LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI SURAU SULUK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SURAU SULUK, KG.

PANCHANG
BEDENA, 45300 SG. BESAR, SELANGOR.

1.0 MAKLUMAT AKTIVITI

Pada tarikh 14 Februari 2024 bersamaan hari rabu yang lalu, program 1 DVM ETE telah
mengadakan aktiviti khidmat komuniti di Surau Suluk, Kg. Panchang Bedena. Kursus ini
telah diajar dan dipimpin oleh Cik Norfarrahdilah Binti Amir.

2.0 ULASAN PENCAPAIAN OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif program Khidmat Komuniti :

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk berhadapan masyarakat sekeliling yang


berbeza latar belakang.
2. Mengisi aktiviti masyarakat dengan program keilmuan sama ada yang berkaitan
dengan kemasyarakatan, keharmonian, kerohanian dan kebajikan.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyalami dan bersilaturrahim dengan
masyarakat sekeliling.
4. Merapatkan hubungan antara pelajar sendiri.

Berdasarkan objektif program di atas, dapat disimpulkan bahawa program Khidmat Komuniti
yang dilaksanakan di Surau Suluk, Kg. Panchang Bedena telah mencapai kesemua objektif
di atas. Hal ini kerana program kali ini berteraskan bergotong-royong. Ini menyebabkan
secara tidak langsung para pelajar dapat membina ukhwah bersama masyarakat kampung
sendiri.

Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan juga melibatkan penglibatan masyarakat sendiri
bersama-sama dengan para pelajar. Oleh itu, daripada aktiviti tersebut kita dapat lihat
bagaimana pelajr-pelajar sendiri berkomunikasi dengan masyarakat.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kesemua objektif di atas tercapai. Oleh
itu, kursus Khidmat Komuniti ini merupakan platform terbaik yang disediakan pihak Kolej

1
Vokasional bagi mendedahkan para pelajar kepada masyarakat luar dan pada masa yang
sama membina ukhwah dengan masyarakat selain daripada pihak komuniti kolej sendiri.

3.0 REFLEKSI PENCAPAIAN KENDIRI

Refleksi yang kami dapat adalah memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-
menolong sesama masyarakat serta berganding bahu dengan pihak luar dalam
menjalankan aktiviti yang dirancang. Saya juga dapat meningkatkan kesedaran kepada
pelajar dan masyarakat setempat akan kepentingan memberikan khidmat bakti kepada
masyarakat. Secara tidak langsung, ia boleh menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan
yang berakhlak mulia dan nilai sebagai pelajar yang positif. Kelebihan program ini ia dapat
melatih diri untuk menguruskan program di luar bilik kuliah dan berkomunikasi dengan
masyarakat serta bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang telah diagihkan.

2
4.0 ULASAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Pada tarikh 14 Februari 2024 bersamaan hari rabu yang lalu, program 1 DVM ETE telah
mengadakan aktiviti khidmat komuniti di Surau Suluk, Kg. Panchang Bedena. Kursus ini
telah diajar dan dipimpin oleh Cik Norfarrahdilah Binti Amir. Antara aktiviti yang dilakukan
oleh kami adalah aktiviti gotong-royong dan memberikan makanan kepada pelajar tahfiz.
Satu kumpulan dibahagikan pada 2 hingga 6 orang pelajar dan kami telah membahagikan
kepada 7 kumpulan iaitu penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan dalaman
kawasan solat surau, pembersihan luaran kawasan solat surau, pembersihan di dalam
kolah, pembersihan di sekitar kawasan tandas, pembersihan di kawasan persekitaran surau,
pembersihan di kawasan dapur. Kerja ini telah dipersetujui awal oleh pihak surau dan para
pelajar yang terlibat. Kerja ini telah diberikan taklimat awal kerana pelajar yang terdiri
daripada 5 orang pelajar telah membuat tinjauan di surau tersebut untuk mengetahui kerja
yang perlu dilakukan.

Pada pagi tersebut, kami telah berkumpul di kantin seawal 7.30 pagi untuk bersarapan
terlebih dahulu sebelum bergerak. Kami juga telah diberikan taklimat untuk menjaga adab
dan berdisplin ketika berada di surau tersebut oleh pengarah khidmat komuniti. Kami sampai
di destinasi pada pukul 9.30 pagi dan telah disambut baik oleh pihak surau. Kemudian, kami
mendengar sedikit taklimat yang terperinci dari pihak surau untuk melakukan gotong-royong.
Kami memulakan aktiviti pada pukul 9.45 pagi dan bergerak mengikut tugasan yang telah
diberikan. Kumpulan saya telah diberikan tugas untuk melakukan pembersihan dalaman
kawasan solat surau iaitu mencuci kipas yang terdapat di dalam surau, mengvakum karpet
surau di kawasan yang telah ditetapkan, mengutip sampah, dan mengelap tingkap.

Pada pukul 12.45 tengah hari kami telah berehat seketika dengan menjamu selera bersama-
sama pelajar tahfiz di Surau Suluk. Setelah selesai menjamu selera, kami menunaikan solat
zohor berjemaah bersama pelajar tahfiz. Selepas menunaikan solat, kami berkumpul di
dalam surau bersama-sama pelajar tahfiz dan pengerusi Surau Suluk. Selepas itu, kami
pelajar 1 DVM ETE memberi penghargaan sijil dan plak sebagai tanda terima kasih atas
sambutan dapat menjayakan program khidmat komuniti di Surau Suluk. Pada pukul 2.40

3
petang, semua pelajar telah bersedia untuk memulakan perjalanan pulang ke Kolej
Vokasional Sungai Buloh.

5.0 MASALAH DAN PENYELESAIAN

5.1 MASALAH

Masalah yang saya hadapi ialah saya dapati terdapat segelintir pelajar yang tidak
memberikan komitmen dalam menjalankan khidmat komuniti. Seterusnya, saya sebagai AJK
Aktiviti mendapati menghadapi kesukaran dalam menyampaikan maklumat kepada semua
pelajar. Setelah itu, Ketika melakukan pembersihan, terdapat kekurangan barang untuk
mengemas seperti penyapu, vakum dan plastic sampah yang terhad.

5.2 PENYELESAIAN

Bagi mengatasi masalah tersebut, yang pertama saya menegur pelajar yang bermasalah
untuk melakukan kerja yang ditetapkan. Bagi mengatasi masalah yang kedua pula, saya
mengumpulkan pelajar-pelajar seterusnya memnyampaikan maklumat semula. Akhir sekali,
berkaitan masalah peralatan yang terhad, penyelesaiannya ialah dengan menunggu
kumpulan pembersihan luaran kawasan solat surau menyelesaikan tugasan terlebih dahulu.
Kemudian, barulah menggunakan peralatan-peralatan secara bergilir-gilir.

4
6.0 PROSES AWAL, PERTENGAHAN DAN AKHIR AKTIVITI.

6.1 PROSES AWAL

Ahli jawatan kuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong pengerusi, dan ketua AJK
sedang mencari lokasi bagi program khidmat komuniti. Setelah mencari lokasi yang sesuai.
Pengerusi melakukan perbincangan dengan masyarakat setempat dan AJK surau untuk
melakukan khidmat komuniti di Surau Suluk.

5
6.2 PROSES PERTENGAHAN

Pelajar-pelajar 1 DVM ETE sedang berbincang berkaitan pengagihan tugas serta bajet yang
dibentangkan oleh bendahari bagi mendapat persetujuan ahli-ahli yang lain. Selain itu,
perbincangan ini dibuat bagi menentukan hadiah penghargaan yang bakal diberikan kepada
pihak Surau Suluk. Hadiah penghargaan yang dipersetujuai oleh semua pelajar ialah plak
dan sijil penghargaan disebabkan mengikuti bajet yang ditetapkan oleh bendahari.

6
6.3 PROSES AKHIR

7
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika melakukan khidmat komuniti di Surau Suluk antaranya
pembersihan dalaman kawasan solat surau iaitu mencuci kipas yang terdapat di dalam
surau, mengvakum karpet surau di kawasan yang telah ditetapkan, mengutip sampah, dan
mengelap tingkap. Selain itu, aktiviti yang dipamerkan iaitu makan bersama-sama pelajar
tahfiz yang diadakan sebelum solat zohor. Akhir sekali, sesi bergambar bersama-sama
pelajar tahfiz sebagai kenang-kenangan.

7.0 LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1 : Pelajar mempersiapkan barang untuk melakukan tugas

8
Gambar 2 : Pembersihan dalaman kawasan solat surau

Gambar 3 : Ustaz memberikan ucapan penghargaan kepada para pelajar

9
Gambar 4 : AJK makanan sedang mengagihkan makanan kepada pelajar-pelajar

Gambar 5 : Gambar bersama pelajar tahfiz sebagai kenang-kenangan

10
Gambar 6 : Bergerak pulang ke Kolej Vokasional Sungai Buloh

11

You might also like