Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEK. KEB.

SENTUL UTAMA
KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/SESI 2024/2025

Tarikh : 14 Mac 2023

Masa : 2:00 p.m.

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En. Mohd Faizin bin Adnan

Kehadiran : 1. Pn. Nadia Najni Ashada binti Halim


2. En. Serman Rao a/l Subramaniam
3. Pn. Nor Azwa binti Rahim
4. Pn. Azlina binti Arbangin

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Matematik


Bilangan 1 untuk sesi 2024/2025.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuah terima kasih dan juga ucapan tahniah kepada semua
ahli panitia atas Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam melaksanakan
segala perancangan panitia sepanjang sesi lepas.

1.2 Pengerusi mengharapkan tahun ini ada perkembangan kecemerlangan prestasi


murid-murid mendapat TP5 dan TP6 dalam analisis PBD dan kurang atau tiada murid
yang mendapat TP1 atau TP2.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT DIALOG PRESTASI

2.1 Pn. Nadia Najni Ashada binti Halim mencadangkan minit Mesyuarat Panitia
Matematik Bilangan 2 untuk sesi 2024/2025 disahkan dan diterima.

2.2 Pn. Nor Azwa binti Rahim menyokong cadangan daripada Pn. Nadia Najni Ashada.

Tindakan: Makluman

1
3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit berkaitan minit mesyuarat bilangan 2 tahun 2023.
Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1 Kurikulum

4.1.1 Ujian Pertengahan / Akhir Sesi Akademik 2024

4.1.1.1 Dalam penyediaan soalan Pertengah & Akhir Sesi Akdemik, untuk
subjek Matematik, tiada soalan objektif hanya ada soalan subjektif
yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.

4.1.1.2 Penyediaan item bagi Tahap 1 mengikut kesesuaian guru


mata pelajaran dan tiada jadual waktu khusus disediakan untuk
ujian tersebut dan disarankan untuk menggunakan peruntukan
waktu PdPc masing-masing.

4.1.1.3 Jadual waktu ujian hanya disediakan untuk Tahap 2 oleh


setiausaha peperiksaan sekolah.

4.1.1.4 Data yang diperolehi daripada peperiksaan UASA yang lalu agak
tidak memberangsangkan dan terdapat jurang dari segi TP PBD
dan TP UASA.
4.1.1.5 Pengerusi menyatakan bahawa perbezaan nilai TP antara
pentaksiran PBD dan UASA tidak perlu dibimbangkan kaedah dan
tempoh penilaiannya adalah berbeza dan tidak memberi pengaruh
yang besar.
Tindakan: Makluman

4.1.2 Pengemaskinian Fail Panitia

4.1.2.1 Segala dokumentasi atau laporan berkaitan aktiviti panitia


matematik yang telah dilaksanakan perlu dihantar dan dikemaskini
dalam fail panitia.
Tindakan: Setiausaha Panitia

4.1.2.2 Ketua dan setiausaha panitia perlu mengambil inisiatif yang


berterusan untuk menyemak dan mengemaskini fail panitia
semasa ke semasa.

2
4.1.2.3 Pihak pentadbir telah menetapkan semak silang untuk proses
pengemaskinian fail Panitia Matematik adalah bersama-sama
dengan Panitia Sains.
Tindakan: Ketua Panitia & Setiausaha

4.1.3 Program Bijak Sifir

4.1.3.1 Pengerusi mencadangkan untuk memperkasakan kemahiran sifir


dalam kalangan murid supaya murid mudah untuk memahami isi
kandungan pembelajaran dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

4.1.3.2 Beliau berharap beberapa program ringkas dan menarik dapat


dirancang dan dilaksanakan dalam meningkatkan penguasaan sifir
murid-murid seperti mengambil 1 slot sewaktu perhimpunan pagi.

4.1.3.2 Pn. Nadia mencadangkan untuk lebih menarik minat murid dalam
program Bijak Sifir ini, perlu disediakan sedikit ganjaran atau
hadiah bagi murid-murid yang mengambil bahagian.

Tindakan: Semua Ahli Panitia

4.1.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.4.1 Kutipan data PBD akan dibuat 2 kali setahun iaitu pada Ogos
2024 dan Januari 2025.

4.1.4.2 Guru-guru matematik perlu mengenalpasti murid-murid yang


mendapat TP 1 & TP2. Semua ahli perlu mengenalpasti punca
permasalahan dan merancang plan intervensi untuk
membantu peningkatan pencapaian TP mereka.

4.1.4.3 Pemngerusi telah menyediakan tapak analisis kepada pencapai


keseluruhan PBD mengikut kelas dan itu boleh dijadilkan sebagai
rujukan untuk tindakan susulan.

Tindakan: Semua Ahli Panitia

3
4.1.5 STEM

4.1.5.1 Guru pembimbing perlu menyedikan laporan atau sijil berkaitan


apa jua pertandingan STEM yang disertai dalam 3 salinan
bercetak untuk simpanan :
 GPK Kokurikulum
 Fail Persatuan Sains dan Matematik
 Fail Panitia Matematik (Koakademik)

4.1.5.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru Matematik


yang terlibat dalam STEM khasnya dalam Program
JEJAKJUARAKL 2022.

4.1.5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pasukan sekolah di bawah


bimbingan beliau yang menyertai pertandingan Poster Saintifik
adalah antara pasukan disenarai pendek dalam kedudukan 5
terbaik namun tiada rezeki untuk sekurangnya mencapai
kedudukan ketiga seperti tahun sebelumya.

4.1.5.4 Pengerusi juga memaklumkan pasukan sekolah yang menyertai


pertandingan STEM ‘Nuri Madani’ anjuran PPD Sentul telah
memperoleh tempat ke-3 secara keseluruhan dan membawa
pulang wang tunai RM100.
Tindakan:
Makluman

4.1.6 PCG Panitia

4.1.6.1 Penggunaan wang PCG panitia sebaiknya mencapai 80% jumlah


penggunaan menjelang Ogos.

4.1.6.2 Ahli-ahli panitia matematik perlu membuat perbincangan berkaitan


pembelian BBM untuk kegunaan sewaktu PdPc.

4.1.6.3 Pn. Ku Nurhaliza (PT) ada memaklumkan bahawa peruntukan


pembelian hadiah menggunakan wang PCG panitia adalah
sebanyak 30%. Permohonan ini perlu mendapatkan kelulusan
jabatan dan perlu dihantar bersama dokumen yang diperlukan
selewatnya 2 bulan awal dari tarikh pelaksanaan program.

4
4.1.6.4 Pihak pentadbir menyarankan untuk dihantar segala dokumen
berkaitan penggunaan wang PCG untuk pembelian hadiah lebih
awal dari tempoh yang diberikan jabatan sebagai langkah
kawalan dalaman.

Tindakan: Ketua Panitia & Setiausaha

4.1.7 Kertas Kerja Program

4.1.7.1 Kertas kerja perlu disediakan sebulan sebelum program


dilaksanakan dan jika melibatkan peruntukan hadiah
menggunakan PCG perlu selewatnya 2 bulan awal.

4.1.7.2 Selepas program selesai dilaksanakan, perbelanjaan perlu dibayar


dalam tempoh 7 hari selepas barang diterima.

4.1.7.3 Sebelum membuat kertas kerja, mesyuarat antara ahli panitia


perlu diadakan untuk membincangkan tentang perbelanjaan
keseluruhan aktiviti.

4.1.7.4 Setiap kali selesai menjalankan aktiviti panitia, perlu diadakan


‘post mortem’ untuk menganalisis kelemahan dan kekuatan untuk
perancangan yang lebih baik pada sesi akan dating.

Tindakan: Ketua & Setiausaha Panitia

4.1.8 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

4.1.8.1 BBM yang berada di bilik BBM dalam PSS perlu disusun rapi
untuk memudahkan akses guru kepada bahan bantu tersebut.
Ahli-ahli panitia perlu membuat gotong royong bersama berkaitan
hal ini pada hari yang akan ditetapkan kelak.

4.1.8.2 BBM yang diperlukan oleh guru-guru perlu dicadangkan supaya


Ketua Panitia dapat menulis nota minta semasa pembelian BBM
dan diharapkan semua bahan-bahan yang dibeli digunakan
secara optimum untuk pembelajaran murid.

Tindakan: Makluman

5
4.1.9 Pencerapan SKPMg Standad 4

4.1.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan oleh Pegawai


Penilai adalah sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan
Oktober.

4.1.9.2 Pengerusi mengingatkan semua ahli untuk peka dengan tarikh-


tarikh dan juga Pegawai Penilai yang telah disusun bagi setiap
ahli bagi memudahkan urusan seterusnya.

5 PENUTUP

5.1 Pengerusi mengharapkan kerjasama erat dapat terus dikekalkan agar segala
perancangan panitia dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan oleh,

……………………..
(Nadia Najni Ashada binti Halim)
Setiausaha Panitia Matematik
SK Sentul Utama

You might also like