti Dari MCB

7 8 7 8

9 9

Ke Lampu Trip Ke Lampu Trip

KEADAAN KEADAAN SEMASA


NORMAL TRIP
Suis trip

Rajah menunjukkan Over Load yang terdiri dari tiga terminal

Pelindung Tanpa Volt.

Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga dawai. Ini
bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan berlaku tetapi tidak
akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.

Punca bekalan masuk

Punat tekan ON dan Off

Bekalan keluar ke motor Pelaras kepekaan alat


perlindungan

Rajah alat perlindungan tanpa voltan

8
Suis Pemasa (Timer)

Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatik dan bergantung kepada masa
yang ditetapkan seperti saat, minit, jam , mingguan, bulanan. Alat ini akan beroperasi dengan
bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini digunakan untuk litar kawalan. Untuk
menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan membuat
pendawaian yang diselarikan pemasangan bekalannya kepada coil contactor.

BEKALAN MASUK

N/C

Timer 240 V
COMMEN

Contektor
N/O
Timer

NEUTRAL

Rajah penyambungan timer yang disirikan pendawaiannya kepada Penyentuh

Gambar: Antara timer yang berada dipasaran

9
4 5
JENIS: OMRON H3CR - A8
3 6 SOURCE: 100 - 240 VAC
50/60HZ
2 7 100 - 125 VDC
CONTACT: 5A 250 VAC
5A 30 VDC
1 8

SIMBOL
SOURCE

8 6
OPEN

8 5

CLOSE

Geganti (Relay)

Alat ini digunakan untuk menghidupkan litar kawalan secara elektromagnet, ia mempunyai fungsi
yang sama dengan penyentuh (contactor). Padanya terdapat sesentuh sedia buka dan sedia tutup
dan punca penyambungan Coil untuk membolehkan ia beroperasi.

Geganti

Sesentuh

Tapak Sesentuh ( Relay Base )

Rajah geganti (Relay)

10
Lampu Penunjuk (Indicator lamp)

Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan tentang
operasi litar kawalan. Sebagai contoh:

Warna Maksud kod warna


Merah Stop, Trip, Fasa merah.
Kuning Fasa kuning, Pemanas (Heater)
Biru Fasa biru.
Hijau On, Run

Rajah lampu penunjuk (Indicator lamp)

11
SIMBOL BAGI KAWALAN MOTOR

SESENTUH LAZIM
PENYENTUH
TERBUKA

SESENTUH LAZIM
CESIS/RANGKA
TERTUTUP

PUNATEKAN LAZIM
SAMBUNGAN DELTA
TERBUKA (Hidup)

PUNATEKAN LAZIM SAMBUNGAN


TERTUTUP (Henti) BINTANG

GEGANTI JEJANGKA
GELUNG
MASA (Timer)

GEGANTI BEBAN
M MOTOR
LAMPAU JENIS HABA

G JANAKUASA SUIS PILIHAN

MOTOR A.U. FASA


PENGASING
TUNGGAL

MOTOR A.U. 3-FASA


PENGASING SUIS FIUS
SANGKAR TUPAI

SUIS PENGASING MOTOR A.U. LILITAN


BERBEBAN ROTOR

12
SESENTUH LITAR
MCB 3 KUTUB PUNAT TEKAN KAWALAN

LAZIM BUKA
Mula (ON)
GEGANTI
BEBAN LAMPAU

Henti (OFF)
LAZIM TUTUP

PUNCA SAMBUNGAN SUIS SESENTUH SESENTUH


MOTOR BEBAN LAMPAU GEGANTI MASA

A A1

B B1

C C1

GELUNG GEGANTI MASA GELUNG SESENTUH SESENTUH UTAMA

T C

MOTOR ELEKTRIK LAMPU PENUNJUK

13
Jenis-jenis penghidup motor dan kadarannya

1. Penghidup terus ke talian (D.O.L) berkadaran ½ k.k hingga 3 k.k (2238 watt).
2. Penghidup bintang delta (Star Delta starter) diantara 3 k.k hingga 10 k.k.
3. Penghidup AlatUbah-Auto (Auto Transformer) 10 k.k hingga 20 k.k.
4. Penghidup Rotor Berperintang (Rotor Resistance) 20 k.k keatas.
5. Penghidup cecair (Liquid starter) 200 k.k hingga 300 k.k.

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya yang
mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara. Pemula ini biasanya
digunakan untuk motor berukuran ½ K.K. hingga 3 K.K (0.37 kW hingga 2.2 kW) yang biasanya
digunakan untuk bebab-beban seperti penghawa dingin, penghembus udara, pemampat udara dan
sebagainya. Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal. Jika sesuatu motor
mempunyai arus kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang akan wujud pada motor itu
ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa saat sahaja. Beban yang digunakan
tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi boleh mengganggu sumber bekalan ke
beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian terus ini, bekalan dikenakan terus kepada
motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Motor 1 fasa yang
biasa digunakan ialah motor yang digunakan didalam A/C satu fasa. Motor 3 fasa yang sesuai bagi
penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).

3 FASA & NEUTRAL

MCB

L
MCB

O /L

SESENTUH
UTAMA M
PB ( STOP )

C -1 PB ( START )

GEGANTI BEBAN
LAMPAU
(OVER LOAD)

L -1 C -1 L -2

N
motor T R IP M OTOR RUN
3 fasa

LITAR KAWALAN
LITAR UTAMA

14
R Y B N

MCB
2 POLE
MCB
6A
3 POLE
32A
LITAR KAWALAN

EMERGENCY
STOP BUTTON OVER LOAD STOP ON
TRIP

M1

SESENTUH M1
UTAMA HIJAU

GEGANTI BEBAN
LAMPAU KUNING
(OVER LOAD)

V1 MERAH

motor
U1 W1
3 fasa
U2 W2
V2

LITAR UTAMA

Rajah Litar Penghidup Talian Terus

R Y B N

MCB
2 POLE
MCB
6A
3 POLE
32A
LITAR KAWALAN

EMERGENCY STOP STOP ON


STOP BUTTON OVER LOAD 1 2 1
TRIP

ON M1
2
SESENTUH
UTAMA HIJAU

M1

GEGANTI BEBAN
LAMPAU KUNING
(OVER LOAD)

V1 MERAH

motor
U1 W1
3 fasa
U2 W2
V2

LITAR UTAMA

Rajah Litar Penghidup Talian Terus Dengan 2 Stop Button & 2 Start Button

15
RINGKASAN MAKLUMAT PENGHIDUP TALIAN TERUS (D.O.L)

- Arus mula (Starting current) adalah enam hingga lapan kali dari arus kendalian
Normal.

- Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 8 Amp, arus mula yang
akan wujud pada motor ialah 48 Amp. Hingga 64 Amp dan ini berlaku cuma
beberapa saat sahaja.

- Penghidup terus ke talian biasanya digunakan untuk beban-beban seperti


penghawa dingin (3 k.k), penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya.

- Beban tersebut mempunyai keupayaan tidak melebihi dari 3 k.k.

- Bebannya tidak boleh melebihi 3 k.k kerana arus mulanya adalah antara enam
hingga lapan kali arus kendalian dan ini boleh mengganggu sumber bekalan ke
beban-beban yang lain.

- Tetapi kes ini tidak terdapat di stesen janaelektrik dimana motor-motornya yang
berkeupayaan hingga ke beberapa ratus kuasa kuda, masih menggunakan
penghidup cara ini. Ini adalah kerana sumber bekalan yang banyak boleh didapati
dalam stesen itu sendiri dan tidak mengganggu sumber bekalan yang lain.

- Penghidup terus ke talian adalah dimana sistem bekalan dikenakan terus kepada
motor tanpa alat-alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor.

KEBAIKAN KEBURUKAN

> Dayakilas permulaan adalah tinggi dan > Arus mulanya adalah tinggi dan ini
mencapai kadar kelajuan maksima dalam masa menyebabkan pusuan (surge) di dalam sistem
yang singkat. adalah amat tinggi dan mengganggu sistem yang
lain.
> Binaannya ringkas, harganya lebih murah dan
senggaraannya mudah. > Untuk menanggung arus mula yang tinggi,
pengalir-pengalir dan alat-alat perlindungan perlu
dilebihkan kadarannya, oleh itu perlindungan
kurang sensitif.

16
Bagi membalikkan putaran motor, kaedah yang digunakan ialah dengan menukarkan sambungan
dua daripada fasa yang disambung di motor. Pada pemula begini diadakan satu kaitpunca elektrik
(interlock). Tujuan diadakan kaitpunca elektrik ini ialah supaya motor tidak dapat ditukar arah
pusingan secara tiba-tiba semasa ia sedang beroperasi sebelum diberhentikan terlebih dahulu.
Selain dari kawalan yang asas. pemula ini boleh ditambah dengan kawalan jauh, kawalan suis had,
kawalan suis apung dan sebagainya. Pemula jenis mara dan songsang talian terus ini biasanya
digunakan pada sistem yang memerlukan kendalian mara dan songsang silih berganti seperti sistem
lift, kren dan sebagainya.

Menukar arah pusingan motor

Arah pusingan bagi motor aruhan boleh terbalik dengan menukarkan polaritinya. Ini dapat dilihat
di dalam gambarajah di bawah bagi motor aruhan tiga fasa.

R Y B
Motor berpusing
mengikut arah
pusingan jam

U1 V1 W1

V2 W2 U2

SAMBUNGAN
STAR

Motor berpusing
mengikut arah
R Y B

melawan
pusingan jam

U1 V1 W1

V2 W2 U2

Pertukaran fasa
SAMBUNGAN
STAR

menyebabkan
motor berputar
berlawanan arah

17
R Y B
L
MCB

O/L

MCB-1

PB ( STOP )

F-1 R-1
F-1 PB ( FORWARD ) R-1 PB ( REVERSE )

R-1 F-1
O/L-1

L-1 F-1 L-2 R-1 L-3


N
M-1
TRIP FORWARD RUN (F) REVERSE RUN (R)

MAIN CIRCUIT FORWARD & REVERSE D.O.L STATER FORWARD & REVERSE

PEMULA TALIAN TERUS MARA-SONGSANG


(DOL FORWARD-REVERSE STARTER)
R Y B N

MCB LITAR KAWALAN

MCB EMERGENCY
STOP OVER LOAD ON (FOWARD)
6A STOP
RELAY

M2 M1

SESENTUH
M1 M2 M1
UTAMA
L1
ON (REVERSE)

LITAR UTAMA
M1 M2

GEGANTI BEBAN M2
LAMPAU
(OVER LOAD) L2

Simbol Keterangan: L3
V1

Sesentuh Tambahan sentiasa


motor terbuka
U1 W1
3 fasa
U2 W2
Sesentuh Tambahan sentiasa
V2 tertutup

Gelung

18
Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana. Tujuan
utama penggunaannya ialah untuk mengurangkan arus permulaan ketika motor dihidupkan. Maksud
ini boleh dicapai dengan menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang ‘star’
menjadi ‘delta’ dan motor itu akan terus berputar dalam sambungan delta. Oleh yang demikian,
voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah 1√3 voltan talian
dan voltan ini lebih rendah daripada voltan asal. Arus pada sambungan bintang dikecilkan sehingga
58%. Arus bintang = 58% x (6 hingga 8 kali arus kendalian). Arus dan dayakilas akan turun
berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua nisbah voltan.

19
Sambungan Delta - punca permulaan satu fasa disambung dengan punca
hujung fasa yang lain.

Sambungan Bintang - punca dibahagian hujung ketiga-tiga fasa disambung pada


satu titik.

DELTA 01 DELTA 02

R Y B R Y B

U1 V1 W1 U1 V1 W1

U2 V2 W2 U2 V2 W2

U1 – V2 U1 – W2
V1 – W2 V1 – U2
W1 – U2 W1 – V2

STAR (BINTANG)

R Y B

U1 V1 W1

U2 V2 W2

20
21
PEMULA BINTANG-DELTA (STAR-DELTA STARTER)
R Y B N

MCB 6A
MCB 32A
2 POLE
3 POLE

SESENTUH M3
M1 M2
UTAMA
STAR DELTA
M1

22
STOP LIGHT
EMERGENCY STOP
GEGANTI BEBAN BUTTON OVER ON
STOP
LAMPAU LOAD M1
(OVER LOAD)

M1 T DR
7 2

TR
8 5 M3 M2
V1 W1
U1
TR
motor
3 fasa 8 6 M2 M3
V2
W2 U2 M3
WARNA LAMPU:
1) Stop – Merah 1
2) Emergency – Merah 2
3) Trip – Kuning TRIP LIGHT
4) Star – Biru
5) Delta – Hijau
EMERGENCY LIGHT
Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% daripada kelajuan biasa, sambungan motor itu akan
ditukar daripada sambungan bintang kepada sambungan delta dan ini bermakna voltan bekalan akan
bertambah dan kelajuan pun turut bertambah. Penukaran belitan stator daripada bentuk bintang
kepada bentuk delta boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan menggunakan suis kendalian tangan
atau menggunakan sesentuh beroperasi secara automatik. Perlu diingatkan, pemula suis kendalian
tangan mestilah mengadakan saling kunci mekanik agar suis pemula tidak boleh diubah kepada
kedudukan delta sebelum kedudukan bintang. Setelah motor berputar, tangkai suis akan dipegang
oleh elektromagnet yang juga berfungsi sebagai pelindung tanpa voltan. Suis akan akan kembali
pada kedudukan henti apabila voltan bekalan terputus dan motor tidak akan hidup sendiri selepas
bekalan pulih kecuali jika ia dikendalikan semula.

RINGKASAN MAKLUMAT PENGHIDUP STAR DELTA:

- Terdapat empat cara/jenis asas penghidup bintang-delta dapat diadakan bersama-sama


dengan alat bantuan tambahan.

i) Penghidup bintang-delta tanpa perintang


ii) Penghidup bintang-delta tanpa perintang (kendalian kehadapan dan
belakang).
iii) Penghidup bintang-delta berperintang.
iv) Penghidup bintang-delta berperintang (kendalian kehadapan dan
kebelakang).

- Menghidup motor secara bintang-delta, bermula dengan bintang dan kemudian bertukar
ke delta semasa kendalian.

MULA BINTANG
SEMASA KENDALIAN DELTA

- Arus pada masa sambungan bintang adalah dikecilkan sehingga 58% atau 1/√3 dari arus
mula.

Arus dalam bintang = 58% X (6 hingga 8 kali arus kendalian)

- Mengikut peraturan 25 Kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunakan bagi
motor yang mempunyai keupayaan 3 k.k hingga 10 k.k.

- Penghidup cara ini biasa didapati di :


i) injap bermotor
ii) pam elektrik
iii) pengangkut panggul (converyor belt)
iv) sistem penghawa dingin dan sebagainya.

- Bagi penghidup motor bintang-delta berperitang, perintangnya disambungkan ke


bahagian delta dan tidak di bahagian bintang.

- Tujuannya ialah bagi mengecilkan arus sebaik sahaja ia bertukar ke sambungan delta.
Perintang dipintaskan semasa kendalian delta.

- Kebaikan penghidup bintang-delta berperintang dari penghidup tanpa perintang ialah ia


dapat mengurangkan enjutan (jerking) ketika penukaran dari bintang ke delta.

23
KEBAIKAN KEBURUKAN

>Boleh dihidupkan dan dimatikan >Keupayaan motor-motor yang digunakan


beberapa kali pada bila-bila masa. terhad kepada 3K.K hingga 10 K.K
sahaja.
>Senggaraan adalah kurang jika
dibanding dengan pemula alatubah- >Menggunakan punca-punca motor yang
auto. lebih iaitu 6 hingga 7 punca.

>Bagi keupayaan motor yang lama, kos


pemasangan adalah Iebih murah dari
pemula alatubah-auto.
Forward (Mara)

(Songsang)
Reverse

Trip Ind
Fwd Ind

Rev Ind

Timer

Delta
Star

TR
R
G
F

R
Y

D
S
D-1

S-1
F-2
R-1

TD - 2
LITAR KAWALAN

TD - 1

D-2
ON (REVERSE)
ON (FOWARD)

R-1
F-1

R-3
F-3
STOP
OVER LOAD
TRIP
1FASA & NEUTRAL

MCB 6A

MR
LITAR UTAMA

DC
MF
3 FASA & NEUTRAL

SC
a2
c1

c2
3 fasa
motor
b1

b2
a1
GEGANTI BEBAN
30A MCB

(OVER LOAD)
LAMPAU

RAJAH PENGHIDUP STAR-DELTA FORWARD REVERSE

24
PENGHIDUP BINTANG DELTA MARA SONGSANG
(STAR DELTA FORWARD REVERSE STARTER)

LITAR KAWALAN
OVER (MARA) NEUTRAL
ON
MCB 6A LOAD STOP
RELAY
M1
M2

EMERGENCY
STOP M1 LAMPU
M MARA
BUTTON
ON (SONGSANG)

M2
M1

25
LAMPU
M2 S SONGSANG

TR1
M1
TR1

M3
M2 M4
TR1

M4
M3

M4
LAMPU
TRIP
PENGHIDUP BINTANG DELTA MARA SONGSANG
(STAR DELTA FORWARD REVERSE STARTER)

R Y B LITAR UTAMA

MCB

SESENTUH
M1 M2 M3 M4
UTAMA

26
V1
U1 W1

MOTOR
3 FASA
V2
W2
U2
Pemula ini digunakan apabila diperlukan pelaras dan dayakilas permulaan bagi motor tiga fasa yang
membawa beban-beban yang berlainan keupayaannya. Pemula ini biasanya digunakan untuk
menghidup motor berukuran sederhana dan saiz yang paling besar ialah 7.5 kW. Pelarasan
dayakilas permulaan ini didapati dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan ke motor melalui
pengubah-auto yang dipadankan dengan keupayaan beban yang hendak dipusing. Secara tidak
langsung cara ini dapat mengurangkan arus permulaan dan motor dapat berputar dengan selamat
mengikut keupayaan bebannya. Penelitian perlu diberikan kepada alatubah-auto dimana ia
hendaklah berada dalam sambungan bintang dan tidak berlaku litar terbuka. Jika berlaku litar terbuka
di bahagian sambungan bintangnya pada ketika mula dihidupkan, alatubah-auto ini akan mengalami
kesan voltan tinggi yang membahayakan. Setelah motor berputar dan kelajuannya hampir mencapai
kelajuan penuh, pengubah-auto ini akan diputuskan daripada motor dan voltan bekalan dibekalkan
sepenuhnya kepada motor tersebut. Penukaran sambungan ini dapat dilakukan dengan
menggunakan suis kendalian tangan atau sesentuh yang akan beroperasi secara automatik.
Biasanya 'tap' pengubah ini mempunyai tiga 'tap' iaitu 10%, 60% dan 75% daripada voltan talian.
Terdapat juga beberapa nilai yang lain mengikut kesesuaian beban dan kehendaknya.
3 F ASA & NEUT RAL

M CB

LC

LIN E C O N T E C

T R A N F O RM E R T C
CO N T E C
290 V 415 V

290 V 415 V
290 V 415 V

A LA T U B A H -A U T O
0V

0V
0V

SP

S T A R P O IN T

GEG ANT I BEBAN


LAM PAU
(O VER LO AD)

V1
W1
U1
m otor
3 fasa
U2 W2
V2

L ITA R U TA M A A UT O TR AN S FO R M ER

27
EMERGENCY STOP NEUTRAL
MC B BUTTON
ON TDR LC-2
6A O/L OFF
8 5
SP
TC-1

LC-1 G
SP-1 LC-3
TC
TC-2
TDR

TDR
SP-2
8 6
LC

LC-4

Litar Kawalan Auto Transformer

* Pastikan penyambungan dibuat


dengan ketat. Kabel yang longgar,
tercabut dan tersalah sambung
akan menyebabkan transformer
dan motor menjadi rosak.

Rajah Transformer untuk penghidup motor jenis Auto Transformer

28
RINGKASAN MAKLUMAT AUTO TRANSFORMER:

- Penghidup motor secara Alatubah-Auto ialah dengan mengurangkan supaya


semasa ia mula dihidupkan, arus mengalir kepada motor pada tatah 70% Alatubah-
Auto.

- Dengan ini, Cuma 70% dari voltan penuh dikenakan pada motor tersebut dimana
arus mula telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.

- Ketika ini perhatian hendaklah diberikan pada Alatubah-Auto, dimana ia hendaklah


berada didalam sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian
sambungan litarnya.

- Jika terdapat litar terbuka disambungan bintangnya pada ketika mula dihidupkan,
Alatubah-Auto akan mengalami kesan voltan tinggi yang membahayakan.

- Kemudian ia akan dikendalikan tanpa Alatubah-Auto iaitu Alatubah-Auto


dipintaskan melalui penyentuh.

- Mengikut Peraturan 25 Kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunakan
bagi motor yang mempunyai keupayaan 10 k.k keatas.

- Alatubah-Auto digunakan boleh terdiri dari tiga Alatubah-Auto satu fasa atau satu
Alatubah-Auto tiga fasa.

- Bagi penghidup jenis ini Alatubah-auto boleh ditatah kepada nilai peratus yang
berlainan dan boleh diadakan lebih dari satu tatah bergantung kepada jenis beban.

KEBAIKAN KEBURUKAN

>Boleh mengandungi beberapa tatah di mana ia >Disebabkan tiada dawai neutral, jika sekiranya
sesuai untuk motor yang berlainan kuasa berlaku beban tidak seimbang, gangguan bekalan
menggunakan nilai voltan-voltan yang tertentu. akan berlaku.

>Kehilangan kuasa di alat-alat bantu adalah >Jika berlakunya litar terbuka pada sambungan
kecil. bintang di alatubah-auto, kemungkinan ada voltan
tinggi akan teraruh pada alatubah-auto.

>Sangat sesuai untuk motor dalam sambungan >Dibandingkan dengan pemula


bintang dan delta. bintang-delta, cara ini mempunyai alat tambahan,
oleh itu kosnya lebih tinggi.
>Motor hanya mempunyai 3 atau 4 punca dan
tidak 6 atau 7 seperti dalam pemula bintang- >Dayakilas yang tidak sepenuhnya semasa
delta. permulaan untuk kerja yang memerlukan dayakilas
yang tinggi pada permulaan, dengan itu pemula ini
terhad pada motor berkeupayaan sederhana
sahaja.

29
Litar Kawalan Pemula Auto-Transformer dengan Lampu Penunjuk Off, Run, Trip & Emergency Stop

PEMULA AUTO TRANSFORMER

230V ac, 50Hz MCB


6A

EMERGENCY
STOP

OVER LOAD
RELAY

STOP

LC SC
START
1 1
SC
8 8
LC
TDR TDR
2
5 6
TC
SC
2

LC LC
2 1

SC TC TDR LC
7
N
CONTACTOR
LIN E
LIGHT (BLUE)
STAR CONTACTOR
(RED 1)
STOP LIGHT
EMERGENCY

(YELLOW)
TRIP LIGHT

(RED 2)
STOP LIGHT

CONTACTOR
STAR

CONTACTOR
TRANSFORMER

RELAY
TIME DELAY

LIGHT (GREEN)
LIN E CONTACTOR

LITAR KAWALAN
Design by:
En. RAIMI
Feb 2020

30
31
LITAR UTAMA PEMULA AUTO-TRANSFORMER

LITAR UTAMA LITAR UTAMA


(STAR) (DELTA)

Design by:
En. RAIMI
Feb 2020
Pemula ini digunakan untuk motor tiga fasa aruhan berbelitan kerana ia boleh memberi dayakilas
yang tinggi kepada motor tersebut. Litar stator motor ini disambungkan kepada pemula jenis terus
pada talian sementara litar rotornya disambung melalui gelang gelincir ke rintangan pemula. Apabila
motor ini dihidupkan, rintangan pemula berada pada nilai maksima dan rintangan ini akan beransur-
ansur dikurangkan nilainya selaras dengan pertambahan kelajuan sehingga rintangan ini diputuskan
sama sekali daripada sambungannya dengan rotor. Oleh yang demikian gelang gelincir akan
dilitarpintaskan secara terus tanpa menggunakan beberus karbon. Saling kunci elektrik biasanya
dibuat bagi memastikan rintangan rotor berada pada sambungan yang betul (nilai maksima) sebelum
motor dihidupkan untuk mengelakkan bahaya jika kelajuan meningkat dengan mendadak.
Pemula ini boleh dikendalikan dengan kendalian tangan atau secara automatik iaitu dengan
menggunakan penyentuh atau geganti lengah, biasanya dilengkapi dengan pelepas tanpa voltan (no-
volt coil). Pemula Rintangan Rotor ini biasanya digunakan untuk motor-motor yang mengendalikan
rumah pam, pemampat udara, penghawa dingin tugas berat dan sebagainya.

32
33
PEMULA ROTOR BERPERINTANG
(ROTOR RESISTANCE STARTER)

LITAR KAWALAN

MCB
EMERGENCY START
6A OVER LOAD
STOP
RELAY
L LC

STOP
N
G
LC

TR2
8 5
TR1
FR

8 6
AR
TR1

AR
TR2

TR2

1 3
FR

AR
FR

R1
LC

R2

Step:
1) LC + TR1
2) LC + AR + TR2
3) LC + FR

Nota: jika litar kawalan bermasalah seperti step ke-2 tidak masuk dan terus masuk ke step ke-3, cuba by-pass “N/C AR”.

34
PEMULA ROTOR BERPERINTANG
(ROTOR RESISTANCE STARTER)

LITAR UTAMA

R Y B

MCB / MCCB
3 POLE

LC
Line Contactor

Thermal
OverLoad O/L
Relay

U1 V1
W1
U2

V2
MOTOR

W2
M
K
L

Final
Rotor FR
Contactor

Accelerating
Rotor AR
Contactor

35
RINGKASAN MAKLUMAT PEMULA ROTOR BERPERINTANG:

- Penghidup secara rotor berperintang hanya boleh digunakan untuk motor-motor


jenis rotor berlilitan.

- Bagi motor tiga fasa yang melebihi 10 k.k., motor hendaklah dari jenis rotor
berlilitan.

- Bagi penghidup secara rotor berperintang, ia perlu menggunakan perintang yang


sesuai dan dilengkapi dengan pelepas tiada-voltan.

- Mengikut Peraturan Elektrik (Bekalan Lembaga) 1949, Penghidup secara rotor


berperintang boleh digunakan untuk motor-motor yang melebihi 10 k.k.

- Ia biasa digunakan di rumah pam, pemampat udara, penghawadingin (kerja berat)


dan sebagainya.

- Fungsi perintang di rotor ialah untuk memgawal nilai arus mula di rotor.

- Selain daripada itu, ia boleh juga digunakan untuk mengawal kelajuan


(RPM).dengan mengunakan perintang.

KEBAIKAN KEBURUKAN

>Sesuai untuk kerja yang memerlukan dayakilas >Hanya terhad kepada motor jenis rotor berlilitan.
yang tinggi semasa menghidup.

>Gelung stator memperolehi voltan bekalan >Memerlukan penyenggaraan yang lebih.


dengan sepenuhnya.
>Disebabkan alat-bantu adalah dari jenis perintang,
>Sesuai untuk motor-motor yang disambung maka adanya kehilangan kuasa pada alat Bantu
secara bintang dan delta. tersebut.

>Motor hanya mempunyai 3 atau 4 punca, tidak >Disebabkan voltan yang dikurang, maka dayakilas
6 atau 7 seperti pemula bintang delta. permulaan motor dikurangkan

>Disebabkan binaan alat bantu sangat ringkas,


maka harganya agak murah.

36

You might also like