Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEJARAH

FOLIO
NAMA: VENMATHEE A/P
VIJAYAKUMAR
KELAS: 5 ALPHARD
GURU: PN.ROHANA BINTI ADNAN
TAJUK: BAB6: CABARAN
PEMBENTUKAN MALAYSIA & BAB5:
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pembentukan MALAYSIAN memperlihatkan Kerjasama


tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan
Singapura.Kesepakatan antara semua pihak akhirnya
Berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia
1963.
a) JELASKAN KONSEP GAGASAN MALAYSIA.
Konsep gagasan Malaysia adalah terkandung kepada
Idea gagasan Malaysia.Idea gagasan Malaysia adalah
untuk mengabungkan beberapa bekas tanah jajahan
British di Asia Tenggara.Sebagai contoh,idea Melayu
raya yang dilahirkan oleh Gerakan nasionalis sebelum
perang dunia kedua untuk mendpatkan kemerdekaan
wilayah Tanah Melayu daripada kuasa penjajahan British
tetapi idea tersebut tidak Berjaya.

Bagi pihak pegawai british,mereka mengemukakan idea


penyatuan wilayah penguasan British di Asia Tenggara
dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi untuk
memudahkan pentadbiran pihak British.Bagi Tunku
Abdul Rahman putra al-haj beliau becadan
penggabungan bersekutuan Tanah Melayu dengan
Sarawak , Sabah , Singapura dan Brunei untuk merdeka
dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.
b) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA.
Terdapat beberapa faktor pembentukan
Malaysia ,antaranya keselamatan.Keselamatan dari
segi ancaman komunis di Singapura telah mengugat
keselamatan Persekutuan Tanah Melayu.Tunku
Abdul Rahman putra al-haj menganggap Singapura
akan menjadi pusat kegiatan komunis.Oleh
itu,Langkah penyatuan dengan Singapura ini dapat
memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan
dalam bidang keselamatan dan pertahanan bedi
membendung ancaman komunis.

Seterusnya,keseimbangan komposisi
penduduk.Ketidakseimbangan komposisi penduduk
antara orang Melayu dan orang Cina akan
mewujudkan oleh Singapura dalam
Persekutuan.Tunku Abdul Rahman putra al-haj dan
pemimpin UMNO telah membimbing perkara
ini.Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan
menyeimbangkan komposisi antara kaum.

Selain itu,mempercepatkan kemerdekaan.Bagi pihak


British,Malaysia dapat merealisasikan rancangan
dekonolisasi dan mempercepatkan kemerdekaan
wilayah Borneo,terutamanya Sarawak, Sabah.Walau
bagaimanapun,kerajaan British perlu memastikan
usaha ini mendapat sokongan penduduk di wilayah
ini.

Akhirnya,pembangunan wilayah.Cadangan
penyertaan Persekutuan Tanah
Melayu ,Sarawak,Sabah,Singapura,dan Brunei
membentuk sebuah negara bertujuan agar wilayah
ini dapat Bersatu dalam usaha mempercepat
pelbagai bidang pembangunan.Pembentukan
Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi
dalam pelbagai aspek

c) CABARAN-CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN


MALAYSIA.
Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas
pembentukan Malaysia.Antara cabaran dihadapi
termasuklah pembangunan dan sosioekonomi di
Sarawak dan Sabah. Kedua-dua negeri tersebut
telah meningkatkan jumlah eksport negara.
Walaupun,negara menghadapi cabaran untuk
menyeimbangkan pembangunan dan ekonomi di
kedu-dua negeri tersebut.Sabah dan Sarawak juga
mempelbagaikan kegiatan ekonomi kerana mereka
mempunya hasil bumi yang banyak.Rakyat kedua-
dua negara tersebut mengamalkan pertanian sara
diri. Kerajaan Menyusun bidang pekerjaan untuk
melibatkan rakyat dalam bidang komersial.
Kerajaan juga mempelbagaikan pertanian komersial
seperti kelapa sawit. Kerajaan juga membuka
peluang kepada rakyat menyertai kegiatan ekonomi
berkaitan dengan petroleum. Selain itu merekan
juga memajukan sistem perhubungan dan
pengangkutan. Sabah dan Sarawak bergantung
kepada system pengangkutan air sungai dan laut
untuk perhubungan. Tugasan kerajaan adalah untuk
membina sistem perhubungan dan pengangkutan
kepada penduduk kawasan dalaman. Akhirnya,
kedua-dua negeri tersebut juga memajukan sistem
Pendidikan. Pada zaman British, mereka
mewujudkan sekolah vernakular Inggeris dan Cina
yang berada di Kawasan bandaran. Penduduk
Kawasan pedalaman tidak dapat peluang untuk
bersekolah. Kerajaan perlu mengusahakan membina
sekolah dan melatih tenaga guru bagi memberikan
Pendidikan kepada penduduk terutamanya kaum
bumiputera.
Seterusnya,cabaran politik juga berlaku di Sarawak.
Krisis Perlembagaan berlaku di Sarawak pada bulan
Jun 1966, 21 orang Council Negeri tidak berpuas hati
dengan kepimpinan Stephen Kalong Ningkan.Beliau
dipecat oleh Gabenor. Beliau mencabar Tindakan ini
ke Mahkamah Tinggi Sarawak dan memenangi kes
pada bulan September 1966. Stephen Kalong
Ningkan Kembali menjadi ketua Menteri, tetapi
beliau juga mendapat undi tidak percaya daripada
Council Negeri. Pada bulan September 1966, darurat
diisytiharkan di Sarawak. Stephen Kalong Ningkan
digantikan dengan Tawi Sli.
Akhirnya, cabaran perpaduan kaum. Usaha
mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi
nasional merupakan cabaran besar dalam
pembentukan Malaysia yang dihadapi oleh rakyat
Malaysia. Penduduk negara kita mempunyai
pelbagai kaum termasuklah kaum India,Cina,Melayu
dan sebagainya. Perpaduan sentiasa menjadi
agenda dengan penduduk pelbagai kaum ini untuk
pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara
ini. Jarak antara Semenanjung Malaysia dengan
Sarawak dan Sabah yang jauh sukar memupuk
semangat satu negara.
d) LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN
TERSEBUT.
Kegiatan komunis menjadi cabaran kepada keselamatan
negara sejak sebelum merdeka. Antara ancamannya
termasuklah Ancaman keselamatan di Sarawak dan
Ancaman keselamatan di Semenanjung Malaysia. Oleh
itu, kerajaan telah mengambil Langkah yang serius untuk
mengatasi dan membanteras kegiatan komunis dinegara
kita.

You might also like